EPF Bonda, Banglo Terakhir Utk Mak

  Рет қаралды 285,846

Bumi Ratu Channel

Bumi Ratu Channel

2 жыл бұрын

Jumpa vid awal Mak sy dtg kerumah hutan ..!! Terkejut tetiba naik kat u tube ..!! Tak percaya Mak
Dah tak ada - kisah sy beli banglo sbb rasa bersalah " marah betul mak dia nak dtg tp rumah tak pernah ada - full slot
.
Awal saya buat rumah hutan tu, bagi sy sure mak saya tak nak datang - bebel dia " bodohnya lah ITa ni , buat rumah di puncak bukit jauh pada orang dan kemudahan ada , rumah lawa yg dibandar ditingga yg dia susahkan diri buat kat hutan belantara kenapa "
.
Saya jumpa video lama masa tu tahun kedua rumah hutan - dia dtg naik MYv kuning tu - terpaksa tidur kat bawah rumah bonda sbb kakinya cacat x boleh naik sbb bertangga
.
Sbb dia bebel - Gara-gara dia complain sy tak sediakan dia rumah yg selesa utk kedatangannya - maka sy beli rumah banglo semarak - full vid you tube bumi ratu chanell
.
Saya ceritakan kepada umum kerana saya mahu anak2 muda menjaga ibu bapa sedaya upaya yang mereka mampu kerana ibu bermulanya kehidupan si wali keramat
.
Kini Tiga generasi tua dalam keluarga kecil kami Arwah abah - Mak , kini hanya tinggal bonda yang paling tertua - muka saya mirip arwah mak semkain sy tua, masa muda sy macam arwah abah
.
Sekuat2 hati sy ni ada bayk kelemahan - sedih juga semalam sy nampak motor2 Mak dan kali terakhir sy melihat ..!! Kini sy melepaskan semua harta milik Mak dr pemberian dari bonda seperti mesin Dialisis - sy wakafkan pd klinik - barang kemas , sy hadiah pd adik2 , motor OKU 3 biji pd ulamak & kerusi roda sy kasi pd hamba Allah - Wahai Tuhan pemilik dunia- yg memiliki ibu bapa sy - semoga wakaf ini kelapangan bagi mereka dialam sana
.
Yg ada kini tinggal banglo nenek yg sy tak tau apa akn jadi lepas ni - jujur je sy tak akan tinggal disana ..!!

Пікірлер: 261
@asyrafangah1962
@asyrafangah1962 2 жыл бұрын
Mak saya pun sakit dan sya yang menjaga sbb sya belum beristeri.. walaupun gaji sya kecik sebagai tukang sapu shja tapi sebolehnya sya cuba tunaikan setiap permintaan mak sbb sya hnya ada mak di dunia ni.. berbanding adik beradik lain yg sudah ada keluarga dan komitmen sendiri..mak tak pernah mintak luar kemampuan sya cuma mak minta sya selalu masak utk dia sbb dia suka masakan sya terutama gulai ikan kembung letak timun tua... walaupun mak sya tk mampu berjln mcm dulu tp kasih sayang dia tk pernh kurang.. peha dia kdg2 menjadi ribaan Sya utk lepaskan penat lps seharian bekerja.. walaupun serba tak mampu tapi kami berdua bhgia menjaga satu sama lain..mak tak pernah mintak anak2 yg lain utk jaga dia sbb dia tau anak lain ada komitmen lebih daripada sya.. walaupun saya lelaki tapi sya tak pernah segan utk mandikan mak dan cebukkan mak sbb itu lah yang mak buat masa sya kecik dulu.... walaupun umur sya dah 30 tapi sya belum berkahwin selalu sya persoalan kan knpa aku belum berjodoh..dan bila mak sakit di situ Allah beri jawapan kenapa saya belum di berikan jodoh.. rupanya Allah nak sya berbakti pada ibu sya...syurga sya di bawah telapak kaki nya... Saya tiada apa harta di muka bumi ni tp sya rasa cukup serba serbi selagi mak ada dgn sya...sya sgt berharap sya sehidup semati dgn mak sbb mak sumber kekuatan sya bertahan hidup.. tanpa mak maka musnah lh sya...kalau orang kata ibu sanggup berkorban apa sahaja utk anak²...begitu juga anak sanggup korbankan segalanya demi ibu insan yg hanya satu Allah hadirkan dan takkan ada pengganti sampai kiamat nya bumi ....
@azimahmohamed5417
@azimahmohamed5417 2 жыл бұрын
Mashaallah..ibu merupakan salah satu jalan ke syurga..besar ganjarannya. Semoga awak nanti akan bertemu jodoh dan diberi rezeki melimpah ruah.
@evlinchesya8586
@evlinchesya8586 2 жыл бұрын
Hormat sama awak yg sayangkan maknya 👍🏻
@zulaidilzainalabidin517
@zulaidilzainalabidin517 2 жыл бұрын
Saya doakan seikhlas hati semoga mak awak di beri kesembuhan segera dan di angkat segala penyakit yg merbahaya. In sha allah. Aamiin ya mujib ya rahman ya rahim.
