Bila Bapak Kau Sendiri Jijik Ngan Kau Sebab Kau Lembut | TEAPODcast

  Рет қаралды 66,187

Hazeman Huzir

Hazeman Huzir

Күн бұрын

Dalam #Teapodcast episod kali ni kita bawakan trauma kehidupan sebagai anak dan cara nak tanganinya.
Antara segmen yang ada:
0:00 Teaser
0:24 Intro
1:39 Kisah Trauma Lelaki Berwatak Lembut
4:49 Dihina Oleh Ahli Keluarga Sendiri
8:55 Mak Cik Mulut Puaka
16:46 21 Pelajar Dibuang Kerana Kes Buli Dan Liwat
26:12 Budak Bijak Selalu Kena Buli
27:50 Ayah Malu Bila Ada Anak Lelaki Yang Lembut
32:02 Terima Baik Buruk Anak Anak
33:01 Cara Mengatasi Tekanan Jiwa
37:36 Didikan Awal Bermula Dari Rumah
41:04 Parents Deny Apa Yang Diberitahu
42:27 Bapak Tiri Suka Record Video Anak
47:54 Cari Support System Sendiri
Jangan lupa follow kitorang hazemanhuzir, fahmiifaizal & papayen91 di semua media sosial.

Пікірлер: 271
@nuradilah218
@nuradilah218 3 күн бұрын
My mom always say “diorg tak lembut cuma sopan je”
@khairulazib3556
@khairulazib3556 46 минут бұрын
Kalau lembut pon apasal nak jadi isu
@shaelarael
@shaelarael 4 күн бұрын
Sekolah perempuan pun sama. Kalau ada junior perempuan yang cantik, dijadikan adik angkat. Siap berebut nak jadi kakak angkat. Kalau ada akak senior yang masculine energy lebih sikit, diminati. Hantar hantar surat. Pretty privilige is real hahaha even masa belasan tahun. Kalau cantik, kurang diganggu senior, sebab ada yang akan protect. Bila pikir balik, pelik2 ye hormon dan emosi kita waktu belasan tahun. Geli pun ada nyah.
@ayusyiqa
@ayusyiqa 4 күн бұрын
Anak murid saya ada seorang yang lembut. Pandai menari. Masa saya mengajar bab kemarahan dalam pjpk, saya minta mereka tulis apa yang membuatkan mereka rasa marah dan apa solusi yang mereka buat. Murid ni tulis kawan2 suka ejek, menganjing dia pondan sebab dia lembut dan solusinya dia berdendam, nak tumbuk apa semua. Saya kata dekat dia, orang lembut ni tak salah, yang salah bila dia berpakaian macam perempuan dan orang yang ejek2 ialah orang yang kurang keyakinan diri dan dia cemburu yang awak ada kelebihan dan kemahiran. Kalau awak berdendam dan nak tumbuk, awak akan sama macam org yg ejek awak tu. Cuba abaikan dan awak tunjuk yg awak confident dengan diri nanti org yg ejek tu akan senyap sebab dia dah takda modal nak ejek awak. Nasihat saya sbgai guru ni adalah mechanism self defense saya masa sekolah dulu. Walaupun ramai org ejek tapi saya tunjuk je sy confident, mereka tak boleh nak cakap apa dah. Kalau makin teruk, baru pegi pada cikgu atau org yg kita percaya.
@mimsramli2364
@mimsramli2364 3 күн бұрын
Perasaan marah tu kita kena acknowledge drpd dielakkan. Bila marah, kena channel dgn cara lain. Kalau saya dulu, dengan raikan marah tu, Saya join Taekwondo. Ada license utk Saya belajar tendang dan tumbuk dgn betul. Perasaan sedih dan marah tu bukan kena dielakkan, kita acknowledge dan channel ke arah lain.
@Nininananininana
@Nininananininana 4 күн бұрын
Kenapa ehh nak kutuk org yg lembut ni..saya pling suka kawan dengan org lembut sebab mereka well treat you better than actual man doh..
@siputhitam
@siputhitam 4 күн бұрын
Betul.dulu masa kerja mmg ade yg lembut macam diorg ni.tapi suka kawan dgn diorg.diorg sgt care dgn kawan²
@fie51234
@fie51234 2 күн бұрын
betull..time shoping bju bes..dorg yg bgtau ape yg sesuai ngn kite..😊😊
@aramf4577
@aramf4577 2 күн бұрын
Sy masa sekolah ada kwn2 yg lembut. Sy ok je. Best kwn dgn dorang sebab very understanding tapi masa zaman kolej, ada kwn kolej ni lain lak. Mereka kutuk sy. Klo sy lalu, mereka ketawakan sy sebab sy gemuk 😔 jd sy skrg mmg pilih sebab tak semua yg lembut ni baik dan tak semua jahat.
@hazwanimok4908
@hazwanimok4908 5 күн бұрын
rasa lega bila bukan aku sorang je yang rasa annoying budak2 dimanjakan sangat dan walaupun tak ada anak tapi still boleh refer zaman kita budak2.
@huzbaha
@huzbaha 5 күн бұрын
Nak tambah point Papayen bab parents jenis percaya bahawa ‘budak2 sentiasa bercakap benar’. Memang tak la. Aku dah 14 tahun mengajar di sekolah rendah. Budak masuk umur 5 tahun je diorg dah mula create stories utk selamatkan diri dlm situasi yg memerlukan. Inikan pulak budak besar umur 10-12 tu. Sepanjang 14 tahun ni berapa kali dah aku kena fitnah & hairannya ramai parents yg percaya anak dia tak menipu. Kita yg adult ni dituduh mcm2. Padahal anak dia bukan baik mana pun. Kita ni gigih nak mendidik & membentuk anak org jadi manusia, sudahnya aku yg dipersalahkan. Untuk parents camni, good luck la anak tu in the future. Aku give up dah.
@n3woon
@n3woon 4 күн бұрын
Betul, kebanyakan budak yg bmasalah ni dari pembawaan parent juga. Kalau 4 orang anak diorang seorang bermasalah tu masihbok. Tapi dari anak yg pertama sampai yg bongsu perangai mcm tu mmg pepatah kemana tak tumpah kalau tak ke nasi. (Atau mmg dia siram ke nasi 🙂‍↕️)
@user-fs3fw6cj9s
@user-fs3fw6cj9s 4 күн бұрын
Give up? Tlg hantar rsgn letter 24jm! Contoh guru yg GAGAL
@huzbaha
@huzbaha 4 күн бұрын
@@user-fs3fw6cj9s
@alifhakimie9170
@alifhakimie9170 4 күн бұрын
⁠@@user-fs3fw6cj9sApa yg saya faham dia dah give up dgn attitude budak tu. It doesn’t meant dia adalah guru yg gagal. I’m pretty sure kalau awak ada dkt tmpat dia sampai dah kena fitnah macam tu of course you will do the same thing when it comes to attitude punya problem. Tugas guru bukan membetulkan attitude kanak2 dan tugas guru adalah memberi ilmu supaya jadi org berguna. Sbb apa attitude ni kena diajar dan dibentuk daripada rumah (tugas parent) bukan dekat sekolah. Nukilan kecil daripada seorang insan yg bukan bergelar GURU.
