BERONOK, Makanan Tradisi Langkawi | Resepi Tok

  Рет қаралды 426,796

DESTINASI TV

DESTINASI TV

2 жыл бұрын

Resepi Tok kini kembali lagi setelah sekian lama tertangguh akibat Pandemik Covid-19 yang melanda di negara kita. Kali ini, Fendi akan menjelajah menu yang ikonik dan menarik di sekitar Pulau Langkawi.
Untuk episod pertama siri Resepi Tok Langkawi, Fendi berjumpa dengan Mak Lang untuk membuat resepi kerabu beronok yang telah menjadi satu menu wajib bagi orang Pulau Langkawi. Beronok merupakan sejenis tumbuhan laut yang hanya terdapat di Langkawi.
Keunikkan Beronok ini adalah ia hanya boleh dimakan secara mentah dan tidak boleh kena haba. Oleh itu, Beronok hanya dibuat hanya untuk resepi kerabu sahaja. Mari lihat Mak Lang berkongsi resepi kerabu beronok, dari cara pembersihan hingga penyediaan dengan menggunakan bahan yang segar.
#resepitok #langkawi #beronok #kerabu
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti KZfaq, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

Пікірлер: 467
@aqimdodol95
@aqimdodol95 2 жыл бұрын
Assalamualaikum,untuk pengetahuan semua,maklang telah menghembus kan nafas yg terakhir,dimohon untuk mensedekahkan Al-fatihah untuk mak lang,Dan semoga mak lang ditempatkan dikalangan orang² yang beriman,salam takziah dari saya kepada keluarga Mak lang
@lyndaraf554
@lyndaraf554 2 жыл бұрын
Waalaikumsalam, Al fatihah... bole tau mak lang sakit apa🥺
@aqimdodol95
@aqimdodol95 2 жыл бұрын
@@lyndaraf554 ada komplikasi hempedu pecah xsalah saya,
@juriahrejab1872
@juriahrejab1872 Жыл бұрын
Innalillahiwainnailaihirojiun, semoga roh arwah di tempatkan di kalangan para solihin
@HARITHROSLIPRO
@HARITHROSLIPRO Жыл бұрын
moga tunjuk ajar dn ilmu yg mak lang sampaikan ni jadi pahala berpanjangan utk beliau. alfatihah
@muhamadnizamkldsb7389
@muhamadnizamkldsb7389 Жыл бұрын
al fatihah
@bigboxzero
@bigboxzero 8 ай бұрын
Sampai sini sbb tgk content ai emny.
@nononana458
@nononana458 2 жыл бұрын
Suka betul tgok pendi ni jadi pengacara, bagus betul cara dia attract dengan org2 tua, sgt sopan & pandai berborak dgn org2 tua😁👍🏻
@muhammadsufi4925
@muhammadsufi4925 2 жыл бұрын
Kannn ..dia pandai layan org tua
@AMXGadgets
@AMXGadgets 2 жыл бұрын
Fendi mmg best..dia masak pun terrer jugak..tak ingat dah channel youtube yg dia masak2 tu..kelakar dan best
@archannel6717
@archannel6717 2 жыл бұрын
Yes.. Aku setuju benda ni.. Tak kira apa agama dan bangsa dia tetap sopan n tahu mcm mana nk bercakap.. Goodjob fendi
@nononana458
@nononana458 2 жыл бұрын
@@Wardi7678 hahaha tk tawu🤪
@nononana458
@nononana458 2 жыл бұрын
@@AMXGadgets betul betul😂 kelakar yg dia buat masak2 tu, dapur bujang ke apa cite tu
@wanshahir8402
@wanshahir8402 2 жыл бұрын
Suka tgk pengacara fendi ni, dia pandai berinteraksi dan gurau2 dgn org2 tua, tak nampak kekok pun. mmg kne bila tgk👍
@yiewjiahui1494
@yiewjiahui1494 2 жыл бұрын
dulu time raja lawak dengan syuk tak berapa, sekarang makin bagus. Nampaknya memang rezeki menjadi seorang pengacara
@mohdfahmi4336
@mohdfahmi4336 2 жыл бұрын
Buat menantu boleh la
@qissqeef6679
@qissqeef6679 2 жыл бұрын
@@mohdfahmi4336 dah kawin dah fendi ni 🤣
@fellerrionmarchelum9
@fellerrionmarchelum9 2 жыл бұрын
@@yiewjiahui1494 pi mampoi la raja lawak sana.
