Рет қаралды 27,661
SIDANG MEDIA pasca Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) bersama juara, Aina Abdul.
Aina Abdul merangkul trofi Juara Lagu menerusi lagu ciptaannya Terus Hidup di Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Aina memenangi trofi dan wang tunai RM100,000.
Aina turut diumumkan pemenang trofi Vokal Terbaik dengan hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.
Naib juara AJL 37 menjadi milik lagu Suatu Malam Di Temasek nyanyian SonaOne dan Joe Flizzow menerusi karya ciptaan SonaOne dengan lirik dihasilkan SonaOne dan Joe Flizzow dengan membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.
Menduduki tempat ketiga adalah lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos menerusi lagu ciptaan Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Arwis dan lirik oleh Alif, Shah Shamshiri dan Romeo.
Kemenangan itu melayakkan menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM30,000.
Shiha Zikir mengungguli kategori Persembahan Terbaik yang menawarkan ganjaran wang tunai RM12,000 dan trofi.
Khai Bahar yang mendendangkan lagu Sengsara ciptaan dan lirik Johm Reeves, Firdaus Rahmat dan Omar K dipilih sebagai Penyanyi Pilihan Alha Alfa oleh penaja utama, Alha Alfa Cosmetics, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.
Kuala Lumpur • 12 Februari 2023
#anugerahjuaralagu37 #ajl37 #ainaabdul
• • • • • • • •
• 𝗝𝗲𝗺𝗽𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 & 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻 -
hello@f8buzz.com
• 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗹/𝗶𝗻𝗱𝘂𝘀𝘁𝗿𝗶 & 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 -
gerila@f8buzz.com
• • • • • • • •
𝗕𝗮𝗰𝗮 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 -
www.f8buzz.com
• 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 & 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗮𝗻𝗱𝗮 -
t.me/f8buzz
• 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴, 𝗴𝗼𝘀𝘀𝗶𝗽, 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝘁𝗮𝗯𝗶𝗿 & 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 -
t.me/f8buzzsembang
• 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 -
kzfaq.info/love/Buzz
• 𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 𝗱𝗶 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗦𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 -
/ f8buzz
/ f8buzz
www.tiktok.com/f8buzz
/ f8buzz