@siputhitam
@siputhitam 4 күн бұрын
Maknanye kau la parent yg gagal.aku pun ade anak.tapi aku bukan jenis terus percaya.aku akan siasat dulu.sbb aku bukan parent yg terlampau backup anak.jadi cikgu bukan semudah ABC​@@user-fs3fw6cj9s
@nooryati62
@nooryati62 4 күн бұрын
I sokong dgn apa you all cakap. Kalau nak cakap childhood trauma, I pun experience it. Bila I dah berumahtangga skrg, I make sure all my kids open up with me. Although I strict dgn my kids, I ada jugak session where I sit down with my kids and talk about daily routine they had dekat sekolah. One of my kids pernah bully org, when I dapat tahu dia bully org, apa lagi kena bedal dgn I. I explain kenapa dia tak sepatutnya membully org.
@shazchaz
@shazchaz 4 күн бұрын
Suka dan puas hati dgr apa yg trio ni bincangkan. Rasa nak mintak korg bertiga bincangkan lagi isu² yg mmg berkait rapat dgn gen z dan mak bapak diorg ni. Hubby saya cikgu dan dia mmg byk luahkan psl pelajar² yakni anak² hasil mak bapak zaman skrg ni. Mmg ramai parents yg manjakan anak². Pastu bila tak dpt handle anak² tu terutama sekali remaja yg nakal ni, diorg pass pulak kat cikgu suruh handle. "Cikgu aje lah yg tlg handle. Kami mak bapak ni dah tak tahu nak buat apa dah." Camtu la kata diorg. Buat anak, pandai. Didik anak, tak reti pulak. Apooo..!! 🙄🙄🙄
@azana3849
@azana3849 5 күн бұрын
Aq ni dh tua pun maleh nk joint geng seumur sbb mulut n lirikan mata dorg tu laa…. Klau joint x abis2 citer bab org …uii leteyyy
@littlen8996
@littlen8996 5 күн бұрын
Tetiba teringat yang cerita azfar heri pasal dia mimpi kwn sekolah dia accident dtg mintak maaf. Meremang gila teringat balik
@jajadiba
@jajadiba 4 күн бұрын
Same experience here when i was in boarding school….kaunselor mmg x blh simpan rahsia supposedly sbg kaunselor bila students cerita masalah xsepatutnya dia bercerita pd orng lain…kaunselor sy ketika itu siap brcerita apa yg sy cerita pd dia pd cikgu2 lain
@athirahhanif19
@athirahhanif19 4 күн бұрын
FUNFACT about COUNSELLOR DULU DULU..... Kaunselor dulu dulu dkt sekolah takde certificate pun untuk jadi kaunselor , dorang as guru pembimbing saja. Sebabtu macam macam kes kaunselor tak beretika dulu. Cuba tanya kaunselor dekat sekolah tu ada kbpa tak ada license tak.. sebab kebanyakkan hanya lepasan dip kauns ke, takde kbpa etc..😊
@nissa2583
@nissa2583 5 күн бұрын
Akhirnya hanya tinggal kita dan Tuhan. Kerana hakikatnya siapa lagi yang lebih mengenal diri kita daripada diri kita sendiri kalau bukan Tuhan yang menciptakan kita.
@eminoha3880
@eminoha3880 4 күн бұрын
Bila teapodcast bawak tajuk ni, aku ada childhood trauma, sampai sekarang pun tak dpt keluar lg dr trauma ni, satu jer aku nak dari family terutama umi aku, aku nak dia cakap baik² dgn aku. Contohnya bila nak minta tolong, cakap lah "tolong buat ni ni ni" Bila dah buat, tolong cakap "terima kasih". Aku tak nak apa² pun, just penghargaan dgn ucapan. Bila salah cakap " maaf...umi salah bla bla bla..." Bila ada kesalahan yg kecil, jgn terus hukum dgn kata²,jgn smpai cakap "kau ni teruk lah,kau ni nak jadi apa lah,kau ni itu lah,ini lah". Semua ni aku di serap dan akan di bawa sampai bila². Umi aku marah bila aku tak nak kawin,lg² umur pun dah 30, tp dia tak tahu,sebab aku tak nak kawin ialah dia. Aku masih dlm keadaan trauma. Aku tak nak bila kahwin, aku jd macam dia, jd mak macam dia. Macam org toxic. Semua benda aku buat dia komplen, dan sekarang benda aku paling takut ialah bila dia ada disekeliling aku, aku rasa ada je benda yg aku buat tak betul.
@kememarzuki7819
@kememarzuki7819 3 күн бұрын
Bunyi sebijik mcm bapak aku.
@mawarmazlan1416
@mawarmazlan1416 43 минут бұрын
Jangan bawa dendam sb hidup kita tak tenang. Sy sblm ni x tenang hidup sb tak redha dgn sikap mak sy,lama2 sedar sy ni pendendam dgn mak sndri. Baru2 ni je sy berbaik dgn takdir sy, sy cuba lupakn kekurangan dia & igt kebaikan die je. Masa kita di dunia pun x bnyak nk simpan dendam dgn mak sndri. Itu dugaan utk kita yg Allah kasi. Bila kita bencikan mak kita, dlm kita x sedar perangai kita sedikit demi sedikit akn jadi mcm yg kita tak nak tu, maybe effect minda di bawah sedar & dendam. So cuba berdamai dgn takdir, susah tapi berbaloi
@noryani1943
@noryani1943 5 күн бұрын
Me as a teacher puas hati dengar isu parenting yg kononnya soft parenting tu. Kononnya org yg selain mak bapak bdk ni tak boleh marah atau jentik ank diorang padahal ank tu kalau tak di beri "kekerasan" yg sedikit bgi tujuan mengajar ni akan terpesong jauh dari landasan yg betul dan sgt lah rugi sbb masa depan nanti masyarakat yg berpotensi bagus ni akan kurang😢
@missmarsism
@missmarsism 4 күн бұрын
diorg confuse soft and gentle parenting
@nyeh8105
@nyeh8105 23 сағат бұрын
@@missmarsism betul. gentle parenting still memerlukan parents tu untuk disiplinkan anak. mereka communicate dengan anak betul2 and bagi diorang faham tingkah laku mereka yang salah tu tak boleh diulang lagi.