@jhamid1294
@jhamid1294 2 жыл бұрын
Moga Allah permudahkan urusan jaga bonda.. murah rezeki & dipelihara kesihatan.. ammin2
@asyrafangah1962
@asyrafangah1962 2 жыл бұрын
Terima kasih semua yang mendoakan...semoga Allah memberi kekuatan pada kita semua utk terus berbakti kepada ibu bapa dan menjadi hamba Allah yang hidup dlm Rahmat dan Kasih sayang Allah
@m.zskill4422
@m.zskill4422 2 жыл бұрын
Rahsia sy yg org tak tahu.skrg sy kongsi kenapa sbb sy suka bersukan..sy suka main besi berat dulu...sbb ye satu...sy buat semua tu untuk kuatkan diri..untuk mengakat arwah mak sy yg tengah sakit dulu...untuk menjaga makan minum mak...semua untuk mak...sampai ke liang lahat sy angkat arwah mak...sekarang hanya sy dpt angkat tagan berdoa untuk arwah mak dan ayah...
@evlinchesya8586
@evlinchesya8586 2 жыл бұрын
😭
@rezaljay1604
@rezaljay1604 2 жыл бұрын
Alhamdullilah
@norizaty5286
@norizaty5286 2 жыл бұрын
Rindu kat arwah emak 😭😭😭
@Abdullah-dx3bj
@Abdullah-dx3bj 2 жыл бұрын
Ghh
@shaiffulshariff8484
@shaiffulshariff8484 2 жыл бұрын
Terima kasih sebab bongkarkan rahsia. Saya teruja dan kagum sekali.
@shahrilsaidin1803
@shahrilsaidin1803 2 жыл бұрын
Bonda ni sumber inspirasi utk isteri dan ank yg berjaya dalam perniagaan,xpernah lupe diri jaga arwah ibu nya smpai akhir hayatnya. Smoga Bonda diberikan kesihatan yang sihat walafiat dan dipermudahkan urusan 🤲 .
@cikmawar4430
@cikmawar4430 2 жыл бұрын
Orang seronok berlumba2 nk balik kampung jumpa mak ayah tp bagi saya xde ape2 sbb mak n ayah dah xde.. Kalau dulu nk balik kg jer, arwah ayah akan tggu depan rumah..skrg balik,bukak jer pintu kosong, kosong sangat... Peritnya kehilangan mak n ayah..kadang saya tak kuat,bila ingat arwah mak n ayah sedih, pilu sesangat😭😭😭.. Alfatihah buat arwah mak n arwah ayah..
@BumiRatuChannel
@BumiRatuChannel 2 жыл бұрын
allahu-bonda faham sgt perasaan itu puan..! semoga arwah tenang di sana dn ditempatkan di kalangan org2 yang beriman..amen amen ya mujib
@rosnahsulaiman9755
@rosnahsulaiman9755 2 жыл бұрын
betul tu,rindu sangat2 pd kedua ibubapa kita yg dh pergi,bg kita sbg anak yg prnh menjaganya ketika sakit,kenangan bersama mereka xkan prnh hlg selg hayat masih ada,semoga mereka ditmptkan di syurga Allah Amin
@azmanlatif2510
@azmanlatif2510 2 жыл бұрын
Salam.Biarpun ibubapa Cik Mawar telah tiada sekalipun,baliklah ke kampung.Ziarahi pusara mereka di kampung dan sedekahkan Al-Fatihah di pusara mereka. Sayang Mak Ayah bukan semasa mereka masih hidup sahaja,selepas mereka tiadapun tetap kita boleh sayang dan berbakti contohnya selalu menziarahi pusara mereka. Jom kita jadi anak yang soleh dan solehah....Amin.
@cikmawar4430
@cikmawar4430 2 жыл бұрын
@@azmanlatif2510 InsyaAllah tuan,jauh mcm mane sekalipun saya tinggal ttp jugak saya balik dan menziarahi pusara mereka.. Cuma bila sampai rumah tu rasa sunyi..
@cikmawar4430
@cikmawar4430 2 жыл бұрын
@@BumiRatuChannel Aminn.. Aamin ya rabbal alamin.. Moga arwah mak bonda juga ditempatkan dikalangan mereka yg beriman..
@rafidaarahman1849
@rafidaarahman1849 2 жыл бұрын
Berjuraian lagi air mata saya Bonda. Terima kasih atas perkongsian ini. Semuga kita semua menjadi ahli syurga paling teratas nanti. Aamiin. Al-Fatihah buat arwah nenek.
@km-mf7so
@km-mf7so 2 жыл бұрын
aameen.. saya pun nangisss.. huwaaa :_( tq for the sharing, bonda.