@paparembauchannel2239
@paparembauchannel2239 2 жыл бұрын
Kagum tgk fendi.. Jd pengacara dtv... Hebat dohh.. Beza masa zaman Balas.... Semoga terus berkembang karier fendi.. Rezeki Allah punya..
@DESTINASITV
@DESTINASITV 2 жыл бұрын
Fendi memang power! Senang keje team
@jimbarachannel3943
@jimbarachannel3943 2 жыл бұрын
@@DESTINASITV fendy kalau destinasi Tv buang dia, aku unsubscribe dan tak follow Dtv dah
@mr.muazzim7874
@mr.muazzim7874 2 жыл бұрын
@@DESTINASITV yep fendi memang power suka tengok dia borak dengan orang orang tua pandai melawak dengan orang berumur bagus ii keep it destinasi tv kekalkan fendi
@remaong4023
@remaong4023 2 жыл бұрын
@@jimbarachannel3943 sabar bang
@fatimahsait7348
@fatimahsait7348 2 жыл бұрын
wau sedap nya mana nak dapat
@ciknat5288
@ciknat5288 2 жыл бұрын
Kami orang semporna Sabah suka makan beronok.. sedap gila ne!!! Kmi panggil balunuk
@Berdengung
@Berdengung 2 жыл бұрын
Weiiiii Fendi ni dari dulu aura pengacara dia power gilaaaaaaa. Respect Fendi!!!!!!!
@cangidin5483
@cangidin5483 2 жыл бұрын
Makcik ni mmg sempoi lah...terbaik...masakan org lama mmg xbole dipertikaikan lg kesedapan dia...mmg terbaik....👍👍👍
@kikiadventure8574
@kikiadventure8574 2 жыл бұрын
Gara2 mas ini sy suka kuliner malaysia...itu video selera bajet tak puter berulang2...akhirnya saya kagum dengan keanekaragaman kuliner malaysia..angkat topi buat mas fendi! Lanjutkan.
@mahmoodalfatih8457
@mahmoodalfatih8457 2 жыл бұрын
Mas Pandi asli nya dari Indonesiya keluarga nya di Pinang Bukit Mertajam Kampung Kijang Alma.
@emanla1990
@emanla1990 2 жыл бұрын
Boleh faham ke dialek utara Mas Faisol?
@kikiadventure8574
@kikiadventure8574 2 жыл бұрын
@@emanla1990 sayangnya saya tak paham semua dialeknya...hanya saja saya paham apa yang di bicarakan..kadang berharap ada captionnya...orang malaysia cepat kalo bicara..😁..obviously luv 🇲🇾 from 🇮🇩
@selasihstudios236
@selasihstudios236 2 жыл бұрын
Tgok Cara Fendi nie , bakal ganti AC Mizal dalam jadi Pengacara..... In sya Allah
@amirahafiqah279
@amirahafiqah279 2 жыл бұрын
Just nak cakap.. Saya selalu tgk DTV Lagi2 kalau resepi tok utk release tension 😭 I want moreee please!
@DESTINASITV
@DESTINASITV 2 жыл бұрын
Setiao hari khamis jam 5 pm ya. InsyaAllah kalau x ada pkp dan boleh rentas negeri. Kita tak stop
@8UglyDuckling8
@8UglyDuckling8 2 жыл бұрын
Salam takziah buat keluarga mak lang dan AL Fatihah utk mak lang moga semua urusan mak lang di sana di permudahkan..
@paksamadempire4162
@paksamadempire4162 Жыл бұрын
اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
@farhanismail1495
@farhanismail1495 2 жыл бұрын
Takziah kepada keluarga atas pemergian makcik ni ptg tadi ..alfatihah
@NurNur-zy3dl
@NurNur-zy3dl 2 жыл бұрын
Seronok tgk Fendi borak dgn org tua.. Ngam ye.. Maklang tu mcm nenek dia je sembang hahah
@me220784
@me220784 2 жыл бұрын
Innalillahhiwainalilahhirojiun .. semoga roh maklang dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 beriman.. Amin .. Al-Fatihah
@juriahrejab1872
@juriahrejab1872 Жыл бұрын
Aamiin
@kushyairihadi4429
@kushyairihadi4429 2 жыл бұрын
Mmg terbaik dari dtv... pengacara pun A1 punya kualiti... yg penting kena game dgn makcik masa tgk cili giling... iklan.... iklan hahaha
@redzuanbaharuddin2157
@redzuanbaharuddin2157 2 жыл бұрын
Suka presentation dtv sebab nampak santai dan terasa dekat dengan penonton. Tahniah pengacara & krew penerbitan. Teruskan usaha anda mempromosikan resepi orang2 lama. Cadangan, selain resepi orang Melayu, mungkin boleh juga ketengahkan resepi bangsa lain juga.