@alifrasli2566
@alifrasli2566 4 күн бұрын
Saya ditakdirkan lahir sebagai lelaki lembut juga.. sngt faham apa yg haze & papayen alami🥲 Allah ja tahu perasaan saya utk lawan jdi laki biasa 😔
@millaluequemiya7699
@millaluequemiya7699 4 күн бұрын
It's happened to me..sblm arwah abah meninggal,aku mmg berniat sgt2 nk jaga arwah abah dlm wad,akan ttapi dsbbkn aku mcm nie,abah menolak n tak nak aku jage arwah...aku sempat melawat skali je time abah dlm wad..bile aku dtg,arwah abah lngsung xnk tgok muke aku..dlm mse yg same,aku dsuruh kluar sbbnye kwan2 ofis abah aku nk dtg melawat,bile jdi mcm tuh,aku trus balik...smpai tahap aku jauh hati xnk tgok arwah abah,smpai la arwah abah mnghembuskn nafas terakhir..aku cume dpt tgok mayat abah je,jujur aku ckp walaupun dh 9tahun arwah abah pergi,stiap Kali aku melawat kubur arwah abah,aku akan menangis,rse tkilan msih ade sbtolnye..rse tkilan itu timbul stahun sblm arwah abah meninggal,mse tuh hri raya.. biaselah nk bsalaman dgn mak abah,adik bradik dgn adik ipar smue,aku tak tahu knp,mse nk bsalam dgn arwah abah,aku teringin sgt2 nk mintak maaf,nk peluk arwah abah,tapi mse tuh hati aku btol2 sedih,hancur xpyah ckp,bile aku nk peluk arwah abah,abah siap tolak lgi,xnk aku peluk,siap ckp bsalam ckuplah,akan ttapi,mse adik ipar aku,bile Salam Raye,siap peluk lagi arwah abah aku...mmg aku rse diri aku nie Hina dmata arwah abah,jijiknye aku,aku nie anak sndri,nk peluk arwah abah pun x ditrime..hancur hati aku mase tuh..nak manangis aku tahan je airmate,dh settle smue mse pagi Raye,aku trus decide balik ke rumah aku tghari tuh jgk..aku menangis puas2,sedih,kecewa,hati aku hancur sgt2 mse..mse tahun terakhir beraye ketika arwah abah ade,mmg tibe2 aku teringin sgt2 nk peluk abah,sbb aku rse,pelukkan dri abah mse aku kecik2 je dulu,tapi nk buat mcmne,mgkin aku nie jijik pde pndangan mata abah,pdahal mse tuh aku xde pun bperwatakkan mcm wanita,bmake up atau baju kurung,mcm biase,biase aku nie mcm adik2 jgk,lemah lembut...ntah la... walaupun aku msih rse tkilan,aku ttap doakan utk arwah abah dtempatkn bsame org2 yg beriman..
@lonelinessrefuge1718
@lonelinessrefuge1718 4 күн бұрын
Sedihnya baca..😢 setiap ujian ada hikmahnya. Jika tak di dunia insya Allah kat akhirat nanti.. semoga terus kuat
@mcgh9102
@mcgh9102 4 күн бұрын
faham.. kesian nya baca cerita u...😢. titik hitam tu pasti akan always ada dalam diri u kan... tah la, kadang nak cakap la to all parents, jadi bijak, dan keluar dari trauma anda sendiri, supaya tak terbawa dengan didikan kpd anak anda
@shaqinahayob786
@shaqinahayob786 5 күн бұрын
50 minit yang padat. Tak bosan, facts yang disampaikan so relatable. Santai tapi sampai. And special thanks to Haze sebab..as a parent to an autistic son, baru hari ni saya tahu ada term ARFID. Good sharing!
@R0ssyAreR0ssy
@R0ssyAreR0ssy 4 күн бұрын
As gen z i agree what they said to be honest because I see lot of my friends who anak manja dia, selalu betulkan anak dia walaupun anak salah, jentik sikit marah End up they lari rumah ikut bf, gi sekolah tp ponteng gi mall dg kwn dan lain2. I greatfull with my parents education because they help me to not be like that
@NorHaszrieyanie
@NorHaszrieyanie 4 күн бұрын
i suka betul trio ni....boleh tak i suggest kan untuk buat podcast detail about mental health issues and i nk dengar cerita you guys if adalah..
@Izfar916
@Izfar916 5 күн бұрын
It's true berkenaan member yang selalu kutuk tu dapat anak pondan. Kekadang macam rasa bersalah dulu doa agar dia dapat anak pondan.
@muhammadachraff359
@muhammadachraff359 4 күн бұрын
dont feel guilty for them sebab dulu dia tak pikir pon apa perasaan orang. sepatutnya kene cakap balek eh anak kau apsal lembut semacam macam sotong ni. anak tu tak salah tp biar bapak dia jilat balik apa yg dia ludah kat kita dulu
@kamenriderrogue5330
@kamenriderrogue5330 2 күн бұрын
situasi yg last tu saya penah alami sbb letak harapan kt manusia. bila saya ubah pemikiran yaitu letak harapan kt allah baru saya nampak segalanya sbb allah bagi lebih dari kita harap kan.trust issue sampai skrang saya hadap dan akhir bila tk percaya sesiapa kita akan lebih selesa survive sendiri.tapi kita makin berusia makin kita sedar byk benda. just kita nie bkn baik sgt pon tapi slowly sedar slowly kita berubah untuk jadi lebih baik
@MrsSukre07
@MrsSukre07 3 күн бұрын
Haze, kalau tak jadi masalah, boleh tak next podcast nanti kalian bawa topik mak ayah yang narsistik dan kesannya kepada anak-anak? Ini pun sejenis topik taboo sebenarnya sebab masyarakat kita bila mak ayah berperangai begini sampai anak dah dewasa dan cuba buat boundries, masyarakat akan gaslight pulak anak tu. “Tu emak dan ayah kau. Walau jahat macam mana dia buat, dia tetap mak ayah kau. Kau kena maafkan dia.” Trauma tu bukan semudah ABC untuk dilupakan. Apatah lagi bila dah dewasa ni mak ayah narsistik macam tu masih inflict damage kepada anaknya. Sampai boleh jadi gila dan hampir nak bunuh diri.
@muhammadadibnorudin291
@muhammadadibnorudin291 16 сағат бұрын
Setuju. Ni yg aku rase. Mak ayah saling salahkn sbb perangai aku dam dgn diorng then cari psl....buat ape pun x nmpk baik. Padahal aku bukannya lembut pun. Aku Smpai rse better mati atau tinggal rumah lain. Perit Wey.