@siti9013
@siti9013 2 жыл бұрын
Al Fatihah utk arwah ibu bonda dan arwah ibu bapa saya juga.... Mac 2019 saya tak sempat bawa arwah ibu saya ke rumah hutan bonda....tapi, saya sempat jaga arwah di hospital, temankan arwah pada malam terakhir hayatnya, mandikan, kapankan, Ya Allah..."I love I miss inakhu" setiap hari jumaat pagi biasanya saya akan call dan bersembah dengan Arwah ibu saya... sekarang dah 2 tahun berlalu. Betullah kalau kita ikhlas berbakti kepada ibu bapa rezekinya lain semacam Allah bagi.... percayalah.
@insanyglemah4143
@insanyglemah4143 2 жыл бұрын
semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama dgn org yang beriman.....
@babylala3052
@babylala3052 2 жыл бұрын
Bonda... Dekat facebook ada viral kisah sumaiyah... Adik yg kerja grabfood... Dan bawa wheelchair aje utk hantar barang...😭 Kalau bonda ada lebihan moto elektrik tu, maybe boleh sedekah satu dekat adik tu... Sbb semangat dia tu mengkagumkan....
@mamatfatimah1017
@mamatfatimah1017 2 жыл бұрын
Btl,menjadi yg soleh@ solehah tidak semestinya kaya.Allahuakbar..terima kasih atas nasihat2 bonda..
@rozilarahman7307
@rozilarahman7307 2 жыл бұрын
Wlpn kita mampu..tp arwah mak dh ujung usia dh melepasi gengaman dunia...
@evlinchesya8586
@evlinchesya8586 2 жыл бұрын
Saya senang dan sedih melihat video ini saya belum bisa menyenangkan mak saya yg sekarang berumur 80 tinggal di kampung sendiri di rumah tuanya sedangkan saya masih berjuang sepanjang hidup sendiri membesarkan anak perempuan saya satu satu sampai anak saya bisa bertanggung nantinya dirinya sendiri dulu 🙏🏻😭
@MdmSaira
@MdmSaira 2 жыл бұрын
Selama baca n tonton video beliau.Pn Rozita ni seorg yg sgt sgt rendah diri, muhasabah diri dan tk menonjol kekayaannya.hampir semua video sy tonton selama ini ,setelah ibunya meninggal baru pertama kali Pn Rozita sebut harga brg yg dibelinya termasuk video brg kemas utk arwah ibunya..biasa sebut murah atau mahal shj. Alhamdulillah Puan, boleh dikatakan puas juga Punn berbakti kpd arwah ibu bapa Puan dgn kesempatan dan rezeki yg puan miliki. Ia juga menjadi inspirasi dan tauladan bg yg masih punyai mak ayah. Terima kasih kongsi.Byk sgt nasihat yg diselitkn.
@mahayue3401
@mahayue3401 2 жыл бұрын
Saya dh 20 thn lebih takdak orang tua ....tak balik kg dah sbb dah tk berkumpul dah semua bila dah tkda orang tua ....tp alhamdulillah adik adik beradik semua sebulan sekali berkumpul jumpa ...kat sini je la
@amirahnadiah5879
@amirahnadiah5879 2 жыл бұрын
Mak nya taste tinggi. Tapi pengorbanan ibu besar dan hebat lgi dri rmh banglo
@rohanabintimohdnasir1694
@rohanabintimohdnasir1694 2 жыл бұрын
Mak Sy da arwah bonda😔😔😔hanya doa dan kenangan penawar buat sy bila tringat mak.alfatehah buat allahyarhamah Maimunah bte rahim yg amat ku sayangi semoga Allah kurniakan nikmat syurga buat ibuku &kita berjumpa disana
@introvert_8406
@introvert_8406 2 жыл бұрын
Mahkota yg terbaik adalah mahkota diakhirat buat ibu bapa dr anak2. dimana Anak2 yg cintai Quran dan amal drinya.
@kingfisher8629
@kingfisher8629 2 жыл бұрын
Dunia hanya sementara. Akhirat yg kekal. Disana xde tua atau muda semua sebaya. Maka kita bawa amalan yg baik supaya kita berkumpul n sejahtera di sana Aamiin.
@nrmaizura.
@nrmaizura. 2 жыл бұрын
tersentuh hati 🥺 Al-Fatihah (dibaca) buat mak bonda , semoga ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman Aamiin 🤲🏻
@azirapauzi8203
@azirapauzi8203 2 жыл бұрын
...
@akucantik5617
@akucantik5617 5 ай бұрын
Anak yg solehah tak semesti serba cukup dari segi duniawi..contoh terbaik Saidatina Fatimah, antara srikandi wanita utama syurga
@hashimahhashim3829
@hashimahhashim3829 2 жыл бұрын
Berlinang...terkenang mak abah yg tlh pergi bt selamany.. Al.fatihah bt arwah mak abah Al.fatihah jg bt arwah mak bonda Rozita..
@sorayaishak2006
@sorayaishak2006 2 жыл бұрын
Tersentuh hati.... menitik air mata...
