JEJAK LOKASI FILEM | ANAK BAPAK | BABAK SUBANG AIRPORT | LADANG GETAH | BANDAR KLANG

  Рет қаралды 234,988

Channel 20 sen

Channel 20 sen

2 жыл бұрын

#Channel20sen
Ada beberapa babak penggambaran filem Anak Bapak yang dijalankan di luar studio, antara lokasi babak tersebut adalah di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, di bandar Klang dan di Ladang getah Taman Melawati, Hulu Klang.
Lapangan Terbang Antarabangsa Subang ini dibina pada tahun 1961. Sayangnya bangunan asal dan menara kawalan Terminal 1 ini sudah tiada lagi dengan kata lain sudah dirobohkan pada tahun 2003.
Sementara babak di ladang getah pula, lokasi yang dikenal pasti adalah di Taman Melawati, Hulu Klang.
Ladang getah yang terdapat di dalam filem Anak Bapak, kini sudah tiada lagi dan digantikan dengan pembangunan rumah kedai serta taman perumahan disekitarnya.
Lokasi di Bandar Klang juga turut ada digambarkan dalam filem Anak Bapak, di mana kenderaan yang dinaiki oleh P. Ramlee dan Rose Yatimah melalui Jalan Jambatan Kota berhadapan dengan bangunan Majlis Perbandaran Klang

Пікірлер: 338
@abdulwahidmdtahir3660
@abdulwahidmdtahir3660 2 жыл бұрын
Pihak berkenaan terlalu ghairah bila Klia di Sepang siap beroperasi hingga tanpa fikir panjang merobohkan terminal 1 (terminal asal) LT Subang. Bila Klia Sepang didapati tidak dapat menampung keperluan penerbangan domestik pesawat yang lebih kecil, jarak dekat, pesawat peribadi, kargo dll. di mana LT yang dekat dengan pusat bandar lebih sesuai, maka terpaksa dibina terminal baru (terminal 3), yang sekarang dinamakan Skypark. Jika tidak dirobohkan secara tergesa-gesa dulu mungkin terminal asal itu boleh diubahsuai susun atur dan fasiliti dalamannya bersesuaian dengan keperluan semasa dan dibina bangunan tambahan jika perlu tanpa mengubah rupa bentuk asal luarannya yang klasik dan menarik.
@mahdinieabrahaman8526
@mahdinieabrahaman8526 2 жыл бұрын
Ke Empat-Empat Pelakon sudah tiada. Al-Fatihah buat mereka yang telah mewarnai dunia lakonan yang berkesan dan melegenda.
@kamaruzliudin9574
@kamaruzliudin9574 2 жыл бұрын
Salam mesra!😃 Dulu sekitar jln ulu klang zoo terlalu sunyi pd thn 1968 masa tu atuk tinggal di kg.puah jln gombak jln2 naik basikal melalui jln dedap berhampiran rumah arwah p.ramlee bolih terus ke hotspring setapak itu lah kenangan atuk wassalam.
@AizenNasa
@AizenNasa 2 жыл бұрын
Teruskan buat jejak lokasi ni Tuan. Saya antara peminat-peminat filem P.Ramlee dan pendekatan ini amat memberi nostalgia kepada saya. Terbaik.
@sallehderan
@sallehderan 2 жыл бұрын
In Sha Allah
@darissafiy7822
@darissafiy7822 2 жыл бұрын
Setuju 200%
@hjazlee6098
@hjazlee6098 2 жыл бұрын
Aq orang borneo Aq pon mo mliat.
