No video

KLIA Jadi Bandar Mati

  Рет қаралды 74,121

RARE TV

RARE TV

Күн бұрын

Dari seorang pembuat roti KLIA mengkhabarkan kepada kami KLIA sudah seperti bandar mati, kami terus bergegas melihat sendiri. Sayu hati kerana kami semua krew RareTV merupakan traveler dunia yang sangat aktif. Hampir 1/3 masa kami setiap tahun berada di rantau orang.
Setelah tiba, memang benar apa yang dikata. Kemeriahan telah hilang. Bangunan megah KLIA seperti hilang nyawa dengan hanya beberapa penerbangan sehari. Dari 60 JUTA trafik udara kini tinggal beberapa orang sahaja.
Inilah pemandangan paling rare yang kita mampu lihat berlaku dalam hidup kita. Semoga semuanya kembali ceria selepas ini. AMIN

Пікірлер: 439
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Apa kenangan paling best ketika di KLIA kongsikan kepada kami di Ruangan komen. Sama-sama kita doakan agar situasi bertambah baik dan bagi yang terkesan pula diberikan rezeki yang lebih baik di tempat lain. Amiin
@nischamalaysia3937
@nischamalaysia3937 3 жыл бұрын
Bergambar bersama krew MAS. Tahun 2014 rasanya.
@syahmisufi
@syahmisufi 3 жыл бұрын
Hantar keluarga pergi mekah
@suleimanhusin3730
@suleimanhusin3730 3 жыл бұрын
Amin....
@rashidahfr9729
@rashidahfr9729 3 жыл бұрын
Umrah 18 dec 2019...
@mohdyusuffsharif944
@mohdyusuffsharif944 3 жыл бұрын
Sebelum pandemic last gi kota kinabalu dan balik Dec 2019.
@adlialias3081
@adlialias3081 Жыл бұрын
Tahniah kerana dapat merakam KLIA ketika momen Covid dahulu. Sekarang sudah meriah semula. Video ni boleh jadi kenangan rare di masa akan datang.
@aimandaniel133
@aimandaniel133 3 жыл бұрын
Tempat mencorak 1001 kenangan.Ada yang ketawa,ada yang menangis dan hiba tatkala di KLIA.Ada yg pergi menunaikan ibadat,ada yang terpaksa berjauhan dgn family atas urusan kerja atau belajar,ada yang mahu meluangkan masa dgn keluarga tersayang di destinasi pelancongan.Bila dgr bunyi KLIA chime diikuti dgn panggilan akhir penerbangan,timbul banyak perasaan pada kita.Happy,berdebar dan tak sabar untuk memasuki perut pesawat dan kemudian berlepas.Bila pulang ke tanah air,kita keluar dri balai ketibaan dgn rasa bercampur baur.Paling utama syukur dapat tiba semula ke tanah air dengan selamat.Datang pula keluarga menyambut kepulangan kita.Inilah tempat ianya semua diukirkan,KLIA.Kini ianya sepi sangat dan tenggelam dalam pandemik ini.
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
exactly bro
@PAPANASMAMALIA
@PAPANASMAMALIA 3 жыл бұрын
Kita semua adalah watak watak di dalam sebuah buku cerita dan pengarangnya adalah Allah Taala. #AllahJagaKita
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Hmmmm
@ladyneem
@ladyneem 3 жыл бұрын
Betu sangat²
@fareastn
@fareastn 3 жыл бұрын
Subhanallah, last fly via KLIA masa haji tahun 2019. Suatu hari nanti kita semua akan ketempat yang sunyi juga.
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
betul tu...betul sangat
@suleimanhusin3730
@suleimanhusin3730 3 жыл бұрын
Last fly 29 Nov 2018.....umrah 😢
@jolandaolivia7624
@jolandaolivia7624 3 жыл бұрын
Betapa rindu nye dgn suasana di klia sblm pandemik covid.....ans tak lupa jga rindu yg sgt menebal dihti dgn family yg berada di seberang laut china selatan....bumi kenyalang....sebak tgk video nie...tak sngka...bnda spt nie akan terjdi..
@zulianawatimohdmohiyeddin9139
@zulianawatimohdmohiyeddin9139 3 жыл бұрын
Memang sedih.. antara kedai serbaneka popular di sana, Eraman terpaksa buka booth & buat jualan murah di pejabat-pejabat kerajaan. Simpati juga tgk promoter yg bertugas, struggle utk survive. Alhamdulillah, ramai juga yg beri sokongan. Mungkin inilah, strategi pemasaran era pandemik.
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Alhamdulillah. Apa pun sesuatu ujian itu jika kita pandang ia secara hikmah, pasti Allah berikan jalan keluar darinya
@nooreffendinordin2358
@nooreffendinordin2358 3 жыл бұрын
15 tahun kje dlm tu...now da diberhentikan keje..hurmm..... rindu nya. Rindu naik erl,naik train ke satellite.... rindu kejar masa...rindu mcm²....
