Acappan - Bekas Pemain Bola Selangor

  Рет қаралды 230,675

Bangau Tube

Bangau Tube

3 жыл бұрын

#Acappan #SelangorFc.
Acappan - Bakat Pelawak Bola Sepak Tanah Air
Kehadiran pelawak era 80 yang bukan berbangsa melayu pada Ketika dulu telah menghasilkan bakat pelawak yang luar biasa. Salah seorang daripadanya adalah pelawak india yang terkenal dengan nama Acappan.
------------------------------------------------------------------
Disclaimer - I am not copyrighting from this film - I am merely showing this video for the benefit of KZfaq FOR EDUCATION PURPOSE and FAIR USE LAW and HOPEFULLY the owner give me a CONSIDERATION to using it. I do not own the rights to this video contact me by email alibabibu3@gmail.com if want me to remove.
Source Clip on this Video, Channel, Production Company and Title
Give fully Credit for this:-
Video
Lagi Lagi Senario
Grand Brilliance
Ehwal Semasa Tv
• Lawak 90-an Interview ...
Pak Kempot
• Video
Music_
Hamzah Dolmat
-Music Selara (Yt Hasny Hussein)
Image_
1. Merdeka Film Production.
2. Malay Film Production.
3. Cathay Keris Film Production.
4. Google.com
Copyright Disclaimer under section 107 of the Copyright Act 1976, allowance is made for “fair use” for purposes such as criticism, comment, news reporting, teaching, scholarship, education and research. Fair use is a use permitted by copyright statute that might otherwise be infringing.
What is Fair Use Copyright on KZfaq?
1.bit.ly/2Yxkjt6
2.bit.ly/3fmpnqS
3.bit.ly/2UZLOur
4.bit.ly/2Y3UBgO
------------------------------------------------------------------
Rujukan -
www.semuanyabola.com/bagaiman...
berita.mediacorp.sg/mobilem/h...
/ 10156725439734846
Utusan Online 5 Feb 2017- Sembilan hari kayuh basikal mahu ubah nasib Acappan
www.malaysiakini.com/news/443048
www.bharian.com.my/hiburan/se...
www.google.com/search?q=pelaw...
murai.my/2018/46783/acappan-k...
Tags-
Acappan, Acappan Meninggal, Pelawak Acappan, ali mamak, ali mamak semua naik, ali mamak lawak, ali mamak joget hitam, ali mamak apa dah jadi karaoke, ali mamak maharaja lawak, ali mamak acapan, ali mamak lagu, ali mamak karaoke, ali mamak vtec, pi mai pi mai tang tu, pi mai pi mai tang tu pantun, pi mai pi mai tang tu season 1, pi mai pi mai tang tu full episode, pi mai pi mai tang tu bomoh siam, pi mai pi mai tang tu kuiz, pi mai pi mai tang tu pau, pi mai pi mai tang tu jejantas, pi mai pi mai tang tu wasiat, pi mai pi mai tang tu jodoh, santan berlada, santan berlada drama, santan berlada lagu, santan berlada raya, santan berlada fauziah nawi, santan berlada wikipedia, santan berlada pelakon, santan berlada rtm, trio santan berlada, trio santan berlada mp3, senario, senario lagi, senario lagu, senario the movie, senario full movie, senario sebelum dan sesudah, senario cari tapak, senario raya, senario cepat kaya, senario opocot, selangor fc, selangor fc 2021, selangor fc 2020, selangor fc live, selangor fc training, selangor fc training centre, selangor fc vs boca juniors, selangor fc vs melaka, selangor fc vs pdrm, selangor fc transfer, a arumugam goalkeeper, a arumugam, mokhtar dahari, mokhtar dahari meninggal, mokhtar dahari berlakon, mokhtar dahari dan maradona, mokhtar dahari vs england b, mokhtar dahari interview, mokhtar dahari setanding maradona, mokhtar dahari skills, mokhtar dahari selangor, mokhtar dahari fifa, tony castillo, tony castillo sazali, tony castillo meninggal, tony castillo civic, tony castillo facebook, tony castillo singapore, tony castillo baseball, tony castillo mma, tony castillo dietitian, tony castillo land, restoration, anakku sazali, anakku sazali lagu, anakku sazali lirik, anakku sazali karaoke, anakku sazali full movie, anakku sazali p ramlee, anakku sazali cover, anakku sazali warna, anakku sazali parody, anakku sazali scene, tony castillo sazali, masyarakat pincang full movie, masyarakat pincang, filem masyarakat pincang
ed osmera, ed osmera meninggal dunia, ed osmera full movie, ed osmera dalam kenangan, ed osmera panglima harimau berantai, ed osmera muda, filem lakonan ed osmera, film ed osmera, filem ed osmera, filem lakonan ed osmera, filem melayu klasik ed osmera, panglima harimau berantai full movie, panglima harimau berantai film, sejarah panglima harimau berantai, ed osmera panglima harimau berantai, panglima harimau berantai, prebet lapok, prebet lapok lagu, prebet lapok full movie hd, prebet lapok movie, prebet lapok lawak, prebet lapok pancaragam, prebet lapok ost, prebet lapok mhi, prebet lapok hantu, prebet lapok scene,

Пікірлер: 258
@mdzul1594
@mdzul1594 3 жыл бұрын