@rizalsofian4306
@rizalsofian4306 2 жыл бұрын
setuju sgt ..tema kasih
@Izan_FB
@Izan_FB 2 жыл бұрын
Peminat filem klasik🤗
@mohdazwarani1975
@mohdazwarani1975 2 жыл бұрын
Aku bangga dgn usaha kau ni admin
@sallehderan
@sallehderan Жыл бұрын
Alhamdulillah terima kasih
@khalidisenan5593
@khalidisenan5593 2 жыл бұрын
Usaha menjejaki tempat penggambaran sangat dialu2kan..tahniah
@ZainalAbidin-bm8bv
@ZainalAbidin-bm8bv 2 жыл бұрын
Saya rasa kalo nk tau lokasi cita anak bapak, lbh baik tya kpd pelakon yg masih hidup iaitu mak mah, dia lbh tau d mana setiap lokasi
@anonymousanonymous5971
@anonymousanonymous5971 2 жыл бұрын
Untuk Lokasi ladang getah tersebut boleh rujuk dgn pejabat tanah daerah tapi saya faham hasil kerja tuan adalah usaha dan dana sendiri.. untuk kesana sini buat rujukan mmg time n money consuming.. terbaik... teruskan support jgn skip ads
@kaharudinismail9752
@kaharudinismail9752 2 жыл бұрын
Ada juga yg mengatakan, kawasan petronas di belakang Masjid terus ke Taman Permata
@kingsimba332
@kingsimba332 2 жыл бұрын
Lokasi ladang getah tu mcm kat RRIM Sungai buloh atas bukit
@mohdeairul5533
@mohdeairul5533 2 жыл бұрын
@@kaharudinismail9752 ingat kat sekolah wangsa melawati sekarang
@piai
@piai 2 жыл бұрын
Filem pertama Roseyatimah bersama P. Ramlee = pendekar bujang lapok Filem terakhir Roseyatimah juga bersama P. Ramlee = Anak Bapak
@azmanamir2523
@azmanamir2523 2 жыл бұрын
Allahyarhamah meninggal diusia muda kerana sakit..
@zamriawanglah2227
@zamriawanglah2227 2 жыл бұрын
Semoga seniman p.ramlie di lapangkan kuburnya..Alfatihah
@nadiamuslimahsolehah283
@nadiamuslimahsolehah283 2 жыл бұрын
Bagusnya p.ramlee sebagai boss dlm filem ni😭skrg ssh da nak jumpa bos mcm ni
@miorozylinkamardin4914
@miorozylinkamardin4914 2 жыл бұрын
Tu lah mesej yg p.ramlee nak sampaikan kepada2 semua boss supaya jaga kebajikan pekerja, bos kena sentiasa turun padang walaupun anak boss , tetap jalankan amanah bukan duduk saja. Tu lah mesej p.ramlee sampaikan.
@hjazlee6098
@hjazlee6098 2 жыл бұрын
Kadang kala kalau ku kenang seniman ngeri sberang ne. Rasa sdih mlanda. Sgelintr sebangsanya yg mbunuh karyanya. Nda patut ya kna buat cmatu. Msa kjatuhan jln ampas, ya terpaksa berhijrah d NEGRA tumah darahnya... Tapi ya kna provoksi oleh sglintir orang sna. (Seniman yg mati dtantang bangsa sndiri.) 😭 Al Fatihah buat sniman pujaan atiku.
@alisaiful6717
@alisaiful6717 2 жыл бұрын
Sebenarnya P Ramlee semasa melawat ladang bersikap perikemanusiaan kepada pekerja pekerja tu satu sindiran kepada pengurusan ladang ladang.. Biasanya kebajikan pekerja pekerja estet ni dulu kurang diberi perhatian. Gaji kecil dan bekerja sepanjang hayat. Nak komplen lebih lebih kena buang kerja..
@arale7906
@arale7906 Жыл бұрын
Sekarang pn ada lg...cuba tny pekerja2 syarikat kurier...kebajikan dorang dijaga tak?....
@faridmdkhalid
@faridmdkhalid 2 жыл бұрын
Entah kenapa hati jadi sayu bila tengok semula jalan2 kenangan dlm filem Anak Bapak yg skg dah tiada akibat ditelan pembangunan zaman....