@hanaharraz9917
@hanaharraz9917 2 жыл бұрын
Bondà teruskan berkongsi tips dan inspirasi...dan memberi kekuatan dan berkongsi perasaan sesama org yg pernah lalui kegagalan cam bonda dan cuba bangkit...sya juga telah kehilangan ibu ayah...dan juga sering ditindas dgn tk punyai harta dan kekayaan...dan sya dpt rasai bagaimana perasaan pilunya kehilangan kerinduan yg tiada berpenhujung...tapi sya juga sering sibukkan diri dan jalani hidup dgn mencari ilmu dan cuba jadi yg lebih baik utk ibu ayah yg menanti manafaat dari anak yg soleh dan solehah
@intansyahira7228
@intansyahira7228 2 жыл бұрын
Pplllllllpplpl
@intansyahira7228
@intansyahira7228 2 жыл бұрын
Plplp
@mjadenan8789
@mjadenan8789 2 жыл бұрын
Teringat akan kata-kata arwah mak sebelum dia meninggal dunia.masa tu dia pesan dekat saya ingat bila dah berjaya dan ade rezeki lebih jangan lupa cepat lupa asal usul.berbuat baik dengan semua orang, sembahyang jangan lupa, hulurkan bantuan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan katanya x kira bangsa Melayu ke, India,cina, Indonesia dan sebagainya.kalau niat kita tu ikhlas dan baik Allah SWT akan mengurniakan nikmat berterusan yang x terhingga kepada kita sampai bila-bila.sampai hari ini saya amalkan nya dan setiap perkara yang saya buat pahala nya akan saya sedekahkan dekat arwah mak abah.agar mereka tenang di alam barzakh.
@ayamkukkuk3650
@ayamkukkuk3650 2 жыл бұрын
Saya doakan smoga roh d tempatkan orang2 yg beriman , dan jauhkan dri siksa kubur , smoga bonda kuat .. bonda sngat baik .. trima ksih bonda buat kan kami kesedaran . Kami sayang bonda . Ikhlas dari saya iman .
@Tok_Karo
@Tok_Karo 2 жыл бұрын
Terbaik kandungan video ni.syabas bonda. Menyentuh perasaan. Terima kasih
@sitiasmahjaafar8848
@sitiasmahjaafar8848 2 жыл бұрын
Perkongsian yg sgt memberi inspirasi.
@maimonatan6676
@maimonatan6676 2 жыл бұрын
Masya Allah. moga Bonda jd ahli syurga..sgt baik kpd ibunya...
@ummatakhirzaman8433
@ummatakhirzaman8433 2 жыл бұрын
Saya x terkesan dgn harta bonda. Itu rezeki bonda. Tiap manusia Allah dah tulis rezekinya. Tapi saya terkesan dgn nasihat bonda. Terimakasih. #ikhlas niat dalam semua amal n perbuatan. Moga Allah redha . Aamiin
@wanasyazwanna
@wanasyazwanna 2 жыл бұрын
Bonda selalu bagi nasihat yang baik baik.
@husnamustaffa4652
@husnamustaffa4652 2 жыл бұрын
Terima kasih bunda benar sgt apa yg bunda cakap tentang kekayaan tentang rezeki🤲🏻
@tiniamin6440
@tiniamin6440 2 жыл бұрын
Terima kasih Bonda syer..sya mmg suka tgk rumah nenek cantik sgt❤️
@mummyemma6002
@mummyemma6002 2 жыл бұрын
Peritnya bile mak xde kan bonda😭😭 bile org seronok nak balik kg bagi saya dah tiada keseronokan... Org yang Saya nak Jumpe nk peluk dah xde😭😭
@BumiRatuChannel
@BumiRatuChannel 2 жыл бұрын
salam takziah dr bonda buat puan ya-kita sedekahkan al fatihah semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman-amen amen ya mujib
@kicikiwichannel
@kicikiwichannel 2 жыл бұрын
jadikan teratak ratu bonda rumah UTK orang tua yg tak berkemampuan
@Smile88389
@Smile88389 2 жыл бұрын
*Nasihat saya bonda buat rumah hutan bonda untuk warga emas OKU terbiar dan anak-anak yatim miskin tinggal buat tahfiz kelas agama....pahala dapat disalurkan kepada allahyarham ibunda bonda serta bonda sekeluarga disana..InshaAllah...❤️*
@norhayati-ow7zy
@norhayati-ow7zy 2 жыл бұрын
Masyallah...bonda rozita seorang yg hebat .suka tengok cara de bercakap...seorang anak yg baik...
@apidlanzo332
@apidlanzo332 2 жыл бұрын
Terima kasih bonda bgi sye semangat .. Doakn sye cepat sembuh ye kemalangan jalan raya ketika balik kerja ..
@sandyheaven6285
@sandyheaven6285 2 жыл бұрын
Terima kasih bonda atas nasihat.banyak yg saya belajar mlm ni semoga arwah mak bonda ditempatkan bersama org2 yg beriman dan diampuni dosanya,diluaskan kuburnya.
@tembikaisedap13
@tembikaisedap13 2 жыл бұрын
I cried watching this video..may Allah bless you puan and bless your mom also.. insyallah ❤️
@mamacomelkura278
@mamacomelkura278 2 жыл бұрын
bagus ungkapan2 Bonda yg boleh menyedarkan hati yg sll lalai. mencari keredhaan Allah dlm menuju alam yg kekal.
