No video

Bagi Yang Nak Buat Drama Padu ... Wajib Tengok Ini! Rugi Kalau Tak Tengok

  Рет қаралды 730

Cheq Na

Cheq Na

Жыл бұрын

DRAMA UNTUK 2 WATAK SEORANG PELAKON DAN TEKNOLOGI YANG DIGUNAKAN
Untuk video kali ni, Cheq Na tersasar sikit dari pembikinan video resipi tak macam video-video Cheq Na yang sebelum ini. Video kali ini special, sebab ianya mengambil masa yang lama dan proses pembikinan yang susah, dasyat dan remeh. Omputih kata blood, sweat and tears 😭
Jom kita tengok satu persatu ...
a) Background - Untuk menampakkan realnya scenario drama Cheq Na ni, Cheq Na terpaksa record suasana food court dan tempat yang paling dekat dengan rumah Cheq Na adalah Mid Valley megamall. Jadi, terpaksalah En Boss bawa kamera dia dan record free hand suasana food court tu. Bila dah record free hand, al-maklumlah footage tu bergoyang sana sini. Jadi, terpaksalah stabilisekan footage tu dengan menggunakan software. Takkan nak bawa tripod pi Mid Valley kot? Nanti orang pelik tengok kita dengan tripod bagai ...
b) Green Screen - Bila dah dapat footage food court tu, Cheq Na kena berlakon berjalan di atas green screen dan seolah-olah Cheq Na ada di food court tu. Memang susah part ni sebab ruang rumah yang sempit, lighting yang tak sama macam dekat food court tu dan berpakaian ala-ala korporat gitu. Terpaksalah Cheq Na 'on'kan air-cond sebab cuaca dan baju kot tu terlampau panas.
c) Sound - Dulu-dulu Cheq Na tak concern sangat dengan audio ni. As long as ada voice, ok dah. Tapi lama-kelamaan, rasa tak sedap sedap ada echo dan tak padu. Terpaksalah Che Na record pakai lavalier mic. Cheq Na pakai mur-mur lavalier mic, brand Boya. Kalau nak follow KZfaqrs lain tu, depa pakai Rode, Saramonic, Senheiser ... out of budget tu untuk Cheq Na. Boya tu dah ok dah ... boleh beli di Shopee saja
d) Lighting - Masa record suasana food court tu, lighting dia suram-suram. Bila record dekat living room Cheq Na, lighting dia cerah la pulak. Dah nak kena colour correction dekat software, nak bagi sama macam dalam food court tu. Untuk software Cheq Na pakai DaVinci Resolve 18, free version saja. Kalau nak pakai studio version, nak kena bayar lah pulak. For now, free is good untuk newbie macam Cheq Na. Untuk sesiapa nak pakai DaVinci Resolve, link dia ada di sini, FREE saja www.blackmagic...
e) Kamera - Dulu masa mula-mula start, Cheq Na pakai henpon saja. Henpon pun cap ayam, brand Umidigi dari China. Orang kata, start dengan apa yang ada ... jadi, henpon pun henpon lah. Lepas tu, Cheq Na beli camera DSLR brand Sony DSC-HX400V. Rasa nak pengsan dengan harga dia masa tu, dalam RM1,580. Tapi terpaksa jugak sebab nak zoom in zoom out bagai. Disebab nakkan multiple angles dalam pembikinan video, Cheq Na beli Panasonic Lumix. Semua dah jual dah ... la ni Cheq Na pakai mirrorless Sony A6500 dan Sony A6400 saja. Kalau dulu RM1,580 pun Cheq Na dah nak pengsan, Sony A6400 dan A6500 lagilah ... terus KO 😵
f) 2 watak - Di sebabkan Cheq Na tak dak bajet untuk hire orang, Cheq Na lah semua pelakon dalam drama belacan Cheq Na tu. Mula-mula berlakon sebagai food seller. Semua script En Boss dah buat, Cheq Na tukang cakap saja. Disebabkan Cheq Na ni selalu tersasul, En Boss buat teleprompter from scratch pakai kotak hitam dan mirror saja. Jangan terpedaya dengan kefasihan Cheq Na bercakap ya, tu semua pakai teleprompter ... ha ha ha 🤣. Dah habis baca script untuk food seller, Cheq Na tukar baju pakai power suit pulak ... kali ni as a customer. Bila semua dah siap, En Boss edit and merge dalam software DaVinci Resolve 18 tu. Tu yang nampak macam real tu, semua tu edit saja ... lakonan semata-mata 🤣
g) Image editing - Dulu Cheq Na pakai Photoshop. Masa tu zaman jahiliah Quraish lagi, dok pakai pirated Photoshop. Lepas dah insaf, Cheq Na nak bayar lesen Photoshop tu. Bila tengok pricing dia, Cheq Na kensel ... kena bayar monthly tu ... hu hu😭😭😭. Last-last Cheq Na pakai free software, nama dia GIMP. Boleh download dekat sini 👉www.gimp.org/ free saja ... macam Photoshop jugak, tapi bukan Photoshop la ...
So, tu saja perkongsian Cheq Na kali ni. Harap bermanfaatlah kepada semua. Kalau hangpa rasa ianya bermanfaat, silalah SHARE dekat kengkawan yang baru nak bermula. Manalah tau, boleh membantu sedikit sebanyak ...
SHARE ... SHARE ... & SHARE jika bermanfaat
Akhir kata, tu saja dari Cheq Na. Jumpa di video yang akan datang ...
Anyway, siapa-siapa teringin nak rasa belacan tu, link Shopee ada di bawah. Drama tu tak real, but belacan tu real. For the first 50 customers sempena 6/6/2023, Cheq Na cover shipping cost ... first 50 customers saja naaa ... lepas ni Cheq Na tak mau cover shipping cost dah. KLIK link kat bawah tu 👇
👉 shp.ee/nc9x9nw
👉 shp.ee/nc9x9nw
👉 shp.ee/nc9x9nw
#cheqna
#cheqnaresipi
#cheqnastyle
#cheqnarecipe
#cheqnakatasedapsedaplah
#belacancheqna

