No video

Dara Pujaan - L. Ramlee | Jom Karaoke

  Рет қаралды 556,239

KopraCavanna

KopraCavanna

Күн бұрын

Lagu L. Ramlee Dara Pujaan versi karaoke
Ramli bin Lazim atau lebih dikenali sebagai L. Ramli merupakan seorang penyanyi lagu Melayu yang terkenal pada era 60-an / 70-an.
Beliau dilahirkan pada tahun 1942 di Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang, dari keturunan campuran Melayu dan Siam. L. Ramli mula menceburkan diri dalam bidang seni dengan menyertai kumpulan boria di kampungnya.
Beliau kemudiannya merakamkan lagu Dara Pujaan pada tahun 1962 bersama kugiran Orkes Teruna Ria. Apabila mendapat sambutan hangat, beliau terus merakamkan lagu-lagunya bersama kugiran ini seperti Antara Kau Dan Aku, Salma, Pertemuan Terakhir, Puja, Nasib Si Pungguk, Oh Nona, Teruna Pun Tidak Dara Pun Bukan dan Sudah Ku Katakan.
Pada tahun 1970, L. Ramli bersama Sarena Hashim dan Habibah Yaakob merakamkan lagu-lagu latar untuk filem Kembang Layu keluaran Studio Merdeka.
L. Ramli juga pernah menyertai artis-artis lain merakamkan sebuah album kompilasi bersempena genap 10 tahun pemergian Seniman Agung P. Ramlee ke rahmatullah. Kebetulan pula, suara beliau mirip suara seniman tersohor itu.
Pada tahun 1985, L. Ramli menyertai artis-artis seangkatannya untuk merakam kembali lagu masing-masing di bawah label Life Records. Semenjak kebangkitan semula irama Pop Yeh Yeh di kalangan pencinta seni suara Melayu. beliau tidak putus-putus menerima undangan untuk mengadakan persembahan pentas.
Beliau turut merakamkan album baru bersama Band Delima dengan tajuk Dara Pujaanku, sebagai sambungan kepada lagu Dara Pujaan yang pernah dirakamnya dahulu.
Beliau telah mendirikan rumah tangganya dengan anak jirannya di kampung yang merupakan pilihan orang tuanya dan rumahtangganya kekal hingga kini. Meskipun aktif dalam bidang seni, ia bukanlah sumber pendapatan utamanya. L. Ramli bekerja tetap di Hospital Pulau Pinang sebagai pembantu X-Ray hinggalah persaraannya. Kini, beliau mengusahakan perniagaan nasi lemak yang turut diberi gelaran Nasi Lemak Dara Pujaan.
Selepas penghasilan album Dara Pujaanku kesinambungan daripada lagu popularnya Dara Pujaan yang berjaya melonjakkan nama dan populariti dari zaman 60-an, Metro Muzik Enterprise bertindak menghasilkan sebuah lagi album baru. Kenangan Bersama Dara Pujaan menampilkan 100 peratus lagu berirama 60-an. Album ini mengandungi 12 lagu yang diberi nafas baru oleh komposer Rosli Selasih. Dara Pujaan sememangnya cukup sinonim dengan nama L Ramli dan dengan itu judul berkenaan dikekalkan pada setiap album milik penyanyi kelahiran Pulau Pinang itu.
Lagu di dalam album ini dicipta oleh Rosli Selasih sementara lirik oleh Rijja. Rosli bertindak sebagai penerbit album yang mengekalkan irama sentuhan 60-an, lebih istimewa lagi album ini turut mengundang kumpulan Delima pimpinan A. Rashid Hashim bagi mengiringi lagu di dalam album ini.
Selain lagu baru Kenangan Bersama Dara Pujaan, sebanyak sembilan lagu popular L. Ramli di zaman 60-an turut diberi nafas baru dari segi susunan muzik dan rakaman suara. Antara lagu yang dimuatkan seperti Sharifah, Bayangan Kasih, Janji Sekata dan Kata-Kata Yang Terpendam.
Sementara itu dua lagu lama dirakamkan semula iaitu Lanang Tunang Tak Jadi nyanyian asal Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Anak Lima nyanyian asal Mokhsin dan Titiek Sandhora yang dinyanyikan semula oleh L. Ramli bersama Jazmeen selaku penyanyi jemputan.
Jazmeen adalah anak kepada penyanyi terkenal 70-an iaitu S.A. Aishah iaitu pasangan duet kepada Raja Gelek, Datuk M. Daud Kilau.
L. Ramli turut terbabit bagi menjayakan Konsert Pop Yeh Yeh Suatu Evolusi 2007, di Stadium Malawati dan julung kali diadakan oleh Global Ads Workstation Sdn. Bhd.
sumber: ms.wikipedia.o...