@khayk2617
@khayk2617 2 жыл бұрын
Alhamdullillah..wajib alfatihah dibaca buat arwah nenek..semoga ditempatkan dikalangan insan2 yg beriman..aaminn.
@Spidermanchanel
@Spidermanchanel 2 жыл бұрын
Orang felda palong 7 rupanya.. saya kenal sangat dgn arwah ibu dan arwah ayah ibu Rozita ni. Arwah ustaz Ibrahim dulu pernah mengajar saya
@aarflowers9066
@aarflowers9066 2 жыл бұрын
Terima kasih BCR perkongsiannya amat berguna sekali.. semoga BCR dipanjangkan usia dengan segala keberkatan.
@saridahharunsaridah6080
@saridahharunsaridah6080 2 жыл бұрын
Alhamdulillah..terima kasih bonda yg byk BG pengajaran...semoga sy juga dpt berbakti seperti bonda
@ifaalyana
@ifaalyana 2 жыл бұрын
Terima kasih bonda berkongsi cerita. Alhamdulillah ada bonda membebel share, menyejukkan hati ifa yg rindu arwah ibu ayah. Moga Allah lapangkan hati bonda dan Allah melindungi ibuayah kita dr azab kubur dan azab api neraka. Moga mereka menjadi ahlil jannatulfirdaus. Amin
@BumiRatuChannel
@BumiRatuChannel 2 жыл бұрын
amen amen ya mujib- sama2 kita berdoa semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman ya..amen ya mujib
@jhamid1294
@jhamid1294 2 жыл бұрын
Allahhuakhbar bonda...semua yg terjadi ada hikmahnya..tapi bonda dah jlnkan tugasan yg terbaik & membahagiakan arwah ibu...MMG ketiadaan ibu ayah kita didunia..telah menarik serba sedikit kebahagiaan hidup kita..dlm usia sebegini, semua kita akan mengalami episod kehilangan org2 yg tersayang satu persatu.. sentiasa berdoa kita diberi laluan mudah menyusul ke negeri abadi..& dpt buat persiapan ke sana dgn amal ibadat yg terbaik... ammin2
@fatimawatie7798
@fatimawatie7798 2 жыл бұрын
Yup
@remylalo
@remylalo 2 жыл бұрын
@@BumiRatuChannel ²2
@mummynoor5376
@mummynoor5376 2 жыл бұрын
Assalamualaikum bonda..slm kenal..sy dari Bintulu,Sarawak..seronok sy dengar bonda bercerita...semoga amal dan ibadah yg bonda buat akn menjadi contoh kpd ank2..
@syawalfirdausfirdaus5975
@syawalfirdausfirdaus5975 2 жыл бұрын
Allahu,sy mmg tersentuh dengan perkongsian bonda..moga sy menjadi anak yg baik jgk bbakti utk ibu dan masyarakat
@hadijahsabar8621
@hadijahsabar8621 2 жыл бұрын
Puas hati dah bagi semua yang mak nak. Alhamdulilah
@huh3084
@huh3084 2 жыл бұрын
Terima kasih perkongsianya bonda 😭
@hambamusafir7881
@hambamusafir7881 2 жыл бұрын
Sya gaji rendah tapi apa yg kuatkan hati sya untuk bkerja keras sebab mak sya , sya cari side income lain supaya sya dapat belikan mak sya rumah terrace biar pun hanya kecil itu saja yg sya mampu , sya sedih bila blik kg tgok rumah mak, jiran2 skliling rumah semua cantik2 rumah mak je rasa nya mcm reban ayam tapi kami sentiasa bersyukur dgn apa ada nya , skg sya dapat belikn mak ruma dan belikan dia kereta . Syukur alhamdulillah itu la rezeki rahsia Allah swt yg kita tidak tahu , hanya rajin berusaha dan tawakal niat la dlm hati kun fayakun .
@sarahesteban8316
@sarahesteban8316 2 жыл бұрын
Alhamdulillah smoga arwah bonda bumi rratu channel d tmptkn dgn orng2 briman
@shantisoma5414
@shantisoma5414 2 жыл бұрын
I salute you madam. Love your advice. Admire your simplicity
@SamsungA-hj7uq
@SamsungA-hj7uq 2 жыл бұрын
Assalamualaikum bonda terima kasih kongsi cerita kehidupan bonda sekeluarga untuk arwah emak bonda alfatihah
@norhayatimohdyusof9704
@norhayatimohdyusof9704 2 жыл бұрын
Terima kasih bonda. Sangat terinspirasi. Satu peringatan buat saya sebagai anak yg byk kekurangan dalam menjaga ibu bapa. Semoga Allah merahmati bonda , kedua arwah ibu bapa bonda dan seisi kluarga InsyaAllah
@norrehah993
@norrehah993 2 жыл бұрын
Alhamdulillah dgn perkongsian pengalamam, Moga sama2 jadikan iktibar. Moga Arwah ibu tenang Di tmn2 syurga Allah SWT.
