IS THIS REAL?? Indonesia IMPORT LISTRIK Dari Malaysia !!

  Рет қаралды 39,699

About Sastra

About Sastra

29 күн бұрын

►DON'T FORGET TO SUBSCRIBE FOR MORE VIDEOS
►PLEASE LEAVE A THUMBS UP AND COMMENT DOWN BELOW
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Email : jendral_sastra@yahoo.co.id
Visit my Instagram : @jendral_sastra_
Visit my twitter : @jendralsastra
This video was made for an entertainment purpose only.
This video was made based on one of the requests from all of you.
Please support my channel by pressing subscribe, like and leave some positive comments.
Thank You #aboutsastra #reactionvideo #IndonesiaMalaysia

Пікірлер: 470
@salmahyusof5636
@salmahyusof5636 27 күн бұрын
Baru tahu ke?.... Tak kan baru sekarang baru tahu..dah lama lah Malaysia 🇲🇾 bekalkan eletrik kepada Indonesia 🇮🇩.. Malaysia bekalkan air ke Singapura..tapi kami sering di hina,di hujat
@zamsanifinancial631
@zamsanifinancial631 22 күн бұрын
mereka tak tau! sbb tu kita kena sebarkan supaya rakyat inodnesia tahu, baru mereka ada akal fikiran sebelum nak kecam malaysia
@junn2744
@junn2744 27 күн бұрын
Jika warga indonesia mahu negaranya lebih maju,seharusnya pemikiran mereka spt cikgu bertiga
@myherwan
@myherwan 27 күн бұрын
Sudah lama sangat Malaysia membekalkan tenaga elektrik dan bekalan air mentah ke negara jiran. Cuma orang Malaysia tidak suka klaim dan heboh² saja. Daripada berbangga2 dan merasa diri lebih baik dari negara lain, lebih baik kami terus maju ke hadapan membina ekonomi keluarga dan negara. Rata² mentaliti rakyat Malaysia, apabila negara jiran makmur, pasti negara kita juga lebih makmur dan maju.
@ainunnasierah7415
@ainunnasierah7415 27 күн бұрын
Kita je sentiasa bersangka baik dan baik hati ...cuba lihat channel trend pblika x guna tu.x abis2 mnghina Malaysia .Komentar rakyt Sana bkn main rancak sama naik mnghina Malaysia.sampaikn serangn balai polis tiram pon dipersenda.saya balas komen tp admim x guna tu mnghapus semua komen saya.😤😢
@myherwan
@myherwan 27 күн бұрын
@@ainunnasierah7415 channel² sampah macam tu, lebih baik jangan tengok.. Semua yang komen disitu orang² tak ada pelajaran. Kasihan indo, dari rakyat peringkat paling bawah sampai ke peringkat menteri, mentaliti masih tertinggal 50 tahun. Orang² bijak macam sastra & friend ramai tapi masih belum mampu mengubah mentaliti kuno.
@muradag1
@muradag1 27 күн бұрын
Apa masalahnya? Kalau kos import elektrik lebih murah lebih baik import. Ini tidak menandakan Indo mundur. Hidup berjiran memang begini.
@ilinoribrahim
@ilinoribrahim 27 күн бұрын
Channel Tren Publika dn lain2 yg menghina Malaysia tu mgkn channel upahan dr pihak2 trtentu yg ingin lihat hubungan Malaysia dn Indonesia keruh dn tidak membaik...segelintir dr mrk ada agenda trsembunyi tuuu...maka hati2 lah..
@ainunnasierah7415
@ainunnasierah7415 27 күн бұрын
@@muradag1 x de masaalh..yg jadi masaalh bngsa kamu x pernah berterimakasih malah ada saja yg x kena .Malaysia bkn mintak pujian tp jgnlh selalu mnghina Malaysia.X abis2 maling,klaim ,kasino .Bkn hanya rakyt sampai pak menteri pon sama naik.Jgn katakn plk Org Malaysia yg mnghina dulu.Cuba cari komen2 dan youtuber2 bngsa kamu..penuh dgn makian dan hinaa.Basten sebok,pak tuek,wan won ,trend pblika byk lg.
@kongcobra24
@kongcobra24 27 күн бұрын
Iya benar sekali kak sastera kami di Kalimantan barat sampei sekarang kami masih pakei letrik dari malaysia, ❤️ 🇲🇨❤️🇲🇾🥰🥰🥰
@masanumnazhirahmad9457
@masanumnazhirahmad9457 27 күн бұрын
Sarawak kami ada sistem hidro elektrik..terbesaw
@lizaabubakar4710
@lizaabubakar4710 27 күн бұрын
Singapura pun beli air dari malaysia tapi kami x pernah berbangga2 lebih baik kami rakyat malaysia memajukan negara kami.
@Ruriko.Y
@Ruriko.Y 27 күн бұрын
eh tapi kalau orang Singapore berlagak & hina Malaysia, aku ungkit jugak pasal air & petrol kat depa. biar depa sedar diri 😂 depa pun minum air recycle.
@PakCikBawang-sv9qo
@PakCikBawang-sv9qo 27 күн бұрын
Singapura beli air dari Malaysia satelah itu dia suling air dan jual balik ke Malaysia dgn harga lebih MAHAL dari yg dia beli dari Malaysia.Awk kena tahu tu.Jgn ingat Singapore beli air dari Malaysia tàpi Malaysia beli air Malaysia dari Singapura.😅😂
@tembikaimanis4443
@tembikaimanis4443 26 күн бұрын
Malaysia kasihan kan orang S'por jadi jual air murah..Msia tak tergamak lihat jiran tanah sejangkang kere tu dok minum air laut..😁
@eccosystemofadown6856
@eccosystemofadown6856 26 күн бұрын
Baganglah kau ni.kau kata tdk berbangga tapi perkataan kau disini sdh menunjukkan yg kau sedang berbangga..
@Mukhchris___
@Mukhchris___ 26 күн бұрын
Jual kemudian beli balik 🤣...bila laaa nak maju mcam singapore ✌
@pakhriahyusoff396
@pakhriahyusoff396 27 күн бұрын
Semua penduduk Indonesia sepatutnya tahu masalah ini jadi mereka tidak sepatutnya tidak memburukkan jiran mereka Malaysia. Bacalah sejarah .Perlu banyak belajar menghargai jiran tetangga kerana sering berlaku jiran yg di jelekan itu lah yang akan menolong ketika kita susah. Buka mata dan telinga lebar lebar.
@zarinahamzah4158
@zarinahamzah4158 27 күн бұрын
Let them be, we had nothing to loose.......
@sofiahmohamad9440
@sofiahmohamad9440 27 күн бұрын
X mempan bang...dorg ttp begitu...menghina n trus menghina..
@sofiahmohamad9440
@sofiahmohamad9440 27 күн бұрын
Aneh segitunya cri duit dng memburuk2an negara org...tren publika,pak komodo,yg terhormat( preettt)nene lampir,richard.
@Ruriko.Y
@Ruriko.Y 27 күн бұрын
depa yg jenis macam ni pemalas. malas cari ilmu, nak disuap je. pastu yg disuap pulak hoax & berita palsu. depa telan bulat2, malas nak fikir agaknya.
@Budak_kedah
@Budak_kedah 27 күн бұрын
Klu dh mcm xperlu anggap mereka sbagai serumpun klu hati hitam niat busuk mcmtu..... Aku pun xtrfikir nk brserumpun ngn konoha nie
@suree4581
@suree4581 27 күн бұрын
Pintar Cikgu Sastra " Biar orang membanggakan kita jangan kita membangakan diri kita"
@akuorangbalok780
@akuorangbalok780 27 күн бұрын
Anugerah Allah , Syukur ape adanya, adat berjiran gitulah.
@larahati7566
@larahati7566 27 күн бұрын
Negaraku yg kecil & seumpil katanya masih mampu membantu yg negaranya terpaling besar mendonia.. terus aje maju sejahtera 🇲🇾ku tanpa mendongak langit.