@razaliyatim3623
@razaliyatim3623 2 жыл бұрын
klau tngok jln zaman p.ramlee dulu mcm nyaman je kn
@zakeyzakiah3759
@zakeyzakiah3759 2 жыл бұрын
Dialog. 40 thn x penah cuti 😅.. Semua lokasi Dh jdi kenangan. Semua filem lakonan,arahan tansri p ramle,meningalkan mesej dn juga kenangan Yea tersendiri. 😔😔😔
@tyapeter4ever107
@tyapeter4ever107 2 жыл бұрын
Sy juga merupakan pmnt setia filem2 P Ramlee dari sejak kecil lg sehingga la umur masuk 4 angka ni Bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.. Filem2 beliau merupakan inspirasi bt kta semua.. dan perna juga sy terpikir, bgmnakah rupa keadaan yg perna beliau bt shooting atau tmpt2 itu.. dan thank you diatas usaha anda utk mengembalikn saat kenangan lagenda kta.. Teruskan usaha anda👏👏👏👍
@muhamadfirdaus5857
@muhamadfirdaus5857 8 ай бұрын
Ladang getah kat Kawsan subang UTK maklumat semua sbb lokasi airport dgn kawasan p ramlee tue dekat jer
@nursuhaida2316
@nursuhaida2316 2 жыл бұрын
Teruskan usaha anda,ia sangat baik..
@nananglatamimu335
@nananglatamimu335 Жыл бұрын
informasi dan maklumat macam begini akan membina minda anak anak muda untuk menjadi manusia tahu sejarah perubahan lokasi lokasi di mana lokasi tertentu dibandingkan dengan ketika allahyarham p Ramlee buat pengembaraan filem Maklumat yang di salurkan menyumbang komunikasi positif, di harap individu individu yang suka buat bahan cerita yang boleh mencetuskn perkembangan mental yg kearah kemudaratan dan saya minta beralihla kepada bahan cerita yang boleh memberi manfaat kepada bangsa dan negara. inilah satu contoh video penyaluran maklumat yang menjadi tauladan contoh yang baik kepada bangsa dan negara
@lenzwillmax6815
@lenzwillmax6815 Жыл бұрын
Teruskan jejak lokasi cerita2 lama.. sebab mcm saya di sarawak ni takde peluang nak tengok bekas2 lokasi cerita2 lama yg ada di sana.. dapat la juga kami lihat walaupun hanya di medsos..
@saifhaqiem7996
@saifhaqiem7996 2 жыл бұрын
Tahniah utk usaha tuan ini..sgt bagus bila tuan mengeluarkan video2 begini especially utk tontonan generasi baru..filem2 zaman dulu semua dlm hitam putih & bila tuan keluarkan video mcm at least generasi kami dpt membayangkan keadaan @ suasana di ketika tu dlm imaginasi 'berwarna'..disini sy jgk mohon tuan utk menjejak lokasi pengembaraan utk filem2 spt adik manja, setinggan, sikit punya gila & filem2 lain yg pernah popular 1 masa dulu..mungkin dgn cara ini, ingatan terhadap filem2 lama tak akan lenyap dimamah kemodenan..teruskan usaha tuan..tahniah sekali lg..😃😃
@ahmardbahri6928
@ahmardbahri6928 2 жыл бұрын
Sedih juga apabila banyak mercutanda negara yg bernilai untuk di tatap dan di kenang oleh anak cucu kita pada masa hadapan telah di roboh kan! Nasib baik Stadium Merdeka tak jadi di roboh kan! Terima kasih kpd Tun Abdullah yg mengekal kan stadium itu!
@ainornashruddin1551
@ainornashruddin1551 Күн бұрын
Masya Allah Subhanallah bila tengok video begini rasa terharu sangat dapat lihat lokasi penggambaran filem TS dulu dan apa perubahan berlaku di lokasi tersebut. Sebak pun ada..
@daudlabo9401
@daudlabo9401 2 жыл бұрын
tmpt pnuh knangn dihpuskan mcm tu jer
@zizanzan1451
@zizanzan1451 2 жыл бұрын
Nah makcik ambil duit sepuloh ringgit buat beli obat...kalau skrng munkin sama nilai dgn seratus ringgit.. Itu lah jiwa hati nurani Tan sri P. Ramlee di luar filem yg suka bersedekah..
