No video

ADAKAH ANDA MEMILIH SAIZ SINKI YANG BETUL

  Рет қаралды 34,059

Uncle Andrew

Uncle Andrew

Күн бұрын

Adakah anda memilih saiz sinki yang betul?
Adakah anda terlalu membongkok semasa membasuh pinggan? Adakah sinki anda memakan ruang table top yang banyak? Atau, adakah sinki anda sudah penuh lepas letakkan beberapa pinggan yang kotor? Jika ya, ini bermakna anda mempunyai saiz atau jenis sinki yang salah.
Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini Uncle Andrew hendak berkongsikan dengan anda, 3 tips untuk memilih saiz sinki yang betul. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan setelah menonton video ini, boleh terus komen di bawah.
Pertama, saiz sinki
Memeriksa saiz sinki dapur adalah lebih penting daripada sekadar mengetahui sama ada sinki itu sesuai. Anda juga perlu tahu saiz kabinet dapur, saiz table top dan kegunaan utama sinki.
Jika anda selalu memasak dan memerlukan ruang untuk mencuci periuk atau kuali yang lebih besar, sinki yang lebih besar dan dalam lebih sesuai. Tetapi, ada perlu ingat, sekiranya saiz sinki yang besar dipasang pada table top yang kecil, ini akan mendatangkan masalah semasa pemasangan. Sebagai contoh, jika sinki terlalu besar, pemasangan water tap pada table top akan menjadi sukar kerana ruang yang sempit. Tukang terpaksa menebuk table top bahagian depan lebih besar dan meninggalkan ruang yang kecil pada bahagian depan sinki. Ini menyebabkan table top mudah pecah. Bukan itu sahaja, jika anda hendak tukar water tap pada masa akan datang juga akan menjadi sukar. Saiz yang sesuai kebiasanya 400mm-450mm.
Kedua, kedalaman sinki
Sinki yang mempunyai mangkuk yang tidak terlalu dalam, sekitar 5-6 inci adalah sesuai bagi penggunaan yang minima. Sebagai contoh, mencuci sayur dan bahan masakan. Kedalaman tadahan sinki yang cetek boleh mendorong berlakunya percikan air.
Jika kedalaman mangkuk dalam 8-10 inci pula, sangat sesuai bagi penggunaan yang maksimum. Sebagai contoh, mencuci peralatan memasak seperti periuk, kuali dan sebagainya. Walaubagaimanapun, jika kedalam sinki terlalu dalam, ia boleh membuatkan belakang anda sakit dan juga sukar dicapai oleh anak kecill.
Yang terakhir sekali, jumlah mangkuk
Jika nak pilih jumlah mangkuk yang sesuai untuk sinki anda, sekali lagi, sangat penting untuk anda tahu cara sinki digunakan. Kekerapan anda memasak, jumlah ahli keluarga dan cara anda membasuh pinggan harus diambil kira dalam menentukan bilangan mangkuk sinki yang anda inginkan.
Apa perbezaan Single Bowl, Double Bowl, atau Triple Bowl?
Sinki Single Bowl
• Mempunyai besen yang luas
• Sesuai untuk periuk dan kuali yang besar
• Kebiasaannya kedalaman besen lebih dalam berbanding sinki double bowl atau triple bowl.
Sinki Double Bowl
• Mudah untuk menjalankan tugas yang berasingan seperti membasuh dan membilas
• Anda boleh pilih antara besen bersaiz sama atau satu besen kecil dan satu besen besar.
• Besen mungkin mempunyai lebar dan panjang yang berbeza bagi menghasilkan sudut atau bentuk yang berbeza untuk dimuatkan di sudut atas table top.
• Anda boleh pertimbangkan untuk mengambil satu besen yang lebih besar daripada yang lain supaya mudah untuk membasuh periuk dan kuali.
Sinki Triple Bowl
• Sinki Triple bowl, biasanya lebih lebar daripada sinki yang lain dan menggunakan ruang table top yang lebih banyak.
• Pilih susunan yang berbeza berdasarkan reka bentuk dapur anda. Seperti, meletakkan dua besen besar dengan satu besen kecil, tiga besen sama saiz atau tiga besen dengan saiz yang berbeza.
Saiz sinki adalah sangat penting, terutamanya jika anda hanya hendak menggantikan sinki sedia ada tanpa mengubah suai kabinet. Ingat! Lubang di atas table top boleh dibuat lebih besar tetapi tidak lebih kecil, iaitu anda boleh beli sinki yang lebih besar untuk table top yang sedia ada tetapi bukan yang lebih kecil.
Saiz sinki anda bergantung pada kabinet dapur yang hendak dipasang. Sinki tidak boleh lebih lebar daripada lebar dalaman kabinet.
Semoga dengan sedikit info Uncle Andrew kongsikan dapat membantu anda memilih sinki yang sesuai untuk dapur idaman. Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin mencadangkan tajuk video seterusnya beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah.

