No video

Bazli UNIC - Islam Iman Ihsan [Hadis 2 | koleksi Hadis 40] Official Music Video

  Рет қаралды 5,772

BAZLI CHANNEL

BAZLI CHANNEL

Күн бұрын

Bazli UNIC - Islam Iman Ihsan [Hadis 2 | koleksi Hadis 40] Official Music Video
LAGU MELODI : BAZLI UNIC
HADIS 2 | HADIS 40 IMAM NAWAWI
DENGARKAN AUDIO DI SPOTIFY :
open.spotify.c...
عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَيْضًا قَالَ:
" بَيْنَمَا نَحْنُ جُلُوسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم ذَاتَ يَوْمٍ، إذْ طَلَعَ عَلَيْنَا رَجُلٌ شَدِيدُ بَيَاضِ الثِّيَابِ، شَدِيدُ سَوَادِ الشَّعْرِ، لَا يُرَى عَلَيْهِ أَثَرُ السَّفَرِ، وَلَا يَعْرِفُهُ مِنَّا أَحَدٌ. حَتَّى جَلَسَ إلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم . فَأَسْنَدَ رُكْبَتَيْهِ إلَى رُكْبَتَيْهِ، وَوَضَعَ كَفَّيْهِ عَلَى فَخِذَيْهِ،
وَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ أَخْبِرْنِي عَنْ الْإِسْلَامِ.
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إنْ اسْتَطَعْت إلَيْهِ سَبِيلًا.
قَالَ: صَدَقْت . فَعَجِبْنَا لَهُ يَسْأَلُهُ وَيُصَدِّقُهُ!
قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِيمَانِ.
قَالَ: أَنْ تُؤْمِنَ بِاَللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ، وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ.
قَالَ: صَدَقْت. قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ الْإِحْسَانِ.
قَالَ: أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّك تَرَاهُ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاك.
قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ السَّاعَةِ. قَالَ: مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنْ السَّائِلِ.
قَالَ: فَأَخْبِرْنِي عَنْ أَمَارَاتِهَا؟ قَالَ: أَنْ تَلِدَ الْأَمَةُ رَبَّتَهَا، وَأَنْ تَرَى الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الْعَالَةَ رِعَاءَ الشَّاءِ يَتَطَاوَلُونَ فِي الْبُنْيَانِ. ثُمَّ انْطَلَقَ، فَلَبِثْتُ مَلِيًّا،
ثُمَّ قَالَ: يَا عُمَرُ أَتَدْرِي مَنْ السَّائِلُ؟.
‫‬قُلْتُ: اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ.
قَالَ: فَإِنَّهُ جِبْرِيلُ أَتَاكُمْ يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ ".
[رَوَاهُ مُسْلِمٌ]
Daripada Saiyidina ‘Umar juga, r.a. beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.
Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau.
Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda:(Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar.
Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.
Hadis Riwayat Al-lmam Muslim

Пікірлер: 9
@MohdNizamYacob-rd4uy
@MohdNizamYacob-rd4uy 3 күн бұрын
🎉🎉🎉امين امين امين امين Jazallahuanna SAIYIDANA MUHAMMADAN SAW MAA HUWA AHLUH 🎆🎆🎆🎆🎆🎆🗾🎆🎆⛱️⛱️🏖🛸🛸🛬🌠🌠🎇🎇🎇🎇🎇🎇
@nuraininasir1309
@nuraininasir1309 Ай бұрын
Terima kasih, sebab bantu kami utk hafal.. jazakumullahukhoiran buat semua team2.. semoga pahala berterusan dan menjadi asbab masuk dalam syurga tanpa hisab. Amin
@ahmadraziqin6636
@ahmadraziqin6636 Ай бұрын
Saya harap abang bazli boleh buat hadis 40 ni dalam versi acapella atau non instrument/music untuk yang pegang pendapat muzik haram.
@boboiboymechamato
@boboiboymechamato 11 күн бұрын
Assalamualaikum, Saya ambil ilmu yang Allah redha sahaja dari tuan tuan, saya pulangkan ilmu bathil kepunyaan tuan jika ada pada saya dan keluarga dimasa lalu, dimasa kini dan dimasa akan datang kepada tuan semula . Saya ambil semula jika ada ilmu bathil kepunyaan saya pada tuan.
@rabiyahmusa2209
@rabiyahmusa2209 Ай бұрын
menarik sangat buat video macam ni. senang nak hafal hadith. boleh bagi anak2 dengar dalam kereta otw nak balik rumah.
@BazliChannel
@BazliChannel Ай бұрын
Alhamdulillah,semoga dapat memberikan manfaat buat ramai orang
@SitiAminah-067
@SitiAminah-067 Ай бұрын
Klu ikutkn snang hafal ni...best hafal hadis ni❤
@CyaCoustic
@CyaCoustic Ай бұрын
sedaaappp
@normalamusa3064
@normalamusa3064 Ай бұрын
👍👍👍🤍🌹
Islam, Iman, Ihsan & Tanda Kiamat - Hadith 2
14:26
Sakeena TV
Рет қаралды 12 М.
Surah Yasin (Bacaan Perlahan & Jelas untuk Pemula)
34:14
BAZLI CHANNEL
Рет қаралды 134 М.
КАКУЮ ДВЕРЬ ВЫБРАТЬ? 😂 #Shorts
00:45
НУБАСТЕР
Рет қаралды 3,4 МЛН
OMG what happened??😳 filaretiki family✨ #social
01:00
Filaretiki
Рет қаралды 13 МЛН
Magic trick 🪄😁
00:13
Andrey Grechka
Рет қаралды 51 МЛН
Fathi Saleem - Kembalilah (Official Music Video)
5:34
Faizal Hijjaz Channel
Рет қаралды 386 М.
DZIKIR LAAILAAHAILLALLAH 1000 KALI
36:27
DZIKIR9901
Рет қаралды 423
#847 UAI Seru Syahid Biar Perlu Menghadapi Raja & Pemerintah?!
14:40
Syihabudin Ahmad
Рет қаралды 82 М.
Zikir Hasbi Rabbi - Mohon Bantuan Allah Saat Kesulitan (8 jam)
7:59:57
Inteam • Wanita (Official Music Video)
6:00
Inteam Digital
Рет қаралды 7 МЛН
Hilangkan Stress - Zikir Penenang Hati & Mengalirkan Air Mata
1:00:09
Neurotic Studio
Рет қаралды 25 МЛН
Algebra_Halal dan Haram (Hadis ke 6)
5:33
Nik Anwar
Рет қаралды 24 М.