@zai1954
@zai1954 2 жыл бұрын
Harta dan duit dia...habis cn tu jee...kalau dia tu pm...bagus nya tapi ..dgr kata .dia xsuka politik
@amerhuzairy100
@amerhuzairy100 2 жыл бұрын
Kalaulah kerajaan tidak merobohkan Terminal 1, sudah tentu boleh dijadikan terminal yang lebih baik untuk firefly dan malindo.
@hattamimie
@hattamimie 2 жыл бұрын
Ayah aku pernah pergi Jepun ikut airport terminal 1 tahun 1995
@radhiradhi1482
@radhiradhi1482 2 жыл бұрын
Apa susah pelakon filem tersebut masih hidup lagi seperti mak mah boleh tanya lokasi kebun getah dan sebagainya.
@muhamadfirdaus5857
@muhamadfirdaus5857 9 ай бұрын
Ladang getah kat subang sky park dulu nie sbb tgk laluan p ramlee ker ladang getah tue tak jauh dari subang ket situ
@peterkodi7593
@peterkodi7593 2 жыл бұрын
dulu masa kecik dok tgk cita p ramlee selalu tertanya2 gak kat mana agaknya lokasi tempat p ramlee berlakon..bila dah besar, baru taw p ramlee berlakon kat area office aku ja di melawati 😅
@ciksaeraa8341
@ciksaeraa8341 2 жыл бұрын
Mcm xpercaya jaa ladang getah bertukar sampai jadi mcm tu . Berubah banyak .
@anuarabdrahman6130
@anuarabdrahman6130 2 жыл бұрын
Dahulu merdu terdengar kicauan burung..skrg bingit terdengar deruman engin kenderaan..
@PeriaHarumManis
@PeriaHarumManis 14 күн бұрын
Satu je yg menarik perhatian saya, nilai duit RM10 zaman tu dgn skrg. Skrg pun kalau pegi klinik dekat RM70 ke RM100 juga kena. Mungkin nilai RM10 masa tu sama dgn RM100 skrg.
@shah008
@shah008 8 күн бұрын
memang la.. seluruh dunia semua mcmtu..adehhh 😂
@ainornashruddin1551
@ainornashruddin1551 Күн бұрын
silap jam rm10 dulu-dulu mmg sama nilai dengan rm100 skrg ni
@Ketua.Menteri.Perlis
@Ketua.Menteri.Perlis 2 жыл бұрын
Jauh sangat bezanya...😭😭seiring dengan pembangunan dan perubahan zaman
@zkamal1333
@zkamal1333 2 жыл бұрын
content terbaik
@skyfigurefun
@skyfigurefun 2 жыл бұрын
lagi2 saya suka mencari tempat pengambaran dulu2
@zulkarnaenmohdz
@zulkarnaenmohdz 2 жыл бұрын
Sempat tengok versi asal subang airport sebab bekerja Di kompleks cargo 1996
@nadiamuslimahsolehah283
@nadiamuslimahsolehah283 2 жыл бұрын
Assalamualaikum kembali lg.. video kedua lps tgok video rumah cikgu shaari td. Dah subscribe. Btw Tahniah team kita Malaysia 🇲🇾 berjaya pergi ke piala Asia 2023 tahun dpn. 4-1 menewaskan Bangladesh. Alhamdulillah setelah 42thn akhirnya kita berjaya memenangi perlawanan kali ini.