@atikvera3265
@atikvera3265 27 күн бұрын
Di Malaysia tdk pake token tapi bayar setiap sebulan sekali dan watt nya itu unlimited kita bisa dlm waktu sama bisa gosok baju bakar kek pake oven, nonton TV, mandi pake air panas semuanya perlu tenaga listrik dan tdk pernah terjadi mati listrik karena tdk kuat powernya, itu sih yg saya alami, saya sgt beruntung bisa numpang hidup di Malaysia
@amyje1534
@amyje1534 27 күн бұрын
Alhamdulillah.
@shahrimanshahnaz7008
@shahrimanshahnaz7008 27 күн бұрын
Gosok baju pake iron/ sterika mbak. Oven tu bikin kek
@hanafiah-iz2vm
@hanafiah-iz2vm 27 күн бұрын
kita sepatutnya saling menghargai, bukan saling mengeji, kan bahagia hidup begitu...
@ummiwalid980
@ummiwalid980 27 күн бұрын
INDONESIA mampu TAPI perlu PEMIMPIN NYA pergi keluar NEGARA yang bijak tenologi lestrik NYA seperti PEMIMPIN MALAYSIA terdahulu belajar DARI KEMAJUAN TENOLOGI DARI NEGARA MAJU SEGALA TEKNOLOGI YA .. INDONESIA BISA dan sekarang NYA INDONESIA sudah Ada kereta LAJU jugak ilmu NYA Dari siapa ya ...👍👍👍
@husnaqaisara2857
@husnaqaisara2857 27 күн бұрын
​​@@shahrimanshahnaz7008maksud nya blh di gunakan serentak tanpa ada gangguan elektrik..dia lupa nk letak tanda koma tu,pake oven tu maksudnya guna oven
@zaripahyusof5436
@zaripahyusof5436 27 күн бұрын
Salam dari terengganu, Jangan heran kalau sudah bertengga, thailand jugak perrnah menggunakan elektrik dari pusat jana kuasa dari empangan janakuasa kenyir terengganu..
@aishahkamiso3357
@aishahkamiso3357 27 күн бұрын
Dengar cerita terkini, Singapura pula nak import tenaga dr empangan hydro tasik kenyir.
@Mukhchris___
@Mukhchris___ 26 күн бұрын
@@aishahkamiso3357 yang aku tahu singapura LOI dgn sarawak energy utk projek kabel dasar laut utk pembekalan elektrik ke singapura dan terbaru TNB pun akan membeli electrik dari sarawak energy melalui project kabel dasar laut seperti singarore utk bekalan elektrik malaya. Kalau hrpkan tasik kenyir tu tak cukup sbb tasik tu kecik. Kalau dkt sarawak saiz dia mcm kolam jerr 🤣 dibandingkan dgn hidro bakun yg seluas negara singapore dan yg terbaru hidro mega murum yg dlm pembinaan. So fakta kena btl. Jangan jadi mcm warga kanoha bicara tanpa fakta ✌
@suryadimg9149
@suryadimg9149 23 күн бұрын
Nah kan berarti bukan Indonesia sj, Thailand dan Singapura sj sama seperti Indonesia, Pdhal negara mereka Kecik sdgkan Indonesia ini adalah negara sebesar benua EROPA,wow Indonesia memang MENDUNIA. 😲😱
@user-uk6op7uk4o
@user-uk6op7uk4o 27 күн бұрын
Sebenarnya sudah lama sarawak membekalkan tenaga elektrik ke indonesia. Cuma skrg sudah lebih baik kerana jalanraya sudah sgt baik mula dr perbatasan hingga ke pontianak. Saya sering berkunjung ke pontianak.
@mumct
@mumct 27 күн бұрын
Sebenarnya tahap pendidikan Indonesia harus di utamakan.... Baru rakyatnya akan tahu hak dan matlamat untuk negaranya... Jika tidak selama itulah rakyat akan diperbodohkan oleh kepimpinan yang korupsi selamanya....
@atoksiput3412
@atoksiput3412 27 күн бұрын
Ini yg paling betul sepatutnya
@mohdshukor2239
@mohdshukor2239 27 күн бұрын
Pelajaran iri,adu domba & berita berita hoax itu perlu dihapuskan
@mathiewusun1370
@mathiewusun1370 27 күн бұрын
Indonesia juga suka short form....jadi semua nak cepat rakyat Indonesia.
@junaidahnasir7495
@junaidahnasir7495 26 күн бұрын
Hanya di Kalimantan shj di import listriknya dari Malaysia. Sementara pulau lain di Indonesia, masih di suply dari negara sendiri.
@zurinahashim1334
@zurinahashim1334 27 күн бұрын
Waalaikumusalamwbt.Malaysia xpernah war2kan pertolongan kepada negara2 jirannya.❤❤❤
@komanderrobot
@komanderrobot 27 күн бұрын
Banyak benda la indonesia masih bergantung pada malaysia ..kelapa sawit pun masih di atur malaysia
@sirajuddinunaju4399
@sirajuddinunaju4399 27 күн бұрын
Pekerja warganya mengharapkan warganya bekerja ke Malaysia semata madu dapatkan devisa pertukaran yang asing.mskanyanpemerintdhan tidak terfikirkan lowongan kerja pada warganya sendiri.tapi berkomen atau bercakap bukan main ego dan sombongnya minta ampun untuk menegakkan fakta kononnya auta dxn fdktcnya inilah buktinya.....
@abumahput5408
@abumahput5408 27 күн бұрын
70 persen hasil sawit dari Indonesia adalah milik perusahaan2 besar dari Malaysia dan Singapura,malah warga Indonesia begitu bangga mengatakan Indonesia pengeluar hasil sawit terbesar dunia.
@ezzywish417
@ezzywish417 27 күн бұрын
Singapura juga mengimport tenaga elektrik dari Malaysia dan ada perjanjian mengimport tenaga elektrik dari negara Vietnam dan Kemboja.
@dzeawaty
@dzeawaty 27 күн бұрын
bersyukur dan berterima kasih kepada TUN M bapa permodenan malaysia. pemikiran TUN M masa pemerintahan nya jauh 20 tahun kehadapan.❤
@user-rt3yc7vf5c
@user-rt3yc7vf5c 27 күн бұрын
Toyol tua banyak jasa
@mhdrhappy4196
@mhdrhappy4196 27 күн бұрын
@@user-rt3yc7vf5c kucing kurap pun tak komen macam hang
@rauna57
@rauna57 27 күн бұрын
Penyangak sakau duit bagi kroni kroni & mengkayakan anank beranak musibat punya maddey kutty
@suryadimg9149
@suryadimg9149 23 күн бұрын
20 thn kehadapan !!??, membuat kapal tak bisa, mmbuat senjata tak mampu, membina helikopter apalagi,ini bermimpi nak bina kapal terbang/pesawat seperti Indonesia, Bermimpi sajalah kalian sampai 30 thn kehadapan. 😂🤣
@drcronic4982
@drcronic4982 27 күн бұрын
Mahu berbangga takut riak...tapi alhamdulillah bersyukur hidup di MALAYSIA
@hafifahjoharhafifahjohar7734
@hafifahjoharhafifahjohar7734 27 күн бұрын
Mana Natizen Indonesia masih menghina negaraku Malaysia. Nak dengar juga komen komen yang tidak cerdik.
