Рет қаралды 11,351
Assalamualaikum & hai guys! Fieqa nak share resepi kek kegemaran ramai iaitu KEK LUMUT CHEESE yang sangat disukai tanpa mengira peringkat umur. Rasa cheese yang lemak dan creamy digabungkan dengan rasa kek lumut yang lembut & sedap tentunya enak di makan. Sebelum tu, sekiranya korang suka video ni, bolehlah SUBSCRIBE, LIKE, COMMENT & SHARE tau. Tq
Bahan-bahan (Adunan Lumut):
364g mentega Anchor (masin)
100g gula kastor
8 biji telur (grad A)
136g seri kaya
304g susu pekat manis
120g horlick
100g tepung pau
200g serbuk susu
Pewarna hijau
Bahan-bahan (Adunan Cheese):
500g Krim cheese
100g gula kastor
3 biji telur (grad A)
2tbsp tepung pau
Esen vanilla
_________________________________________________________
Ingredients (Green Batter):
364g salted butter Anchor
100g castor sugar
8 eggs (Grade A)
136g seri kaya
304g condensed milk
120g horlick
100g pou flour
200g milk powder
Green food coloring
Ingredients (Cheese Batter):
500g cream cheese
100g castor sugar
3 biji telur (grade A)
2tbsp pou flour
Vanilla essence
________________________________________________________
*Tonton video untuk mengetahui cara membuatnya*
*Watch the video to find out how to make it*
Tips Melapis Kek
1. Pastikan adunan lumut di bahagikan sama rata untuk hasilkan lapisan yang seragam.
2. Sapu mentega/adunan kek kat bawah loyang sahaja untuk lekatkan baking paper supaya tak bergerak semasa mengukus.
3. Melapis kek perlu cepat untuk mengelakkan kek merenggang dari tepi loyang dan menyebabkan adunan seterusnya jatuh ke bawah. Ini menyebabkan lapisan kek tak cantik. (time saya buat lapisan kedua, kek dah start merenggang sebab saya ralit setup camera😂)
4. Saya lorek atas kek sebelum melapis supaya lapisan melekat & lapisan tak tercabut apabila masak. (yg ni optional, ada ja orang tak buat tp saya buat)
5. Untuk lapisan terakhir tu, Seeloknya tutup dulu dengan plastik wrap sebelum tutup dengan aluminium foil. Ini bagi mengelakkan kek melekat atas aluminium foil dan menyebabkan atas kek tak cantik. (Time ni saya lupa letak plastik wrap😂. Next video In Syaa Allah)
6. Selepas 15 minit kek masak dan sejuk sedikit, hentakkan sedikit tepi loyang supaya kek merenggang dan boleh di keluarkan dari loyang. (Next video saya buat)
#keklumutcheese
#keklumutcheesesarawakkukus
#keklapissarawak
#keklapiskukus