@filharmonik
@filharmonik 2 жыл бұрын
Lokasi tepat ladang getah tu di AU5D/1 , dulu situ kawasan getah antara lembah keramat dan wangsa maju
@ardpaz2
@ardpaz2 2 жыл бұрын
Ada satu lagi kritikan sosial tersirat filem ini, babak jangan ajar aku jadi tak amanah, sekali orang tak percaya selama nya orang tak percaya lagi
@shahrolazhar3442
@shahrolazhar3442 Жыл бұрын
Terima kasih bos!terima kasih bos! alhamdulillah.mudah mudahan tuhan panjangkan umur bos., selamatlah bos.amin.😔
@AhmadZakiVision
@AhmadZakiVision 2 жыл бұрын
Nak cari lokasi yang sukar tu kena buat puasa sunat dan buat solat hajat. Nanti sama ada petunjuk datang melalui mimpi, gerak ilham atau makhluk Allah SWT yang lain akan beritahu ( menjadi asbab ). Paling cepat, tanya pada pejabat tanah kawasan berkenaan atau pihak majlis tempatan 🕵️. Tapi mungkin payah nak dapat kerjasama. 🙂
@armyrules84aas
@armyrules84aas 2 жыл бұрын
Bangunan tertinggi pertama di bandar klang, adalah bangunan "chi leong"..
@mohdsaifulnizamramizen2537
@mohdsaifulnizamramizen2537 Жыл бұрын
Syg terminal 1 & 2 dirobohkan. Klau x mmag ad youtuber buat content kat sana.. Pokok getah pun sdah tiada lagi akibat pembangunan baru.. Yg tggal hanyalah kenangan yg terpahat di memory kita sahaja..
@hattamimie
@hattamimie Жыл бұрын
Terminal 2 bukan ade lagi ke
@sky_Angler
@sky_Angler 2 жыл бұрын
nostalgia menggamit memori... terbaik la admin.saya suka jejak lokasi filem...keep it up!!
@AyamTanggung
@AyamTanggung 2 жыл бұрын
Bumi musnah dek pmbangunan😢
@kimothemo
@kimothemo 2 жыл бұрын
P. Ramlee suka shooting kat Melawati sebab dekat dengan studio
@rashidirashidi9944
@rashidirashidi9944 2 жыл бұрын
ini baru boss ku orang susah di bantu.
@SantaiChannel78
@SantaiChannel78 2 жыл бұрын
nak cari lokasi tepat kena tahu nombor lot tanah ladang getah tersebut kemudian dah tau nombor lot boleh rujuk pejabat daerah dan tanah.. biasanya SO atau Pegawai Tanah boleh menjejaki lokasi asal.. asalkan tau nombor Lot asal kawasan yang dicari..
@pojiez
@pojiez 2 жыл бұрын
Ruminah Sidek masih hidup.. boleh dapatkan info...mungkin tau..
@acap27885
@acap27885 2 жыл бұрын
terbaik lh tuan
@megatsalahuddin1741
@megatsalahuddin1741 Жыл бұрын
Assalammualaikum tuan cuba buat lokasi filem arwah sudirman “Kami 1982”. Lakonan tu di sekitar kuala lumpur
@dinethijjaz6649
@dinethijjaz6649 2 жыл бұрын
KZfaqr yg rajin...moga terus maju
@abdulrashidsulaiman7414
@abdulrashidsulaiman7414 2 жыл бұрын
Semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum amat meminati filem filem P.Ramlee
@nurulaisyah755
@nurulaisyah755 2 жыл бұрын
Hemmmmmmmmmmm.. Seiring arus permodenan. Yang lama pasti diganti. Pergi sukar sukar dicari ganti. Yang tinggal hanya lah Kenangan terindah dibawa pergi sekali... 😶
@amirulmukminin580
@amirulmukminin580 Жыл бұрын
Aku klau filem p ramlee tgk 20 kali pn tk pnah bosan..smua dialog aku hafal
@muhammadhafizuddin2691
@muhammadhafizuddin2691 2 жыл бұрын
sampai sekarang taman melawati masih lagi menjadi antara loc penggambaran filem/drama zaman skrg
@jamilahbeemeerasahib1284
@jamilahbeemeerasahib1284 2 жыл бұрын
Filem ini menggambarkan pengaruh barat dlm kehidupan orang Melayu zmn pasca merdeka Pd.masa yg.sama..digarapkan sikap amanah dlm mengurus harta...ihsan kpd.pekerja bawahan dan adab dlm memperisteri seorang gadis...👍
@muhamadfirdaus5857
@muhamadfirdaus5857 8 ай бұрын
Tempat yg pokok getah tue kat Subang Skypark jgk dulu
@abdullahizan6692
@abdullahizan6692 18 күн бұрын
RRI nk p Sg.buluh sblh kiri situ ada RISDA
@norly6722
@norly6722 2 жыл бұрын
Rindu pelakon2 zaman dahulu,,lakonan yg cukup berkesan di mata peminat tanah air mahu pun luar dan dalam negara
@Jungletimber890
@Jungletimber890 2 жыл бұрын
Kita rindu dengan orang yang dah tiada ibarat kita menelan sesuatu benda yang amat pahit sekali kan 😌😢 jauh bezanya kita rindu orang yang masih ada 🥺
@abdulrahimabdullah1527
@abdulrahimabdullah1527 4 ай бұрын
Adegan ladang getah itu ialah di Wangsa Maju....ini disahkan oleh arauh bapak mertua saya.Dia turut berlakon sebagai mandur di adegan P. Ramlee dan PakCik.Ketika itu mereka tinggal di Ulu Klang.
