Final Piala Thomas '94: Dahlah kalah, kena ludah dan baling pula - Ong Ewe Hock

  Рет қаралды 2,858

Buck-T Channel

Buck-T Channel

Жыл бұрын

Tanggal 21 Mei 1994 sememangnya sukar dilupakan bekas pemain badminton negara, Ong Ewe Hock. Pentas final Piala Thomas yang diadakan di Istora Senayan, Jakarta, seharusnya memberi kenangan baik buat Ewe Hock yang membuat penampilan pertama di kejohanan itu. Turun sebagai perseorangan kedua, Ewe Hock memikul beban cukup berat selepas Malaysia ketinggalan 0-2 berikutan kekalahan Rashid Sidek di tangan Hariyanto Arbi 6-15, 11-15 dan pasangan Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang yang tunduk kupada Rudy Gunawan-Bambang Suprianto 10-15, 15-6, 8-15.
Namun aksi perlawanan ketiga itu antara Ewe Hock dan Ardy Wiranata terhenti seketika berikutan kekecohan yang ditimbulkan penyokong tuan rumah yang mula membaling objek ke gelanggang sebelum permainan kembali disambung semula.
Stadium kembali kecoh sebaik tamat aksi itu dengan pelbagai objek dibaling khususnya ke arah kem pasukan Malaysia. Ini memaksa pengadil kejohanan, Roger Johansson menghentikan aksi dua perlawanan seterusnya apabila keadaan menjadi tidak terkawal.
Lebih buruk, majlis penyampaian hadiah tidak dapat dijalankan dengan sempurna sehingga pasukan Malaysia terpaksa menerima pingat mereka di bilik persalinan yang dikawal rapi berikutan tindakan sesetengah penonton yang terus berkumpul di luar bilik berkenaan.
Cuma Indonesia bernasib baik tidak mengulangi nasib yang pernah menimpa mereka pada final Piala Thonas 1967 di gelanggang sama. Pada ketika itu, tindakan penonton yang menyerbu masuk ke gelanggang memaksa pengadil kejohanan Herbert Scheele menghentikan aksi final, juga antara Indonesia dan Malaysia.
Peristiwa yang dikenali sebagai "Insiden Scheele' itu menyebabkan Indonesia kehilangan Piala Thomas selepas Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) memberi kemenangan kepada Malaysia selepas lawan enggan meneruskan permainan di gelanggang berkecuali.

Пікірлер: 5
@ameer8877
@ameer8877 8 ай бұрын
Long live legend
@NurulHamami-gf8su
@NurulHamami-gf8su Жыл бұрын
Terima kasih telah wwcr dgn ong ewe hock, salah satu pemajn badminton yang juga berkarakter masa itu.
@sinding7670
@sinding7670 11 ай бұрын
Cerita lama masih segar diingatan peminat badminton👍
@ruslanmuhd5032
@ruslanmuhd5032 10 ай бұрын
Its ok bro, those fellas are from the jungle, anyhow the indo's may keep coming back to M'sia looking for jobs opportunities for another 200 years..
@sevenulat8949
@sevenulat8949 10 ай бұрын
ANTARA PLAYER BADMINTON YG AKU PLG MINAT... DIA NI X SUKE RALLY...GASAK TERUS.... MMNG BEST
Nutella bro sis family Challenge 😋
00:31
Mr. Clabik
Рет қаралды 9 МЛН
Osman Kalyoncu Sonu Üzücü Saddest Videos Dream Engine 170 #shorts
00:27
HOW DID HE WIN? 😱
00:33
Topper Guild
Рет қаралды 20 МЛН
THEY made a RAINBOW M&M 🤩😳 LeoNata family #shorts
00:49
LeoNata Family
Рет қаралды 24 МЛН
TBH x Ahsan :  Legend kongsi cerita, pasti kena tengok lah
16:36
Tan Boon Heong
Рет қаралды 761 М.
Lin Dan's UNBELIEVABLE COMEBACK against Viktor Axelsen
10:08
Mini Shuttle
Рет қаралды 355 М.
Rashid Sidek Dedah Perancangan Filem "Anak-Anak Sidek"? | TTS
11:09
Sit Next To Me. REXY MAINAKY.
38:09
Ameer Zainuddin
Рет қаралды 38 М.
RETROSPEKTIF : KEJOHANAN PIALA THOMAS (1992)
24:16
FINAS Malaysia
Рет қаралды 280 М.
DAFTAR JUARA PIALA THOMAS DARI TAHUN KE TAHUN • 1949-2018
6:07
Bila Lejen Misbun Sidek Buka Rahsia
15:54
Viral Isu Semasa
Рет қаралды 678 М.
SERVIS SIDEK - SERVIS TERBAIK YANG DIHARAMKAN PERSATUAN BADMINTON DUNIA
10:40
Detektif Mat Despatch
Рет қаралды 1,2 МЛН
Nutella bro sis family Challenge 😋
00:31
Mr. Clabik
Рет қаралды 9 МЛН