Рет қаралды 183,350
[Shanghai Halal Food Hunt]
Untuk episode kali ni, aku pergi ke pasar street food yang terletak berdekatan dengan Masjid di Pudong, Shanghai.
Pasar ni hanya dibuka pada hari Jumaat dari jam 10 pagi - 3 petang.
Peniaga disini semuanya muslim yang kebanyakannya berasal dari Xinjiang (Uyghur).
Aku ada interview beberapa orang peniaga di situ mengenai keluarga mereka di Uyghur tetapi mereka seakan-akan suruh aku berhenti bercakap dan mata mereka menjeling ke arah polis yang sedang duduk di sepanjang pasar tu (berkawal). Kalau korang perasan dalam clip video ni ada video aku shoot view Masjid di Pudong ni kan. Tapi ada 2 orang polis mereka sedang perhatikan aku dari jauh.
Anyway, makanan kat sini memang best-best belaka. Terutama sekali Pilaf Rice dengan kambing dan juga satay. Memang terbaik beb.
#PaduBebTravel #Shanghai #Xinjiang