@Izuna119
@Izuna119 3 жыл бұрын
Beberapa kali pergi tahun ni gn tahun lepas sekadar jalan. Dengan dipasang nasyid lagu. Rasa tenang je duk kawasan anjung tinjau
@chintahatyhs8264
@chintahatyhs8264 3 жыл бұрын
Daribrumah nk ke Airport lbih kurang 30mnit sja. Bila Rasa rindu sy akn brkunjung ke KLIA 1&2 smata² nk tgk Kapal Terbang.Sedih lihat bnyak Kapal² yg trsadai... Sblm Pendemic meriah tgk Kapal Terbang turun naik, skrg nih npk ada xcited lebih😁
@aidilkashul3496
@aidilkashul3496 3 жыл бұрын
Semoga aviation kembali. Megah . Rindu Sgt nak kerja
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Amiin
@sahiaz
@sahiaz 3 жыл бұрын
InshaaAllah
@gitarkayu4961
@gitarkayu4961 3 жыл бұрын
T0rbaik Rare TV...sunyi di KLIA mmg menyedihkan, tp lain pula di kg2 skang meriah bermain banjir, balik kg ziarah tetangga, kenduri kendara macam tiada apa2... kesannnya makin menjadi2...mungkin memakan masa untuk KLIA jadi seperti sediakala. Rindu suasana dulu...dulu suka dulu...like satu kali tanda hadir...
@sansuntsam8085
@sansuntsam8085 3 жыл бұрын
Rindu nak jumpa saudara saya di Medan ...lah pergi tahun 2019....2020 bilik tiket hampa lockdown April 2020...🇲🇾
@shastrihabib1382
@shastrihabib1382 3 жыл бұрын
LA ILA HA ILLA ANTA ;SUBHANAKA IN NI KUNTU MINAZ ZALIMIN🤲😌
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
indeed
@shastrihabib1382
@shastrihabib1382 3 жыл бұрын
🎻Jenama tinggal jenama🎶🎵🎼...aku bermimpi siang di kampung baru🎶🎵🎼
@ijoehadi6237
@ijoehadi6237 3 жыл бұрын
Rasanya ini lah masa terbaik Pihak Airport Malaysia nak improve Crowd Control System dan better service. Nanti habis pandemik, confirm TSUNAMI TRAVEL!
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
they have done better pun sebelum ni utk 60 juta passenger per year
@_dibsy
@_dibsy 3 жыл бұрын
Sebak tengok video ni. Hampir 3 tahun mencari rezeki, gelak ketawa dengan kawan yang sudah macam ‘family’ dekat sini. Every moment dekat setiap penjuru masih segar dalam ingatan. Sampai part 3:19 terus teringat SriLankan Airlines. Setup railing, open counter.. huhu. Semoga dunia penerbangan kembali seperti dulu. I miss my job, i miss my life.
@jediyoung3471
@jediyoung3471 3 жыл бұрын
As a airport staff , sebak jgk tgok video ni. Masih ingat 21/3 tahun lalu pack and wrap semua barang2 kedai and masa tu as per management approx lepas 3 bulan kedai bukak balik tapi sedih sampai skg tutup. Rindu rush hour airport pagi2. Berhimpit nak masuk aerotrain. Jumpa mcm2 riak muka pax yg happy,nervous,excited and mad. Semua ada. Semoga pandemic ini tamat secepatnya dan kembali kehidupan sedia kala .
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Aminn. Sama2 kita doakan
@MrHarizHasnan
@MrHarizHasnan 3 жыл бұрын
Bandara yang mati...baru je touchdown KLIA last week...terkejut tengok kedai2 dalam tu semua dah tutup...beza dengan time saya fly ke Italy before Pandemic...dulu KLIA meriah semeriahnya...sekarang lengang
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Exactly. Dalam satu saat Allah boleh putarkan semuanya
@cmfad7427
@cmfad7427 3 жыл бұрын
@@rarecation ya begitu juga dgn harta pangkat kita
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
@@cmfad7427 exactly Fad
@stariahabdulaziz6721
@stariahabdulaziz6721 3 жыл бұрын
X dapat nak bayangkan,betapa sayu & pilu,bila terkenangkan saat2 d masa lalu ,berbanding sekarang,Allahuakbar,,hanya Allah saja yg mengetahui..
@faridahjapar8067
@faridahjapar8067 3 жыл бұрын
25 Mei 2020 saya ke JB via KLIA.. sunyi sepi.. tak terdengar suara orang.. bunyi tapak kaki saja terdengar skali skala..tp tak nampak orgnya.. seram.. lampu juga tak dinyalakan sepenuhnya..area departure hall dkt famous amos muram.. gate saya A7.. itula pertama kali saya rasa pelik dan ganjil.. kali kedua saya fly pada 11 Oktober 2020.. keadaan masih sama tp masa tu ada juga la org2 tp bangla2.. kiosk2 coklat dan perfume pun tak ada.. terasa ganjil sngt..😥
@aidilyunos4827
@aidilyunos4827 3 жыл бұрын
Saya antara staff di klia yg masih bekerja sehingga kini..saya request RARETV untk review klia pada waktu malam untk melihat betapa suram nye waktu malam dgn keadaan cahaya yg malap
@duckwahshorts1
@duckwahshorts1 3 жыл бұрын
Kesian pekerja2 aviation disitu dan pekerja2 kedai2 disitu..Allahuakbar..semoga Allah bagi mereka kemampuan untuk cari rezeki lain
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Amiin
@maizatulkusmawatiabdulsema6309
@maizatulkusmawatiabdulsema6309 3 жыл бұрын
@@rarecation asalamualaikum...nk tanya kedai2 x bukak lagi ya?
