Рет қаралды 605
Trip yang pertama dari Tekajong bagi tahun ni. Bersama Tekong Andi dan bot yang lebih besar (dan lebih sesuai untuk memancing rasanya). Trip saya yang ke6 bagi tahun 2023.
Berkapasiti 8 players, tp kami cuma bertujuh saja sbb takda ahlul yg berani menyahut cabaran haha
Tiba di poin pertama, kami dah disambut dengan alun yang agak kuat serta arus yang laju. Jig yg bersesuaian & pengalaman 'merasai' lantai laut amat penting pada masa ni. No wonder kebanyakan strike datang dari player yang berada di hadapan bot (sebab arus dan angin yg lebih memihak kpd balingan ke hadapan bot). Arus yang laju ni berkekalan hingga ke sebelah petang.
Trip kali ni mmg saya dihadiahkan dgn banyak hasil yg agak kasar (strawberry@dan sunuk pun dua2 naik lebih 2kg) yg paling menakutkan ialah bila saya strike GT (timbangan tak rasmi ialah 15kg) huhu Terpaksa memujuk dgn perlahan sbb saya hanya menggunakan leader berkapasiti 20lb sahaja. Habis tegang otot seluruh badan beb...
Maaf sebab ada kesilapan tarikh di awal video. Baru perasan bila video dah siap diconvert. Saksikanlah. Enjoy them. Anda suka, saya lagi suka.
Jangan pernah kurang bersyukur. Terima kasih atas sokongan.
Soundtrack:
Feel Good by MusicbyAden | / musicbyaden
Music promoted by www.chosic.com/free-music/all/
Creative Commons CC BY-SA 3.0
creativecommons.org/licenses/...
Colorful by Roa | / roa_music1031
Music promoted by www.chosic.com/free-music/all/
Creative Commons CC BY 3.0
creativecommons.org/licenses/...