Slim KL ikut Parit Buntar singgah Kuala Kangsar? Bio beno yop. Konfius juga la, Slim River KL x jauh pun. Slim, behrang, Tanjung Malim, Kalumpang, Kerling, Kuala Kubu, Rasa, Batang Kali, Ulu Yam, Serendah, Sg Choh, Rawang, Selayang, Batu 5 Sg Mas, Batu 3 Wisma Pengkalan (terkenal 90an), Batu Road (Sekarang Jalan TAR) Dataran Merdeka KL. Kalau betul-betul kayuh 1 atau 2 hari dah sampai. Laluan di atas adalah jalan utama jalan lama @Jalan Besar.🤔🤔😅
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
Sembilan hari kayuh basikal mahu ubah nasib Acappan Di saat rakan seusianya mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lain pula bagi Samynathan Rethinam atau lebih dikenali sebagai Acappan. Dia lebih rela meninggalkan bangku sekolah semata-mata ingin ke Kuala Lumpur. Tanpa berfikir panjang, dia mengambil keputusan untuk berhenti sekolah ketika berada dalam tingkatan lima. Dalam fikirannya dia perlu ke Kuala Lumpur dan mahu menggapai impian bergelar pemain bola sepak terkenal memandangkan dia amat meminati sukan tersebut. “Masuk sahaja tingkatan empat saya rasa tak boleh teruskan persekolahan kerana perasaan membuak-buak untuk main bola sahaja. Dulu semasa di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Slim River, Perak saya selalu menjadi wakil sekolah untuk sukan bola sepak. “Saya bermain untuk sekolah-sekolah Negeri Perak. Hampir kesemua pertandingan yang disertai akan mendapat tempat pertama. Jadi dari situlah saya memasang angan-angan untuk bergelar pemain bola,” tutur pelawak terkenal era 80-an yang berasal dari Parit Buntar, Perak ini. Bagi merealisasikan cita-citanya ketika itu, dia meminta kebenaran ayah dan ibunya untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Tinggi harapannya ingin menjadi terkenal seperti lagenda pemain bola sepak ketika itu, Mokhtar Dahari. “Biarpun mak dan ayah menghalang namun saya tetap berdegil. Dengan berbekalkan duit sebanyak RM 15, sepasang but bola sepak dan sedikit baju, saya mengayuh basikal menuju ke Kuala Lumpur. “Bayangkanlah ketika tahun 1972, tiada lebuh raya lagi. Jadi perjalanan saya sambil mengayuh basikal mengambil masa selama sembilan hari. Dari Parit Buntar saya berhenti di Taiping selama satu hari kemudian sampai di Kuala Kangsar berhenti lagi hinggalah sampai ke Kuala Lumpur. “Sepanjang perjalanan, tiap kali tibanya waktu malam, saya akan mencari tempat letak bas sekolah dan tidur di dalam bas hingga menjelang pagi. “Tepat pukul lima pagi saya akan bangun, cuci muka, makan roti canai di mana-mana warung yang ada dan sambung semula perjalanan ke Kuala Lumpur. Pernah juga tayar basikal bocor dan macam-macam masalah lagi namun semuanya dapat saya atasi,” tutur pelawak berusia 61 tahun ini lagi. Tambahnya lagi, setelah tiba, dia terus pergi mencari rakan-rakan sekampung yang terlebih dahulu berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menumpang berteduh di rumah sewa mereka. “Masa tu tak dapat dibayangkan perasaan gembira yang amat sangat apabila tiba. Saya masih ingat lagi, waktu tu saya menyewa di Old Town, Petaling Jaya. “Sampai sahaja di sini, macam-macam kerja saya buat untuk menampung hidup. Dari kerja kilang dan akhirnya saya bekerja di Kentucky Fried Chicken (KFC). Kerja dengan KFC, saya rasa bertuah apabila terpilih mewakili syarikat untuk pertandingan bola sepak,” ceritanya. Masa tu arena bola sepak tengah berkembang. Pertama kali turun berlatih di padang, Accappan cukup teruja apabila dapat melihat pemain hebat seperti Mokhtar Dahari, R. Arumugam dan ramai lagi. Bertahun-tahun bermain bola untuk KFC, akhirnya Acappan berjaya masuk ke kumpulan Selangor B. Ketika itu kumpulan Selangor merupakan kumpulan yang agak hebat. Terasa seperti terjaga dari mimpi. Waktu itu, dia tak pernah lelah mencuba sedaya upaya untuk menempatkan diri ke dalam kumpulan A tetapi memandangkan kumpulan A terdiri daripada pemain yang cukup hebat maka dia masih tidak layak untuk berada di dalam kumpulan tersebut. “Ketika bermain bola untuk Ikatan Belia Utama. Saya ditawarkan bekerja dengan Kementerian Kewangan. Waktu itu, bos saya yang saya kenali sebagai abang Aziz Ibrahim rupa-rupanya seorang pelakon. Dia banyak buat pementasan drama dan televisyen ketika itu, Bersama dengan dialah saya mula berjinak dalam lakonan,” ujarnya yang ketika itu akur untuk melupakan impiannya untuk bergelar pemain bola sepak. Dari pemain bola ke pelawak Dalam perlahan-lahan mengundurkan diri dari sukan bola sepak, secara tak sengaja penerbit Aziz Ibrahim sedang giat mencari pelakon untuk Festival Filem Malaysia yang berlangsung di Banting, Selangor. Nak dijadikan cerita, dia mempelawa Accapan untuk berlakon. “Atas dorongan rakan-rakan sekerja. Saya mencuba nasib. Tak sangka nama saya tersenarai, dan yang paling mengejutkan saya mampu hafal skrip yang tebal tu dalam masa beberapa hari sahaja. “Ingat lagi, dalam pertandingan festival tu, wakil-wakil pelakon dari setiap negeri diberi tugasan untuk berlakon