Пікірлер: 22
@ashrchannel2016
@ashrchannel2016 Жыл бұрын
Duhai dara kau manis jelita Senyum mu indah berseri-seri Hati ku selalu menjadi tergoda Memandang kau tiap hari Engkaulah yang ku puja-puja Gadis impian di waktu malam Aku duduk termenung kesepian Terkenang dara pujaan Tidakkah kau kasihan Ku menanti kepadamu selalu Biar ku rasa bosan Hati ku tetap pada mu Beginilah hidup dalam dunia Selalu sama saling bercinta Marilah dinda pujaan kesuma Mengikat janji asmara Tidakkah kau kasihan Ku menanti kepadamu selalu Biar ku rasa bosan Hati ku tetap pada mu Beginilah hidup dalam dunia Selalu sama saling bercinta Marilah dinda pujaan kesuma Mengikat janji asmara
@abubakartaib1251
@abubakartaib1251 3 жыл бұрын
SYABAS!! TERBAIK MUSIKNYA.
@lolantan181
@lolantan181 2 жыл бұрын
Terbaik susunan muzik.
@user-rq1bt6vz7q
@user-rq1bt6vz7q 8 ай бұрын
👏👏👍
@kamaleirfan7740
@kamaleirfan7740 Ай бұрын
Jika tidak keberatan, bolehkah didapatkan versi ada vokal utk lagu ini?
@KopraCavanna
@KopraCavanna Ай бұрын
Boleh
@othmanyaakup3661
@othmanyaakup3661 Жыл бұрын
@pakbon9737
@pakbon9737 2 жыл бұрын
The zurah buat muzik sdp didegr
@Jasmin-co9gt
@Jasmin-co9gt 6 ай бұрын
❤❤❤
@neffosca9502
@neffosca9502 2 жыл бұрын
Yahoo
@KopraCavanna
@KopraCavanna 2 жыл бұрын
Semoga terhibur 🙋
@malaiqaangelina6815
@malaiqaangelina6815 10 ай бұрын
lajunya tulisan
@omaranuar
@omaranuar Жыл бұрын
Lelaki lelaki lelaki
@ahmiddol9600
@ahmiddol9600 2 жыл бұрын
Drama bukan tuntunan
@KopraCavanna
@KopraCavanna 2 жыл бұрын
🙋
@abukhosim5282
@abukhosim5282 2 жыл бұрын
Kasim selamat lokomotif
@KopraCavanna
@KopraCavanna 2 жыл бұрын
🙋
@mohdtuah9225
@mohdtuah9225 Жыл бұрын
​@@KopraCavanna😅
@hjhsalmiahhjtinggal8957
@hjhsalmiahhjtinggal8957 2 жыл бұрын
7
@KopraCavanna
@KopraCavanna 2 жыл бұрын
🙋
@sabirinabjadpontian6559
@sabirinabjadpontian6559 2 жыл бұрын
👹
KISAH DAN TELADAN - A. Halim - KARAOKE HD [4K] Tanpa Vocal
4:38
JISS IMPAS
Рет қаралды 227 М.
KARAOKE 60-AN || SERULING ANAK GEMBALA JEFRYDIN NADA RENDAH A MINOR
4:41
Jefri Rf Channel
Рет қаралды 1,3 МЛН
Gli occhiali da sole non mi hanno coperto! 😎
00:13
Senza Limiti
Рет қаралды 19 МЛН
The Joker saves Harley Quinn from drowning!#joker  #shorts
00:34
Untitled Joker
Рет қаралды 72 МЛН
لااا! هذه البرتقالة مزعجة جدًا #قصير
00:15
One More Arabic
Рет қаралды 52 МЛН
SPILLED CHOCKY MILK PRANK ON BROTHER 😂 #shorts
00:12
Savage Vlogs
Рет қаралды 49 МЛН
Dara Pujaan - A.Ramlie INSTRUMENTAL COVER By UNNAMED
2:43
D Sessionist Studio
Рет қаралды 1,6 М.
GELORA Karaoke P.Ramlee || Korg PA600
3:48
Nury Batu Bara
Рет қаралды 1,5 МЛН
Umpan jinak di air tenang karaoke melayu Dato Ahmad Jais
3:43
Ytn Mangga
Рет қаралды 718 М.
A Ramlie - Kenangan Mengusik Jiwa
3:29
manzboyle
Рет қаралды 3,4 МЛН
D'lloyd - Cinta Hampa (Karaoke Version)
4:57
Nada Memoria
Рет қаралды 1,1 МЛН
AKU SEMUT MERAH || Meggy Z || KARAOKE Nada PRIA
6:42
Amin A2MStudio
Рет қаралды 2,8 МЛН
Kenangan mengusik jiwa karaoke A. Ramlie
3:19
Ytn Mangga
Рет қаралды 1,5 МЛН
OH FATIMAH - A. Ramlie - KARAOKE HD [4K] Tanpa Vocal
3:44
JISS IMPAS
Рет қаралды 230 М.
Lemak Manis Karaoke Nada Pria Versi KORG Pa700 Melayu
4:31
Nury Batu Bara
Рет қаралды 844 М.
Gli occhiali da sole non mi hanno coperto! 😎
00:13
Senza Limiti
Рет қаралды 19 МЛН