@hafifahjoharhafifahjohar7734
@hafifahjoharhafifahjohar7734 27 күн бұрын
@@khairul_khai-3559 Jawapan dri orang education rendah ni la contohnyer
@rauna57
@rauna57 27 күн бұрын
Mangkok wan wan nur sila komen
@suryadimg9149
@suryadimg9149 23 күн бұрын
Seperti katak dlm tempurung. 😹 Kalian tau tdk kalau di provinsi Papua Indonesia justru Indonesia yg membantu kelistrikan di negara PNG, 🙉 Selain membantu listrik Indonesia jg membantu pendidikan anak2 PNG disana, Indonesia biasa sj sesama tetangga dekat, Justru kalian itu yg SOMBONG dan dijadikan KONTEN murahan, astaghfirullah aladzim. ☹️ Beberapa hari yg lalu sj pemerintah Malaysia minta bantuan Indonesia untuk menyelesaikan proyek kapal perang MAHARAJALELE yg MANGKRAK atau tdk selesai2 dah berthn2. 😂🤣
@logixdw222
@logixdw222 27 күн бұрын
Salam dari Malaysia 🇲🇾 hadir ❤ sangat lah disayangkan Indonesia bumi bertuah kaya sumber alam semulajadi, namun rakyat hidup dalam keadaan yang kurang baik.😢😮😂 yang kaya makin kaya yang miskin makin miskin, sedarlah wahai orang-orang Konoha 😅😂😢😮❤
@abdulghalimmatsaod3363
@abdulghalimmatsaod3363 27 күн бұрын
Anak bini kementrian kewangan biaya cukai kaya melangit....rakyat biasa indo miskin...tragis!
@user-du3ql7cn9q
@user-du3ql7cn9q 27 күн бұрын
Betul betul, konoha di sana kalau yg kaya makin kaya dan yg miskin makin miskin,,, yg miskinnya banyak makan tai..🤣🤣🤣
@Benhelmy
@Benhelmy 27 күн бұрын
Sejibik mcm saudaranya india​@@user-du3ql7cn9q
@oppobest22
@oppobest22 27 күн бұрын
saya bekerja di salah satu power plant di malaysia✌️✌️✌️ di malaysia terdapat bnyak power2 plant kecil , untuk supply di daerah2 kecil
@user-hx5xp1mf4o
@user-hx5xp1mf4o 27 күн бұрын
Gas untuk memasak diseludup ke Kalimantan dari Sabah Dan Sarawak sejak puluhan tahun hingga ke Hari ini
@merongmahawangsa9240
@merongmahawangsa9240 27 күн бұрын
Banyak sudah Malaysia membantu Indonesia:- 1. Bantuan ekonomi Indonesia dengan pengaliran keluar RM hasil pengiriman uang dari TKI setiap bulan. Jumlahnya berjuta2 RM. Boleh saja kami mengambil warga kerja Bangladesh dan Rohingya menggantikan TKI, tetapi kami tidak berbuat demikian... 2. Bantuan Listrik. Ibukota Nusantara juga berkemungkinan mengimport Listrik dari Malaysia. 3. Investasi perladangan Malaysia di Borneo. Menyediakan peluang pekerjaan kepada warga Indonesia. Tetapi majoritinya apa yang kami dapat dari warga Indonesia ialah cercaan, hinaan, kutukan dan panggilan MALING. Teruskan kutukan, hinaan dan cercaan kamu, kerana berkat kesabaran kami , negara kami Malaysia bertambah maju, aman dan makmur. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.
@norhanmahmod55
@norhanmahmod55 27 күн бұрын
Merongmahawangsa.. tidak perlu terkesan dgn kritikan mereka. Sebab yg komen tu ramai tidak berpendidikan. Berita terbaru dari indonesia mengatakan 9.9 juta anak mudanya tidak bersekolah dan tidak berkerja. Berbangga sebagai anak M'sia. Realitinya M"sia sudah berjaya menjajah indonesia seperti: sawit..di malaysia hanya ada 7.6 juta hectar. Indonesia 11 juta hectar. Sawit malaysia di indonesia 3 juta hectar. Selebihnya milik singapura dan indonesia. Bermakna M'sia milik 10.6 juta hectar. M'sia juga beli murah sawit indonesia dan di export ke dunia. Malaysia dan Indonesia sama-sama pengeluar minyak. Indonesia jual minyak ke M'sia. Indonesia beli pula petrol dari M'sia. Petronas juga operasi di Indonesia dan sudah berjaya mengali minyak di Timur Jawa. Perlaburan Indo di Malaysia usd 1.4 billion. Perlaburan M'sia di Indo usd 24 billion. Rakyat Indo juga di perdagang. Seramai 2 juta rakyat indo berkerja secara sah. 1.5 warga bangla dan dari negara lain menjadi 5 juta tenaga kerja. Setiap seorang membayar visa kerja 8k untuk tempuh 5 tahun. 8k X 5 juta. Setiap pekerja di potong imcometax untuk gaji 2k lebih kurang rm 70. Rata-rata pekerja asing keras untuk 5k ke 7k. Untuk hantar pulang ke negara mereka. Syarikat pula syarikat asing dan semua produk di eksport. Maknanya wang dari luar masuk kedalam negara. Sistem M'sia semua syarikat dimestikan saham 30% dipegang syarikat tempatan. Setiap keuntungan syarikat di kenakan tax. Dari pekerja dan syarikat asing dah cukup beri subsidi pada rakyat. Jadi kita diam2 saja dan nikmati perjuangan warga asing memburu ringgit. Untuk indonesia cukup upin dan ipin menawan mereka. Yg buat komen buruk tu hanya org tidak berilmu. Dengan "biar si luncai terjun dengan labu-labu nya. Sebab emosi mereka suah di rosak denga cerita2 mitos. Mereka masih mencari ayam bertelur emas. Mereka sangat bangga dgn bahasa imdonesia yg mendunia. Tapi mereka tidak mampu jual bahasa. Tetapi bahasa mereka JAVA script di perdagang oleh microsoft.
@mdghazalidaud3638
@mdghazalidaud3638 27 күн бұрын
Luas tanaman kelapa sawit di Indonesia ialah 15 juta hektar dan hanya 15% dari luas tersebut milik swasta dan agensi Kerajaan Malaysia.
@hamdannjei962
@hamdannjei962 27 күн бұрын
​@@mdghazalidaud3638salah faktanya....cari yg benar bkn yg hoax demi UTK menyedapkan hati sendiri...kebenaran itu kadangkala MMG menyakitkan.
@aishahkamiso3357
@aishahkamiso3357 27 күн бұрын
Maaf sedara rasanya tak perlu kot komen -ve begini dichannel ini. About sastra +ve bila react berkait Malaysia. Tentunya guru ( org berilmu) cara bicaranya berbeza dgn org yg tak tentu taraf pendidikannya .
@norhanmahmod55
@norhanmahmod55 27 күн бұрын
Laporan terbaru astrowani elon musk telah resmi pelancara starlink di Bali untuk internet ke desa terpencil. Dan elon musk akan bangun kilang bateri di indobesia. Sebab indonesia punya sumber alam untuk buat bateri. Faktanya bateri indonesia akan di hantar ke M'sia. Malaysia pula akan hantar kereta letrik letrik ke indonesia. Sebab kilang Tesla di Malaysia. Fakta ni sekadar menyedarkan sahabat indonesia agar berfikiran maju seperti trio about sastera. Menerima kelemahan belajar daripada kebodohan kita. Jangan asyik kata bahasa mendunia jadi bahasa unisco. Bila jadi unisco yang untungnya amerika menjual bahasa tu di semua platform. Indonesia dapat apa ? Hanya mendavit dada syok sendiri. Berubah lah pola fikir supaya jadi bangsa maju.
@SamsungSamsung-vg2vt
@SamsungSamsung-vg2vt 27 күн бұрын
Pak.tua wan nir nur sabtian menangis mendengar ni
@user-nc3pu3zx7c
@user-nc3pu3zx7c 27 күн бұрын
Ada dengar ada murid Indonesia yang bersekolah di SMK Malaysia dapat apa yang murid Malaysia dapat .
@shahrimanshahnaz7008
@shahrimanshahnaz7008 27 күн бұрын
Kira sedekah lah tu, kan elok gitu
@azharazhar6524
@azharazhar6524 27 күн бұрын
Ada dlmYT Trans7 Indonesia , ada video yg boleh dirujuk.