@nurulaida4757
@nurulaida4757 4 күн бұрын
Banyak gelak. Banyak jugak lesson. Sya sgt rsau dengan pasngan sejenis ni. Sbb now days rmai.. yg lelaki lembut, yg prmpuan tomboy. Tapi for me.. yg lelaki klu ko lembut biar sbb dri ko sbb cra ko membsar, tpi jgn cari psngan sma jenis. Bgtu juga prmpuan, act kasar sbb membsr bgtu, dri sndri, jgn cri psngan yg sma jantina.
@hidayahzamri9544
@hidayahzamri9544 4 күн бұрын
I love this podcast . Penuh dgn ilmu as parent . Wlaupun ank I baru 3 tahun . Bnyak ilmu I dpt dlm podcast ni . ❤
@mohdfadzlizakaria4702
@mohdfadzlizakaria4702 4 күн бұрын
Aku ada kawan masa darjah 6.. lembut.. dia suka band feminin time tu..suka joget2... time tu jugak aku kumpul majalah juara wira .. jenis kung fu ... aku suruh dia baca.. jadi bila time duk surau kelas agama.. maka semua bdk2 jadi watak dalam komik tu.... mmber aku yg lembut tu nak jd nakubu.. watak nakubu mmg ganas... bile dah bdk2 bekumpul semua bertempur acah2 royal rambel.. skali mmber aku jd nakubu paling ganas.. semua bdk2 kene balun dgn sejadah gulung.. termasuk aku... akhirnya aku terpaksa dok hafal lagu2 fenimin.. kami nyanyi sama2.. aiyaaa...
@hannajohn1328
@hannajohn1328 4 күн бұрын
Baru2 ni pergi umah makcik suami, tapi dia ada mslh pendengaran (telinga pekak & otw nak pakai alat pendengaran). Dlm pekak dia pun sempat dia sound saya, " kamu dah lama kawen kan, xpenah cuba ke nak ada anak?" Aku terdiam.. mak cik ni kan, org da kawen 10 thn mesti la nak anak.. cuma aku da berdamai dgn takdir. Kalau bole order anak kt shopee, lama dah aku order.padanla pekak je makcik oii.mls aku nk layan.😂
@cle0o143
@cle0o143 3 күн бұрын
Slu ckp dgn makcik2 yg bertanya,"anak?mlm ni nanti sy buat 😊 " sy jwb dgn senyuman ikhlas je..penat dh makcik2 tu bertanya dh skrg ni 😂 ..
@nurliyanakamarulzulki9687
@nurliyanakamarulzulki9687 4 күн бұрын
Baru kena raya haji lepas.. Anak jenis susah makan.. Nak bubur je.. So bg la bubur sbb tak nak berperang wktu beraya.. Tetiba atuk dia bg nasi.. Elok lak anak mkn.. Happy dh tgk Anak mkn tp lps tu ada satu mulut tu ckp.. Mak nya xpernah bg mkn ke? Ya Allah pedih nya.. Nangis aku.. Punya la susah nak bg anak mkn.. Masak mcm2 masuk mulut satu dua je pastu buang.. Ko kata aku tak bg mkn.. Bru jumpa anak aku bape minit.. Mcm kenal sgt.. Geram lak teringat.. Lg geram bila mertua ckp tu la asik bg bubur je.. Ko ada tolong suap kan ke? Cer try.. Nk tgk.. Penat tak nak suap anak yg susah mkn ni😢
@puteriaqilah4000
@puteriaqilah4000 4 күн бұрын
Come on laa aku suka gilaa dengar papayen ni bercerita kot. Cerita tersusun, suara clear, intonasi sedap, lawak tak hambar. ✨✨✨
@lisaaiqablink234
@lisaaiqablink234 4 күн бұрын
Makbapak sy sgt respect pada sy sbb sy ank sulung..mak sy kawin awl 22 tp abah 30..dan sy kawin 22 jgk skrg ada ank 2 diusia 27y sebaya fahmi (dlm poscast haze). Sy didik ank what do and dont sbb ank sy bru 3y lbh (yg sulung). Byk ilmu patenting tp byk yg soft parenting xblh jentik xblh tengking ayoyo byk kena sabar didik ank kecik
@zidzreynaufalzidmi9405
@zidzreynaufalzidmi9405 3 күн бұрын
ni pesanan org tua2..mulut kita ni jaga..sedetik pon elak dlm hati x suka mereka yg perwatakan lembut n elak sebut PONDAN n BAPOK..ini semua akan serap dlm darah n bakal melahirkan anak2 lembut..btul!! realitinya ade pengalaman rakan2 yg ejek2 n sering lafaz perkataan ini mereka akan perolehi zuriat jenis ini..sebab ape ye? kerana lupe mereka juga ciptaan Allah..kifarah kerana lupe kekuasaan Allah..marilah bersama berbuat baik kpd mereka kerana mereka ditakdirkan Allah n bukan kehendak mereka melainkan yg kita tahu memang brtujuan menukar jantina n cuba melawan fitrah..mereka ini sifatnya lebih prihatin n bertanggungjwb..
@tihanny_shino2660
@tihanny_shino2660 4 күн бұрын
dulu masa kecik saya selalu kene ejek hitam hitam.. saya tengok skrg org yg ejek2 saya tu kawen dengan pasangan berkulit gelap/hitam, anak2 pun gelap . dan sekarang saya dah cerah dah pandai jaga kulit
@lonelinessrefuge1718
@lonelinessrefuge1718 4 күн бұрын
Kan.. kifarah tu terjadi dan Allah tunjuk sebab nak yakinkan kita yang Allah tu Maha Adil
@lokmanahmad6804
@lokmanahmad6804 2 күн бұрын
sama gak ada trauma.. smpai skrg tak rapat dgn bapa..cam ada dendam kesumat. Tapi bila dh berumur nie lebih baik memaafkan sb bila diri sendiri dh jadi bapak. Ilmu parenting sangat penting.
@letthemeowmeowbemeowmeow600
@letthemeowmeowbemeowmeow600 4 күн бұрын
Best giler dengar podcast camni, orang2 bijak pandai bercakap.
