Рет қаралды 143
Pantai Rang Bulan ini terletak nya di daerah Kota Belud Sabah. Pantai ini boleh dicari melalui Google Maps ataupun Waze untuk lokasi yang tepat. Sepanjang perjalanan ke pantai ini, anda akan dapat melihat kampung-kampung dan juga persisiran pantai yang biru dan juga menawan di mana perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 20-30minit dari pekan Kota Belud.
Pantai Rang Bulan ini bagi saya lain daripada pantai-pantai yang lain. Dia ada tarikan dan keistimewaan tersendiri. Sukar untuk saya nyatakan, maka dengan itu kalian bolehlah melihat sendiri dalam video kali ini. Selepas menonton video ini, bolehlah masukkan pantai ini dalam Travel List kamurang. Dari gambar tidak nampak keistimewaannya, melalui video ada nampak sedikit keistimewaan, kalau pergi sendiri ke sini lihat dengan mata sendiri baru nampak kecantikan yang memukau.