menjual makanan. Setiap kali kereta api berhenti kami akan menjual makanan pada penumpang. “Nasib menyebelahi tim kami dari Selangor, jadi juara, saya dan setiap ahli kumpulan dibayar RM 500 seorang. Masa tu jumlah tu agak besar juga. Syukur sangat waktu itu,” tuturnya lagi. Selepas bergelar juara, dia tidak menyangka tawaran berlakon datang mencurah-curah. “Lepas tiga bulan, saya dapat lagi panggilan tawaran berlakon. Saya di tawarkan berlakon drama drama televisyen pula. “Saya terperanjat sangat sebab dapat berlakon tv. Itulah mulanya karier saya sebagai pelakon pada tahun 1984. Sitkom Santan Berlada, pengarah bagi tiga helai skrip. Saya rasa ketika itu, tak ada masalah sebab semasa Festival Filem Malaysia tu lagi tebal skripnya. “Masa tulah saya berkesempatan berjumpa dan berlakon bersama Os, Ali Mamak, Fauziah Nawi, Khairul Azhar. Saya tak kenal mereka sebab saya tak tengok drama Melayu dulu tetapi saya tahu mereka popular,” tuturnya lagi. Bermula dari sitkom itulah, dia dikenali dengan panggilan Acappan. Nama itu lekat sehingga ke hari ini yang mana semua orang lebih mengenali nama tersebut berbanding nama asalnya. “Nama tu berasal dari watak saya sebagai pemandu lori. Dekat lori tu ditulis 'Acappan Anak Lelaki Kupusamy.' Nama itulah saya guna sampai ke hari ini. Berlakon komedi memang seronok. Kami tidak terlalu bergantung pada skrip, semuanya lebih pada spontan. Memandangkan perjalanan seninya terlalu sibuk dan hampir setiap hari menjalani penggambaran hingga ke pagi, akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja. “Saya rasa gembira masa tu dengan pendapatan berlakon komedi, satu episod saya dapat bayaran RM 450. Masa tu jumlah tu dah dikira agak besar. “Enam bulan bergelar pelakon, saya terus ambil keputusan berhenti kerja. Tak boleh buat apa sebab pagi kena pergi pukul 4.15 pagi. Lepas kerja kena penggambaran lagi jadi saya sangat sibuk. “Semakin lama berlakon, banyak dapat jemputan untuk buat lawak di seluruh negara. Selalunya saya akan bergerak bersama Trio Santan Berlada. Tapi masa dulu tawaran dahsyat. Satu tahun pernah buat tiga filem. “Dulu tak ada banyak stesen televisyen. Tiga tahun sitkom Santan Berlada dari 1984 hingga 1987. Selepas itu, sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pula mengambil tempat dan selepas itu berpuluh-puluh drama dan filem saya pernah jayakan,” ujarnya yang membintangi filem Mamak Cup Cake empat tahun lalu. Sempat berkongsi pengalaman sepanjang bergelar pelawak, Acappan dan rakan-rakannya pernah runsing apabila tidak berjaya membuat penonton gelak ketika berlawak di atas pentas, “Ada dua segmen masa tu, segmen pertama kami buat lawak semasa vip tengah makan. Masa tu semua vip tak mahu ketawa. Yang ketawa cuma penonton dan pengawal peribadi mereka sahaja. “Ketika itu, kami rasa macam tak tahu nak buat apa terasa macam buat lawak syok sendiri sahaja. Akhirnya saya dan rakan-rakan sempat bertanya pada salah seorang pengawal peribadi mereka kenapa mereka tak gelak. “Puas kami korek rahsia akhirnya kami tahu golongan ni sukakan permainan seperti golf, polo, dan cerita zaman seniman P. Ramlee. Masa tu juga kami dapat idea untuk buat lawak tentang hobi mereka. “Mujurlah mereka ketawa dan kami rasa puas sebab berjaya. Itulah antara cabaran yang pernah saya lalui. Bukan mudah untuk buat orang gelak. Berjaya membuat mereka gelak kami dapat imbuhan sebanyak RM 10, 000. "Dalam komedi, nombor satu yang paling penting kena cari punch line,” ujar ayah kepada tiga orang anak ini mengakhiri bicara. Sumber : Utusan Online 5 Feb 2017 by Aini Nawawi
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
www.semuanyabola.com/bagaimana-bola-sepak-jersi-selangor-mengubah-hidup-pelawak-legenda-accapan/
@abdulhalimmohamedb18
@abdulhalimmohamedb18 3 жыл бұрын
MD zul... Rasanya awak buat penilaian... Cuba semak dari 2:27... Awak dapat jawapannya... Jangan cepat buat andaian
@kamalronny5400
@kamalronny5400 3 жыл бұрын
Dr parit buntar yop..bukan dr slim..
@aidilzubir
@aidilzubir 2 жыл бұрын
Bakat bolasepak dia banyak berkembang masa bersekolah di Slim River. Tapi family dia menetap di Parit Buntar. Jadi, waktu decide nak ke KL tu, dia gerak dari rumah family di Parit Buntar.
@ctyana4135
@ctyana4135 3 жыл бұрын
Arwah ayah sy juga pernah berbasikal dr penang ke kl utk mencari pekerjaan zaman dahulu susah..berhujan berpanas makan tido x menentu.. al fatihah bt arwah ayah.. ketika pesta pertanian seberang jaya.. ada pertunjukkan santan berlada.. saya masa baru berumur 10 tahun.. konon nak bersalam dgn khairul azhar panggil dia dr belakang tp dia x toleh.. lastly dapat jugak bersalam dgn mendiang accapan.. sempat dia kata pd saya "salam dik" ya Allah .. masa tu mmg seronok.. seronok bdk.. atleast sy ada kenangan dgn mendiang..