@ainornashruddin1551
@ainornashruddin1551 Күн бұрын
Allahu akbar...mesti seronok kan bila dengar cerita orang tua dulu-dulu...
@razaliyatim3623
@razaliyatim3623 2 жыл бұрын
x sangka pula ladang getah tu dh jdi perumahan kedai😭😭
@bikertakkental7455
@bikertakkental7455 2 жыл бұрын
Suka dia punya muzik latar. Sangat menyentuh kalbu.
@combat_84combat29
@combat_84combat29 2 жыл бұрын
Penambahan Admin,menara jam yang ada di Majlis Perbandaran Klang tu dari zaman filem Anak bapak memang ada sampai sekarang.
@Mohdislam92
@Mohdislam92 Жыл бұрын
jauh beza dlu dan skrang..tiada apa yang tinggal hanya sempihan.
@lynx141
@lynx141 2 жыл бұрын
Filem Anak Bapak merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Merdeka Film Productions, Malaysia pada tahun 1968.
@SuperRahzam
@SuperRahzam 2 жыл бұрын
setahun sebelum rusuhan kaum 13 mei
@bocahaleman8899
@bocahaleman8899 2 жыл бұрын
Kalau cerita anak bapak ni boleh tanya Seniwati Ruminah Sidek tentang lokasi pengambaraannya, sebab beliaukan berlakon dalam filem ini... Cik Normah
@sallehderan
@sallehderan 2 жыл бұрын
Sukar dihubungi...
@ramadanadnan9373
@ramadanadnan9373 2 жыл бұрын
Tuan channel 20sen boleh datang kerumah suaminye di felda jelai gemencheh negeri sembilan
@arifscatering1060
@arifscatering1060 2 жыл бұрын
@@sallehderan sementara seniwati ruminah sidek ni masih hidup, cer la usaha dpt kn sedikit info dr beliau... Sy support channel tuan...👍👍
@sharudinabidin6266
@sharudinabidin6266 2 жыл бұрын
Sewaktu saya tengok video ini, saya sambil tonton filem anak bapak.. 16/6/2022
@burhanuddinibrahim5184
@burhanuddinibrahim5184 2 жыл бұрын
Perrgh tbaik dokumentari nh
@asyrafhuzaini3432
@asyrafhuzaini3432 Жыл бұрын
Dlu ddk sebelah subang airport tu je sebelom dirobohkan... Nostalgia sungguh
@juliaahmad3942
@juliaahmad3942 Жыл бұрын
Biasalah malaysia suka roboh bangunan lama utk jadi sejarah. Bukankn kah elok di baik pulih utk generasi akn dtg melihat.
@khabibchikanoz422
@khabibchikanoz422 Жыл бұрын
Dengar2 Mak Mah yg request P ramlee shoot atea klang... Sebab Mak mah dok sana...
