Рет қаралды 92,976
Performed/Written by: APKBRAHHH
Mixing & Mastering: APKBRAHHH
Produced by: lokoybeats
Lirik:
[VERSE 1]
Pagi Sabtu, 1.10.2016
Jasad aku berat minda dirasuk tewas
Tenteram mati walau hidup berhujan harta
Paksa bangun lagi paksa diri kira-kira
Perlukan istirehat , terduduk di ruang tamu
Tonton TV , malang hari ni drama Cinta Kamu
Fokus pada termenung rindu kasih yang hilang
Serabut , bertuhankan ganja ku tenang
Yang baik semua pergi yang terpesong aku dekat
Semua keturunan narkoba dengan aku sahabat
Kedua penjaga mati , walhal mereka sedang
Bersenang lenang , masing-masing tempat orang
Semua sudah punya tapi ruang hati kosong
Mampu beli dunia petik jari takyah tolong
Teratak aku gah , tersergam indah bak istana
Cuma zon luah ku sunyi , bisukah dia?
Hampir setiap malam ziarah penghuni rumah merah
Mereka beriku cinta lepas kau pilih blah
Setelah berbulan lepas , dapat tahu penyakit
Hinggap pada aku , sikit kini dah berbukit
Mungkin sebab aku jarang berlaku sujud
Sentiasa tinggi bacaan ku akan ke laut
Cuma hari ni , gugup dah tawan sejahtera
Pandang bayang celaka , gugur daun bernama
Celik mata wang namun buta mata hati
Terpancar sinar masa dan kemalangan mimpi
Bertemankan satu suara misteri
Yang semenjak dua berbisik 'indahnya mati'
Lepas sarapan dan mandi aku bersiap kemas
Bersama nota wangi berdiri di kerusi
Bawah kipas , yang terikat dengan tali
Tepat jam 12 hadir aku tiada lagi
[VERSE 2]
Pagi Sabtu , 1.10.2016
Hari tenang tapi terasa cemas
Kenapa dengan aku? Terasa ingin ku tenung keluarga aku
Di beranda kayu , termenung renung gelagat separuh nyawaku
Senyuman lakon palsu , lepas kejadian semalam tu palsu aku tahu
Ruang bahagia luas cuma , terancam
Lorong duniaku sempit tak ber-wang
Ibu suri rumah , abah kuli tukang
Pergi balik sama duga tayang ulang
Sekeluarga jadi buah mulut , dicuci dosa dengan sedarjat hina
Bukan sengaja cuma tak mampu
Tapi andai punya lebih pasti tutup buku
Tak tahan jadi aku cari jalan keluar
Perlu wang masuk saku , pinjaman yang tersasar
Nak sempurna , tiada lagi duit gantung
Tanggung kesan yang bagai tali gantung
Situasi yang gilakan aku tercicir waras perang
Semangat tewas , empat lelaki gagah ugut bakar rumah
Berhujan merah , abah yang tersandar
Ibu ditenang kerana ku bertaruh niat
Tak sempat , bayar pula semakin berat
Dah berapa kali aku terlihat mereka bertitisan air mata
Terlalu banyak bisikan , tekanan serba salah di dasar lautan
Terputus keputusan hati terpaksa rela
Maka dengan ni , tepat jam 12 kita
(Tak lagi bersama 3x)
[VERSE 3]
Maafkan ku sayang memandangkan kau dah pergi
Dengan dia ku mahu jarak ini infiniti
Andai kau sedang baca mungkin sekarang ku dah mati
Aku bawa cinta kita ke alam abadi
Maafkan aku , cuma mahu perhatian
Papa sibuk bekerja mama gemar dikerjakan
Tinggalkan aku harta tanpa debu-debu rindu
Harap korang perasan yang aku pergi dulu...
Maafkan aku , mungkin jalan aku buntu
Sebab aku , kapal tak henti dilambung
Andai sedang baca mungkin aku dah tergantung
Aku benci dengar mereka hina , aku korban bayarkan semua
Tapi tak pernah sangka begini penutupnya
Biarkan aku lena...
(C) 2019 Lokoybros | All rights reserved