@pakcuusf7710
@pakcuusf7710 3 жыл бұрын
Respect dgn mendiang uncle accapan..filem yg sy tonton mendiang belakon..mendiang belakon dgn dato malek noor,raja emma&salleh yaacob&mustaffa kamal,x ingat nama filem tu.kelakar sgt mendiang ni
@rabbaniahmadrabbani6261
@rabbaniahmadrabbani6261 3 жыл бұрын
Filem Tu tajuk dia Sahabat
@raduanismail1996
@raduanismail1996 3 жыл бұрын
X silap acapan dh masuk islam
@rabbaniahmadrabbani6261
@rabbaniahmadrabbani6261 3 жыл бұрын
@@raduanismail1996 Wallahualam Hanya Allah Dan Accapan Sahaja Yang Tahu Kisah Sebenar.......
@MjShy363
@MjShy363 3 жыл бұрын
Seorang abg yg saya hormati dan kagumi....seorang insan yg mulia yg pernah saya kenali....Seorang pemain bolasepak yg hebat di padang...Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh nya.😔
@amdanyahya2439
@amdanyahya2439 2 жыл бұрын
Dah mningal???
@iwan83
@iwan83 2 жыл бұрын
Accapan.. Lagenda pelawak berbangsa india yg amat dekat dihati kita semua.. Tak kering gusi dibuatnya apabila beliau mula membuat lawak.. Salam takziah buat family mendiang Accapan..
@haziqcraftchannel9698
@haziqcraftchannel9698 3 жыл бұрын
Beliau tak dapat jadi pemain bola sepak terkemuka negara mcm arwah Mokhtar Dahari, tetapi bila beliau memasuki bidang lakonan, beliau muncul juga sebagai pelakon India Malaysia terkemuka! Uncle Accapan memang legend!😊😊😊🇲🇾🇲🇾🇲🇾
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
benar tu.. aada hikmah kan.
@alitt_motorvlog1602
@alitt_motorvlog1602 3 жыл бұрын
😢😢😢 Rip accapan, t ksh pernah jdi penghibur kami, membesar dgn gelagat lawaknya. 🙏
@umarhajikhatab6982
@umarhajikhatab6982 3 жыл бұрын
rmai lagenda2 pelawak dri malaysia sudah tiada..😢😢
@MrSethmurad
@MrSethmurad 3 жыл бұрын
Saja nak bgtau...kawan2 india saya hampir semua mmg kaki lawak...mereka pandai jaga hati kawan...suka bantu kawan yg susah...
@hussinsaid4716
@hussinsaid4716 3 жыл бұрын
Saya pernah berfoto dgn beliau, dia sangat peramah dan senang diajak bicara. Perawakan merendah diri dan sangat bersahaja. Memang legenda.
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
terima kasih..
@nassirkhan9619
@nassirkhan9619 3 жыл бұрын
Dulu rancangan tv free to air tapi bermutu baik lakonan, lawak jenaka dan nyanyian. Sekarang tv berbayar tapi jauh pangang dari api. Indah khabar dari rupa.
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
huhu bakat dulu2 lain
@nassirkhan9619
@nassirkhan9619 3 жыл бұрын
@@bangautube3681 memang bakat zaman dulu berlainan dengan sekarang. Dahulu lebih kepada bakat, sekarang lebih kepada commercial value.
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
@@nassirkhan9619 ya bakat da aura... tgk mereka je dah blh rasa seronok.. zaman skng nak ada aura mcm pelakon dlu2 payah la cita.
@azmimazlan6627
@azmimazlan6627 3 жыл бұрын
lawak membahan sekarang
@kotarominami416
@kotarominami416 3 жыл бұрын
@@azmimazlan6627 betul.. mcm kumpulan sepahtu.. buat lawak ketawa sendiri..
@rambomat97
@rambomat97 3 жыл бұрын
Dia bukak mulut dah lawak dah...hahaha....terima kasih kerna menghiburkan kami....
@fairusmohd540
@fairusmohd540 3 жыл бұрын
Pelakon yang paling disegani......
@wannquputra1681
@wannquputra1681 3 жыл бұрын
Aku minat accapan ni,lawak dia santai je..tapi baru hari ni tau dia bekas permain bola..adoi
@deansmile9349
@deansmile9349 3 жыл бұрын
susah dah nak jumpa nak jumpa pelawak pelawak india lagi... yg tinggal hanya Sathiya
@ijoyhtc
@ijoyhtc 3 жыл бұрын
Legend pelawak malaysia
@suhaimiabdulhamid7540
@suhaimiabdulhamid7540 3 жыл бұрын
😎👍. Terbaik
@asmadiyanaariffin7937
@asmadiyanaariffin7937 3 жыл бұрын
Dlm pi mai pi mai tang tu
@Stylosantes
@Stylosantes 3 жыл бұрын
Betul.. tu pun sathiya sekarang dah hauzzz di aidilfitri
@siaulang1624
@siaulang1624 3 жыл бұрын
@@Stylosantes sudah tukar ka?
@izadismail7896
@izadismail7896 3 жыл бұрын
Raspek dengan acappan.. Hebat..
@silencekiller3395
@silencekiller3395 3 жыл бұрын
Pada aku mendiang acapan ni legend,mana ada orang sanggup nk kejar cita-cita kayuh basikal dari Perak hingga KL walaupun beliau tak jadi pemain bola sepak yang terkenal tapi beliau dah pernah sepadang dgn Arwah Moktar Dahari dan yg paling hebat beliau berjaya jadi pelawak terkemuka di Malaysia pada era 80an ......