@princeddienz93
@princeddienz93 5 күн бұрын
Tq guys each of u actually related dengan story i.. bagi i education system, environment dan cara pemikiran time tu menjadikan kita orang yang ditindas pada masa tu menjadi lebih matang dalam befikir untuk menjalani dunia mendatang. sebab apa? Pada masa itu, Kita dah "give up" dan tau dunia ni x kan berubah seperti apa yang kita inginkan. segala apa yang dilakukan akan dianggap sebagai influence yang tak baik bagi rakan yang lain. walhal kita tak buat apa2 pun! ko tak tahu diorang yang sebenarnya influence yang lebih teruk dan buruk buat kami! gangguan seksual , gangguan physical dan mental dsb. tapi kita yang disalahkan? bila dah give up dengan dunia yang menudingkan jari ke arah kami! so apa lagi yang boleh diubah kan? kerana anda memberi pentas untuk kami beraksi jadi i will go all out!! sebab nothing will change and i'm proud to see orang2 yang merendahkan aku dulu tapi dibelakang meminta layan extra😂 akhirnya sekarang menjadi lebih teruk dan melahirkan generasi baru yang lebih buruk dari aku!! Bukan karma coz in islam tak ada istilah karma bukan? Ianya lebih kepada kifarah untuk mereka merenung kan kembali apa yang pernah mereka lakukan terhadap sesama manusia, orang seperti kami tidak lemah tapi dilemahkan oleh pemikiran, cara pembelajaran, cara untuk adaptasi keadaan dan juga dianggap taboo walhal kami hanyalah sesuatu ciptaan unik dan yang merosakkan nya dengan fantasi yang bukan2 adalah anda orang tua yang kononnya mempunyai banyak pengalaman hidup tapi sayang nya andalah yang merosakkan atau memberi trauma pada kami. Terima kasih pada orang dewasa yang benar2 matang pada masa itu untuk guide kami kerana mereka2 ini lah kami berjaya mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan tanpa perlu menjatuhkan diri dan maruah kami ke arah yang lebih hina
@leothursday2952
@leothursday2952 4 күн бұрын
Ada kawan lelaki sekolah jenis perwatakan lembut.Selalu dia kena kutuk pondan2.Kita yg gegirl ni geram jek dengor.Yg dia pulak pesen x reti nak balas.Satu hari kita org warning dia kslau kau x lawan putus geng😂😂.One day time balik sekolah org duk kutuk2 dia macam2 sekali dia menjerit'hey pondan2 aku pun kalau aku r***l mak n akak kau pun boleh ngandung taw!masing2 terus terdiam.Sejak tu sorang pun x berani nak kutuk dia.
@wombawombi5527
@wombawombi5527 2 күн бұрын
Soft guy here. Hazeman huzir always discuss something yg menjadi persoalan untuk aq sebelum ni.
@ibrahimhjismail4569
@ibrahimhjismail4569 2 күн бұрын
Aku rasa video ni kena keluar dekat tv laaa. Time makcik2 nak tgk cerita akasia ke apa kejadah tu tukar pada video ni compom yang terasa tu lari dari tv 😂😂😂. Best topik kali ni. Ingat mulut aku jahat dah tapi ada lagi dahsyat 🤭🤭.
@thefifth7254
@thefifth7254 4 күн бұрын
Papayen kalau bercerita memang best sbb cerita nya teratur. Suka dengar papayen cerita.
@zidzreynaufalzidmi9405
@zidzreynaufalzidmi9405 3 күн бұрын
sedih baca tajuk ni 😢😢😢sepanjang saya kenal mereka ini baik bertanggungjawab n bijak ..mereka antara anak yg menyayangi n sangat kasihkan ibubapa n mereka hebat menjaga diri n penampilan ..mereka x ketinggalan n bijak dlm pelajaran n kerjaya..saya respek hazeman huzir membawa isu ini❤❤❤utk kawan2 lembut ni moga sentiasa terpimpin iman n jiwa mereka😊😊
@hyotheholywitch
@hyotheholywitch Күн бұрын
tbh i never see haze, papayen as lelaki lembut. never ever. dari mula kenal kewujudan korg dlm industri hiburan smpai now.
@diyanayusof1779
@diyanayusof1779 4 күн бұрын
Ini saya suka. Hampir sejam ye podcast kalini. Puaih hati dengaq!
@andymusa459
@andymusa459 4 күн бұрын
Dunia akan tetap berputar, pembangunan akan tetap berkembang, pemahaman dalam hidup akan terus kita pelajari. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman hidup kamu bersama semua. Dalam gelak ketawa aku dapat melihat dunia yang sama seperti mana yang kamu rasakan. cintai diri sendiri supaya kita mampu mencintai yang lain mahupun kepada NYA.
@nuramirahhidayahshariffudi8513
@nuramirahhidayahshariffudi8513 2 күн бұрын
Fav KZfaq since highschool❤ kemas rumah sambil dgr podcast auto jadi lajuu
@nhazirahhaisa2342
@nhazirahhaisa2342 Күн бұрын
Thank you haze sebab dah buat banyak content pasal isu this generation. Saya dah tengok banyak podcast haze yg sebut pasal gen z and parenting skill. It's true that parenting style develop how child grow up, saya sendiri pun gen z dan dibesarkan oleh parents yang sgt strict dan sgt penting kan pendidikan utk anak2. But saya tertanya2, kalau betul statement yg parents generasi sekarang terlalu manja kan anak2, apa punca jadi mcm tu? Adakah disebabkan masyarakat kita sekarang cuba mengejar budaya hidup org barat yang merasakan mendidik anak dengan kekerasan adalah satu kesalahan? Adakah disebabkan teknologi sekarang? Atau sebab society in social media yg bnyk buat comparison parenting skill mana yg betul mana yg salah? Atau mungkin salah satu faktornya disebabkan masyarakat sekarang kebanyakan kahwin lewat? If you trying to say that parenting skill masa zaman dulu lagi bagus dari zaman sekarang, is it true? If true that this generation will keep make anak2 yang manja, adakah generasi skrg tak layak untuk jadi parents? Is it we need to be more open about how we should be a good parents. Kadang statement "parents skrg banyak manja kan anak2" boleh buatkan segelintir bakal2 parents akan takut untuk jadi parent. Even saya sendiri pun terfikir, layak ke aku jadi parent?
@disemberdaisy
@disemberdaisy 4 күн бұрын
sangat² memahami sebab adik saya adalah contoh soft parenting, tak boleh ada masalah, sikit² depression, sikit² depression, aku dulu kena pukul bantai, xde depression²nya, yihhhh 🙄
@user-yo5gw8mj6v
@user-yo5gw8mj6v 5 күн бұрын
Segala puji bagi Allah yg menguasai sekelian alam ❤❤❤ RAHMAT KSEHSYG ALLAH UNTUK SEMUA
@sitinurazlincheyahaya
@sitinurazlincheyahaya 4 күн бұрын
Setakat ini, nampak kelebihan sahaja pada my student yang lembut... 1 of them, ada panggilan khas 'blink²'. Sebab dia banyak kelebihan yang bila cikgu polish, makin menyerlah kelebihan mereka...