@DESTINASITV
@DESTINASITV 2 жыл бұрын
Tq support. Ada, cuba cari resepi tok char kuey teow di bee hwa. Jangan baca komen, habis kena kecam. Hahaha
@dreamforever3576
@dreamforever3576 2 жыл бұрын
Suku bajau panggil "BAT" ramuan cuka garam cili mangga tu saja. Nak cari bat sambil2 mandi di tepi pulau akan tersentu oleh kaki Dan kalau dekat2 tepi pulau yang ada banyak batu besar bawah tu ada juga kadang boleh jumpa ketam dan sotong kurita sekali hehe
@mal24.
@mal24. 2 жыл бұрын
SABAH BAINI 😆
@dreamforever3576
@dreamforever3576 2 жыл бұрын
@@mal24. ya sabah
@muhamadsyahidibinandhamid4672
@muhamadsyahidibinandhamid4672 2 жыл бұрын
Salam Takziah buat keluarga Mak Lang semua...semoga roh Mak Lang dicuhcuri Rahmat dan ditempatkan bersama yang beriman...Al-Fatihah
@hashiramasenju8899
@hashiramasenju8899 Жыл бұрын
innalillahiwaiinailaihirajiun
@a.a.h.a.a.h2427
@a.a.h.a.a.h2427 2 жыл бұрын
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un..semoga Roh mak lang dicucuri rahmat. Ni antara episod yang saya ulang2 tgk. Suka tgk cara Mak lang melayan Fendi.
@fadzilrahim8450
@fadzilrahim8450 2 жыл бұрын
Fendi nie. Yang aku perasan, zaman Raja Lawak dulu pun, dia ngn kumpulan Balas, dia jenih melawak pun takdak laa buat lawak double meaning. Dia jenih jaga bahasa. Banyak yg double meaning, Syuk jaa laa. Sampai laa, dia jenih jadi host bahasa pun elok jaa. Sempoi. Syabas Destinasi TV, Resipi Tok. Kekalkan Fendi. Rating makin naik sebab style Fendi mengacara rancangan nie. 👍🏻
@azreenklose7976
@azreenklose7976 Жыл бұрын
Ingat lagi ...bila kumpulan Balas berpecah .....Syuk cepat betul naik Nama die , mcm2 job dpt ....host ABP, tv3 punya rancangan, tambah lagi jadi Deejay radio ....kira memang popular la Syuk ... Fendi ni pun ade la jadi hos dapur bujang ......Senyap je , .kurang la femes mcm Syuk ............ .pastu Lepas kes scandal Syuk , terus menjunam karier die ...Nama Fendi pulak naik ......Naik pun takde kontroversi ,gossip dgn pompuan ape semua .......
@khalipahridawi5189
@khalipahridawi5189 2 жыл бұрын
Saya memang suka lauk kampung. Pertama kali dengar nama beronok ni. Memang terbaik. Salam sayang dari singapura.
@noramily
@noramily Жыл бұрын
Setiap vdeo destinasi tv penuh komen pujian utk Fendi. Mmg terbaik Fendi mengacarakan rancangan ni... Tlg jangan tukar host lain nanti kami tak tengok dah😆
@arefixzchannel2373
@arefixzchannel2373 2 жыл бұрын
inalillah
@mohdrezdwanhusin875
@mohdrezdwanhusin875 2 жыл бұрын
Aduuh! Best nya layan siri masakan tok nie… aku org Singapura tapi seronok sangat tgk siri tok …syabas cik Fendi
@tokeykedai5413
@tokeykedai5413 2 жыл бұрын
Innalillahiwainnailaihirojiun Allahumarghfirlaha warhamha waafiha wafuanha Semoga Allah mengampuni dosa² maklang & menempatkan Maklang bersama org² yg soleh di taman syurgaNya. Aaaminnn, yra.
