Gandingan Toh Ee Wei-Chen Tang Jie jadi sandaran BAM untuk tiket ke Olimpik Paris 2024

  Рет қаралды 3,630

Buck-T Channel

Жыл бұрын

Toh Ee Wei dan Chen Tang Jie, pemenang pingat gangsa beregu campuran Kejohanan Remaja Dunia 2016, kembali digandingkan dalam usaha BAM mencari tiket ke Sukan Olimpik 2024. Ini bermakna Ee Wei akan dipisahkan dengan gandingannya sebelum ini, Hoo Pang Ron manakala Tang Jie pula tidak lagi bersama Yap Ling tanpa sempat beraksi dalam sebarang kejohanan selepas menarik diri dari Terbuka Australia, baru-baru ini.
Usaha ini adalah antara cubaan BAM memastikan sekurang-kurangnya mempunyai satu wakil dalam acara beregu campuran di Paris nanti. Ketika ini, dua pasangan teratas negara dalam ranking dunia ialah Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai. Namun, kedua-dua pasangan itu adalah pemain profesional yang tidak berada di bawah BAM.
Setiap negara hanya diberikan kuota dua wakil dalam setiap acara beregu andainya mereka berada dalam ranking lapan terbaik dunia.

Пікірлер: 1