@mhashimhamzah8409
@mhashimhamzah8409 3 жыл бұрын
Nak kesian....dia orang bagi pijhak Malaysia Airports gaji mcm biasa..kerja makin kurang..sbb penerbangan dah bnyk kurang...yg bahagian airlines...dia orang ni betul2 parah...di berhentikan...kedai2 pun sama...takda pembeli...mcm Mana nak hidup....fenomena seluruh dunia...
@maizatulkusmawatiabdulsema6309
@maizatulkusmawatiabdulsema6309 3 жыл бұрын
@@mhashimhamzah8409 apa khabarlah bekas rakan2 sekerja saya ....cabin cleaner....mgkn dah cari kerja lain@balik ke kg...😑😑😑
@suleimanhusin3730
@suleimanhusin3730 3 жыл бұрын
Selama ini kerja yg di lakukan oleh warga asing telah di isi oleh warga malaysia.untuk mendapat pekerjaan tu bukan senang,majikan pula pilih punya pilih padahal kerjaan yg sempoi je pun.yang berumur mcm saya 51thn lagi x pandang lain la klo ada cable tolong.
@ASIADIN
@ASIADIN 3 жыл бұрын
Siapa yang kerja KLIA skrg mmg terasa banyak kisah seram...Surau pun seram...Siang malam tiada beza.
@adipna153
@adipna153 3 жыл бұрын
Dekat sini terkumpulnya ramai orang di serata dunia,first time, saya rasa kagum sebab ramai orang yang saya jumpa bermacam2 bangsa,jenis muka.Sekarang sunyi,rasa rindu pulak suasana dulu.
@cendolrojakspotter
@cendolrojakspotter 3 жыл бұрын
Memang sunyi KLIA sekarang ni. Flight international pun byk datang x bawak penumpang, bawak kargo je.
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
betul tu...our friend balik dari Dubai cuma 6 orang satu flight besar
@jajahalim3983
@jajahalim3983 3 жыл бұрын
@@rarecation yup me too fly from kl to auh only 6pax
@dasensonadv
@dasensonadv 2 ай бұрын
Kesiannya time ni..... Sya rindu menteri pelancongan dan menteri kesihatan/vaksin dulu......
@FMAzmy
@FMAzmy 3 жыл бұрын
😔...maha suci Allah yg segala urusan ditangannya. Siapa sangka?
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
betul tu faizam. siapa sangka dalam sekelip mata
@azizulrahman9775
@azizulrahman9775 3 жыл бұрын
Sedih.. Brapa lama lg rasanya nk pulih.. Atau mmg x kan pulih
@nordinabdmanan670
@nordinabdmanan670 3 жыл бұрын
Tak lama lagi semuanya akan lenyap , manusia akan hidup dalam zaman yang tak ada teknologi ...
@metrocospolite2652
@metrocospolite2652 3 жыл бұрын
Saya dulu pernah kerja kat KLIA tahun 2001 sehingga tahun 2011 bulan march. Employer saya ketika itu Silver Kriss Lounge untuk Singapore International Airlines - SIA/SQ. Ingat lagi dari MTB nak ke satellite terminal naik aerotrain yang akan berenti kat gate C1. Silver Kriss Lounge kat level M diatas gate C22 opposite Rimba restaurant dan TT lounge. KLIA suatu masa dulu airport Malaysia yang paling sibuk. Setat gate bukak dari 5:45am sehingga 12:01am orang memang tak pernah putus. Seingat saya dulu kat satellite terminal KLIA flight paling last untuk gate C37 iaitu Cathay Pacific airways ke HKG. Untuk site saya flight SQ paling last pukul 7:30pm kat gate C6...tapi masa tu memang orang paxx sangat kat international departure and arrival hall. Kat MTB pun meriah...untuk domestic and certain gate untuk international kalau gate kat satellite penuh. Sejak LCCT bukak 2006/07 kat tepi KLAS kargo tu, MTB macam dah sikit suram bile banyak passenger choose low cost flight AA. Bile AA dah tambah banyak flight international satellite terminal pulak sikit suram sebab orang pilih AA untuk jimat cost pegi overseas. Sekarang? KLIA dah jadi bangunan mati sejak pintu keluar masuk negara di tutup oleh kerajaan akibat pandemic covid. Kesian retailers kat airport terpaksa shutdown bisnes bila kehilangan punca pendapatan esp lot² kedai kat hall international. Sekarang ni bila teringat balik yang saya dulu pernah jadi warga airport...rindunya untuk setiap moment sepanjang 10 tahun lebih disitu.
@noorlizaishak9441
@noorlizaishak9441 3 жыл бұрын
Sy pernah berkerja di satelite building...buat renovation...site ofis di level 3 klia main terminal...2 tahun juga disitu
@ammaranuar2544
@ammaranuar2544 3 жыл бұрын
Aduhai sedihnya.....