@airulazlan1275
@airulazlan1275 2 жыл бұрын
Mak Lang sempoi dan sporting. Gandingan Fendi dgn Mak Lang mmg ngam. Mcm dah biasa mengacara sama-sama. Boleh buat Mak Lang jd co-host Fendi utk DTV.
@DESTINASITV
@DESTINASITV 2 жыл бұрын
Good idea, mak lang ni macam-macam boleh masak. Juara Laksa ni.
@airulazlan1275
@airulazlan1275 2 жыл бұрын
@@DESTINASITV tgk gaya Mak Lang, mcm2 dia juara ni. 😁 Buat Episod 2 utk Mak Lang
@ahmadbenbelamuzakalzawawi3757
@ahmadbenbelamuzakalzawawi3757 2 жыл бұрын
Rupanya kekuatan fendi kt sini,rezeki dia jalan ni..jauh lebih menyerlah karakter fendi mengacarakan DTV resipi tok,dgn cara dia sendiri,jadi diri dia yg sebenar..nampak sgt selesa..aku suke tgk the real fendi..kudos bro!pandai melayan org tua,apa yg penting ang tau apa yg ang cakap pasai mmg ang pandai masak...cara santai ang dlm pgram resipi org bujang dulu,buatkan ak pun g ke dapur..dan skarang ak pn rajen masak sama,bantu wife kt rumah..terbaik fendi!
@syiraa619
@syiraa619 2 жыл бұрын
Ya Allah sedapnyaaaa beronokkkkkk 😭😭😭 rindu nak balik Langkawi
@fadilahnoorabdullah5377
@fadilahnoorabdullah5377 2 жыл бұрын
Kerabu mak Lang ni mmg ikhlas buat, sungguh2 drp hati. Kecooor ayak liok nooo...alhamdulillah...
@NAA-cl3gs
@NAA-cl3gs 2 жыл бұрын
terliur air ler tgk fendi mkn dgn maklang.. sungguh no.. sedap sungguh tgk pekasam ikan puyu tue.. dgn kerabu beronok.. tq fendi.. hang pandai ambik hati depa tok2 nie.. baguih..
@campingwithlorenzokipau3690
@campingwithlorenzokipau3690 2 жыл бұрын
Very good cooking video presentation, definitely delicious recipes. Thank you for sharing this my friend..
@DESTINASITV
@DESTINASITV 2 жыл бұрын
Thanks for watching. Keep on supporting Resepi TOK!
@Dhia_wow
@Dhia_wow 2 жыл бұрын
Fendi ni pandai sembang , org kata tak senyap .. kalau jumpa org tua pandai borak .. pandai ambik ati .. selesa .. seronok dengar 💕
@ariffikricheamat603
@ariffikricheamat603 2 жыл бұрын
memang qalet tengok fendi duk bersembang dgn mak lang.. baguih la fendi jd pengacara.. sambil tengok sambil qenyeh sorang2.. 😅
@annyse88
@annyse88 2 жыл бұрын
Ya Allah rindunya kampung halaman Hari tu dan balik sat ja Tak merasa qabu beqonok😭 Demmit Pendi buat aku telioq🤤
@mohammadazim4235
@mohammadazim4235 2 жыл бұрын
Tq Destinasi TV❤️ Rindu beb nk tgk siri Resepi Tok ni..hang Fendi mmg the best la..mana2 tok hang jumpe..semua mesra alam sembang dgn hang..syabas anak muda..
@yatiechubby564
@yatiechubby564 2 жыл бұрын
Innalillahiwainnalillahirajiun...semoga di tempatkan dikalangan org beriman...aaminn
@Matmut66
@Matmut66 2 жыл бұрын
Saya tak pernah makan, nampak macam ulat ja mula mula .. tapi bila dah jadi kerabu terliurrr pulakk 😌
@abdulhakimtv8565
@abdulhakimtv8565 2 жыл бұрын
Alfatihah untuk mak lang ,semoga ditempatkan bersama org2 yg beriman
@CeritaKisahDunia5667
@CeritaKisahDunia5667 2 жыл бұрын
Innalillahiwainnalillahirajiun ,,, Semoga arwah mak lang ditempatkan di kalangan orang yg beriman Soleh dan solehah .... Aminn. . salam takziah kepada keluarga mak lang , Al-Fatihah
@othmanmhammad3260
@othmanmhammad3260 2 жыл бұрын
sempoi habis fendy kalau episod resepi tok dgn masuk kepala nga tok2.. yg takleh brain tukar duit Langkawi tak tahan 😂
@szzu8060
@szzu8060 2 жыл бұрын
Al-Fatihah dibaca untuk Arwah Mak Lang...