@hannawati8103
@hannawati8103 2 жыл бұрын
masya' Allah bunda saye suke melihat bunda yg sungguh baek hati dg sesame, baek same pekerje rumah, tak ad samelah, smg Allah membalas budi baek bunda
@julinafingerman3070
@julinafingerman3070 2 жыл бұрын
Subahanallah..indahnya kisah mu hambah allah yg sangat beri menginspirasi jiwa sya.terimakasih kongsikn ilmunya.semoga ibundah bahagia dunia dn akhirat.aminn..
@zamirchannel7765
@zamirchannel7765 2 жыл бұрын
Aah saya pun suka dengar ceramah Tokku pasir gudang! Memang best bonda! Banyak ilmu ilmu bermanfaat!
@sitimariaofficial2815
@sitimariaofficial2815 2 жыл бұрын
Sedihnya.. Betul kata bonda.. Arwah mak saya pon kena tipu oleh adik beradik dan paling kecewa mak dia sendiri. .mak saya tak tahu baca tak tahu tulis.. Cuma dia selalu pesan jangan simpan dendam jgn marah diaorang.. Maafkan diorang dan selalu doa Allah swt maha kuasa dan maha memberi balasan.. Saya sedih dan rasa kesian kat arwah mak..saya teringat arwah mak saya.. Sedih bila kehilangan ni.. Semakin kita diuji ni rasa dekat sangat dengan Allah swt.. Sebab sebelum ni saya mungkin sibuk tapi bila mak ayah xde, saya banyak luang kan waktu utk agama, mengaji ke surau ..alhamdulillah semoga istiqamah saya..
@BumiRatuChannel
@BumiRatuChannel 2 жыл бұрын
allahu-bagus sgt arwah mak puan-semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..amen ya mujib
@halimahtonjaafar6577
@halimahtonjaafar6577 2 жыл бұрын
Alhamdulillah.. Bangga sungguh saya dengan Bonda... Muge bonda senantiasa di rahmati Allah selalu
@rinhyun7225
@rinhyun7225 2 жыл бұрын
sedih kisah mak awak.
@surie_honey
@surie_honey 2 жыл бұрын
Ya Allah.. apa yg bonda share ni mmg sy bsetuju sgt²... merendahkn hati.. rezeki itu dtg drpd Allah bkn drpd manusia.. kasih syg org tua, kita mlayan org tua kita, jaga mak bapa juga rezeki... insyaAllah Allah pasti pandang & mbalas dgn kbaikn... keberkatan hidup 😭
@husainmahadi5971
@husainmahadi5971 2 жыл бұрын
Satu perkongsian yang menyentuh hati ,saya kedua orang tua pun dah tak der,rindu yg paling perit pada yg tiada .Takziah untuk bonda sekeluarga.
@chesenisulong98
@chesenisulong98 2 жыл бұрын
ASalam wbt terharu dengan penceritaan Dan pencerahan tulus ikhlas puan hjh rozita Demi menjaga hubungan sillatulrahim sesama manusia juga untuk mendapat keredhaan Allah SWT Dunia Dan akhirat
@lizakarim7650
@lizakarim7650 2 жыл бұрын
In syaa Allah, semoga mak Bonda tenang disana.... aamiiin2 yra 🤲🏻💖
@khadijahmohamed5084
@khadijahmohamed5084 2 жыл бұрын
Syukur Alhamdulillah Bonda dpt berbakti kpd arwah Ibunya. Saya jgk sempat berbakti kpd arwah kedua org tua saya tapiiii mereka x sempat melihat kejayaan saya. Saya teringat Arwah Anak Sulung saya yg ingin buatkan saya rumah😭. Tapii hajatnya x kesampaian kerana dia telah kembali ke rahmatullah setahun yg lalu😭
@hennynurlia606
@hennynurlia606 2 жыл бұрын
Harta yg kita miliki hnya titipan. Yg wakafkan akan mnjdi amal Jariyah mengalir kpd arwah.. In syaa Allah.
@sofiahat4661
@sofiahat4661 2 жыл бұрын
Jaga ibu sampai tutup usia dapat syurga tanpa hisab. Subhanallah
@husnamustaffa4652
@husnamustaffa4652 2 жыл бұрын
Besar bakti bunda Allahuakhbar semoga Anak2 bunda pun berakhlak mulia seperti bunda😭 betul jgn jual bunda kenangn mak ada kat situ, buat tempat kumpul2 keluarga, eratkn silaturahim buat majlis2 ilmu semoga berkah tempatnya…
@sangorasangora4358
@sangorasangora4358 2 жыл бұрын
Alhamdulilah shearing vedio nya motivation yg sgt Bagus .semoga bonda kuat dn dlm lingdungan Allah Aminnnnnn
@meow2594
@meow2594 2 жыл бұрын
Thank You Aunty. I followed ur channel. It reminds me of my late father and my mum. please continue to do such sharing
@kemasrumahnisasemangat1018
@kemasrumahnisasemangat1018 2 жыл бұрын
Sy pergi meeting merasa naik heli. Tapi sy lepaskan kerjaya semua. Demi nak berkhidmat untuk mak saya. Masa arwah opah ada. Mak saya guna segala tenaga dia ada utk berkhidmat pada opah. Alhamdulilah saya tak gelap mata untuk kejar harta dunia. Allah bg sy perniagaan kecik2 dan bg saya masa untuk bersama dengan rahmat saya yg terbesar ini.
