Ucapan Anwar Ibrahim dalam Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan (02.07.24)

  Рет қаралды 3,154

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

Ай бұрын

Amanat saya pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan pagi ini mengingatkan seluruh pasukan penjawat awam untuk bermuhasabah tatkala melaksanakan amanah dan tugas. Kita perlu senantiasa mempersoal, selain berfikir, pada nurani apakah upaya yang kita lakukan ini adil dan saksama kepada semua lapisan masyarakat, baik yang kaya mahupun yang miskin dan melarat.
Saya mempertaruh cita-cita yang tinggi untuk Malaysia. Keyakinan saya sangat besar bahawa martabat dan tahap kekayaan negara dapat ditingkatkan lebih tinggi.
Abaikan suara-suara sumbang yang mencela niat dan upaya murni ini dan usah terheret dengan budaya politik kebencian di negara ini yang terus menebal. Fakta sama sekali tidak dipedulikan. Yang dilontarkan hanyalah kebencian.
Upaya Kerajaan MADANI untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat memerlukan pelaksanaan kebijakan-kebijakan yang adil. Sebagai contoh, apakah kita mampu membiarkan sebahagian besar hasil mahsul negara terbazir untuk kegiatan dan budaya rasuah dan subsidi yang tidak tepat sampai kepada kumpulan sasaran.
Rasuah yang terus berlanjut akan menghalangi sebahagian besar rakyat dari bantuan dan infrastruktur penting. Kita semua sedar bahawa sistem perkhidmatan awam dan prasarana dibiar usang dan tidak mencukupi. Justeru, timbul persoalan apakah dasar-dasar yang lalu-atau yang sedia ada-memaknai keadilan buat semua insan?
Kita perlu menyedia dan memberikan ruang kepada semua agar mereka yang terpinggir ini dapat dibela. Ini makna mobiliti sosial. Untuk melonjak darjat negara, kita mesti memaknai keadilan dengan dasar-dasar yang adil, progresif dan terangkum demi rakyat terbanyak.
#MalaysiaMADANI