@user-zu5lm7rn7v
@user-zu5lm7rn7v 27 күн бұрын
Mana ye orang-orang konoha yang ckp Malaysia negara maling tu.. tak nak cakap banyak lah,nanti sentap terasa hati pulak. enjoy je lah pemberian kami tu ye... tq abaut sastra,korang memang hebat..dan terima kasih sentiasa berkata baik pada Malaysia..kalau tidak makin ramai yang akan bersangka buruk dekat Malaysia..
@masanumnazhirahmad9457
@masanumnazhirahmad9457 27 күн бұрын
Carilah solusi hindari korupsi tingkatkan kemajuan...bagaimana jika sudah terbina ikn masih mengharapkan negara luar salur lestrik lagi...
@matjebonklumen147
@matjebonklumen147 27 күн бұрын
Ada 5 engineer dari indonesia bersama saya membina hidro elektrik bakun, semuga mereka bisa bangunkan juga di indonesia
@arazlubis3820
@arazlubis3820 27 күн бұрын
Malaysia 🇲🇾 bisa aja memajukan Indonesia Jika Indonesia mahu mendengar Nasihat dari Pemimpin Malaysia... Namun adakah Indonesia ingin mendengar Nasihat dari bijak pandai Malaysia... Sedangkan professor professor Malaysia pun Di Hujat oleh Netizen Indonesia 🇮🇩... Itulah pokok persoalan... Sedangkan. Sumber daya Alam Indonesia itu lebih Kaya dari Malaysia...
@abumahput5408
@abumahput5408 27 күн бұрын
Itu para Dosen2 dari Indonesia yg sering menghujat Professor Malaysia enggak sadar bahwa sistem dan kurikulum pendidikan sendiri masih rendah. Ke depannya pabila teknologi AI mula mendunia,maka sistem dan anak2 sekolah Indonesia akan menerima akibatnya. Bukankah mendingan mereka Dosen2 itu lebih banyak memperhatikan cara membenahi sistem pendidikan sendiri ?
@norlizashewib4365
@norlizashewib4365 27 күн бұрын
Ini umpama dalam satu keluarga la.... Adik pendiam dan bertanggungjawab serta tidak ego w/pun abgnya bengkeng , ego dan perasan dgn keadaan diri sendiri .. Adik tetap bersabar dan membantu abangnya yg kekurangan dan tidak mahu belajar .
@putralegasi
@putralegasi 27 күн бұрын
bayangkan kalau Malaysia yang import elektrik dari Indonesia, pasti dah keluar di berita Indonesia setiap hari diulang-ulang sampai kiamat
@hafizatulsufiahyaacob5186
@hafizatulsufiahyaacob5186 20 күн бұрын
Kann
@user-mf9rr2sj6i
@user-mf9rr2sj6i 18 күн бұрын
😂😂😂😂😂
@rozilazakariah3875
@rozilazakariah3875 27 күн бұрын
Indonesia Malaysia dah macam adik beradik.. sememangnya wajib saling membantu.. Alhamdulillah syukur.. proud to be Malaysian
@rosmawatimohdali3112
@rosmawatimohdali3112 27 күн бұрын
Kita shj yg anggap Indonesia itu saudara kita tapi mereka asyik menghujat dan merendah-rendahkan Malaysia!! Pokoknya mereka ini jelas tidak kenang budi!!!
@suryadimg9149
@suryadimg9149 23 күн бұрын
Ya sy setuju dgn komentar anda bro. 👍👍🤝
@norianihakim7757
@norianihakim7757 27 күн бұрын
Terima kasih cikgu Sastra cikgu Azis cikgu Tika moga netizen Indonesia banyakan membaca buku SEJARAH. Selamat Hari Guru.❤
@muhammadazim3598
@muhammadazim3598 27 күн бұрын
Alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk melihat about sastra❤❤
@user-nx6sq3fu6b
@user-nx6sq3fu6b 27 күн бұрын
malaysia 50 tahun lepas dah memulakan pembuatan chip...dan sekarang hasilnya.......
@rasidahjurimi106
@rasidahjurimi106 27 күн бұрын
Sejujurnya makcik berasa sangat sedih tengok saudara acik disana susah nak beraktifviti.dengan keadaan jalan yg .tidak diaspal lagi bila musim hujan becak sekali acik rasakan mcm tu masa tahun 70 an sekarang alhamdulillah dah tak ada lagi mcm tu😢
@Ashfeeque_Ish
@Ashfeeque_Ish 26 күн бұрын
Skarang.. booommm💪
@mohdfirdaushashim
@mohdfirdaushashim 27 күн бұрын
Mohon buat kajian AIR SELANGOR,yg kini misi utk menjadi yg terbaik di ASIA
@zalihasulaiman8951
@zalihasulaiman8951 27 күн бұрын
79 thn merdeka bukan masa singkat, Indo juga bukan negara miskin malah antara negara G20 yg kaya raya dgn hasil bumi yg begitu banyak dan terkuat ekonominya di dunia di belakang China, USA, Russia dan India. Jika pemerintahnya berjaya membawa perubahan kpd sosial ekonomi dgn 270 juta rakyat, x mustahil Indo bergerak maju dan rakyatnya hidup makmur dgn bekerja di negara sendiri tnpa perlu bekerja di negara² lain lagi. Allah bagi segala aset bumi, tetapi jika manusia lalai, tamak haloba....x mustahil org lain dpt mkn sup dan isi rakyat hanya dpt mkn tulangnya sahaja.
@norhanmahmod55
@norhanmahmod55 27 күн бұрын
Zalihasulaiman. Menjadi negara G20 tidak semesti menguntung indonesia. Indonesia berada dalam negara maju. Tetapi tidak ada produk yg boleh di ekport. Tetapi negara maju akan menjarah hasil bumi indonesia dan mengolah menjadi produk yg di pasar semula ke indonesia. Ini bukan fakta tapi hanya andaian yg perlu org indonesia fikir kearah perubahan yg lebih baik untuk ekonomi nya. Jangan sampai di buli negara maju.
@zalihasulaiman8951
@zalihasulaiman8951 27 күн бұрын
​@@norhanmahmod55betul tu ✅️
@user-uk6op7uk4o
@user-uk6op7uk4o 27 күн бұрын
Sarawak ada hidro elektrik bakun yg terbesar di malaysia.
@eagle5910
@eagle5910 27 күн бұрын
Dan projek Solar utk pedalaman😊
@user-uk6op7uk4o
@user-uk6op7uk4o 27 күн бұрын
@@eagle5910 ya betul tu.
@juemimicrochet6001
@juemimicrochet6001 26 күн бұрын
Saya ada tengok video.. Empangan Bakun juga membekalkan air ke Nusantara Indonesia.. Tapi lupa videonya dari siapa
@user-uk6op7uk4o
@user-uk6op7uk4o 26 күн бұрын
@@juemimicrochet6001 ya betul mmg ada videonya.
@muradag1
@muradag1 27 күн бұрын
Tahun 70an Malaysia import guru sains n math Indonesia. Saya masih ingat Pak Wasis Jodoprawiro (math) dan Pak Aratua Sitompol (kimia). Sekarang pembatu rumah saya org Indo. Apa berlaku dlm sistem pendidikan Indo dlm 50 tahun lalu? Seharusnya Indonesia negara maju sekarang.
@zainudinderus6917
@zainudinderus6917 27 күн бұрын
Sebenarnya pelajar malaysia ramai belajar di UK...
@onetripleeight7348
@onetripleeight7348 27 күн бұрын
Kita x pernah lupa jasa guru dr luar..tp kebanyakan masyarakat indonesia sering mengungkit2 kebaikan itu...itu tidak bagus sebenarnya
@anio5878
@anio5878 27 күн бұрын
klu betul pon dibayar gaji nya bukan free...
@onetripleeight7348
@onetripleeight7348 27 күн бұрын
@@anio5878 betul tu..