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
mana nk dpt dah zaman skng legend mcm ni
@silencekiller3395
@silencekiller3395 3 жыл бұрын
@@bangautube3681 betul tu bro
@johari6473
@johari6473 3 жыл бұрын
Acapan dan Dahĺan Zainudin main bola mmg bagus
@suarimi590
@suarimi590 3 жыл бұрын
Saya pernah jumpa dengan Mendiang dan bergambar serta makan roti canai serta teh tarik bersama kawan kawan 👌 Cerita lama banyak sangat kenangan yang terpahat di hati sanubari ini Bangau tube terbaik
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
terbaik sahabat.. memori yg xblh djual beli.
@gohgoh9117
@gohgoh9117 3 жыл бұрын
Super...abang accappan memang hebat dalam bidang lakonan..
@gohgoh9117
@gohgoh9117 3 жыл бұрын
Thank you bro..kerana upload kisah mendiang...you terbaik..respect you bro🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹👍👍👍👍👍👍
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
terima kasih sahabat
@azlangareef5861
@azlangareef5861 3 жыл бұрын
Cukup berikan inspirasi pada yg gagal dalam cita2nya..... Legend artis... RIP pakcik accapan... Kenangan kamu dalam menyinari dunia lakonan amat di ingati dan di rindui.....
@sagasilver7990
@sagasilver7990 3 жыл бұрын
Betul tu..nama Accapan tu dapat ketika mendiang berlakon dlm drama Santan Berlada..cerita dari Ibrahim Akir @ Pak Yop Kidai Tokey Restoran..
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
terima kasih sahabat
@sagasilver7990
@sagasilver7990 3 жыл бұрын
Hampir semua pelakon Drama Santan Berlada seperti Arwah Mr.Os Ali Mamak termasuk Mendiang Accapan dapat nama panggilan tu dari siri drama Santan Berlada...
@mohdshahrulanizam5468
@mohdshahrulanizam5468 3 жыл бұрын
Lawaknya mencuit Hati...yg Ada satiya la boleh than jgk lawak satiya " Kita ambik suhu ya," hehehe..
@Tuanjoejoe
@Tuanjoejoe 3 жыл бұрын
last aku bergambar dgn otai acappan dekat sri pentas dkt angsana jb..sempernah hri malaysia tahun 2013..cepat masa berlalu jika di imbas kenaggan gmbr2 msa tu..skrg hnya tinggal kenagan dgn lawak2 dia..cara acappan mintak rokok memang win teruk..rip for otai acappan 14/9/18
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
Terbaik atas perkongsian..
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
Terbaik atas perkongsian..
@kucik7727
@kucik7727 3 жыл бұрын
2015,terserempak dgn uncle accapan dpn office kt plaza glomac kj..kita tegur dia jwb n senyum elok ja..Lakonan mu akan sentiasa kami ingati..RIP uncle accapan..
@goliduk6515
@goliduk6515 3 жыл бұрын
Hebattttt!!!!! Mmg berbakat dlm lakonan
@mossisgreener
@mossisgreener 3 жыл бұрын
Ni kawan saya, dia sewa bilik di Ipoh Road, kita main bola kelab sama ! Million United FC, kelab anak orang kaya, dia kerja dengan kerajaan tempat di Magnum, jln pudu, chop cukai kat tiket 4d, memang bakat lawak ! Lepas masuk bidang hiburan, terus hilang dia, ada jumpa dia lepas berapa tahun, bau arak kuat ! dan perangai pun beza sangat ! Dunia hiburan ni ada banyak jerat nya kalau kita tak prihatin !
@hikayataku1018
@hikayataku1018 3 жыл бұрын
Aku membesar dgn filem2 uncle accapan
@muhdzaain4420
@muhdzaain4420 3 жыл бұрын
Betul kata mendiang accapan...skrg ni pelawak2 dri kalangan kaum india dh xde...majoriti kebanyakkan melayu....xbest sgt la klu 1 bangsa jer....xcm dulu2 melayu,cina & india sama2 melawak dlm satu2 rancangan tv 😪😪😪
@akuadi9438
@akuadi9438 3 жыл бұрын
tu pn skrg ni lawak double meaning tak pn lawak dia gelak sendiri...hambarr
@mohdeairul5533
@mohdeairul5533 3 жыл бұрын
Kawan baik arwah shamrin fotograf accapan ni
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
baru taw
@dragonshunter4808
@dragonshunter4808 3 жыл бұрын
Bekas permain bola sepak selangor sebelum cebur bidang lakonan..
@sedukbp1379
@sedukbp1379 3 жыл бұрын
no wonder..actually a former legend or old timer on that time mostly very talented in acting, sport, music, martial art. we can recognize their attitude differ than modern generation.
@hanafiahabdjalil4398
@hanafiahabdjalil4398 3 жыл бұрын
Lemah lembut orangnya saya peminat nya
@missaizzahmissaizzah7049
@missaizzahmissaizzah7049 3 жыл бұрын
Minat lakonan mendiang Acappan tidak pernah boring dengan setiap wataknya...semoga ada lagi pelawak/pelakon India seperti mendiang yang menghiburkan prlbagai lapisan komuniti Malaysia🇲🇾👍😎 PUNCH LINE ACAPPAN: Acappan: "Tapi ada satu benda juga Cina,Melayu dan India tak boleh makan..!" Kawan Karib: " Apa tu...?" Acappan:" Rokok sebatang...!!" Kawan Karib:" Apa ini...pigi daa...!" #ACAPPANINSANISTIMEWA
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
teebaik dailog..
