Рет қаралды 17,631
BERI SOKONGAN PADA SAYA DENGAN MENEKAN BUTANG SUBSCRIBE LIKE DAN SHARE SUPAYA SAYA LEBIH BERSEMANGAT UNTUK BERKONGSI PELBAGAI RESEPI MASAKAN...
Resepi kali ini berasaskan Ayam sebagai bahan utamanya dan dikukus. Kesulitan hidup pada zaman dahulu sentiasa membuatkan masyarakat kampung zaman dahulu menjadi sangat kreatif dalam menghasilkan masakan yang mudah dan berkhasiat untuk seisi keluarga. Dan ini adalah salah satu Masakan kegemaran Arwah Ibu Saya.
Al-Fatehah untuk arwah ibu saya.
Ayam Geneman atau sesetengah kawasan dipanggil sebagai Tum Ayam atau Ayam TumTuman adalah salah satu masakam tradisional masyarakat Jawa zaman dahulu kala. Masakan ini sering menjadi kegemaran saya dan adik beradik suatu ketika dahulu.Tetapi Waktu dulu kami hanya mampu gunakan ayam kampung yang kami bela sendiri atau anak2 ikan yang dipancing sendiri atau ditangkap menggunakan Bubu Ikan. Selain ayam,boleh juga diganti dengan Ikan Pari, Udang,Sotong, dan Daging. Selain itu,makanan ini juga adalah salah satu makanan terbaik bagi mereka yang sedang dalam Proses Diet.
Bahan- Bahan :
-Ayam Segar 1 Ekor
-Bawang merah besar 2 biji
-Bawang putih
-Halia
-Lengkuas
-Santan Segar
-Cili Padi
-Belimbing Buluh
-Serbuk Perasa
-Daun Pisang
SELAMAT MENCUBA!