@Noi86
@Noi86 4 күн бұрын
Terima kasih Papa Yen , Terima kasih Hazeman Huzir Fahmi ❤❤
@moktarmustaner8533
@moktarmustaner8533 3 күн бұрын
Terima kasih pada mereka kerana tindakan mereka dulu menjadikan anda sekarang dengan izin Allah😊
@kafizachuk678
@kafizachuk678 2 күн бұрын
dulu time sekolah ade bff lembut, suka kawan dgn dia sbb xbosan & kelakarje ayat2 depa ni tau..otaknya lajuje bercakap.,yg aku ni tukang gelakjelaa hahah..rindu ngn die tp dalame xcontactpon lepas sy dah pindah sekolah form 1 dlu..& die pon skrg da femes mane igt kitaa 😂
@NohaJemi
@NohaJemi 2 күн бұрын
Baru semalam rasanya, bapak aku cakap pasal orang2 lembut ni, aku sound je bapak aku "jangan cakap macam tu, ayah kena ingat, ayah tu ada keturunan"
@wewenang5167
@wewenang5167 4 күн бұрын
SAME SITUATION.....i aku tak boleh terima kalau family sendiri cakap benda macma tu walau pon dikira bergurau. Sebab itulah i kena bipolar dan i mengamuk dgan pak cik i, dan sepupu i dan abah i. Alhamdulillah sekarang abah i dah insaf dan tak lagi sebut perkara yg menyentuh hati aku, dia mengaku silap dia. Pak cik dan mak cik seta kaum kerabat aku semua tak berani kacau aku. Sebab aku kalau mengamuk aku bukan main-main beb, aku bersilat dan keluar parang panjang habis satu rumah aku bongkar. Ko ingat aku lembut-lembut ni sebab aku suka suki? Adik aku sendiri kena belasah dgan aku sebab mulut taik.
@lonelinessrefuge1718
@lonelinessrefuge1718 4 күн бұрын
😂😂😂
@mridzuanl
@mridzuanl 5 күн бұрын
Kekalkan this cast...best.
@nurinenara
@nurinenara 4 күн бұрын
yayyy,akhirnya ada new ep utk podcast ni. lamaaaaaa tungguuuuu
@aliasabri3066
@aliasabri3066 4 күн бұрын
Betul la tu ap yg papa yen dan abg haze ckp soft parenting bkn la cara yg betul untuk didik anak...boleh pakai skill tu tpi kena pada tmpt dan masa nya...kalo bdk tu dh buat hal xkn nk pakai soft parenting lgi..Didikan cara parent dulu la buat anak nya jdi manusia..sy sokong semua yg papa yen dgn abg haze ckp..kalo blh kekal kan papa yen sbb best sgt..
@masitahmohdnor1001
@masitahmohdnor1001 4 күн бұрын
Terima kasih semua kongsikan ilmu mcmni .. teruskan memberi ilmu yg brrmanfaat
@nhy8967
@nhy8967 3 күн бұрын
Papayen selamanya! Aku cukup terhibur kalau ada papayen
@ciklala0404
@ciklala0404 3 күн бұрын
Haze, tolong nasihat anak-anak lelaki yang bersifat lembut ni untuk membesar menjadi seorang yang positif. Lembut tak salah tapi janganlah sampai melawan fitrah seorang lelaki. Risau mereka cenderung untuk menjadi 'perempuan'. Terlalu banyak contoh di luar sana yang lelaki tetapi bermakeup berlebihan, berpakaian seperti perempuan dan macam-macam lagi. Itulah yang dirisaukan bagi saya yang melihat anak orang yang membesar sedang cuba menjadi seperti orang lain yang diidolakan. Alangkah leganya hati jika seorang Haze yang jadi inspirasi dia. Harap Haze faham apa yang saya cuba sampaikan.
@Zackaida1301
@Zackaida1301 4 күн бұрын
Husband sy lelaki lembut, kja wedding planner, rmai org kata my husband xkan kwen sbab bgi kebnyakan org fkir xda pmpuan yg nk kwen dgn dia. Msa kami kwen dlu,smua trkjut n x sangka,dan skrang ada 3org ank..mlut org mmg ssh nk tutup..ska sgt mghukum..
@mohamadsalahudin6812
@mohamadsalahudin6812 3 күн бұрын
Sy ad kwn lembut.. pndai mnjahit Dan jugk memasak.. umur 14 tu dia dh bleh msak untk adk Dan Abg dia.. mak ayah dia mnoreh so dia laa ambk tugas mak dia kemas rumh Dan masak.. dia baik sgt.. yg paling best Masa tgkatan 4 tu dia siap jhit lngsir untk kelas kitorang.. xcukp dgn tu kan Cikgu prempuan siap oter Dan tempah bju dgn dia.. Masa tgkatan 5 dia dh bleh byr mesin jahit elektrik hrg 5k hasil jhit bju kurung dgn oter sluar baju mmber².. Alhamdulillah skrg dia dh ad butik sndiri Nama Yen Bridal..
@PerusakJiwa
@PerusakJiwa 5 күн бұрын
Dengar korang sambil buat kerja malam2 sorang2 auto rasa mcm tgh buat kerja sambil dengar kawan gosip ahahahah
@pijaahuhu
@pijaahuhu 5 күн бұрын
Dah ready nak tengok ,sebelum maghrib japgi hahahah😂
@tinamarlina6240
@tinamarlina6240 2 күн бұрын
Taktahu la. Tapi pandangan mata saya. Tak pernah nampak Haze lembut. Nampak haze Sempurna jer. Wish to meet you face to face one day
@nurhafizah6815
@nurhafizah6815 3 күн бұрын
puas hati dengaq podcast ni❤
@lokalisme1642
@lokalisme1642 Күн бұрын
For me, i love berkawan dgn lelaki lembut sebab most of them are true and transparent…kadang aku suka deeptalk dgn diorang aku cita masalah aku and diorang bagi pendapat dekat aku tu mcm transparent gila aku suka lah circle dgn org laki lembut
@amyrinee
@amyrinee 2 күн бұрын
Saya setuju bahawa ibu bapa sekarang terlalu manjakan anak dan percaya semua kata2 ank.
@MALAYNIALS
@MALAYNIALS 3 күн бұрын
Terima kasih atas perbualan ini.
@nurulsyuhadamustaffa1095
@nurulsyuhadamustaffa1095 5 күн бұрын
I'm ready guys....