@fahisjaybee5940
@fahisjaybee5940 3 жыл бұрын
Miss u hero acapan from johor
@141510za
@141510za 3 жыл бұрын
Accapan terbaik 😂
@beanehoneboreharry9766
@beanehoneboreharry9766 3 жыл бұрын
Legend begini yg menampakn keharmonian malaysia, sedih tiada pelapis sekarang ni
@johnkaren8191
@johnkaren8191 3 жыл бұрын
Susah nak cari yg berbakat seperti mendiang acapan. Ntah la... Suka tengok telatah die.
@neoxvenchannel8682
@neoxvenchannel8682 3 жыл бұрын
terima kasih....untuk selamanya lagenda Accapan
@yahsirmohdsazali5972
@yahsirmohdsazali5972 3 жыл бұрын
big salute,respect for u sir Accapan..miss ur old days when i was a little kid i'm ur among of the fans..a big fans sir! thanks sir for everything u've done to make me laugh and to be happy when watching ur show...😞 thank u so much!
@kusyairy1335
@kusyairy1335 3 жыл бұрын
Filem Sahabat best... zaman2 kasut Aliph
@kidzstudiohq6488
@kidzstudiohq6488 2 жыл бұрын
Pernah terserampak dgn beliau kt PWTC, sangat peramah dan humble..semua org dia sapa..macam x percaya bro Acapan tegur aku... Salute!!
@akeem3706
@akeem3706 3 жыл бұрын
Ex boss beliau, Aziz Ibrahim juga seorg pengulas sukan di RTM era 80an.
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
terima kasih sahabat atas info dan perkongsian
@fizonizam8152
@fizonizam8152 2 жыл бұрын
Aziz ibrahim adalah bekas pegawai Bank Bumiputra Msia Bhd BBMB. Beliau juga sorang penyokong tegar pasukan gergasi England iaitu Liverpool FC.
@mohdrazmi430
@mohdrazmi430 3 жыл бұрын
Minat sngt dgn lawak beliau..
@harismizan1454
@harismizan1454 3 жыл бұрын
semuanya tinggal kenangan...tapi powernya tetap ada sampai sekarang....terbaik accapan...peewwiittt....
@kauaku4424
@kauaku4424 3 жыл бұрын
Rindu lawak2 Accapan... Rindu tahun 90an dulu2...
@tokwantv8175
@tokwantv8175 3 жыл бұрын
RM500 = sebutan yang betul ialah "Lima ratus ringgit." Ramai yang masih kurang faham mengenai cara sebutan Ringgit Malaysia .
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
terima kasih
@thecrkb
@thecrkb 3 жыл бұрын
Betul tu.Ramai yg masih sebut “RM lima ratus ringgit” Sepatutunya “Lima ratus tinggit” sahaja.Kalau nak sebut juga, cukup dengan”RM lima ratus”.Tapi zaman dulu belum guna RM…
@RSO-IV
@RSO-IV 3 жыл бұрын
Innalillah.. Semoga Allah merahmati Aruah Acappan. Akhir hayat, beliau memilih mendekati bbrp ustaz² tabligh dan bersyahadah akhirnya. Alfatihah. 😓😓😭
@sohrab621
@sohrab621 2 жыл бұрын
Betul ke dia masuk Islam bang?
@tatamollymollycat4809
@tatamollymollycat4809 3 жыл бұрын
Rindu mr acapan
@anuaranuaranuar1725
@anuaranuaranuar1725 3 жыл бұрын
Org PARIT BUNTAR Rupa nya ❤️❤️❤️❤️
@putraputra4117
@putraputra4117 3 жыл бұрын
Iya aku igt dia ni org slngor
@black2165
@black2165 3 жыл бұрын
Filem bisikan cinta berlakon dgn Azhar sulaiman, mmg lawak betul mendiang Accapan dlm filem tu
@QW543
@QW543 3 жыл бұрын
Bersekolah di sek men Slim river. Tp bertolak ke Kuala Lumpur dr parit buntar??? Lalu kat Kuala Kangsar sblm tu singgah kat Taiping. mmmm....
@abdulhalimmohamedb18
@abdulhalimmohamedb18 3 жыл бұрын
Sekolah je di SR & berhenti sekolah..... Tapi dia minta kebenaran family di PB...tentu balik Kampong dulu.. & dari PB lah dia berkayuh...semak pd minit 2:27
@RSO-IV
@RSO-IV 3 жыл бұрын
Dengar berita, jika xfaham boleh ulang. Semoga berhati² bila dgr video. 🤟🤟
@one4three291
@one4three291 3 жыл бұрын
hampir semua rakyat Malaysia kenal nama acappan
@ramlibinmohamednoorramli4237
@ramlibinmohamednoorramli4237 2 жыл бұрын
Hebat accapan rindu dengan lawak nya.
@nantlsnan9432
@nantlsnan9432 3 жыл бұрын
hebat juga Acapan nj . sgt membangga kan
@rabbaniahmadrabbani6261
@rabbaniahmadrabbani6261 3 жыл бұрын
Geng Santan Berlada dengan Mendiang Accapan nie pernah Datang Rumah Aku Dulu masa Aku Kecik..,....Masa Tu Geng Santan Berlada Buat Show Dekat tapak ekspo seberang jaya, Penang dengan band bapa aku dan sampai akhir hayat Mendiang pun dia masih bertanyakan khabar bapa aku dan anggota band bapa aku.......
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
terbaik legend pnh singgah..