@deeprootedmarketing6276
@deeprootedmarketing6276 2 жыл бұрын
Innalillahi wainna ilaihi roji'un.
@psycho9589
@psycho9589 2 жыл бұрын
Ada jugk segmen yang best utk di tonton kat youtube ni.Terbaik Resepi Tok kembali.
@DESTINASITV
@DESTINASITV 2 жыл бұрын
Tq sebab tengok and enjoy the show. Harap lebih ramai rakyat malaysia berminat. Kita nak buat benda yang dalam tengok ada gelak tawa, ada belajar juga.
@abunara9274
@abunara9274 2 жыл бұрын
@@DESTINASITV mcm riz je yg comment! Hahaha, hi 👋
@badman5356
@badman5356 2 жыл бұрын
Mak cik tu cara dia masak nampak professional betul
@halimatunsaadiah8294
@halimatunsaadiah8294 2 жыл бұрын
Innalillahi Wa inna Ilaihi Raaji'uun..... Salam takziah..... Moga husnul khatimah....
@bagusla_alhamdulillah
@bagusla_alhamdulillah 2 жыл бұрын
Excellent video Fendi makan makan. Langkawi super super nice place for makan makan. & cycling 🚴‍♀️ terbaik
@nurmustaqim1070
@nurmustaqim1070 2 жыл бұрын
Tiba2 aq teringat arwah mak Chaq 😢😢. Terbaik Fendi 👍👍👍
@mahmoodalfatih8457
@mahmoodalfatih8457 2 жыл бұрын
Al Fatihah di baca utk Mak Chaq yg buat cucoq dangai.
@asyrafafham8540
@asyrafafham8540 2 жыл бұрын
harap kekalkan fendi ye.. seronok tengok fendi yang mengacara dentinasi tv ni
@knkfamilyenterprise451
@knkfamilyenterprise451 2 жыл бұрын
Salam takziah buat keluarga makcik ni
@hafidzidris1400
@hafidzidris1400 2 жыл бұрын
Salam Takziah buat Mak Lang.
@muhammadafifi5203
@muhammadafifi5203 2 жыл бұрын
Innalillahiwainnailairojiun. Al fatihah buat mak lang🥺
@elinikolaev6611
@elinikolaev6611 2 жыл бұрын
Best aar Fendi niii...pandai bersembang ngan orang2 tua😁👍🏻👍🏻
@abduljusoh1525
@abduljusoh1525 2 жыл бұрын
paling legend sampai goshop pn fendi pernah masak.
@mattfishkunl9ng875
@mattfishkunl9ng875 2 жыл бұрын
Boh Pendi terbaik..jd sumber inspirasi as a bachelor person😁☕
@RAfitnessMalaysia
@RAfitnessMalaysia 2 жыл бұрын
mak2 sgt makcik ni...mesti sedak masakan dia ni 🤤🤤
@ikramqiram1356
@ikramqiram1356 2 жыл бұрын
Akhirnya,Resepi tok kembali semula,mantap Noh Fendi, nanti pi baru dapat rasa,tak pernah rasa lagi ni.,cara maklang buat memang nampak sedap,tak kedekut bahan.
@mkzamchannel4385
@mkzamchannel4385 2 жыл бұрын
Nanti try pi area pokok sena kedah, depa dok buat kerabu daging mentah...teringin juga nak tengok cara² pembuatannya
@neobajimi6479
@neobajimi6479 2 жыл бұрын
Lama dah dok tunggu video ResepiTok dr dtv. Suka tgk Fendi berceloteh..
@Nazirwahdah
@Nazirwahdah 2 жыл бұрын
Ala nampak sedapnya kerabu beronok..tringin sangat nak makan..bila la dapat pergi langkawi
@ahmadzamri7807
@ahmadzamri7807 2 жыл бұрын
Fendi!! Rindu sangat nak tengok Resepi Tok.
@shahkama6706
@shahkama6706 2 жыл бұрын
Kerabu bronok kedai kak yan, ulu melaka terbaikkkk...