@kiripitt4642
@kiripitt4642 2 жыл бұрын
Saya rindu sangat dgn emak saya 😭
@thomasbarok8667
@thomasbarok8667 2 жыл бұрын
Walaupun sya bukan muslim, perkongsian sgt bermanfaat kpd org lain. Tq.
@foziahatan5315
@foziahatan5315 2 жыл бұрын
Allah huakbar Cerita Bonda, membuatkan saya rindu sgt kat mak dikampong, nak pelok n nak cium mak saya, cuma blm dpt balik atas sebab2 tertentu. Sabarlah wahai hati Saya doakan Bonda tetap kuat n sihat sllu, aamiin
@lenovotab6445
@lenovotab6445 2 жыл бұрын
Peritnya bonda nak senang mcm skg
@EzzaMuffinbiru
@EzzaMuffinbiru 2 жыл бұрын
Allah sayang kan Ibu puan..Allah juga sayang kan Puan. Selepas ni tugas arwah Puan di galas oleh puan. Sekarang Puan lah pengganti arwah ibu kepada adik adik puan. Puan lah tempat mereka mengadu dan tempat mereka berkasih sayang. Semuga kehidupan puan akan lebih bermakna kerana sentiasa di kelilingi oleh orang orang yang sentiasa menyanyangi puan. Saya doa kan agar puan akan sentiasa sihat dan di permudah kan segala urusan di dunia dan akhirat. Amin..
@hasanathoha6665
@hasanathoha6665 2 жыл бұрын
Allah...izinkan aku dapat mengumpulkan adik beradik sedara mara dlm keadaan selesa mcm ni...kurniakanlah kami rezeki yg melimpah ruah.amiiin.
@azalinalina6165
@azalinalina6165 2 жыл бұрын
Assalamualaikum bonda... tersentuh dgn nasihat dengan pengalaman bonda... semoga semuanya dalam rahmat Allah SWT
@mrssyiem
@mrssyiem 2 жыл бұрын
Saya teringin nak duduk dgn bonda..dapat berkongsi ilmu n mendekatkan diri dgn Allah...
@nobodyperfect995
@nobodyperfect995 2 жыл бұрын
Alfatihah semoga roh nya d cucuri rahmat Dan d tempat Kan org2 yg beriman.Aamiin ya ALLAH
@mystarviral6366
@mystarviral6366 2 жыл бұрын
Terbaik bonda 😭... Allah bg kemewahan dpt berkongsi bersama keluarga tercinta...
@asmaamin7721
@asmaamin7721 2 жыл бұрын
Terima ksh byk bonda.... Doakan saya boleh jadi macam bonda.. Perkongsian yang amat bermanfaat sggh.. Aamiin ya Allah ya mujib
@nelsonchupi4850
@nelsonchupi4850 2 жыл бұрын
Bila melihat keadaan dgn apa yg di alami bonda sya dpt meradakn kesedihan itu..sebab sya pernah mengalami keadaan seperti itu 9 thun yg lepas semasa bapa sya meninggal dunia..namun yg pergi tetap pergi tapi yg pasti kenangan semasa hidup nya ttap dlm ingatan saya..
@yuyiyuyu1214
@yuyiyuyu1214 2 жыл бұрын
Antara org kaya yg byk memberi manfaat & nasihat utk agama Allah
@tiny80a
@tiny80a 2 жыл бұрын
Semoga sy berpeluang berbakti kpd mak sy jg...terima kasih bonda atas segala kata² hikmah...
@fairosborhan2275
@fairosborhan2275 2 жыл бұрын
Jazakillah atas sharing ini. In shaa Allah jadi iktibar. ❤️❤️❤️💐 Moga arwah ditempatkan bersama para solihin. Aamiin Aamiin ya Robbal ‘alamin.