@rabbaniahmadrabbani6261
@rabbaniahmadrabbani6261 3 жыл бұрын
@@bangautube3681 Gambar Kenangan tu pun masih tersimpan rapi lagi dalam almari......
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
@@rabbaniahmadrabbani6261 terbaik.. simpan utk tatapan generasi akn dtg.
@rabbaniahmadrabbani6261
@rabbaniahmadrabbani6261 3 жыл бұрын
@@bangautube3681 ok👌
@azmiabdulrahman5722
@azmiabdulrahman5722 3 жыл бұрын
Skrg sudah kurang pelawak Dr kalangan kaum india.dulu dunia seni d meriahkan oleh banyak bakat2 Dr kalangan kaum India seperti Param,A.r ayyapan,Accapan.tp mengapa skrg kurang,Klau ada pun hanya d kenali d kalangan kaum India shj mungkin.hanya sathia saja yg masih d kenali skrg,tp dia pun jarang muncul d media2 hiburan.kenapa ya?
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
mngkin kerana aura mrka kurang mdapat perhatian masyrakat
@seevabalanseeva1724
@seevabalanseeva1724 3 жыл бұрын
Anne acapan u r the best💯
@jddregunerry6675
@jddregunerry6675 3 жыл бұрын
Seorang permata dlm bidang seni.👍👏
@Mr.Apapuntakbleh
@Mr.Apapuntakbleh 3 жыл бұрын
Insan istimewa
@yurikhan5691
@yurikhan5691 2 жыл бұрын
Terbaik... kerana channel..ini guna bahasa Melayu baku..... semua suka paham...tak perlu bahasa. Johor Riau.. kerana ejaan dan sebutan tak sama
@bangautube3681
@bangautube3681 2 жыл бұрын
Terima kasih sahabat.
@mohammadraidlutfi9677
@mohammadraidlutfi9677 3 жыл бұрын
Dia sama macam aku nak jadi pemain bola sepak professional tak tercapai tapi bukan sebab pasal sama macam kisah dia tak capai jadi pemain bola sepak, pasal aku dah pergi selection beberapa kelab bola dulu tak dapat, tapi pasal sekarang umur aku dah lanjut tu aku lupakanlah impian aku nak jadi pemain bola sepak, aku ceburkan diri aku dalam bidang lakonan...
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
mngkn rezeki bidang lain.. xpela kan sdh ditetapkn yg Maha Esa..
@mohammadraidlutfi9677
@mohammadraidlutfi9677 3 жыл бұрын
@@bangautube3681, aku pergi selection beberapa kelab bola dulu semua pilih2 bulu...
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
kena ada kabel kot bang.. hehe.. sy pnh bbrpa kali iv keje di suati jabatan.. bila sembang2 dgn calon lain.. dia cter la yg temudga ni pakcik dia.
@mrbecker7628
@mrbecker7628 3 жыл бұрын
masa kecik2 dulu kalau teringat accapan mesti rasa nak tergelak
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
hee kan
@mdyuszayusyus3730
@mdyuszayusyus3730 2 жыл бұрын
Adalah kumpulan Ali puteh.dia juga hampir menyerupai lawak accappan. Wii terbaik ohh
@megmeg2949
@megmeg2949 3 жыл бұрын
Bukan senang nk join team Selangor wlupun berbakat
@norhishammehat1220
@norhishammehat1220 2 жыл бұрын
Acappan memang legend...lawa gila...tgk muka pun dh lawak...belum buat lawak lagi.
@bangautube3681
@bangautube3681 2 жыл бұрын
Legend
@maklipat2475
@maklipat2475 2 жыл бұрын
Terima kasih pakcik accapan...
@mior1
@mior1 2 жыл бұрын
Arwah Ali Manak teringat tahun 1993,berbual dlm telefon dgn arwah,apabila Bapa aku yg kerja di TM ,arwah berkerja TM masa tu,kemudian jadi pengacara utk karnivel sukan dihari keluarga TM,diMaluri
@HeadphoneGuy2009
@HeadphoneGuy2009 3 жыл бұрын
Never miss bila dia buat lawak!!!
@thalirkodi3985
@thalirkodi3985 3 жыл бұрын
Saya memang suka Trip Santan Berlada, ta pernah miss tengok sitcom ni. Pelakun Accappan memang lucu n pandai berbahasa Melayu masa itu. Semoga Mendiang bersemadi dangan aman .🙏
@mdyuszayusyus3730
@mdyuszayusyus3730 2 жыл бұрын
Dapat imbuhan rm500 ringgit..nilai sekarang ini.mungkin rm100 ribu atau..rm200 ribu.sebab dulu rm500 ratus.ringgit.boleh beli kereta mewah dan boleh beli rumah mewah..besar tu dapat imbuhan.terbaik accappan.. Aziz Ibrahim juga seorang penerbit filem yang berwebawah.
@bangautube3681
@bangautube3681 2 жыл бұрын
Byk tu..dluw pnya nilai
@abdulhalimaziz9307
@abdulhalimaziz9307 2 жыл бұрын
Ramai yg tak tahu beliau adalah bekas pemain BS SELANGOR
@bangautube3681
@bangautube3681 2 жыл бұрын
Kan.
@dinkacang1285
@dinkacang1285 2 жыл бұрын
Acappan... Hahaha.... Pelakon babgsa india yg pertama aq kenal.... Hahaha...
@aliakbarosman3332
@aliakbarosman3332 3 жыл бұрын
Terbaik ceritanya..