@mram5045
@mram5045 2 жыл бұрын
Company sy tu Spirit aerosystems, dulu bila tengok anak bapak bila scene kt terminal 1 ni je, ayah mesti cakap ni dah jadi company tmpt kerja kau skrg.
@ismankahar5814
@ismankahar5814 2 жыл бұрын
Setahu dan seingat saya lah Lapangan Terbang Subang merupakan tempat ribuan rakyat Malaysia menyaksikan pulangnya jenazah Allahyarham Tun Abdul Razak yang meninggal dunia pada 14 Januari 1976 dari London ke lapangan terbang ini. Betul ke?
@sallehderan
@sallehderan 2 жыл бұрын
Ye benar
@nungkarnangkir5046
@nungkarnangkir5046 2 жыл бұрын
#bagus idea admin...50 tahun Perubahan..#...utk gen baharu.
@alcyoneaquila9670
@alcyoneaquila9670 2 жыл бұрын
Tq min.. Harap banyak lagi lokasi2 dapat dikesan. 👍👍
@Joe77_
@Joe77_ 2 жыл бұрын
Dahulu .. Dari kepong nk pegi Klang.. lalu sg buloh... Lpstu jumpa kem askar kt situ, klo xsilap skrg dah jadi MRT... Sana juga Ada pokok getah suatu ketika dahulu
@muhamadfirdaus5857
@muhamadfirdaus5857 8 ай бұрын
Boleh rujuk dgn ruminah sidek utk keterangan lanjut kawasan pokok getah tue
@nizamhasan1713
@nizamhasan1713 2 жыл бұрын
Best
@redangisland8547
@redangisland8547 2 жыл бұрын
my fabret movie lagu2 semua best dan penuh dgn kelucuan,,
@ahmadroslee7643
@ahmadroslee7643 2 жыл бұрын
logik juga klw ladang getah tu di tmn melawati sebab dekat sgt ngan finas..wangsa maju pun tak jauh dari situ..
@hazwan77773
@hazwan77773 2 жыл бұрын
🔥anak jati subang 40150 hadir 🔥
@mohdalidaud6515
@mohdalidaud6515 2 жыл бұрын
Cuba check semula lokasi ladang getah. Setahu sy lokasinya di LGM sg buluh. Berhampiran airport subang.
@Fizar73
@Fizar73 2 жыл бұрын
Teringat pekan sg buluh dulu...mlm2 dtg mkn mee hai lam...sedapnya! Dulu dipanggil pekan koboi
@suaatmohamed2488
@suaatmohamed2488 2 жыл бұрын
Chenal terbaik saya suka p.ramlee seorang seniman agung yang di miliki industri perfileman Malaysia itulah hebatnya Malaysia walaupun Malaysia ini kecil tapi seniman Malaysia tidak kalah hebatnya dengan seniman negara2 besar lainya itulah hebatnya malaysia. malaysia ku tercinta amiin
@omarawal5579
@omarawal5579 2 жыл бұрын
Truskn boss, sgt mnarik, dan mngigatkn sy smasa zmn budak dlu, btul2 dh brubah.. dr tnh merah ke jln raya, dr umh papan ke batu, dr hutan dh jd komplek.. trsenyum sorg2 bila tgok boss..
@jengohammer5818
@jengohammer5818 2 жыл бұрын
Betul tu...sudah diroboh. Parking dijadikan uptown/Car boot sale. Nostalgia
@adamdanial6247
@adamdanial6247 2 жыл бұрын
Damai sungguh zaman dulu,,,
@legendarygreen7007
@legendarygreen7007 Жыл бұрын
Cerita tu P.Ramlee nak bagi tau bapanya kaya tapi kedekut tak fikir pekerja hanya ingin kekayaan dan hidup terlampau sosial...
@kkum
@kkum 2 жыл бұрын
Baru tahu airport subang ada yg lama baru 😅
@norashikinahmad4136
@norashikinahmad4136 2 жыл бұрын
Usaha murni tuan amat dihargai...klu nak tau lokasi sebenar ladang getah tu...boleh cari org2 lama yg tinggal di sekitar situ....kerana ramai kalangan pelakon tambahan di ambil dari org2 kampung sekitar sana. Atau pun tanya saja pada Safura Yaacob sebab arwah bapanya ada mandur dlm cerita tersebut
@zai1954
@zai1954 2 жыл бұрын
Can ni baru boleh panggil boss ku...perihatim kt pekerja...
