Рет қаралды 24,030
Hi Salam kenal,
Kali ni trip ke Dabong memang best. Ini kli pertama saya ke Dabong. Tak sangka Malaysia ade tempat yang banyak kita boleh buat aktiviti outdoor dengan harga yang berbaloi dan tempat yang best. Ini dia internary trip kami ke sana.
Trip Dabong 17-18 July 2022
Day 1 - Ahad
Arrived Stesen KTM Dabong then tunggu yg lain di Naura Bistro. Tunggu sorang lagi kawan dari Pasur Emas.
Tour guide sepanjang trip kami nama di beri adalah abe Mat. Sesampai je beliau terus bawa kami untuk buat aktiviti Caving di Gua Keris, Gua Gelap & Gua Pagar.
Selepas aktiviti Caving terus makan tengahari di Adam Cafe, harga memang berbaloi untuk 6 orang makan Ikan siakap steam, tom yam, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin, telur dadar, nasi putih 6, air sirap satu jag semua sekali hanya Rm70 (ni mmg siap ade set). Cukup 6 orang makan yang kebulur lepas aktiviti caving masih ada lebih lagi. Memang puas hati.
Selepas lunch Mat hantar ke Jelawang ATV Challenge Adventure Route - Muslim. Habis je ATV kami sempat pergi Sungai Kenerong. Sungai ni sangat la cantik. Ala-ala sungai dekat Sabah. Dan kami jugak sempat ke view point Gunung Stong. View air terjun sangat cantik.
Kami terus ke Jelawang Pipe Resort untuk buat aktiviti seterusnya Zipline/Flying Fox. Kami menginap di Jelawang Pipe Resort tempat kami bermalam di situ 1malam. Resort ni sangat bersih dan di jaga rapi.
Selesai aktiviti last Zipline/Flying Fox mandi and solat. Belah malam kami ke D’Mieza cafe. Makanan serius sedap tak tau nak habaq. Wajib singgah sebab makanan dia sedap.
Selesai dinner balik resort sambung lagi sembang yang tak pernah habis dan dah penat beradu la apa lagi.
Day 2 - Isnin
Seawal 8 pagi breakfast di sediakan oleh pihak resort. Sedap nasi lemak. Kami terus packing barang untuk checkout sebab kami takut terkejar2 untuk naik train pukul 2.55pm.
Selesai breakfast kami terus ke Gua Ikan untuk buat last aktiviti Via Ferrata. At the beginning kitaorang decided nak buat half tapi bila dah naik rasa tak puas dan bagitau Mat nak buat full sampai puncak. Ni paling best view dekat puncak cantik sangat. Ni aktiviti wajib korang kena buat bila dah sampai Dabong ok.
Lebih kurang 2pm Matt pecut terus ke stesen keretapi untuk naik train ke Wakaf Baru.
Tu sahaja aktiviti di Dabong. Dekat sini saya nak share jugak perbelanjaan semasa kmi di Dabong:
Expenses Dabong Per Pax (exclude makan)
🚊Train KL Sentral-Gemas: RM31
🚂Sleeper Train Gemas-Dabong: RM42
🚊Train Dabong-Wakaf Bharu: RM5
🏕 Triple Tube Room Inc Breakfast @Jelawang Pipe Resort: RM170/5: RM34
🚌Van & Driver: RM45
🧗♀️Zipline/Flying Fox: RM15
🧗Via Ferrata :Half (RM100) Full (Rm200)
🚜ATV Challenge Adventure: RM60/2: RM30
🧘♀️Caving: RM150/5: RM30
#travelvlog #travelmalaysia