Рет қаралды 844,630
Rangkuman penuh perlawanan pertama Kumpulan D, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi yang menyaksikan skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon bangkit mencatat kemenangan 4-3 ke atas Republik Kyrgyz.
Selepas mendahului 1-0 menerusi jaringan Dion Cools seawal minit 7, Malaysia dibolosi tiga gol oleh Kayrat Zhyrgalbek pada minit 42, Ernist Batyrkanov minit 44 dan Kai Merk minit 57 untuk seketika ketinggalan 3-1.
Malaysia bangkit pada 20 minit terakhir untuk menambah tiga lagi gol hasil jaringan sendiri Khristiyan Brauzman minit 72, gol kedua peribadi Cools minit 77 dan jaringan kemenangan Faisal Halim pada masa kecederaan.
#FAM #HarimauMalaya #FIFAWorldCup #AsianCup2027