@user-rt3yc7vf5c
@user-rt3yc7vf5c 27 күн бұрын
Betul Malaysia ada import guru Indon sebab nak belajar blh diguna pakai atau tidak ilmu guru Indon,tapi Malaysia ada import guru daripada England,Australia,
@zeedozeedo2277
@zeedozeedo2277 27 күн бұрын
Selamat pagi cikgu2 yang hebat2....
@joeefendeejoe5204
@joeefendeejoe5204 27 күн бұрын
Hal ini kena tanya Win Wan Nur, Bustand Sibuk, Tren Publika dan kawan2nya kalau nak tau jawapan nya... ha ha ha ha ha...
@Amat_1902
@Amat_1902 27 күн бұрын
tul²......😝😁
@delfiealias3907
@delfiealias3907 27 күн бұрын
Jangan lupa tanya juga Ninjasawit...beliau tu selalu menghina negara kita...Ninjasawit tu masih menjadi TKI di salah sebuah ladang sawit di Pahang...mencari rezeki di sini...tetapi beliau selalu berfikiran negatif ttng negara kita 😡 Malaysia...
@waksjames
@waksjames 27 күн бұрын
Kalau tengok channel2 mereka..teruk btul menghina..mencari rezeki dgn menghina..
@zarinahamzah4158
@zarinahamzah4158 27 күн бұрын
​​​@@waksjamesSeperti x sedar akan mati satu hari nanti. Dosa dgn Allah boleh mohon ampun letika mengadapNya & Allah itu Maha Pengampun tapi dosa sesama insan harus dipohon kpd insan terebut. Larat ke nak minta ampun kepada jutaan rakyat Msia serta warga Indo yg terdorong untuk turut menghina kerana content tersebut? Saya bersangka baik yg mereka itu non Muslim atau Muslim yg belum akil baligh.
@zainudinderus6917
@zainudinderus6917 27 күн бұрын
Raja sawit terus pingsan..
@zainolnol7026
@zainolnol7026 27 күн бұрын
Thailand 🇹🇭 juga mengimpot lestrik dari Malaysia🇲🇾..
@bintangsiang750
@bintangsiang750 27 күн бұрын
Salam dari Malaysia 😊
@mienaga3636
@mienaga3636 27 күн бұрын
Salam cikgu bertiga semoga sihat yaaa... Kami di Malaysia sekarang NIE ada guna sistem solar daripada jana kuasa solar...untuk satu rumah di tempat saya parit buntar Perak ada tempat jana kuasa solar besar tempat dia. Ada jugak yg gunakan listrik. Salam daripada malaysia
@punggokrindukanbulan7197
@punggokrindukanbulan7197 27 күн бұрын
Perbincangan ilmiah yg menarik. Saya berdoa kedua2 Msia dan Indonesia saling mendukung each other. Betul, rakyat itu perlu didahulukan.
@zara7084
@zara7084 27 күн бұрын
Assallammualaikum WBT Cikgu2 syg ❤❤ Semoga sentiasa berada dlm Rahmat Allah SWT dan ceria2 selalu disamping tugas harian... Luv from Terengganu, Malaysia ❤ ❤
@encikawang1570
@encikawang1570 27 күн бұрын
Dahulu di wilayah Kalbar sering mati lampu, jadi pemerintah kalbar membeli listrik dari Sarawak. Sekarang kejadian mati lampu udah ga ada atau mulai kurang.
@AboutSastra
@AboutSastra 27 күн бұрын
Alhamdulillaah 🙏🏻🙏🏻 semoga bisa lebih baik kedepan 😊
@JoniAH-ge7zf
@JoniAH-ge7zf 20 күн бұрын
Di video juga dijelaskan kalimantan sebenarnya surplus listrik, hanya import listrik dari malaysia diperbatasan karena lebih murah jadi hitung2an bisnisnya lebih menguntungkan pln.
@mohdshukor2239
@mohdshukor2239 27 күн бұрын
Video ini pasti akan mendatangkan kemarahan besar untuk Basten Tersebok Sedunia & Wan Win Nur @ DN Aidit dari Aceh itu... hahahaha
@anjangSH
@anjangSH 27 күн бұрын
Betul tu cikgu sastera! Sejarah itu harus difahami dan dibaca. Untuk mendapatkan maklumat/ info yg tepat 👍🏻 the most important sentiasa merendah diri itu lebih baik ♥️ Salam syg dri sarawak 🎉
@AboutSastra
@AboutSastra 27 күн бұрын
Thank you for the support Abang AnjangSH 🙏🏻let’s together move forward hand in hand instead of bashing on others 😊😊✨✨🇲🇾💚🇲🇨
@aimanabdullah3669
@aimanabdullah3669 27 күн бұрын
Singapore jugak import air dri Malaysia​@@AboutSastra
@POPIACcanteek
@POPIACcanteek 27 күн бұрын
win2 situation..tuk rakyat kita sekaligus boleh mnjana pendapatan juga...
@BigDentVlogChannel
@BigDentVlogChannel 27 күн бұрын
Ya memang benar.Elektrik di kampung isteri saya di daerah Sambas memang dari Sarawak.Saya terkejut juga bila dibagi tahu oleh mereka.Sebelumnya elektrik di sana selalu padam dan padam.Lebih² lagi ketika musim hari raya.Sekarang listrik di kampung isteri saya sudah stabil.Alhamdulillah..
@zanzillahsaruji9966
@zanzillahsaruji9966 27 күн бұрын
Negeri Sarawak paling banyak Empangan Hydro di Malaysia dan Empangan Hydro terbesar di Malaysia ialah Empangan Hydro Bakun berkapasiti 2400 MW. Selain Hydro Kerajaan Sarawak sedang membangun dua kilang/pabrik hydrogen Hijau di Bintulu Sarawak dan apabila siap kelak Negeri Sarawak ada banyak pilihan untuk menjana kuasa elektrik. Sabah, Semenanjung Malaysia dan Singapura juga akan mengimport elektrik dari Sarawak menguna kabel dasar laut...
@lyanamaliana8626
@lyanamaliana8626 27 күн бұрын
Bersyukur kita kat Malaysia nie, alhamdulillah ada pemimpin yang berpandangan jauh, sekarang anak cucu merasa nikmatnya . 🥰🇲🇾
@Notte123
@Notte123 27 күн бұрын
Biarkan fakta berbicara. Biarlah Allah Yang Mengatur dan Membalas segalanya ❤
@mohdruzi1048
@mohdruzi1048 27 күн бұрын
Baru2 ini udah aku katakan bhw 'IKN' jg nanti akan guna/import listrik dr 🇲🇾. Gpp semoga 🇲🇨 terus mendonia tp aku hairan rakyat2nya ngak bisa lg ngaku akan apa2 aja kekurangan. Kami di 🇲🇾 tidak akan terbang tinggi bila dipuji & tidak akan jatuh terhempas bila dikeji. Mana haters... sila muncul kamu komen channel 'about Sastra' ini. Be +ve donk... in shaa Allaah sama2 maju jaya. #❤🇲🇾
@user-fe2ij3mv7i
@user-fe2ij3mv7i 27 күн бұрын
Bawa teknologi luar ke Indonesia dan wajid bahagian teknologi itu ada warga Indonesia. Selepas 5 hingga 10 tahun teknologi itu telah dimahiri oleh warga Indonesia. Negara akan lebih maju dan paling penting rakyat ingin memajukan diri, keluarga dan masyarakat. Sama juga pandangan maju semangat majukan negara.
@rezuansulaiman4295
@rezuansulaiman4295 27 күн бұрын
Tapi warga Indonesia yang tidak mempunyai idea konten suka memperlakehkan Negara Malaysia..tapi Malaysia juga yang banyak membantu Indonesia.