@iskandarzulkarnaim055
@iskandarzulkarnaim055 2 жыл бұрын
Terbaik admin kami sedia menanti perbongkaran lokasi² lakonan p.ramlee tdahulu
@naimthelee2285
@naimthelee2285 2 жыл бұрын
Jangan kata lokasi P Ramlee aje.. Malah semua filem atau drama pernah buat lokasi2 tu tunjuk sekali
@iskandarzulkarnaim055
@iskandarzulkarnaim055 2 жыл бұрын
@@naimthelee2285 pd aku filem arahan dan lakonan dr p.ramlee lgi sdap tngok untuk ambik tahu filem² tnpa p.ramlee kurang sikit bermnat,,kerna dari kecil pasti seminggu sekali otak ak di asah untuk tgok filem p.ramlee seminggu sekali yg dimain kan di kaca tv
@mohdsanijapar7142
@mohdsanijapar7142 2 жыл бұрын
Cubalah beri nama tempat bekas lokasi filem ni dengan nama Anak Bapa section kah atau Ladang Anak Bapa sempena memperingati filem P Ramlee tu Anak Bapa
@miorozylinkamardin4914
@miorozylinkamardin4914 2 жыл бұрын
Setuju
@rushdiahmad2435
@rushdiahmad2435 17 күн бұрын
Naik Morris Mini Moke dari Subang ke Ulu Kelang? Jauh tuu...
@rullrullghani4770
@rullrullghani4770 2 жыл бұрын
Hadir support..teruskan usaha tuan..kami tetap follow anda..tq atas sumber dan info ya
@matalisaid4403
@matalisaid4403 2 жыл бұрын
Sudah 40 tahun bekerja satu hari pun tak pernah cuti BOS.......🤣🤣🤣
@muhdejat5317
@muhdejat5317 2 жыл бұрын
Terbaik tuan...teruskan..
@nott8126
@nott8126 2 жыл бұрын
Trbaekk Tuan 👍👍👍👆
@kamaruzemanarshad1686
@kamaruzemanarshad1686 2 жыл бұрын
tepat sekali lokasi nya, di hujung nampak paip air dari empangan klang gate
@mdyusopslamat8950
@mdyusopslamat8950 2 жыл бұрын
Terbaik tuan👍👍👍
@bahterasamudera1977
@bahterasamudera1977 2 жыл бұрын
Terbaik min..banyak moral dipaparkan oleh p.ramlee dlm babak filem ini..boss2 kena belajar dari filem ini..
@mazransamin8023
@mazransamin8023 3 күн бұрын
Setiap orang juga perlu belajar dari watak Harun yang suka berbelanja melebihi pendapatan.
孩子多的烦恼?#火影忍者 #家庭 #佐助
00:31
火影忍者一家
Рет қаралды 1,8 МЛН
Kisah dan Sejarah Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
13:13
Fami Versi Bahasa
Рет қаралды 52 М.
Dengar betul jugak apa Ahmad Maslan cakap di PRK Sungai Bakap
11:25
JEJAK KAK LIMAH RIMBA BARA | LENSA EDU- PERAK 2.0
8:03
TV SKPA
Рет қаралды 13 М.
#KitaJalan Tanjung Rambutan, Perak
10:39
AkuRasa
Рет қаралды 50 М.
17 Photo Berwarna Latifah Omar Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat
5:43
Homestay Kampong Style
10:47
Santai Padu
Рет қаралды 2,1 М.
Lodging Mak Minah _ Masam-Masam Manis
5:26
Bangau Tube
Рет қаралды 112 М.
孩子多的烦恼?#火影忍者 #家庭 #佐助
00:31
火影忍者一家
Рет қаралды 1,8 МЛН