@ALRUMIE
@ALRUMIE 3 жыл бұрын
Content sgt RARE dan terbaik ni
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Terima kasih Rumie
@afiqahwmz
@afiqahwmz 3 жыл бұрын
Kalau nak diikutkan,saya last pergi KLIA last year bulan 1...yang tu pun saya nak pergi sabah dengan family saya..nasib baik saya sempat merasai macam mana kesibukan kat KLIA and KKIA and dapat merasai naik flight sebelum pkp & pkpd...rindunya nak naik aeroplane 😔
@aminansar726
@aminansar726 3 жыл бұрын
Terimasih kerana update suasana klia terkini.Tak sangka suasana seperti ini.Sekurang2 nya aku x terkejut dengan suasana klia terkini,kerana aku akan ke Klia untuk sesuatu urusan bulan depan.InsyaAllah.
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
InsyaAllah
@roslinashahir5359
@roslinashahir5359 3 жыл бұрын
Semoga Allah angkat wabak ni dan kehidupan kita pulih spt sediakala.Simpatinya pada mereka yg dibuang kerja,semoga diberi rezeki di tempat lain.Lagu pun sedihnya..
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Aminn ya rabbal ‘alamin
@faris9659
@faris9659 3 жыл бұрын
Ya allah sebak bila tonton vd ni...Kita semua berharap agar pandemik ini berakhir di dunia ini dan Dunia Penerbangan Kembali Meriah....tidak kira domestik ataupun international.Actually my dream job nk jdi pilot😕
@sharimanfaizul1791
@sharimanfaizul1791 3 жыл бұрын
Min suruh Datuk Yusuf Haslam buat movie zombie bertajuk "TRAIN TO KLIA" dan bawa ramai pelakon tambahan utk memeriahkan suasana di KLIA.
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
😂😂😂 shark ada tak dalam filem tu
@DaDa-kx2fe
@DaDa-kx2fe 3 жыл бұрын
Bukan Train To Klia laaaa..."TRAIN TO DEATH CITY"
@702sakura
@702sakura 3 жыл бұрын
Uncle A Galak jadi driver train
@maslinamaslan3831
@maslinamaslan3831 3 жыл бұрын
Kalau dah siap filem 'train to klia' .. beritau ye.. nak tengok.. mesti best cite tu.. hi hi 😁
@orangesunquick1434
@orangesunquick1434 3 жыл бұрын
Lengang. Last ke KLIA masa nak pergi buat umrah 4 tahun lepas. Sana sini masing masing sibuk dengan pelbagai urusan. Sebak pula tengok keadaan sekarang. Dunia penerbangan antara yang teruk terjejas kan. Entah bila akan kembali seperti dulu. Semoga covid 19 segera lenyap dan dunia keadaan kembali seperti biasa. Pandemik ni betul betul mengajar kita agar bersyukur segala nikmatNya. Sekali Dia uji bagai 1 dunia mati. Tempat yang dulunya sibuk sekarang lengang. Bagai ditinggalkan terus. Sebak serius sebak tengok. Banyak juga yang terkesan tiada kerja tiada pendapatan lagi. Semoga sementara semuanya pulih Allah lorongkan jalan untuk kita cari rezeki lain
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Amiin
@razizaldin9812
@razizaldin9812 3 жыл бұрын
23.10.2014, mula brkhdmat di MA Niaga, 6 thun sblum pndemic. Kngan jd staff eraman mmg xdpt d lupakan phit mnis getir demi mncri sesuap nasi..plbagai kngan msh trphat hngga ke hari ini..bila shift mlm, msa rest mkn dkt rstoran mamak area trminal bas smbil lyn UCL kt astro,smoga pndemic ini bransur pergi dri Malaysia&Keadaan d KLIA pd msa ini kmbali sperti dlu kala, Trma kasih Eraman, trma ksih KLIA.
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Aminn. Eraman ni ada jual roti jugak kan
@razizaldin9812
@razizaldin9812 3 жыл бұрын
@@rarecation xde bang..yg tu The Zone. perfume,ciga, toys&choc, liquor, bju jam je eraman jual
@ammarfaris16
@ammarfaris16 3 жыл бұрын
Tk sanggup rsanya mnjejakkan kaki ke KLIA selepas melihat episod RARE TV kali ni dengan keadaan KLIA yg tk seperti dlu pasti sedih .. Terima Kasih RARE TV untuk episod (Rare KLIA) terasa seakan berada di KLIA dengan gambaran suasana ketika ini.. Harap Keadaan Akan Kembali Pulih Seperti Biasa .. InsyaaAllah .. Amiin .. Cadangan Saya Untuk Masa Akan Datang Harap RARE TV Adakan 1 Episod Khas Suasana Serta Kemudahan Yang Ada di KLIA .. Tklupa juga Hotel SamaSama KLIA tu ..Huu..