Пікірлер: 11
@wanea3760
@wanea3760 Жыл бұрын
2x tengok hahaha,bkn belacan smuggle ka cheq na 🤭
@peghioknasikchek2824
@peghioknasikchek2824 Жыл бұрын
😍 Alhamdulillaah ❤ Assalaamu'alaikum, Cheq Na 😊 Terrrbaek lah eklan versi drama ni... Nendia !!! 😘👍👍👍 Semoga Allah sentiasa murahkan rezeji Dan permudahkan segala urusan Cheq Na Dan keluarga. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin ! 💖
@jalilahalias3457
@jalilahalias3457 Жыл бұрын
Belacan CheqNa yaaa ....ok
@lina_my
@lina_my Жыл бұрын
Belacan Cheq Na dah selamat sampai arini. Sedap la rasa belacan Cheq Na. Memang ori rasa belacan Kuala Perlis. Berbaloi beli. Nanti boleh la buat ayaq asam cabai picit. Cicah ikan temenung tangsi rebuih dengan terung bakaq. Nyam nyam. 😁
@CheqNa
@CheqNa Жыл бұрын
Oh ya ka 🥰 ... terima kasih kerana support channel Cheq Na dan bisnes micro Cheq Na dekat Shopee tu. Terima kasih juga kerana bagi Cheq Na komen-komen yang positif 😍
@mrasyrafnusantara5078
@mrasyrafnusantara5078 Жыл бұрын
Assalamualaikum.,,selamat pagi admin 😊👍👍
@CheqNa
@CheqNa Жыл бұрын
Wa'alaikummussalam wbt dan selamat pagi 👍
@sharifahmaimunah6298
@sharifahmaimunah6298 Жыл бұрын
Terime kasih resepi nye che na❤
@CheqNa
@CheqNa Жыл бұрын
Sama2 ya Sis😍😍😍
@dapurmahen
@dapurmahen Жыл бұрын
Assalamualaikum from Indonesia salam kenal ce na
@CheqNa
@CheqNa Жыл бұрын
W'salam from Malaysia..salam kenal dari saya jugak😍
Hutang banyak!! [Hutang] Macam mana nak cepat habis bayar hutang ni?
12:16
Parenting hacks and gadgets against mosquitoes 🦟👶
00:21
Let's GLOW!
Рет қаралды 12 МЛН
Little brothers couldn't stay calm when they noticed a bin lorry #shorts
00:32
Fabiosa Best Lifehacks
Рет қаралды 18 МЛН
Son ❤️ #shorts by Leisi Show
00:41
Leisi Show
Рет қаралды 10 МЛН
DIA NI PENGUATKUASA ATAU SAMSENG
5:25
MDH VIRAL CHANNEL
Рет қаралды 72 М.
Amir Raja Lawak. Air Dia Lain Dari Yang Lain Memang A | Tak Sangka
10:00
Tak tahu nak buat...Jom tengok akk tunjukkan
25:09
kaknab (3 dlm 1)
Рет қаралды 30 М.