Пікірлер: 52
@sdzakaria
@sdzakaria 2 жыл бұрын
Ini betul2 orang Malaysia. Tabik! Topik pun sgt menarik...Selamat maju jaya
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 жыл бұрын
Terima kasih banyak ²
@fjvideos6522
@fjvideos6522 3 ай бұрын
Best la uncle punya explanation
@ainamanda2227
@ainamanda2227 2 жыл бұрын
Thank you uncle andrew. Good that i found you before i make any 'sinking' decision. 👍🤭
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 жыл бұрын
You are most welcome
@andrewliew4946
@andrewliew4946 2 жыл бұрын
Thank you Uncle Andrew for sharing important of sinking..Btw if my table top quartz width around 58cm,should i select 45 x60 or 40x60cm.?
@teraldo
@teraldo Жыл бұрын
tq sifu andrew...maklumat yg sgt diperlukan..👍👍
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Жыл бұрын
You are welcome 😊
@timahtan1452
@timahtan1452 Жыл бұрын
😀 menambah pengetahuan 👍 terima Kasih dengan info
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Жыл бұрын
Sama sama
@fjvideos6522
@fjvideos6522 3 ай бұрын
Uncle boleh explain tak kebaikan dan keburukan Built In Table Top?
@emmadio6521
@emmadio6521 2 жыл бұрын
Terima kasih uncle dengan Info yang uncle terangkan
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 жыл бұрын
sama sama
@Sanura-Nora
@Sanura-Nora Жыл бұрын
Terimakasih uncle..jelas penerangannya👍🏻
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Жыл бұрын
You are most welcome 🙏
@samidahjanalin4726
@samidahjanalin4726 Жыл бұрын
Ilmu yg berguna
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Жыл бұрын
Terima kasih
@ikanemas7743
@ikanemas7743 2 жыл бұрын
Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 жыл бұрын
Sama sama🙏🙏🙏
@ikanemas7743
@ikanemas7743 2 жыл бұрын
@@UncleAndrew1111 boleh tuan berkongsi adakah siling plaster bahaya untuk kesihatan🙏
@tinamanis5936
@tinamanis5936 9 ай бұрын
Great video ..uncle Andrew kabinet kat background colour biru Dan video pemula cabinet dapur colour putih ITU pakai material apa
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 9 ай бұрын
Spray paint, melamine abs dan acrylic juga boleh buat effect tu.
@shamsulshamsul3533
@shamsulshamsul3533 2 жыл бұрын
Tqsm Uncle Andrew. Great.
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 жыл бұрын
You are most welcome
@romanreyes1706
@romanreyes1706 2 ай бұрын
Uncle Andrew, bolehkah saya pasang undermount sink sebagai topmount?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 ай бұрын
Boleh, pasaran ada yang pasang Recess mount.
@zainunazahari3809
@zainunazahari3809 Жыл бұрын
Morning uncle Andrew, saya nk tanya mcmana nk jaga kabinet dapur di bawah sinki. Apakah nasihat atau cadangan supaya kabinet di bawah sinki tidak berbau dan berkulat jika dapur saya bukan jenis yang konkrik.Tq uncle Andrew
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Жыл бұрын
Masalah yang utama pada cabinet bawah basin adalah air. Kelembapan yang tinggi menimbulkan banyak masalah.Kondensasi air berlaku pada bawah sink selalu kita jumpa.Masalah kebocaran air pada piping bawah basin perlu maintainance pada masa ke masa. Pengudaraan yang baik penting di bahagian carcass bawah basin. Material yang kita galak digunakan untuk membina cabinet bawah basin adalah Aluminium, stainless Steel, PVC Board dan ACP.
@zainunazahari3809
@zainunazahari3809 Жыл бұрын
Thank you for your advice.
@kamaldaud1031
@kamaldaud1031 2 жыл бұрын
Tq info boss
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 жыл бұрын
Terima kasih banyak ²
@nadiahren6200
@nadiahren6200 Жыл бұрын
Uncle kongsi kan kedudukan sink dapur yang sesau dgn kedudukan tempat masak pada table top.. Adakah berdekatan atau lebih elok Bntuk L
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Жыл бұрын