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
alhamdulillah. sama2 kita mensyukurinya
@mohdfitrimohdyusof9583
@mohdfitrimohdyusof9583 3 жыл бұрын
Suatu yg xtercapai oleh akal,tak terbayang oleh minda..berlaku hanya dengan izinnya..berckp tak semudah menanggung,TQ Rare tv,menzahirkan kepada kami apa yg terjadi didalam sana.Semuga suatu hari nanti semua kembali seperti sediakan.#kitajagakita
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
aminn semoga Allah angkat virus ni dari kita
@TheBlueRose10
@TheBlueRose10 3 жыл бұрын
Bayangkan keadaan AirPort HK yg terkenal dgn 24h Busy...sunyi mcmni tahun lps bulan 7. Saya sekeluarga merasa pengalaman tersebut....
@andersonian162
@andersonian162 3 жыл бұрын
mcd tu jarang tak penuh. asal nak masuk je penuh. tempat duduk pun selalu full. sekarang punya keadaan fuhh nampak sunyi habis
@bilahanim89
@bilahanim89 3 жыл бұрын
Sunyi nye airport sejak pandemik ni ye. Last naik flight bulan 5 haritu. Tu pun KLIA sunyi sepi. Nak masuk tandas pun seram. Ni pengangkutan utama kami sejak 2009 sampai sekarang. Banyak suka duka kat sini. Kena tinggal kapal pun pernah. Moga semuanya kembali pulih seperti sediakala. Rindu nak fly bebas tanpa sekatan macam dulu². Sekarang nak balik pun fikir banyak kali. Dah nak masuk 8 bulan tak jejak tanah kelahiran 😭😭
@maddyharith3062
@maddyharith3062 3 жыл бұрын
Rindu suasana riuh KLIA. Last flight international pada tahun 2019 pre covid solo backpacker KUL-LHR MH4. Suasana ramai orang riuh, buat lagi semangat nak travel. Semoga dunia cepat sembuh.
@mohammadnajmi3109
@mohammadnajmi3109 3 жыл бұрын
Speechless...sgt berbeza keadaannya bila kali terakhir datang...moga covid-19 dpt dihapuskan secepat yang mungkin
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
betul tu najmi.. dah jadi lain
@lilyaleysha
@lilyaleysha 3 жыл бұрын
Teringat August 2019. KLIA network down, punya sesak dengan manusia sebab flight delay. Ada yang kena update flight info kat whiteboard je. Ramai sukarelawan membantu. Sekarang, lengang selengangnya. Total opposite within 1 year je
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Betul tu tira
@kucingkuchinchin9657
@kucingkuchinchin9657 3 жыл бұрын
Hidup ini seperti roda ,,adakala kita diatas,,,dan di bawah,,,,..teringat dulu masa g interview..lama dah,,,dia kata I M sorry you below height,,,maksudnya takdapat ler cek nak jadi stewardess masa tu...hu hu
@rahimisahak1874
@rahimisahak1874 3 жыл бұрын
Aku x kesian dengan taikun2 airline ni..kesian pada sahabat2 yg mencari rezeki siang dan malam di sini.. Kat mana mereka sekarang.. Mungkin ada yg dapat keluar dari kesempitan ni tapi x semua.. Doa supaya mereka semua terus sabar dan berjaya dalam hidup..
@zeralzees2511
@zeralzees2511 3 жыл бұрын
Rasa sebak pula lihat keadaan mcm ni..sebelum ni ak akan rasa sgt teruja setiap kali dtg ke sini untuk ke oversea..allah..siapa sangka dalam sekelip mata tempat yang tidak pernah tido ini akan jadi sesunyi ini..Ya Allah ampunkan lah dosa2 hambamu ini dan angkat lah convid 19 ini jauh dari bumi Malaysia tercinta ini aamin
@mohdnabil5193
@mohdnabil5193 3 жыл бұрын
kenikmatan dunia yang Allah bg pinjam sekejap
@zalileo9908
@zalileo9908 3 жыл бұрын
Allah menunjukkan kekuasaan Nya...tiada yg kekal...Mahsyar sdg menanti..#sedarlah
@annagracey445
@annagracey445 3 жыл бұрын
sy bukan kaki travel , nak kata last sy pergi klia 10 tahun yg lepas , masa itu umur baru 10 atau 12 , mak bapa tak muflis lagi. Tapi kenangan sy di klia masih segar. Selalu ikut mak teman ayah gi business travel. Banyak orang kat klia , nak jalan seorang takut hilang nanti. Mesti beratur panjang kat luggage wrapper tu. Tapi tengok sekarang memang susah hati.. kesian kat pekerja2 klia semua. semua kedai dah tutup , sedih tengok tempat yg meyimpan berjuta2 memories kini jadi bandar mati. Semoga semua kembali macam dulu..........
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
ye betul mmg sedih
@yean135
@yean135 3 жыл бұрын
Tq sbb buat survey kat sana...sebab bulan 2 saya nak ke sana
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
i see. sama2 azrin. sambung belajar ke apa azrin
@yean135
@yean135 3 жыл бұрын
@@rarecation bercuti bro
@muhammadalqayyum7125
@muhammadalqayyum7125 3 жыл бұрын
Rindu gila, tahun 2019 every 2-3 minggu fly klia, tunggu dkt terminal, makan2 huhu, jalan2 huhu skrang rindu pulak suasana airport
@asyraf2057
@asyraf2057 3 жыл бұрын
Pernah ke KLIA beberapa hari sebelum PKP berlangsung, masa tu orang pon makin sedikit. Bila dah start PKP, huhh sadisnya sampai sekarang. Moga pekerja-pekerja KLIA, airlines dan mereka mereka yang terjejas tabah hadapi ujian.