@suryadimg9149
@suryadimg9149 23 күн бұрын
Iya sama, Seperti Malaysia minta bantuan Indonesia mengupgrade kapal terbangnya, Ada jg kemarin minta bantuan Indonesia menyelesaikan proyek kapal MAHARAJALELE yg tak jd2 membuatnya. 😁
@baharm65
@baharm65 27 күн бұрын
Apa yang tak real nya Jika ada yang mahu menjual, dan ada yang mau membeli..tentu bisa & biasa2 aja Itu dinama kan business dealing…😊 win win
@fingerxxxxtreme270
@fingerxxxxtreme270 27 күн бұрын
Sabar saja lah bang sastera.....Allah itu Maha adil....abaikan saja haters yg menyakitkan....Salam Dari Sabah malaysia...
@waksjames
@waksjames 27 күн бұрын
Tak tau nak komen apa..sebab walau apa pun negara kami buat..kami tetap di hina..so..biar kan saja lah
@muhdhabibullahjudiabdullah6524
@muhdhabibullahjudiabdullah6524 26 күн бұрын
Sarawak, Malaysia juga membangunkan HidroElektrik Mentarang Induk lokasi di Kalimantan Utara bersama rakannya dari indonesia.
@najmuddintahir
@najmuddintahir 27 күн бұрын
Pembekalan eletrik kepada Indonesia sekadar jual-beli, kemampuan Indonesia mungkin dilebihkan kpd sumber2 lain.
@Jack-bd4ep
@Jack-bd4ep 27 күн бұрын
Miss Tika..listrik ku 😂😂😂 This channel is also my source of excitement,it just powers me up.
@askarsepoi
@askarsepoi 27 күн бұрын
Sebenarnya bukan isu atau masalah juga kerana dalam soal bisnes juga ada yang dinamakan return on investment.. Contohnya dari susah keluar modal besar, lebih mudah warga sumatera datang ke hospital di pulau pinang, melaka atau KL berbanding ke jakarta. Begitu juga warga kalimantan barat lebih mudah ke kuching.. Begitu juga soal elektrik sudah ada empangan besar di bakun yang mempunyai kapasiti melebihi keperluan sarawak juga boleh dieksport ke kalimantan. Ini dunia bisnes. Tapi keperluan akan datang juga semakin membesar. Pihak indo boleh mulai membina segala infrastructure supaya tidak perlu lagi import. Bahkan pada waktu itu sarawak juga memerlukan elektrik lebih banyak dan mungkin tidak dapat lagi eksport. Apa pun, tetap tenang dan biarlah dunia bisnes berkembang secara positif tanpa sentimen dan provokasi...
@nazashafie6394
@nazashafie6394 24 күн бұрын
btl...ni statement paling tepat..bisnes tak kenal batas negara
@mordecaikucai9532
@mordecaikucai9532 27 күн бұрын
Di Jakarta juga letriknya sering padam dan lambat pulih semasa saya disana sekitar tahun 90an.
@JoniAH-ge7zf
@JoniAH-ge7zf 20 күн бұрын
Sekarang jawa bali jarang mati, listriknya sudah surplus.
@user-pi6nn5yn1x
@user-pi6nn5yn1x 27 күн бұрын
Adik tolong abang diam diam je, masing masing ada yang lebih ada yang kurang, berlapang dada apa adanya
@zarinahamzah4158
@zarinahamzah4158 27 күн бұрын
Maaf Cikgu sekadar pandangan. Di Msia jika mau buka penempatan itu sediakan fasiliti & prasarana terlebih dulu supaya tiada masalah di hari kemudian. But on the other side of it bagus juga jika segala kemudahan x disediakan kerana Sarawak akan lebih tinggi penghasilan hasil jualan letrik selepas IKN memulakan operasinya nanti. 😅😅
@user-uk6op7uk4o
@user-uk6op7uk4o 27 күн бұрын
Ibukota pemerintahan indonesia sudah pindah ke kalimantan. Cuba pemerintah indonesia buat hydro elektrik kalimantan, apalagi tanah kalimantan barat sgt besar dan luas. Tapi memerlukan bajet sgt besar utk buat hydro elektrik.
@anafdhal3149
@anafdhal3149 26 күн бұрын
PENGGUNDULAN HUTAN . . TIDAK
@mukhirun
@mukhirun 25 күн бұрын
​@@anafdhal3149 untuk kemajuan infrastruktur harus mengorbankan sejumlah besar kawasan hutan supaya menjadi kawasan industri yang boleh diguna pakai.
@redzuansani9799
@redzuansani9799 27 күн бұрын
semua hal ini bermula dari kesedaran bahwa sangat pentingnya mengutamakan PENDIDIKAN yg betul agar generasi mendatang itu dapat mentadbir dan mengurus dirinya..masyarakatnya dan negaranya menjadi lbh baik dan terus membaik saban waktunya yg mana akhirnya nanti akan dapat menjadikan negaranya makmur dan maju..
@mohdanis9952
@mohdanis9952 27 күн бұрын
Utk negara sebesar indo, dgn gdp yg masih berkembang ditambah medan geografi yg extreme, sbnrnya electric supply d indo udah di level ok. Utk supply elektrik kene kaji capital bina plant vs impor. Dan itu utk sebagian kecil daerah je, so maybe x berbaloi bina plant. Better import saja. Msia pun do business. Dua2 untung, why not.
@salmaishaq9512
@salmaishaq9512 27 күн бұрын
Assalam cikgu2 bertiga. Utk isu ini... pokok pangkalnya adalah pendidikan rakyat. Cuba fikir ya... jika pendidikan diutamakn dari tahap dasar hingga universiti dgn dana yg besar hgga mampu melahirkn generasi muda yg berkemahiran tinggi dn punya mentaliti berkelas dunia dn setara dgn bangsa luar... pasti mereka ini sebagai penjana negara dlm semua bidang yg terkait dgn pembangunan negara. Penguasaan ilmu yg meluas akn mnjadikn masalah negara akn selesai cth nya masalah eletrik yg dibincangkn. Bangsa yg kaya ilmu adlah milik negara kaya. Negara yg kaya kerna bangsanya yg berilmu tinggi. Jadinya Indonesia tiada pilihan selain mengutamakan pendidikan dgn dana yg terbesar. Sy boleh faham mengapa dana pertahanan diutamakn kerna Indonesia punyai ribuan pulau utk dilindungi. Tapi sampai bila bidang pendidikan diremehkn. Sebenarnya masih belum trlambat utk memulakannya skrg. Sbb itu Malaysia mnjadikn b.inggeris sbg bahasa kedua... kerana dgn penguasaan dwibahasa rakyat Malaysia mampu berhubung dgn bangsa luar dn menguasai ilmu mereka. Ya kami selalu dihujat dn dihina kerana b.inggeris ini. Tapi timbal baliknya adalah apa yg dpt dilihat skrg. Alhamdulillah. Terus ceria selalu about sastra. 😍
@arfidahali6829
@arfidahali6829 27 күн бұрын
Salam Cikgu ber tiga. Açik lagi terkejut bila buka yt nampak Cikgu Sastra pakai cermin mata bulat. Jarang nampak 😁
@othmanahmat4827
@othmanahmat4827 27 күн бұрын
Indo bisa membangun hydro electricity kerna Borneo bahagian Indo banyak sungai yang besar dan deras. Tenaga Solar juga harus di maksimakan.
@abambassleo
@abambassleo 27 күн бұрын
Tidak perlu malu mengimport elektrik dari Malaysia..kerana ini perniagaan.kalau import lebih murah dari bina empangan baru why not..kalau nak bina empangan lagi lebih banyak kemusnahan alam di pulau kalimantan....ambil yang positif....Salam dari Malaysia
@Salasiah-rw3ld
@Salasiah-rw3ld 27 күн бұрын
Sudah lama tapi kami bukan jenis yg suke bercerita pada dunia 😊
@hazirrejab6091
@hazirrejab6091 27 күн бұрын
betul.klau kita nk ungkit dah lama..tapi kita tak ada sifat mcm tu..dah lama la latrik tu.