@yasserabdsaad7649
@yasserabdsaad7649 4 күн бұрын
Terbaik..... Love u papayen... Haze (menaip sambil menangis) 😖
@mohdaidil7670
@mohdaidil7670 2 сағат бұрын
I ada experience sama. But, with my cousin. Bila I around 14-17 tahun mcm tuh, dia selalu la panggil I gemuk and Jaafar Onn (lembut). My mum selalu back up and keep asking me untuk doa banyak banyak. End up, 1 of anak dia lelaki besar gile padahal baru sekolah rendah & 1 anak perempuan manly. Jangan ejek ejek orang ye
@lianaramly
@lianaramly 4 күн бұрын
Best podcast Kali ni . Terhibur sambil ambil pengajaran
@zaijapar6586
@zaijapar6586 4 күн бұрын
Hazee.. I want more podcast mcm ni.. korang 3 da best 😃❤️
@ArtfulDodgerWannabe
@ArtfulDodgerWannabe 4 күн бұрын
semalam dengar live. harini dengar lagi. 🥳
@jumainjojo4948
@jumainjojo4948 5 күн бұрын
Suka story haze,dan mmg follow haze dr zaman rambut putih
@khairulnizamzahari625
@khairulnizamzahari625 4 күн бұрын
Kekalkan konsep mcm ni haze. Besttt lawak tp sarat dgn pengajaran
@redflavour8875
@redflavour8875 3 күн бұрын
Time sekolah aku berkawan dgn lelaki2 lembut. Syok berkawan dgn diorg ni. Aku cemburu dgn confident level diorg. Selalu ajar diorg menyanyi klu ada pertandingan. Rindunya la dgn diorg even masih jgk bkwan smpai skrg. Bersyukur jugak la sbb diorg xpernah kena buli. Skrg klu ada event dlm negeri, ada yg jd MC utk event tu. Bangga dgn diorg. Dan syukurnya lg even diorg lembut tp x mengubah ciptaan Allah. Dan ada yg da kawin pun. Yg mulut2 puaka tu, sedar diri ya. Kifarah Allah tu sentiasa ada. Berbalik kpd diri sendiri jgk nanti.
@elma6450
@elma6450 3 күн бұрын
I love this talk n i really hope one day boleh sembang dengan pengacara terkenal, Ahmad Fedtri Yahya
@n3woon
@n3woon 5 күн бұрын
44:10 😂 anak buluh betung, tiba2 teringat masa belajar sastera dulu 😂
@Rickeydenzel902
@Rickeydenzel902 3 күн бұрын
Ya betul, karma tu ada. Klau bkn kena pd diri sndri, kena pd keturunan lain☺️☺️🤭🤭👍. Prcya lah ah😃
@roslialimat5837
@roslialimat5837 4 күн бұрын
Tahniah untuk kamu bertiga.. walaupun nampak luaran lembut.. tapi dalaman kamu keras.. tabah menghadapi segala dugaan dan rintangan.. 😊
@theweirdoonthemaplestreet2083
@theweirdoonthemaplestreet2083 4 күн бұрын
syok podcast ranting ni. buat lagi buat lagi
@Athirah213
@Athirah213 3 күн бұрын
Bestnya kalau dpt tgk haze berlakon! Tlg lah harap satu hari nti ada drama best2 lakonan haze ! Heh heh
@hidayahyun8073
@hidayahyun8073 4 күн бұрын
Seriously suka sgt dengar chit chat yg ada 'isi' camni. Borak 2 jm pun boleh layan😂
@fathinfatihah5700
@fathinfatihah5700 4 күн бұрын
I love this trio. Topik yang korang kupas mmg ilmiah dan setepek 😂 Looking forward for this trio on the next episode 🎉
@Lahvonia
@Lahvonia 4 күн бұрын
saya agree bila haze ckp pasal 'masing2 pun dah kena kifarah'. sebab zaman sekolah saya pun salah seorang mangsa buli tapi secara mental jugak, lepas hahis sekolah tahu2 salah seorang yang buli saya tu dah kena kifarah yang sama macam apa yang dia ejek saya :)
@aizahs.3672
@aizahs.3672 4 күн бұрын
My mom selalu terkilan yang I dulu kene buat buat dengan kawan kawan i. Dia kata itu reflection parenting dia. Tapi i rasa lebih baik dibuli dari membuli. Ofcourse ideally takda buli la. Thats why i ajar my anak to ignore people who bully you.
@AFMA90
@AFMA90 5 күн бұрын
Papa yen bdk star ekkkkk😆😆
@anllelasagrafans9822
@anllelasagrafans9822 4 күн бұрын
Dalam sedih, suka dengar topik kali ni. Papayen memang kelakar, best cerita kisah dia. Sorry tergelak part sijil, bola sepak 🤭 Suara Fahmi macam Pak Nil.
@asma-zc2xz
@asma-zc2xz Күн бұрын
I sedih betul dengar kisah cg2 dan kaunselor yg mengkhianati amanah dalam mendidik,lps tu menghina pula,lps tu taknak dgr pula.3 kali I dengar podcast ni,I rasa sedih sangat2.Kenapa jadi cg dan kaunselor jika begini sikapnya kpd pelajar2 terutama pelajar2 lelaki lembut?Memang kalian pre order api neraka ke?Jika depan mata I terjadi,I memang sound direct je cg2 mcm ni termasuklah kaunselor dan I memang defend pelajar2 lembut ni.Pada I pelajar2 lelaki lembut ni sangat baik, rajin dan dedikasi.Mereka ikhlas dan sukakan kebenaran dalam beritahu apa yang mereka rasa dan ancaman yang mereka hadapi dan cg2 dan kaunselor dengarlah.itu kan tugas kita,mendengar dan bantu sehabis baik.biasanya dalam ko akademik,mereka sangat cemerlang dan berbakat.Rugi sangat cg dan sekolah sia2kan mereka.Pd pendapat I,cg2 atau sesiapa sahaja yg hina serta pandang rendah golongan lelaki lembut ini,mereka sebenarnya mempunyai kemahiran berfikir aras rendah (KBAR).kemahiran berfikir mereka tak capai hingga level tertinggi dan rata2 hati tu memang busuk sangat.Lelaki lembut ni bukan pondan ye. Sila semua banyakkan membaca,buat research dan analisa serta hadiri majlis ilmu yang betul sebelum kecam2 dan mengata2 org lain,ye.Pondan ni ramai je lelaki sasa.Sama juga dgn gay,ramai je lelaki sasa.lps tu,majoriti yang terlibat perkara2 yg tak bermoral ni lelaki sasa,ya,bukan lelaki lembut.lelaki lembut ni memang Allah ciptakan mereka lembut.Mereka bukan saje2 buat2 lembut dan jgnlah hina ciptaan Allah ini.sama2lah kita