@ariffzulkifli6188
@ariffzulkifli6188 3 жыл бұрын
Assalamualaikum RARE TV , Aku Macam tengah tengok filem 🎥 seram pendek , Macam tengah menanti benda besar datang , Dengan background music dia , Dengan suasana kat tempat tu , Rasa seram pun ada , Seriously macam filem guys , Btw TQ sebab up video ni , Lepas juga rindu aku tengok perkembangan terkini KLIA , Sedih , Hiba , Semua ada , Good Job Guys 👍👍👍👍👍 Hasbunallah Wani'mal Wakeel . . .
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Alhamdulillah. thanks for your support ariff
@razib2296
@razib2296 3 жыл бұрын
Datang Jb lah tengok, habis semua shoping2 komplak tutup... Dah jadi bandar berhantu pulak bila masuk sana...
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Itulah. Memang sedih melihat KLIA 2021. Banyak yang terkesan dengan covid ni
@idatahir7423
@idatahir7423 3 жыл бұрын
Just arrived jb
@sutunharry2988
@sutunharry2988 3 жыл бұрын
Penang pun sama.
@lobakputih202
@lobakputih202 3 жыл бұрын
Pasaraya tempat aku masih meriah
@KambingIsHemsem
@KambingIsHemsem 3 жыл бұрын
@@sutunharry2988 kat mana penang yg jadi camtu
@mohdyusof2031
@mohdyusof2031 3 жыл бұрын
Rindu suara pengumuman KLIA setiap kali lalu KLIA semenjak PKP ni
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
suara itu dah sangat rare skrg
@speedbird388
@speedbird388 3 жыл бұрын
Apa yg sya nampak melalui kebolehan sya tempat tu akan sunyi utk mungkin 3-4tahun. Nanti bila nak mula pun berat nak ramai cam dlu..
@ctnahashim4389
@ctnahashim4389 3 жыл бұрын
Allah maha kuasa..sesaat jea Allah tarik segala nikmat..tp masih ada manusia yg alpa.Mari kita sama2 muhasabah diri.
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Betul tu
@lindriatylaini7787
@lindriatylaini7787 3 жыл бұрын
Terakhir jejak kaki balik dari Zurich 4/1/2020........ terasa sayu hati melihat KLIA dalam video ni dengan music semua tempat tu mengamit kenangan ya Allah semoga cepat kau keluarkan virus ini dari bumiMu ini Ya Allah...... semoga kami boleh bermusafir lagi....
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
semoga semua dipermudahkan
@fatimahibrahim4831
@fatimahibrahim4831 3 жыл бұрын
Demi negara....
@wakdollah027
@wakdollah027 3 жыл бұрын
Saya sempat pergi langkawi akhir december 2020 bersama kedua ibu bapa saya setelah lama tertangguh. Masa sampai awal pagi memanh lengang tak ada orang tapi selepas pkol 8 baru ada orang sikit. Kedai pun banyak tutup. Simpati terhadap industri pelancongan dan penerbangan. Doakan mereka yang terkesan akan pulih secepat mungkin
@mrzxuan3829
@mrzxuan3829 3 жыл бұрын
Rindu tempat kerja... Sunyi skarang dlu xpnah snyi... Slalu sibuk
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
kerja di KLIA ke zxuan?
@nuraininana830
@nuraininana830 3 жыл бұрын
Wouu, rindu la nak balik ke Sarawak, haaa kan.... Mudahan tahun 2021,,ni dpt balik miri, I love miri....😭
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
skrg kalau pergi swak pun kena kuarantin huhuhuhu
@mohdzaidimdzabri8109
@mohdzaidimdzabri8109 3 жыл бұрын
Lebih setahun lepas, tiap-tiap minggu saya akan berulang KUL-PEN-KUL, selama 3 tahun. Berjauhan dan ber-PJJ dengan keluarga dek keperluan kerja. KLIA/KLIA2 sememangnya telah menjadi 'rumah kedua' saya. Banyak kenangan pahit manis di kedua-dua lapangan terbang ini.
@mysam563
@mysam563 3 жыл бұрын
Salah Satu bandara hup di Asia tenggara pun boleh se sepi ini....semoga corrona cepat berlalu
@faridahabubakar9879
@faridahabubakar9879 3 жыл бұрын
Klia2 pula pls.. Rindu nak fly2.. Rindu tarik bag beroda.. 😩😩😩😩😩 Rindu gilerrr airport all around the world
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
kannn. memang rinduuu.. huhuhuh
@mhashimhamzah8409
@mhashimhamzah8409 3 жыл бұрын
Wah banyak duit abang ye !;!!
