Рет қаралды 168,486
Produced By LQ MUSIQ
Mixing & Master By LQ MUSIQ
Lyrics By $AN & YAPH
Photo By @sakiyurai
$AN :
Dalam kamar sepi, dia tiada lagi rasa,
bunyi ketikkan jam, cuma tunggu masa,
parut dileher, simpan seribu rahsia,
tiada apa yang tinggal cuma sisa,
Jadi kenapa jalan ini?
jadi kenapa mengangis lagi?
aku yang dulu dah lama mati,
yang terbuang jauh dari hati,
Aku tak nak jadiii kamu,
pasal siapa nak jadi aku?
aku tak nak jadi dia,
semua orang pandang hina,
Serbuk debu-debu kokaina,
bawak aku pergi ke alam semesta,
kenapa perlu kau begini hina?
Dunya ni yang penuh dengan dusta,
Sofea tak nak jadi sofea,
mama sofea bunuh diri,
darah penuh atas sofa,
mama sofea kelar nadi,
Jadi sofea larikan diri,
lari ikut sorang laki,
lelaki ni bahaya dia banyak janji,
Jika kau tanya pada mentari,
mana hilangnya aku pergi,
rembulan senyap dan sepi,
langit sayu, sunyi..
sunyi...
YAPH:
Sebelum lelap mata, lihat lampu kalimantang,
kali ini lebih matang,
dan aku perlu serah separuh lagi nyawa untuk bentang,
esok hari masih punya waktu tenang,
So, biar aku duduk karang,
kurang waktu senang,
sampai engkau hilang dari radar yang aku bayang,
bulan tidak lagi terang walau masih punya siang,
Cuba untuk lakar wajah dari hujung pena hati,
atas kanvas,
lari aku dari realiti mati,
kerana wujud engkau dalam illusi,
Bawalah aku, kosmik bayangmu bagai syahdu,
terlena aku dalam atmosfera lagu-lagu yang kau tuju,
Visit :
lqmusiq.com/
www.karenrecords.com/
IG:
@lqmusiqbeat @karenrecords