Рет қаралды 5,376
Tingal lagi beberapa minggu sahaja kita akan masuk ke tahun baru & sedar atau tidak sudah hampir setahun kita mempelajari & memperbaiki solat kita. Perkara utama dalam solat adalah kesempurnaan solat namun, masih ada segelintir masyarakat kita yang abaikan tanggungjawab untuk menunaikannya.
Solat yang dilakukan bukan hanya sekadar solat tetapi perlulah menepati syarat sah solat dan benar-benar ikhlas kerana ALLAH SWT. Malah, solat merupakan tiang agama yang tidak boleh dipandang remeh. Pelbagai persoalan dan perbincangan yang akan dikupaskan pada minggu ini adalah dari segi rukun-rukun solat, kesalahan yang sering dilakukan dan soal jawab fiqh.
Kupasan pembelajaran kesempurnaan solat bersama Ustaz Dr Nur Muhammad Hadi Zahalan.