@vivoY-xn1rd
@vivoY-xn1rd 3 жыл бұрын
Rindunye nak fly
@hashimierafsanjani4943
@hashimierafsanjani4943 3 жыл бұрын
Memang sunyi skrg..dulu kami sebagai ramp handler amat sibuk dgn turun naik flight..pagi² da tgk view kapal berbaris nak depart kat landasan..skrg hanya berdoa agar dapat disambungkan kontrak kerja yg bakal tamat pada bulan 3 ni..ramai² sahabat yang terus ditamatkan kontrak kerja dan mencari peluang lain pula di luar sana
@jjacksontv2079
@jjacksontv2079 3 жыл бұрын
Subscribe 55k view ni 60 k ,come on lah 5 k tu subscribe ..tak rugi ,mmg rare punya
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Hahahha
@markyanyang9340
@markyanyang9340 3 жыл бұрын
Sedihnya 😪.. paspport ade pun x berguna bila la pandemik ni nk berakhir.. huhu. Tpi time2 ksoong ni bolh both upgrade airport .. airport kita penah jadi no 2 terbaik tpi skrg jauhnyaa😔.
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
huhu.. semoga keadaan segera kembali pulih seperti sediakala
@nurnuaimsafuraamahadzir8785
@nurnuaimsafuraamahadzir8785 3 жыл бұрын
Kedai bawah jual coklat, perfume, bag semua pun habis semua tutup.... seraaaaaam je rasa masa lalu nak fly sabah last week...
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
itulah
@faezramleeramlee9064
@faezramleeramlee9064 3 жыл бұрын
Saya juga salah sorang perkerja aviation and saya juga terasa sebaknya 😢
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
😢
@ilham5221
@ilham5221 3 жыл бұрын
KLIA berehat.
@amirwahir3252
@amirwahir3252 3 жыл бұрын
Sedih yang teramat.sayang seribu kali sayang.😔😢😭
@ABRUSAHAELEKTRIK
@ABRUSAHAELEKTRIK 3 жыл бұрын
Lengang betul ni.
@Cahayamata2
@Cahayamata2 3 жыл бұрын
Memang sedih..😔 saya landed kat klia 6 Dec 20. E-tren tak jalan, tengok banyak kapalterbang parking kat tarmac, kedai-kedai/restoran tutup, sunyi. Surreal. Bukan klia yg kita biasa dulu. Apatah lagi bila dengar zikir & doa berkumandang through the PA system, hiba yg tersangat.
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
betul...rasa juga semalam. Lagu sedih jer pun dan zikir2
@mairaa9184
@mairaa9184 3 жыл бұрын
Tiada komen...🥺😥😓😫😭...sayu...sedih.. Kita kembali kpd realiti kehidupan ....tiada lagi hiburan, keseronokan, kemewahan....jln2 mkn angin...berkumpul kekawan.....😩 2021 will come and go...
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
aminnnn
@sumijah08
@sumijah08 3 жыл бұрын
Ramai orang tak berani "terbang" buat masa ni.
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
tak boleh terbang pun. Passport pun tak akan dicop kalau tak ada surat
@misranmorniyazani8313
@misranmorniyazani8313 3 жыл бұрын
@@rarecation Betul. Klu "free" pun sy tetap x berani. Baik luangkan masa dgn kluarga d tanahair
@sumijah08
@sumijah08 3 жыл бұрын
Jangan kan ke luar negara, kg pun tak balik. Tiket "hangus" pun tak kisah. Rindu keluarga, video call saja. Semoga wabak cepat berakhir.
@faryd.dchannel7333
@faryd.dchannel7333 3 жыл бұрын
Moga semuanya akan pulih seperti biasa.. AMEEN
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
aminnn
@kamsaamin1734
@kamsaamin1734 3 жыл бұрын
Terbaik bang.. kalau jln waktu malam ni..mesti bikin takut..takut ada Zombie 😄
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
malam takde flight sangat...traffik tak banyak
@kampungboi6237
@kampungboi6237 3 жыл бұрын
Tempat ni sekarang keras.. banyak penghuni makhluk halus
@sutunharry2988
@sutunharry2988 3 жыл бұрын
Hotel,dlm pesawat,kedai2 yg tutup bertahun2 👻
@cathighway
@cathighway 3 жыл бұрын
like jup komen ni haha. admin nak top fan
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
aihh...macam mana nak jadikan topfan ni? Admin pun newbie hahahha
@ieyadkamarulzaman5768
@ieyadkamarulzaman5768 3 жыл бұрын
@@rarecation pinned kan ade📌
@safuanazazis
@safuanazazis 3 жыл бұрын
Sama sama lah kita muhasabah betapa kerdilnya kita ni disisi tuhan. Betapa agungnya kuasa Allah. Dengan hanya penciptaan makhluk wabak yg tak boleh dilihat dengan mata kasar, mematikan kehidupan seluruh manusia seluruh dunia. Allah uakhbar
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Btul tu
@sophiesofea1275
@sophiesofea1275 3 жыл бұрын
Ada hutan kecil dlm KLIA hihik... Makin bertambah la penghuni🤪
@apiesbuzz4602
@apiesbuzz4602 3 жыл бұрын
Sedih mengenangkn kenangan lama masa bekerja di sini.. dlu inilah tmpt kami mencari rezki. Xpnh nampak sesunyi ini 😥. Lps ni xkn sama lg dah cara kita travel. Smua wajib ada buku vaksin br leh travel ke luar negara..