@iwan83
@iwan83 26 күн бұрын
Pada saya tiada masalah untuk Malaysia terus membekalkan listrik (di Malaysia disebut tenaga elektrik) kepada Indonesia.. Ini kerana Malaysia juga sangat memerlukan bekalan batu bara/arang batu dari Indonesia bagi menghidupkan stesen tenaga janakuasa elektrik di empangan².. Ini juga secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara kedua² negara kerana kita saling memerlukan antara satu dengan yg lain.. ☺️✌🏻 Salam dari Perak, Malaysia..
@zaidahzakaria4354
@zaidahzakaria4354 27 күн бұрын
Semua itu milik Allah. Kami pun hanya meminjam sekejap nikmat yang Allah hulurkan. Jadi berbagi nikmat dan membantu jiran itu lebih membahagiakan.
@timtimotiusyoi669
@timtimotiusyoi669 7 күн бұрын
Hi sastra, saya salah seorg staff sarawak energy yg bertungkus lumus utk memastikan di daerah sempadan sentiasa ada janaan electrik. Utk pengetahuan, sarawak energy akan melebarkan sayapnya dgn memberi bekalan kuasa kepada negara singapura, melalui cable under water/sea. Tak mustahil selepas ini syarikat saya iaitu sarawak energy berhad mampu mengexport bekalan tenaga keseluruh rantau asean secara am nya indonesia, thailand , singapura, dan philipine. Slogan sarawak energy berhad adalah 'POWER TO GROW'. Sekian sedikit info dari saya
@shuib
@shuib 26 күн бұрын
Ego is dumb. Humility is beautiful. Itu aje nak cakap.
@zulvenom
@zulvenom 27 күн бұрын
Indonesia luas, sumber bumi banyak, kalau betul efisien diurus tadbir boleh jadi negara global powerhouse dan boleh membantu negara² di sekitarnya. Oleh kerana saiz indonesia yang luas, mungkin memerlukan belanja mega besar untuk bangunkan seluruh negara. From 🇲🇾 with ❤
@user-yc2do2qb8t
@user-yc2do2qb8t 27 күн бұрын
Mungkin ikn pun guna kan letrik dari Malaysia Jana letrik terbesar ada diserawak iaitu janakuasa bakun
@myherwan
@myherwan 27 күн бұрын
Memang confirm IKN pun dapat letrik supply dari sarawak
@belllina5138
@belllina5138 27 күн бұрын
Salam Teachers, Apa yg di huraikan oleh teacher Azis amat betul dari pengamatan kami. Rakyat Indonesia secara umum tiada kesabaran dan tidak memikir sustainability. Malahan jika di nasihat, di anggap pula seperti penghujatan. Kesudahan, netizen Malaysia selalu di hina, di maki oleh netizen Indonesia. Sifat begini membuatkan pelabur lari terutama pelaburan dari Malaysia, Singapura dan negara jiran yang lain. Satu lagi jika tidak salah, eletrik Indonesia adalah dari pengusaha swasta bukan agensi kerajaan, maaf jika salah. Ini akan menyebabkan kadar eletrik di sana makin mahal. Maaf ini pandangan saya yang pernah ke sana atas urusan business.
@AidaErinna
@AidaErinna 27 күн бұрын
Semoga nnt siapnya IKN bisa memajukan wilayah kalimantan Indonesia....kalau IKN juga pake listrik dari Malaysia wahhhh gawat bangat deh kerana pastinya jumlah listrik yg diperlukan sgt besar utk sebuah IKN .....
@amyje1534
@amyje1534 27 күн бұрын
inn syaa Allah..indonesia pasti boleh
@zania1098
@zania1098 27 күн бұрын
Memang sudah Ada MoU Antara sesco (Sarawak energy) dengan pemerintah Indonesia tentang IKN Kalimantan,.empangan bakun Antara yg akan menyalurkan tenaga electric ke Sana.. kerajaan Sarawak dan Sarawak energy (sesco) juga Antara yang Ada melabur /intivasi di IKN Kalimantan...
@AidaErinna
@AidaErinna 27 күн бұрын
@@zania1098 owhhh mcm tu...terima kasih utk info nya 😊
@rosag6709
@rosag6709 27 күн бұрын
..​@@AidaErinna..iya .mmg sdh d matraie prjanjian nya...utk mmbekal kn elektrik..janakuasa trbesar. BakunSarawak Malaysia....kalimntan jgk akn ikut mmguna kn..
@AidaErinna
@AidaErinna 27 күн бұрын
@@rosag6709 baik....terima kasih utk infonya
@user-nl3zw3yc5p
@user-nl3zw3yc5p 27 күн бұрын
Salam saudara 1 kiblat..kepada warga indonesia..bersyukur ke hadrat Allah kerna di limpahi Rahmat dan rahman dari Nya.. Mohon pesan sama segelintir org2 indonesia..jgn kamu menghina negara jiran mu Malaysia..jgn menyebarkan fitnah dgn berita2 palsu ,jangan mencaci maki antara 1 dgn yg lain,jangan buat provoks atau berbalah sesama kita.. Perkukuhkan hubungan siratulrahim,wujudkn rasa kasih sayang antara kita..dan yg penting..sentiasa memberi nasihat serta ingat mengingati sesama kita agar kembali kpd Allah,taat perintahNya...,berselawatlah kpd junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
@ramlahahmad8739
@ramlahahmad8739 27 күн бұрын
Betul. Makin kita menyangi antara satu sama lain kita akan maju dan rahmat dari ALLAH kita perolehi.
@rogayahomar5387
@rogayahomar5387 27 күн бұрын
👍👍👍Ia benar sekali.
@baharm65
@baharm65 27 күн бұрын
Yang selalu menghujat & maki hamun & fitnah tu umat Islam ke?
@seanfire7679
@seanfire7679 27 күн бұрын
Pemerintah RI seharusnya membangun empangan hydroelectric di Kalimantan. Seperti di Sarawak, telah pun dibangun hydroelectric Bakun sejak 20 tahun dulu. Jaya terus RI. Kalian pasti menjadi salah satu kuasa Asia.
@user-lq1ii2gf1v
@user-lq1ii2gf1v 26 күн бұрын
Betul ..import dari Sarawak borneo...mlysia
@halidabdullahhalid1334
@halidabdullahhalid1334 27 күн бұрын
IaSudah²lah hentikan segala hujatan yg tidak baik .. adalah kita kedua² negara saling memerlukan antara satu sama lain .. kita tidak boleh lari dari apa yg kita hadapi sekarang .. seharuslah kita saling menyokong antara dua negara ini .. Inshaa Allah kedepan Indonesia dan Malaysia akan jadi kuasa besar dalam melengkapi ekonomi antara dua negara .. harus ingat kedua² negara ini sering menjadi mata dunia akan keberkembangan perekonomian , kemasyarakatan , bahan² hasil bumi , pendidikan , perubatan , kekayaan negara dan warga nya , sedar lah banyak negara luar sana tidak senang akan perkembangan ini .. lebih² lagi keakraban , setia rakan , saling membantu antara Malaysia dan Indonesia "MEREKA PALING AMAT TIDAK SENANG" . Contohilah 3 guru ini tidak berhenti dan tidak jemu² mencari solusi jalan kedamaian . Insyaa Allah cik gu Sastra, cikgu Aziz dan cikgu Tika negara kita akan baik² sahaja dan saling terus mendokong sampai bila² .
