Рет қаралды 89,711
#keladi #gold916 #keladiemas916 #keladigold916 #keladiviral
Assalamualaikum, salam kasih sayang kepada semua subscriber dan penonton yang masih sudi memberi sokongan kepada channel saya, Alhamdulillah.
Perkongsian kali ini mengenai keladi, khas untuk kaum² ibu dan kaum bapa juga yang meminati pokok keladi yang semakin viral dan mempunyai sambutan yang luar biasa sekarang.
Kali ini Ahmad akan membongkar sebab dan kenapa keladi emas 916 dijual dengan harga yang tinggi sehingga tular di media massa dan sosial media.
Ahmad ke Kampung Padang Benbam, Melor, Kota Bharu, Kelantan untuk berjumpa Halim Yusof iaitu pengusaha tanaman keladi emas 916 yang berjaya meraih pendapatan lumayan daripada aktiviti berkenaan.
Jom, sahabat sekalian kita layan video ini semoga ia memberi manfaat dan inspirasi buat semua.