@khairunisabahar3876
@khairunisabahar3876 2 жыл бұрын
Terima kasih bonda saya amik iktibar jadikan pengajaran buat saya
@dsinarberkat635
@dsinarberkat635 2 жыл бұрын
Assalamualaikum mari kita sedekah arwah mak bonda untuk melepaskan azab semoga arwah mak bonda di kalangan orang yang meriman
@sri.sundariprovkalbar8113
@sri.sundariprovkalbar8113 2 жыл бұрын
Terima kasih kisah perjalanan hidup bunda.semoga menjadi pelajaran utk semua orang.semoga bunda selalu sehat dan panjang umur.aamin ya rabbal alamin.sri pontianak kalimantan barat indonesia
@eijaeijacute
@eijaeijacute 2 жыл бұрын
Penerangan n pengajaran yg cukup bmakna tq bonda
@nurasamrah4731
@nurasamrah4731 2 жыл бұрын
Subhaanallah, Masya'Allah. Barakallaahu a'laiki
@ylvisfan390
@ylvisfan390 2 жыл бұрын
Bonda orangnya penyayang dan berhati emas
@sunshinebright5216
@sunshinebright5216 2 жыл бұрын
Alhamdullilah....selagi mampu...aku cuba memenuhi permintaan ibu...arwah abah dah tiada...dan in syaa Allah tak akan putus sedekahnya untuk arwah abah dan ibuku serta kedua arwah ibubapa mertua ku...terima kasih Ya Allah swt 🤲🤲..😭😭
@nh87toosmart
@nh87toosmart 2 жыл бұрын
Saya pun penggemar tokku pasir gudang...... Alhamdullillah. Tak sangka bonda pun follow tokku pasir gudang.....❤️
@normahm.jchannel9605
@normahm.jchannel9605 2 жыл бұрын
Terimakasih bonda...ats perkongsian ceritanya....
@wantehmakteh8583
@wantehmakteh8583 2 жыл бұрын
Ms bapa n ibu saya pergi mninglkn kami...2004 ...saya merasa khilngn nya yg teramat sgt. Sdh mnjdi kebiasaan bila kami smpi shj dirmh kerana saya tgl di jb mak di mlka... Saya akan trs call mak bgtau dah slmt smpi...dgr suara mak akan ckp alhmdulillah dah slmt smpi...pd saya itu suara yg paling merdu sekali...tp bila mak dah takde kami adik bradik tetap blk sebln sekli bersihkn rmh mak n ramai2 bc yassin utk mereka berdua. Yg jd sedih bila smpi rmh sendiri tak tau dah nak call sapa bgtau dah smpi rmh...saya akan menangis tgk talipon yg trltk setia di meja kcil disudut rmh. Ms tu blm ada hp lg. Saya akn mnangis n brkta pd suami..nak tel sapa yer bgtau kita dah smpi....itu lah saat yg saya takkan lupa hg skrg...
@niknormahnikmustafa6164
@niknormahnikmustafa6164 2 жыл бұрын
Alhamdulillah Semuga bahagia Banyakkan bersedekah.
@ainlee3239
@ainlee3239 2 жыл бұрын
Berpakat2 jaga rumah pusaka arwah nenek ni ....jadi tempat berkumpul
@julinafingerman3070
@julinafingerman3070 2 жыл бұрын
Ta puas aku mendengarkn kisah bundah.
@DapurCT
@DapurCT 2 жыл бұрын
♥♥♥Semoga arwah Ibu Bonda ditempatkan dikalangan orang2 beriman ♥♥♥
@HugoQadri
@HugoQadri 2 жыл бұрын
Cantik tandas oku bilik mak bonda. 👍🏻
@syahrom.....
@syahrom..... 2 жыл бұрын
Salam takziah. moga bonda kuat untuk menghadapi liku liku hidup. moga carilah keceriaan hidup. dan tabah seperti arwah bonda.
@mac8999
@mac8999 2 жыл бұрын
Nampak sangat bonda ni orang kuat😊😊💪💪❤❤
@rosputih3403
@rosputih3403 2 жыл бұрын
Samalah bonda.. Kita pun jaga emak yang uzur.. Walaupun tak sekolah tinggi mana.. Saya akan cuba bagi yang terbaik untuk emak..
@rosidahrosidah2805
@rosidahrosidah2805 15 күн бұрын
Assalamualaikum yg dikasehie..satu hari awak boleh guna balik disaat awak dan kelurga yg dah uzur boleh balik duduk rumah tu .untuk turun menurun kelurga..Aammiin.
Mak Bonda Ratu kekayaan bonda
17:40
Bumi Ratu Channel
Рет қаралды 348 М.
Tak ada lagi emas untuk mak
9:18
Bumi Ratu Channel
Рет қаралды 226 М.
Mom's Unique Approach to Teaching Kids Hygiene #shorts
00:16
Fabiosa Stories
Рет қаралды 32 МЛН
DAD LEFT HIS OLD SOCKS ON THE COUCH…😱😂
00:24
JULI_PROETO
Рет қаралды 16 МЛН
Sigma Kid Hair #funny #sigma #comedy
00:33
CRAZY GREAPA
Рет қаралды 36 МЛН
Rela susah masak utk travel
17:03
Bumi Ratu Channel
Рет қаралды 75 М.
GLAM Deko Kediaman - Datuk Seri Aliff Syukri (AS Palace)
12:25
GLAMDEKO malaysia
Рет қаралды 2,4 МЛН
The thieves pulled a prank on the Policeman ! 😬👮🤣
0:38
BOGDANCHIKI
Рет қаралды 15 МЛН
POV Which one is the real Anger's baby? | Inside Out 2
0:12
FRIS YT
Рет қаралды 8 МЛН
Каха заблудился в горах
0:57
К-Media
Рет қаралды 5 МЛН