@m.zulasyrafars5579
@m.zulasyrafars5579 2 жыл бұрын
Al Fatihah
@MrPapajulia
@MrPapajulia 2 жыл бұрын
rindunya langkawi,maklang memang baik,saya pernah keja di kedai maklang dulu
@kipaspusing2
@kipaspusing2 2 жыл бұрын
Sedap..kerabu bronok..
@uwaisfarihin3053
@uwaisfarihin3053 2 жыл бұрын
Innalillah, semoga mak lang ditempatkan dalam kalangan orang beriman 😢
@yakyakyeay1691
@yakyakyeay1691 2 жыл бұрын
Al fatihah maklang. Semoga rohnya di cucuri rahmat
@broapitbropower8486
@broapitbropower8486 2 жыл бұрын
Terbaik fendi npk matang berbanding syuk
@eyzaizzah
@eyzaizzah 2 жыл бұрын
Mak Lang sihat molek.. Alhamdulillah.. hebat cucu dah 23 org 👏🏻 mak saya umur 59 tahun cucu baru 6 org 😅 Rupanya Sea Squirt yg org korea selalu makan mentah2 tu nama dia Beronok.. tak tahu kat Malaysia ada org makan 😍 teringin nak cuba
@ahmadalbab6481
@ahmadalbab6481 2 жыл бұрын
Sy bru mnggu lps p langkawi..Alhamdulillah dpt mkn kerabu bronok ni.. Sdp sgt2. Kenyal2 rsa dia
@cikroy1794
@cikroy1794 2 жыл бұрын
Innalillahiwainaillahirojiun salam takziah buat arwahyarhamah maklang.. Semoga diampunkan dosa2 dan ditempatkan dikalangan org2 yg solehah...Aminnn
@skpbredway
@skpbredway 2 жыл бұрын
Fendi bagus sgt jadi pengacara… knowledgeable sangat
@DESTINASITV
@DESTINASITV 2 жыл бұрын
terima kasih, kasi support Resepi Tok!
@susiet6261
@susiet6261 2 жыл бұрын
Fendi the best host ever
@nasad9352
@nasad9352 2 жыл бұрын
Lama dah tggu segmen Resepi Tok ni. Terbaik 👍
@lieowen
@lieowen 2 жыл бұрын
Sedapnya😋
@a-riff1106
@a-riff1106 2 жыл бұрын
Mashaa allah napa aku tngok pkul 1 stengah pagi ni😭😭😭kerabu..ikan pekasam..nasi putih...ya allah rindu kampung
@terkesuma
@terkesuma 2 жыл бұрын
Baguih punya content na..gali lagi banyak2 menu terbaik dlm negara kita
@mangodusty
@mangodusty 2 жыл бұрын
"tak panjang umoq takpa, sihat selalu takpa dah" tudiaaa..orang tua2 punya penangan...takmau cinta dunia, lebih rela di negeri abadi.. nanti saya balik cari Mak lang..
@DESTINASITV
@DESTINASITV 2 жыл бұрын
orang makan garam dulu... dia tahu nilai hidup sebenar. Best jumpa acik2 tok2 ni. Banyak belajar, bukan setakat makan je
@MrDalimahat
@MrDalimahat 2 жыл бұрын
sempoi betul mak lang boleh gurau2 dgn fendi...haha mantap
@SemutarGuide
@SemutarGuide 2 жыл бұрын
Dah banyak kali ke Langkawi tapi kempunan lagi nak makan Kerabu Beronok ni...#laparsokmo
@SemutarGuide
@SemutarGuide 2 жыл бұрын
Tunggu Zamri & Aisyah belanja Semutar Guide ni...hahaha
@jumaiyahkamaruzaman9264
@jumaiyahkamaruzaman9264 2 жыл бұрын
selamat ulang tahun,mak lang, semuga Allah permudahkan semua urusan dunio akhirat, Aamiin
@emmaprims3243
@emmaprims3243 2 жыл бұрын
Yeahhhh!!!! Resepi Tok is back 😁😁😁
@donncook1004
@donncook1004 2 жыл бұрын
Nak rasa kerabu beronok LA tengok duk macam terliur🤤🤤🤤
@danialhakim3397
@danialhakim3397 2 жыл бұрын
Amboi fendi, tudia poqut...bahagia nohh
@mdsaad7048
@mdsaad7048 2 жыл бұрын
Terbaik makanan tradisional
@badrulstylechannel3171
@badrulstylechannel3171 2 жыл бұрын
Syok tngok fendi...santai2 jaa chill
@geligamerah9078
@geligamerah9078 2 жыл бұрын
Seronok nya tgk beronok ni 😂🥰👍
@hadiismanto8881
@hadiismanto8881 2 жыл бұрын
Setiap makanan ada kisahnya...jgn lupa setiap peminta makanan pun lagi banyak kisahnya...kelak sukses jgn lupa pada yg memerlukan bro!