@zakiomar3073
@zakiomar3073 27 күн бұрын
Kami warga Malaysia ngak apa apa kok membantu saudara kami di Indonesia krn kami yakin Allah merestui dan merahmati apa yang kami lakukan
@user-pt3xl8rv9w
@user-pt3xl8rv9w 27 күн бұрын
Semoga semakin ramai guru-guru Indonesia bisa mendidik anak-anak Indonesia agar bisa berfikir benar
@eunna2639
@eunna2639 22 күн бұрын
Saya yakin itu di alokasikan untuk d daerah yang dekat malaysia saja. Sama halnya dengan Singapura yang expor Listrik dari Indonesia. Itulah mengapa saya sangat bangga pada bapak presiden saya saat ini di mana daerah² pinggiran atau perbatasan di bangun² dan daerah² di luar Jawa d utamakan pembangunannya. Seperti Trans Papua, Trans Sumatra dan Trans Kalimantan mulai di bangun dan dapat di gunakan. Dan kini giliran Presiden berikutnya yang meneruskan pembangunanya. Dimana "KEADILAN SOSIAL BAGI SELURUH RAKYAT INDONESIA" dari sabang sampai Meraoke harus terwujud. Dan saya menyarankan agar bukan hanya sekedar tapal batas tapi harus jelas d mana titik batas antara negara² perbatasan. Harus ada sebuah tembok dimana menjadi pembatas yang sah antar 2 negara.
@zanzillahsaruji9966
@zanzillahsaruji9966 21 күн бұрын
Pemerintah Indonesia membangun paling banyak PLBN diantara Kalimantan dengan Sarawak iaitu Plbn Entikong, Plbn Aruk, Plbn Nanga Badau dan yang terbaru Plbn Jagoi Babang kamu pula meminta dibina tembok besar di antara kedua negara. Selagi rakyat miskin Indonesia masih masuk ke Sarawak hendak berjualan dan membeli sembako di Sarawak jangan harap pemerintah Indonesia mau membina tembok besar....
@eunna2639
@eunna2639 21 күн бұрын
@@zanzillahsaruji9966 Hahaa🤣 baru tahu aku orang yang jualan di bilang miskin, terus🤔 yang beli biasanya cuma sekantong plastik kecil😌 kere dong yang beli😌😌
@jaimk9393
@jaimk9393 27 күн бұрын
nikmati saja..jadi lah kita seperti mata lebah..jangan menjadi mata lalat.
@orgkampong
@orgkampong 27 күн бұрын
Sebenarnya ada perjanjian dlm kontek IMT-GT (Indo, Msia, Thai, Growth triangle) to support each other countries, layman language it means if Thai need power Msia will supply the shortfall as was and being done to Indonesia. Till Indonesia build up their own capacity, this agreement wants to enrich these three ASEAN countries going forward. Litrik dari Msia murah krn didapatkan dari Hydroelectric power @ Bakum dam, Sarawak.
@Mukhchris___
@Mukhchris___ 27 күн бұрын
Kuching May 13. West malaysia is the next buyer of sarawak eleckricity after singapore sabah and kalimantan. Interconnection project with no less than 1000 mega watt from sarawak to west malaysia. Minister of utility and telecommunication Dato Julaihi said at sarawak legislative assembly DUS sitting.
@nirmanhalil3067
@nirmanhalil3067 27 күн бұрын
Banyak ayam bawah kolong, Lindung dari hujan yang basah, Kalau jiran susah ditolong, Inikan pula negara sebelah.
@Sarah_Sakura775
@Sarah_Sakura775 26 күн бұрын
Semangat cikgu sastera salam dari kelantan malaysia🇲🇾
@zrinahmad
@zrinahmad 26 күн бұрын
PATI ( Pendatang tanpa Izin) pula curi elektrik dan air di Sabah. masuk tanpa izin, air air tanpa izin , dan guna elektrik tanpa izin. pun pihak penguatkuasa belum sampai hati untuk tangkap dan halau mereka balik dari negara ini. Kita x kisah kalau mereka ini ingin mencari rezeki di sini tapi datanglah dengan cara baik dan hormatilah undang-undang di negara ini. 🤗
@papawbrothers8780
@papawbrothers8780 27 күн бұрын
Bukan sahaja kalimantan yg menikmati kemudahan elektrik dari sarawak master, tetapi sarawak juga didalam proses untuk mengeksport elekrik ke singapore lewat kabel dasar laut.
@suryadimg9149
@suryadimg9149 23 күн бұрын
Biasa itu bro, Kalau negara KAYA memang suka membeli bukan menjual. 😂🤣
@NANA-le7lm
@NANA-le7lm 17 күн бұрын
Bukan sebab kaya tapi kerana tidak mampu menghasilkan Elektrik sendiri jadi teroahea belilah, air pun Singapore beli dari Malaysia @@suryadimg9149
@kilatsilau
@kilatsilau 10 күн бұрын
terbukti mereka mahu klaim sabah sarawak ,,kalo sabah sarawak masuk wilayah indo maka takda lah elektrik gelap dan gulita lah didalam hutan mu itu dan pembangunan ikn juga akan dibatalkan disebab kan nga ada listrik seluruh kalimantan juga akan gelap gulita seperti tingal di hutan 😂😂😂😂
@AwieZandrija
@AwieZandrija 27 күн бұрын
Goodmorning.assalsmualaikum teachers.
@norakmarlatiff5485
@norakmarlatiff5485 26 күн бұрын
Saya pernah terbaca , Indonesia itu ibarat seekor naga yang sedang tidur cuma menunggu seorang pemimpin Indonesia yang benar benar hebat supaya bisa membangunkan naga yang sedang tidur itu, ini kerana Indonesia itu sebuah negara yang luas, resources yang melimpah ruah, rakyat yang sangat ramai....bayangkan saja potensi ekonominya, jika dibangunkan oleh pemimpin yng hebat.. sebagai orang Malaysia, kami juga mahu melihat jiran jiran kita sama sama maju dan makmur
@thanosblackpink3439
@thanosblackpink3439 25 күн бұрын
Sy jg tumpang gembira jika mreka Indonesia maju Dan makmur... Tak ada iri sikit pun.. Cuma kita Malaysian kena thn mental sbb diorg ni kalau dah maju.. Diorg akan hina kita.. Cth mrt.. Kita dah ada mrt hampir 10 tahun tp kita Rkyat tak mndunia Dan war2 setiap hari... Bila mrt ada d di indo wlaupun hnya brapa km.. Tiba2 mrt Malaysia dihina.. Usang la ketinggalan la.. Malah ada komen kata mrt indo lebih canggih Dr mrt jepun.. Huhuhu... Para tki yg balik Dr malaysia pun ada yg mngeji Malaysia katanya gaji kecil lebih baik Di indo saja.. Haishhh mcm la kita pksa klian dtg kerja d Malaysia.. Blm lagi ikn siap.. Putrajaya suda dihina kota yg gagal... Sabar je laa malaysian dgn gaya diorg.. Haha
@ricosubekti1450
@ricosubekti1450 23 күн бұрын
Sejujurnya cadangan energi batubara untuk listrik kami masih sangat banyak. tapi sayangnya karna pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut belum memadai makanya impor dari Malaysia. karna Indonesia sangat luas, jadi untuk urgensi masyarakat disana keputusannya adalah impor dulu dari Malaysia. jika infrastruktur kami sudah dibangun merata di seluruh Indonesia pasti kami akan mandiri, karna sumber daya alam energi kami masih sangat banyak. maafkan kami jika memang pembangunan infrastruktur di negara kami sangat lama. tapi Alhamdulillah dengan di bangunnya panel surya dan bendungan diluar pulau Jawa, pasti kami mulai mandiri.
They RUINED Everything! 😢
00:31
Carter Sharer
Рет қаралды 25 МЛН
Как быстро замутить ЭлектроСамокат
00:59
ЖЕЛЕЗНЫЙ КОРОЛЬ
Рет қаралды 13 МЛН
Just try to use a cool gadget 😍
00:33
123 GO! SHORTS
Рет қаралды 50 МЛН
Backstage 🤫 tutorial #elsarca #tiktok
00:13
Elsa Arca
Рет қаралды 38 МЛН
Apa Kata Media TV MALAYSIA Tentang IKN "NUSANTARA"?
19:34
About Sastra
Рет қаралды 52 М.
Alhamdulillaah, ALANA Has Come To The Right Country, Malaysia !!
17:16
They RUINED Everything! 😢
00:31
Carter Sharer
Рет қаралды 25 МЛН