kzfaq.info/get/bejne/m72detGLyJbQgWw.html
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Жыл бұрын
Sini ada link penerangan.
@user-mw7oh8kq7y
@user-mw7oh8kq7y 6 ай бұрын
Thank You uncle Andrew. But my sinki its single..its Wrong? Thanks
@afuanjunaida2511
@afuanjunaida2511 Жыл бұрын
size 400-450mm (40-45cm) maksud ialah size panjang sinki? Adakah ini size yang umum untuk kebanyakan kabinet?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Жыл бұрын
Lebar. Contoh: sink single bowl panjang 880mm x lebar 450mm.
@safinarabubakar4195
@safinarabubakar4195 2 жыл бұрын
kalau kita pilih double bowl sinki 400mm-450mm panjang keseluruhan adakah terlalu kecil? 400mm=40cm?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 жыл бұрын
Uncle Andrew rasa Puan salah faham kedudukan 400mm - 450mm.Bukan panjang. www.jyhming.com.my/3-tips-untuk-memilih-saiz-sinki-yang-betul Cuba tengok article ini, dalam ada drawing tunjuk kedudukan yang betul. Betul ,400mm = 40cm
@safinarabubakar4195
@safinarabubakar4195 2 жыл бұрын
ooh paham..tq uncle
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 2 жыл бұрын
@@safinarabubakar4195 you are most welcome
@norhafizahabdhadi9699
@norhafizahabdhadi9699 Жыл бұрын
Thanks info. Nak tanya, ok tak sinki single 760mm, kedalaman 230mm untuk table top 12 kaki
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Жыл бұрын
Size ok, kena timbangkan juga buat undermount atau topmount sink.
@norhafizahabdhadi9699
@norhafizahabdhadi9699 Жыл бұрын
Thanks uncle. Saya buat undermount
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Жыл бұрын
@@norhafizahabdhadi9699 UM trend sekarang dan jadi kesukaan ramai.
@norhafizahabdhadi9699
@norhafizahabdhadi9699 Жыл бұрын
@@UncleAndrew1111 OOO yeke. Saya pun tak perasan
@mrfirdaus9292
@mrfirdaus9292 Жыл бұрын
uncle, tap sebaiknya ikat pada top atau ikat pada sink yg ade lubang utk ikat tap?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Жыл бұрын
Sink tersedia ada lubang untuk tap lebih mudah untuk kita pasang tap dan juga maintenance masa depan.Namun,juga kena tengok jenis table top dan juga cara table top itu dipasang(top mount atau undermount). Jika table top seperti HPL,memang kita galak tap dipasang pada sink.Lebih opening lebih lagi tempat meresap air.
@nurain4886
@nurain4886 Жыл бұрын
top mount sink boleh pasang pada quart table top ke?
@UncleAndrew1111
@UncleAndrew1111 Жыл бұрын
Boleh.
@mudismail
@mudismail 2 жыл бұрын
👍
@tansokhiong1282
@tansokhiong1282 Жыл бұрын
Pm me.TQ❤
TIPS DAPUR KECIL KELIHATAN BESAR
4:30
Uncle Andrew
Рет қаралды 50 М.
Bagaimana Memilih Penyedut Asap Yang Baik
12:24
J Bathroom (M) Sdn. Bhd.
Рет қаралды 71 М.
Кадр сыртындағы қызықтар | Келінжан
00:16
Violet Beauregarde Doll🫐
00:58
PIRANKA
Рет қаралды 34 МЛН
Секрет фокусника! #shorts
00:15
Роман Magic
Рет қаралды 43 МЛН
Мы сделали гигантские сухарики!  #большаяеда
00:44
7 LANGKAH BINA KABINET DAPUR
5:44
Uncle Andrew
Рет қаралды 51 М.
CARA MEMILIH DAPUR MASAK YANG SESUAI
4:22
Uncle Andrew
Рет қаралды 29 М.
Undermount vs. Topmount Sink: Yang Mana Satu Saya Patut Pilih?
3:53
Jyh Ming Sdn Bhd
Рет қаралды 1,4 М.
PEMBUNUH SENYAP DALAM RUMAH FORMALDEHID
9:42
Uncle Andrew
Рет қаралды 16 М.
Betul Ke "Air Fryer" Tak Boleh Pakai?  Takut Kena Kanser!
17:34
Dr. Noordin Darus
Рет қаралды 43 М.
TREND TERKINI AKSESORI KABINET DAPUR
4:30
Uncle Andrew
Рет қаралды 5 М.
TIPS GUNA PERIUK/ KUALI BARU..supaya tidak melekat ketika memasak & tahan lebih lama
5:41
Architect's TOP 10 Kitchen Design Mistakes
21:12
Daniel Titchener
Рет қаралды 788 М.
RAHSIA MENGENAI 5 ZON DAPUR , Apa yang perlu anda tahu?
5:28
Uncle Andrew
Рет қаралды 2,4 М.
Kesilapan Bina Dapur
8:41
Tukul Bina
Рет қаралды 9 М.
Кадр сыртындағы қызықтар | Келінжан
00:16