@dapurkakzahmasakcaramudah2473
@dapurkakzahmasakcaramudah2473 2 жыл бұрын
Sedapnya
@khairulkidut5920
@khairulkidut5920 2 жыл бұрын
Kecor air lioq😋
@izzuddinramli4611
@izzuddinramli4611 2 жыл бұрын
Yeayyy kembali
@mubinmubin3485
@mubinmubin3485 2 жыл бұрын
meleleh ayak liur tengok xleh tahan..😋😋😋mantaap dan Terbaik
@sitinanihjb2996
@sitinanihjb2996 2 жыл бұрын
Hebat fendi chef 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻hebat mak lang🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
@arajupiter2770
@arajupiter2770 2 жыл бұрын
Tetamu mcm ni lh best,,rindu dgn teringat masakan nenek2 lg byk ilmu dia beri kat anak muda,,tlg lh bt view air tangan atok dan nenek,jgn lh bt view artis2 gedik dan cover elok,, jgn nk kejar kan up view semata2,,syabas DTV
@linazherdaelina9825
@linazherdaelina9825 2 жыл бұрын
Nampak sedap..tetiba teringin.. tq dtv ketengahkan resepi tok kita..💕💕💕
@DESTINASITV
@DESTINASITV 2 жыл бұрын
Sama-sama 🥰 Selalu2 tengok ya, InsyaAllah setiap minggu, hari khamis 5pm
@ashura_7777
@ashura_7777 2 жыл бұрын
Dulu biasa tgok Dapur Bujang. Tgok hos Fendi, auto-sub! Terbaik!!! 👍
@fatinafiqah7796
@fatinafiqah7796 2 жыл бұрын
Ingt nak tngok kjap ja, skli lyn smpai habis. Good good good
@was9295
@was9295 2 жыл бұрын
Hos terbaek!
@ahmadtauge8853
@ahmadtauge8853 2 жыл бұрын
Al fatihah ( dibaca)..
@senyumsokmo5058
@senyumsokmo5058 2 жыл бұрын
terbaik fendi..lama tak ke udara..mak lang pon sempoi..lauk2 pon sodap..tapi ada jugak yang dislike..imposibel
@noname-vw1dm
@noname-vw1dm Жыл бұрын
al fatihah untuk acik nie🥺🥺🥺🥺
@syahrulsafi8669
@syahrulsafi8669 2 жыл бұрын
seronok tgk kemesraan maklang dgn fendi sngt best..
@DESTINASITV
@DESTINASITV 2 жыл бұрын
Best kan? Fendi memang ngam dengan tok tok
@mohdamirul9221
@mohdamirul9221 2 жыл бұрын
@@DESTINASITV mohon Fendi travel satu malaysia untuk siri Tok. Best tak puas tengok
Belajar Buat PEKASAM Dengan Mak Ngah | Resepi Tok Perlis
35:15
DESTINASI TV
Рет қаралды 551 М.
Sup Gamat?! Rahsia Orang Langkawi Hidup Lama! | Resepi Tok Langkawi
21:58
Looks realistic #tiktok
00:22
Анастасия Тарасова
Рет қаралды 106 МЛН
🤔Какой Орган самый длинный ? #shorts
00:42
Gym belt !! 😂😂  @kauermtt
00:10
Tibo InShape
Рет қаралды 17 МЛН
Spot The Fake Animal For $10,000
00:40
MrBeast
Рет қаралды 176 МЛН
NASI AMBENG WARISAN JAWA
4:56
Buletin Samt 38
Рет қаралды 19 М.
Botok-Botok, Makanan Tradisi Jawa Hampir PUPUS | Resepi Tok Johor
33:10
Makan Kulit Lembu Lebih 5 Tahun! | Resepi Tok Johor
24:15
DESTINASI TV
Рет қаралды 382 М.
Looks realistic #tiktok
00:22
Анастасия Тарасова
Рет қаралды 106 МЛН