@Nayy22578
@Nayy22578 3 жыл бұрын
Terbaek
@mohddin523
@mohddin523 3 жыл бұрын
Terbaik Acappan
@alimputra1195
@alimputra1195 2 жыл бұрын
Pernah tengok mendiang accapan main bola di RTM1 dulu,sekali tengok spt Zainal Abidin Hassan bermain
@bangautube3681
@bangautube3681 2 жыл бұрын
Wah rezeki.
@wanazhar3622
@wanazhar3622 3 жыл бұрын
Terbaik
@farhaniemz5620
@farhaniemz5620 3 жыл бұрын
Legend..
@azlantaupek939
@azlantaupek939 3 жыл бұрын
Salah tu filem last awang gerudi lah 2018. Filem biar betul dia pernah berlakon 2004
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
terima kasih sahabat atas info.
@erratic_2026
@erratic_2026 2 жыл бұрын
Peluang perlu diberi kepada Cina India, kesetiaan dan tanah tumpah darahku. Asyik nak tonjol budaya cantik, lawa, comel, seksa, dan pilih kasih. Ini Keluarga Malaysia
@oneyqalqal4472
@oneyqalqal4472 3 жыл бұрын
Ayo. .. Sya yng itu.. Haha.. Minat lawak accapan
@muhdsharul1267
@muhdsharul1267 3 жыл бұрын
Oooo org kampung teman wehh
@ntahlahlabu9504
@ntahlahlabu9504 3 жыл бұрын
Tgk movie *Gila Bola* beliau jdi Coach .
@kie330
@kie330 3 жыл бұрын
Idola
@manafkalbu5657
@manafkalbu5657 Жыл бұрын
Acappan ni lawak nya lain macam..trbaik
@bangautube3681
@bangautube3681 Жыл бұрын
Terbaik sepanjang zaman.
@experimental.chanel
@experimental.chanel Жыл бұрын
Saya suka accapan
@AbuHanif-zc3sb
@AbuHanif-zc3sb 3 жыл бұрын
Katanya diakhir hayatnya di masuk Islam... Kalau benar beruntunglah dia sebab memiliki kunci syurga... Amiin
@abuya1532
@abuya1532 3 жыл бұрын
Respect Legend!!
@zemimakesense
@zemimakesense 2 жыл бұрын
dia mmg klakar...kenal beliau sesama selalu bermain bola di road 10 PJ Old Town...last jumpa dia di Pj State waktu dia masih sihat...sedih dgn pemergian dia..
@carosrossi80
@carosrossi80 2 жыл бұрын
pernah jumpa dia....dia datang lepak ngan AZMAN ADNAN....tgk gang kita orang main bola kat pantai dalam
@suesizuka858
@suesizuka858 2 жыл бұрын
Slah seorg pmnatnye lwaknye brshja aptahlgi brgnding dgn arwh ali mamak n khairul azhar mmg ngm sgt trbaikkk
@azmantv3729
@azmantv3729 3 жыл бұрын
Tahniah kerana me gunakan bahasa Baku..
@bangautube3681
@bangautube3681 3 жыл бұрын
terima kasih sahabat
@zakienko
@zakienko 3 жыл бұрын
Legenda.
@KrishnaKumar-hs3ph
@KrishnaKumar-hs3ph 2 жыл бұрын
U r the legend boss
@saifulazim652
@saifulazim652 3 жыл бұрын
Tengok muka dia dah geli hati. Itu belum lagi dia melawak.
@appyapis8894
@appyapis8894 3 жыл бұрын
Saya pernah berjumpa dengan mendiang di Sunway dekat kedai makan dia pandu kereta proton saga warna merah.
@reimihim6815
@reimihim6815 Жыл бұрын
Pelawak India yg legend hingga kini
@bangautube3681
@bangautube3681 Жыл бұрын
Tiada gantit..
@bilalzahanmanaf6791
@bilalzahanmanaf6791 3 жыл бұрын
Saya suka lawak acapan...
@md.edjumpjohnny4920
@md.edjumpjohnny4920 3 жыл бұрын
Lawak komedi skng xmcm dulu. dulu n skrng walaupun spontan tp tak kena kan org. Sampai skng masih tengok pi mai pi mai tang tu n filem² komedi lama. komedi skng betul² tak layan. Takziah kepada keluarga mendiang.
@muzvlogger8508
@muzvlogger8508 3 жыл бұрын
Acappan🌷❤
Mr Os - Hijrah Seorang Seniman
14:34
Bangau Tube
Рет қаралды 114 М.
Lawak Kenangan Dulu Trio Santan Berlada Ali Mamak Acappan Khairul Azhar
7:30
- А что в креме? - Это кАкАооо! #КондитерДети
00:24
Телеканал ПЯТНИЦА
Рет қаралды 8 МЛН
Cool Items! New Gadgets, Smart Appliances 🌟 By 123 GO! House
00:18
123 GO! HOUSE
Рет қаралды 17 МЛН
S Shamsudin - Lawak Komedi Yang Bersahaja
15:45
Bangau Tube
Рет қаралды 108 М.
R Jaafar - Pelawak Sepanjang Zaman
10:09
Bangau Tube
Рет қаралды 173 М.
Wahid Satay - Badang Malaya
12:53
Bangau Tube
Рет қаралды 116 М.
MOKHTAR DAHARI - SEPAKANNYA SEPERTI PELURU MERENTASI BENUA ASIA
8:41
Detektif Mat Despatch
Рет қаралды 970 М.
Udo Omar - Haji Bakhil Labu Labi
12:42
Bangau Tube
Рет қаралды 120 М.
Lawak Cari Pasangan Ideal Khairul Azhar Pelawak Ali Mamak Fauziah Nawi
10:14