[FULL] Tanyalah Ustaz (2024) | Fri, Jul 12 - Batas Ipar Duai | Tonton

  Рет қаралды 2,361

TV3MALAYSIA Official

21 күн бұрын

Topik: Batas Ipar Duai
Bintang Ilmuwan: Ustaz Mohammad Yaakub Yusra
Hos: Da'i Hadhari
Berhati-hatilah kamu ketika masuk menemui wanita, lalu seorang lelaki Ansar berkata : Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat engkau tentang ipar? Baginda bersabda : Ipar adalah maut
Riwayat al-Bukhari (5232) Riwayat al-Muslim ( 2172)
Rasulullah SAW menyatakan makna ipar adalah maut (al-hamwu al-maut) dalam hadis tersebut ialah tentang kebimbangan fitnah yang bakal muncul dari ipar duai lebih besar bahayanya daripada orang lain. Tidak dinafikan kebarangkalian berlaku khalwat dengan ipar duai walaupun hukum ipar berbeza dengan ajnabi, iaitu ipar merupakan mahram sementara yang haram dinikahi manakala wanita ajnabi tidak haram untuk dinikahi.
Hukum ipar-duai tinggal serumah yang ketiadaan mahram adalah dilarang oleh syarak dan perlu dijauhi bagi menutup pintu fitnah.Larangan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga daripada timbulnya sebarang kerosakan (mafsadah) yang besar pada masa akan datang. Mahram yang wajib ada ialah mahram dari pihak perempuan bukan lelaki
#TanyalahUstaz #TanyalahUstaz2024
Tonton episod penuh di :
www.tonton.com.my
Facebook: Tanyalah Ustaz TV3

Пікірлер