Пікірлер: 27
@abdmalikyusof3307
@abdmalikyusof3307 Ай бұрын
Semoga Allah sentiasa membimbing pemimin negara kami.
@diddyahmad2108
@diddyahmad2108 Ай бұрын
Terimakasih pmx. SEMOGA Allah rahmati pmx dgn kesihatan smli akhir hayat. Kami mahu pmx menerajui malaysia sehingga akhir sehingga malaysia maju jaya
@phmspH0
@phmspH0 Ай бұрын
Marilah kita bersama membantu PMX membangun negara kita Malaysia, semoga Allah Taala mempermudahkan nya...Aamiin Ya Rabb...
@abah14678
@abah14678 Ай бұрын
👍👍👍
@user-xu4gx6ly8g
@user-xu4gx6ly8g Ай бұрын
Tahniah PMX dianugerahkan DSD Kedah..Teruskan perjuangan memertabatkan Malaysia.
@drzuraimyali7690
@drzuraimyali7690 Ай бұрын
Tausiah ayahanda DSAI sangat tinggi nilainya bagi menyelamatkan negara dan membina maruah bangsa Malaysia. Harta kekayaan anugerah Allah untuk negara lebih dari cukup untuk semua rakyat tapi x pernah cukup bagi pimpinan yang rakus dan tamak. Benarlah sabdaan Nabi SAW jika ada dua gunung emas pasti dicari yang ke3 sehingga perutnya ditutupi dengan tanah. Syukur AlhamdulilLah, dengan anugerah kepimpinan ayahanda DSAI sekarang anakanda yakin 200% tanpa ragu terhadap kebijaksanaan dan perancangan strategik yang terbaik yang telah ayahanda DSAI lakukan. Jika mereka masih fitnah, cerca dan terus menanam kebencian anggaplah itu hanya sedikit ujian ketimbang dengan ujian Nabi2 yang terdahulu. Keputusan untuk ambil keputusan merit bagi yang cemerlang dan mengekalkan hak 153 dilihat memenuhi justice is fairness. Bagi yang cemerlang kalo dia jadi Doktor pakar perubatan sudah tentu banyak nyawa yang diselamatkan tanpa mengira kaum dan agama. Analogi yang mudah. Penutupnya benar dan tepat skali 'faiza azamta fatawakal ala Allah'. Selebihnya kita serahkan urusan ini kepada Allah setelah segala keputusan melalui musyawarah telah dibuat sebaik mungkin. Insya-Allah anakanda yakin hasilnya rakyat akan nampak dan faham dlm beberapa tahun nanti. ❤ PMX Karamah AuliyaulLah Ameerul Mukminin Mujadid dan Murabbi abad ini ❤. Jangan lupa singgah Perlis sambil minum teh tarik. Banyak ilmu nk tuntut dengan ayahanda DSAI.😊
@user-fx4fy3ml1l
@user-fx4fy3ml1l Ай бұрын
Setuju & sokong
@UKYin0369
@UKYin0369 12 күн бұрын
Wow, lovely flowers arrangement.
@songokugoku8242
@songokugoku8242 Ай бұрын
Pmx terbaik
@Sobian680
@Sobian680 Ай бұрын
Alhamdulillah..... 👍
@firdaus1076
@firdaus1076 Ай бұрын
Selain daripada rasuah, salah guna kuasa, dan sebagainya.. Ini pun jadi salah satu punca nya is itu, Ramai pati pati rompak duit rakyat dan negara tanpa izin. Ini jumlah kerugian negara yg tidak dapat dikesan sebab mereka ni tidak ada document yg sahih dan tepat. Sila Cuba buat kiraan dari keseluruhan ...kerugian negara. Contoh.nya.. Jika tangki air berlubang lubang, maka tangki itu tidak akan penuh...sekiranya tangki itu masih berlubang lubang.
@jascheckmate6037
@jascheckmate6037 Ай бұрын
Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusan PMX
@sharuddinzainalabidin4917
@sharuddinzainalabidin4917 Ай бұрын
PMX TBAIK❤❤❤
@CitraInsan
@CitraInsan Ай бұрын
Peluang datang bersama musibah jika salah membuat pilihan. Di satu pihak ingin menyelamatkan negara dan rakyatnya dari jauh terperosok ke dalam lembah kehancuran. Manakala di satu puak lagi bersungguh-sungguh menentang meronta-ronta memaki-hamun, mencerca, memfitnah, menghasut kebencian, mensabotaj, memboikot secara berjemaah kononnya mereka adalah golongan pilihan Allah SWT untuk dimasukkan ke dalam Syurga Allah SWT.
@CitraInsan
@CitraInsan Ай бұрын
Bencana Malapetaka Jenayah Tunggang Agama Dan Tunggang Bangsa Seagama (Murtad, Munafiq, Fasiq, Fasad, Musyriq) Islam itu 'Agama Allah SWT'. Ia bermaksud keselamatan hidup untuk semua makhluk penghuni bumi kecil ini. Bukan bermaksud serah diri (tanpa kepatuhan ilmu Wahyutullah) atau sederhana (cincai) atau apa-apa sahaja takrifan selain makna erti membawa dan menuju 'KESELAMATAN'. Wujud kecelaruan dan kekeliruan dalam memahami istilah perkataan Islam itu telah mengheret dan memesongkan sasaran matlamat arah hala tuju keselamatan hidup bernegara untuk seluruh hidup umat manusia terutamanya dalam kalangan umat Islam sendiri. Tiada amalan budaya cara gaya adab etnik tertib keselamatan hidup jika tiada ilmu maklumat pengetahuan, kefahaman, kesedaran, keinsafan, kepatuhan, keiklasan dan keimanan dari hidayah petunjuk Wahyutullah sebagai sumber sandaran sokongan panduan rujukan dalam beribadah atau juga disebut amalan iman. Iman pula bermaksud telah memiliki kepastian pada ilmu-ilmu Wahyutullah tentang perkara ketuhanan Allah, Malaikatullah, Kitabullah, Rasulullah, Yaumullah, Iradatullah dan Taqdirullah (kadar ukuran sukatan aturan rancangan susunan ketetapan ketentuan Sunnahtullah) atau Sibghahtullah (corak aturcara haqqullah). Peringatan dan iktibar pengajaran dari peristiwa dan pengalaman hidup seharian begitu amat berharga sebagai panduan bimbingan dan ilham dalam perjalanan menelusuri kehidupan fana ini yang diibaratkan oleh Allah SWT seperti sesingkat waktu lembayung senja menuju kegelapan malam hari. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman: "Sesungguhnya agama (agama = cara gaya budaya sosial adab akhlak tertib sopan santun etika moral sivik kehidupan bernegara) di sisi Allah ialah ISLAM (selamat dan keselamatan). Dan tidaklah akan berkhilaf/ ٱخۡتَلَفَ (berselisih faham mengenai Agama Allah @ Islam) golongan yang mereka telah diberikan Kitab itu (ilmuan, cendikiawan, agamawan, sarjanawan, graduan, ahli-ahli bijak pandai ilmu agama Kitabullah, iaitu dari kalangan Saabien, Yahudi, Nasrani dan Islam) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan (ilmu maklumat hak milik kepunyaan Allah SWT yang haq benar betul tepat halal sah adil waras selamat dan seimbang sejahtera untuk semua) kerana hasad dengki (cemburu iri benci dendam curang khianat belot) yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ketahuilah, fahamilah, sedarilah, waspadalah, ingatlah), sesiapa yang kufur (benci, dengki, degil, derhaka, ingkar, belot, curang, khianat, dusta, nista, palsu, sesat, songsang, seleweng, tolak, tentang, sanggah, sangkal, nafi) akan ayat-ayat keterangan Allah (penjelasan dan penerangan dari Allah SWT), maka sesungguhnya Allah amat pantas (segera) penghisabanNya (pembalasannya)." (QS. Ali 'Imran 3: Ayat 19) "Sesungguhnya golongan yang Beriman, dan golongan Yahudi dan golongan Nasora (Nasrani), dan golongan Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 62) "Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali"." (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 285) "Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" (QS. Al-Baqarah 2: Ayat 153) "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." (QS. Ali 'Imran 3: Ayat 102) "Wahai golongan yang beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah kurnia yang besar." (QS. Al-Anfal 8: Ayat 29) "Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik (golongan yang beriman), dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya, serta dimasukkannya ke dalam neraka Jahanam. Mereka itulah orang-orang yang rugi." (QS. Al-Anfal 8: Ayat 37) "Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi (hukum dan ketetapan) Allah ialah orang-orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya). Sebab itu mereka tidak (mahu) beriman." (QS. Al-Anfal 8: Ayat 55) "(Dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki yang munafik serta orang-orang perempuan yang munafik, dan orang-orang lelaki yang musyrik serta orang-orang perempuan yang musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman. Dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (QS. Al-Ahzab 33: Ayat 73)
@aya976
@aya976 Ай бұрын
TERBAIK PMX....TERUSKAN PMX....biar pemimpin PN/PAS tinggal di sorok2 bilik mereka.....
@mazlandaud9039
@mazlandaud9039 Ай бұрын
PMX terbaik..berani
@sharuddinzainalabidin4917
@sharuddinzainalabidin4917 Ай бұрын
PN PAS adalah pati prosak ngra yg akan mhancurkan ngra Mlsia ini.
@judyncororo2157
@judyncororo2157 25 күн бұрын
My honey King Mr Dr ithaya ❣️✅🤝💯 J trump president apostle Anthony ithaya Dr J trump and our father J trump yes God malayasia is home very and very the first and last family from God favorite from God honey King Mr Dr ithaya J trump we pray God of heaven amen thank God
@judyncororo2157
@judyncororo2157 20 күн бұрын
My honey King Mr Dr ithaya ❣️✅🤝💯 J trump president apostle Anthony ithaya Dr Mr J trump and our father J trump yes God malayasia is home very and very the first and last family from God honey King Mr Dr ithaya J trump angle heart honey from God honey King Mr Dr ithaya J trump God bless our day today
@aikonoklas
@aikonoklas Ай бұрын
hari2 berceramah berslogan bulan bintang tapi hampeh. ibarat bagi bunga dkt orang tapi bunga tahi ayam.
@hisham4193
@hisham4193 Ай бұрын
Admin,Hakim Mahkamah buat keputusan apa? , berkenaan Wakil Rakyat PN sokong PMX, jatuh hukum oleh Muhiddin kpd wakil rakyat PN, kerusi kosong?.., Wakil Rakyat PN hanya sokong PMX sahaja, bukan keluar parti PPBM PN, dan bukan Wakil Rakyat ada kesalahan masuk mahkamah kerana Sakau Duit negara?.., ada PRK yg lemah, menunjukkan duit dirompak oleh Pilihanraya Hantu..
@JohnDoe-zi3gr
@JohnDoe-zi3gr Ай бұрын
Kencing keluar diesel. Tak lama lagi nak kencing petrol pula. Memang kaki kencing.
@striker7469
@striker7469 Ай бұрын
Fuck subsidi. Lets go Str.
Советы на всё лето 4 @postworkllc
00:23
История одного вокалиста
Рет қаралды 5 МЛН
Harley Quinn's plan for revenge!!!#Harley Quinn #joker
00:49
Harley Quinn with the Joker
Рет қаралды 28 МЛН
Sunglasses Didn't Cover For Me! 🫢
00:12
Polar Reacts
Рет қаралды 5 МЛН
If Barbie came to life! 💝
00:37
Meow-some! Reacts
Рет қаралды 52 МЛН
PodcastMG: Di Sebalik Serangan Gaza, Ada Sesuatu Yang Kita Perlu Tahu
40:13
MalaysiaGazette TV
Рет қаралды 167 М.
Anwar Ibrahim: Episod Pengkhianatan Terbaru Di Kedah
4:55
mediarakyat
Рет қаралды 59 М.
Dol's Podcast EP10 (Part 1) - Selamat tinggal Shuk?
30:05
Shuib Channel
Рет қаралды 10 М.
Советы на всё лето 4 @postworkllc
00:23
История одного вокалиста
Рет қаралды 5 МЛН