Рет қаралды 7,471
Aktiviti mengutip kerang di pantai Tanjung Kepah, Batu 9 Lekir di sini antara yang dinantikan penduduk setempat dan sekitarnya setiap kali berlakunya fenomena pasang surut air laut.
Biasanya orang ramai berkampung di kawasan itu sehingga ada antaranya mampu mengutip sehingga 50 kilogram kerang.
Selain kerang, terdapat juga hasil laut lain yang menjadi sumber rezeki tambahan penduduk; antaranya remis, kepah, kijing dan siput.