hormat dan hargai kehadiran mereka sbb kita pun bukannya sempurna dan bagus sangat juga.Kita berdosa tau hina2 mengata2 mereka.Pada I,lelaki lembut ialah lelaki sejati sebenarnya.Lelaki sejati ni bukan dilihat dari lembut atau sasa fizikal tapi dilihat dari segi pendengar yang baik dan takkan buat perempuan menangis.vibes mereka sangat positive,daya saing yang tinggi serta bagus sangat2 dalam banyak perkara.lps tu,dalam kehidupan,I tgk ramai lelaki2 lembut yang berkahwin jadi bahagia kerana mereka faham bagaimana tangki emosi seseorang isteri itu harus dipenuhi.Mana2 yang tidak bahagia dan diuji cerai tu,I nmpk salah perempuan.Sorry ye perempuan2,I perempuan juga dan I sokong kebenaran serta apa yg I tahu,perhati dan lihat,I share sini.Dalam kehidupan dewasa,kepada perempuan2 yang pernah hina dan reject lelaki2 lembut yang approach you all untuk love relationship,I yakin you all takkan jumpa dah lelaki sebaik dan sebagus lelaki lembut ni.Setahu I,yang penting dalam love relationship ialah mental health,find a partner that good for our mental health and believe that,the rest will follow. Kepada cg2 dan kaunselor di sekolah atau mana2 tempat pendidikan,jgnlah bersikap tak adil kepada pelajar2 sendiri terutama kepada pelajar lelaki lembut.Belajarlah menjadi pendengar yang baik dan bantulah,itu tugas kita, atau lebih baik jgn jadi cg atau kaunselor,ya.Tukar kerjaya,banyak lagi kerjaya2 lain yang you all takkan jumpa lelaki2 lembut yang you all hina sangat ni.Jgn ngada2 nak jd pendidik,lepas tu lawan prinsip dan etika yg patut ada dalam diri seorang pendidik.kepada parents,sayangilah anak2 sendiri sebab mereka semua anugerah dari Allah tak kiralah mereka lembut ke,sasa ke,apa ke.Nak tentukan ianya blessing or testing ,kita yang pilih.Sudut pandang kita,as parents apa, mereka ni kain putih,parents yg corakkan nak mcm mana.I harap hentikan hina2 org lain terutama lelaki-lelaki lembut ini.Marilah sama2 kita ubah cara fikir kita ke arah pemikiran yg lebih baik.Terima dengan baik apa yg sedia ada dan mana2 yg boleh ubah kpd lebih baik,ubahlah.sama-samalah kita berpesan2 dengan kebenaran,berpesan2 dengan kesabaran.Terima kasih Haze,Papayen dan Fahmi share pengalaman masing-masing.
@naz2179
@naz2179 4 күн бұрын
Kalaulah boleh reset memori dlm kepala ni, aku pn dh lama reset. Bila ingat childhood trauma aku mesti sedih kdg menangis sorg2..kdg perlukn supporter tp yelah mcm abg haze ckp supporter pn tak boleh nk harap. Sakit hati dgn kawan2 kite blh tahan lg tp bila parents sdiri yg remukkn hati kite, kesan tu mendalam..
@zirahnazri1567
@zirahnazri1567 23 сағат бұрын
I now fans of papayen🎉.
@fatinnadhirah2755
@fatinnadhirah2755 4 күн бұрын
50:36 mantop tho tiga2 org dlm vd nj, idola teruksss lurveee 💛✨
@chrisyule8521
@chrisyule8521 4 күн бұрын
Do more content mcm ni haze. Tu je nak cakap. Sejam pun rasa sekejap je.
@hidayahjamal145
@hidayahjamal145 4 күн бұрын
Xpernah rasa yg pondan/lembut tu 1masalah.. sbb rasa best ada kwn camtu bila dia faham perasaan sama berkwn..aku penah kene buli dulu kecik sbb gigi besi ala betty ..aku appreciate sgt org yg nk kwn dgn aku masa aku ada mslh nk membesar kat skolah men
@AishhChannel
@AishhChannel 4 күн бұрын
Love this type of content ! Love the input and output..
@IZZHSY
@IZZHSY 4 күн бұрын
Aku pernah kena dengan sorang makcik ni .. that time aku pregnant bunting pelamin , aku bagitahu makcik tu aku pregnant bunting pelamin .. kandungan masa tu 4 weeks, nikah baru 2 week .. selamber yaa makcik tu cakap " BUNTING PELAMIN KE BUNTING ATAS PELAMIN "ishh memang siel yaaaaa aku jeling makcik tu
@zueismail1373
@zueismail1373 4 күн бұрын
Kesian dia buduh sbb dah tetua tapi still tak reti kiraan weeks pregnancy ni. Eh gerammmmmm
@sitimaryamyusuof9555
@sitimaryamyusuof9555 3 күн бұрын
hati-hati bile bercakap....nak nak orang tua...jangan suka nak ejek anak orang...kene anak sendiri baru tahu langit tinggi ke rendah...ok jek haze bercakap...berwatak lembut bukan pondan...
@mizaharun6965
@mizaharun6965 2 күн бұрын
Sy bukan parents yg guna soft parenting.masih guna cara mak2 dlu, rotan, hanger dan tali pinggang. tapi masih treat ank2 as friends. 😉 memukul bukan sampai mencederakan.
@YayaAqilah13
@YayaAqilah13 4 күн бұрын
Sejujurnya as student dalam bidg mental health ni (and bakal jadi therapist nanti..) sbenarnya masalah org kita ni sebab EMOSI. Bila kami as kaunselor nak tlg, dia kene deal dgn org yg ada stigma. Bila kami dah bg pertolongan, degil xnak terima hakikat. Conclusion dia, manusia ni degil.. dia rasa dia betul. Dah ada solusi tapi xnak dengar cakap tuhan kan.. mendapat la kau..
Bahasa apa yang mereka cakap ni? aku nak balik..!!!!
25:04
Geng Opis Malam
Рет қаралды 1,7 М.
ОДИН ДЕНЬ ИЗ ДЕТСТВА❤️ #shorts
00:59
BATEK_OFFICIAL
Рет қаралды 7 МЛН
Confession: "Aku Tak Maafkan!", Saudara Sendiri Bomohkan Keluarga
51:48
CIKGU TAK PANDAI SENTUH, MURID TOLONG AJAR - UNTOLD STORY 5
38:46
Ashhrapp Channel
Рет қаралды 53 М.
Ep. 3 - Nasihat Kakak Kakak
22:36
Nana & Dahlia
Рет қаралды 3,7 М.
ОДИН ДЕНЬ ИЗ ДЕТСТВА❤️ #shorts
00:59
BATEK_OFFICIAL
Рет қаралды 7 МЛН