@chaimahgaming2830
@chaimahgaming2830 3 жыл бұрын
Tak lama lagi ni mesti ticket mahal punya nak naik kapal terbang.saya teringin nak pergi disney land
@DapitDiecast
@DapitDiecast 3 жыл бұрын
Wow...memang rarela....sunyi sepi....terbaek guys👍👍👍
@suleimanhusin3730
@suleimanhusin3730 3 жыл бұрын
Semasa pendemik melanda belum pernah ke mana2 Airport pun......benar,.terasa sebak dan sayu.
@giggityden
@giggityden 3 жыл бұрын
haritu pegi airport kuching pon sama macam ni
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
skrg macam mana?
@sweelinalin6958
@sweelinalin6958 3 жыл бұрын
Salam sejahtera encik boleh tanya,saat ini dikl ada bus untuk lintas negri,maksud bus dr kl ke Penang?terima kasih
@ismaildanishrafaein234
@ismaildanishrafaein234 3 жыл бұрын
BANDAR MODEN YG TERHENTI DAN KAKU KETIKA SITUASI PENDEMIK COVID19 MELANDA.... SEMOGA SITUASI HIBA INI LEKAS BERLALU DAN KLIA KEMBALI RANCAK BEROPERASI SPT DULU.. Aamiin
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
amiin
@zk1088
@zk1088 3 жыл бұрын
Patut paspot kita diberi extra hidup 2 3 tahun nnti.. Tak guna pun la ni
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
harapnya gitu lah
@theazmokzchannel794
@theazmokzchannel794 3 жыл бұрын
Thanks Rare TV sedih tengok ni....
@khairulammar6056
@khairulammar6056 3 жыл бұрын
wow rsa dia lain mcm....semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua dan semoga keadaan kembali kepada sedia kala mahupun lebih baik......lg tgk video ni lagi dia feeling....hmmmmmm....rmai yg mencari rezeki di situ jga turut khlgn mata pencarian.
@mateenziyech
@mateenziyech 3 жыл бұрын
Dengar kata sambung lagi pkp 2 minggu dekat 6 negeri. Mesyuarat bersetuju pkp dilaksana kan 2minggu. Innalillah 😭
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
harapnya fake lah...dah tak larat nak berkurung lagi
@mateenziyech
@mateenziyech 3 жыл бұрын
@@rarecation x pasti sebab dpt kt group ws. Harap² fake jugak
@sahiaz
@sahiaz 3 жыл бұрын
@@rarecation dengar khabar....fake news
@sutunharry2988
@sutunharry2988 3 жыл бұрын
@@sahiaz selalunya yg fake news tulah jadi realiti....😂
@mazliismail9575
@mazliismail9575 3 жыл бұрын
Tunggu ari isnin bapa perutusan negara akan umum pkp sbb politik dia dan bungkus..
@sitisakinah8028
@sitisakinah8028 3 жыл бұрын
Dulu di anjung tinjau tu boleh kata banyak flight yg mendarat & berlepas. Haritu seharian di KLIA menunggu flight seterusnya sempat menangis sebab dah xberapa meriah mcm dulu & lebih pedih terasa berapa banyak pekerja yg telah hilang pekerjaan disitu 🥺🥺
@hhpconsult
@hhpconsult 3 жыл бұрын
pengkongsian terbaik tuan
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Terima kasih
@muhdisrar
@muhdisrar 3 жыл бұрын
moga cahaya masih bersinar di ufuk...perjuangan mesti teruskan ..
@rarecation
@rarecation 3 жыл бұрын
Betul tu 💪🏻💪🏻💪🏻
@Izztana666
@Izztana666 3 жыл бұрын
Boleh tunjuk kat KLIA2...
5 Nasi Lemak Legend Kampung Baru Kuala Lumpur
26:31
RARE TV
Рет қаралды 250 М.
Чёрная ДЫРА 🕳️ | WICSUR #shorts
00:49
Бискас
Рет қаралды 5 МЛН
طردت النملة من المنزل😡 ماذا فعل؟🥲
00:25
Cool Tool SHORTS Arabic
Рет қаралды 13 МЛН
WHO CAN RUN FASTER?
00:23
Zhong
Рет қаралды 43 МЛН
КТО ЛЮБИТ ГРИБЫ?? #shorts
00:24
Паша Осадчий
Рет қаралды 1,4 МЛН
Kisah dan Sejarah Lapangan Terbang Antarabangsa Subang
13:13
Fami Versi Bahasa
Рет қаралды 54 М.
Limastiga Homestay Tercantik di Melaka dengan private pool
16:51
YOUTUBER TERSOHOR DI MALAYSIA RARE TV (PART 1)
35:30
TheCommonFolks SG
Рет қаралды 28 М.
Bandar KUALA LUMPUR & Bandar JAKARTA | Amiraaz Reaction
21:44
Amira Amiraaz
Рет қаралды 405 М.
Kayuhan 49km Menaiki Gerabak Mewah Keretapi Tanah Melayu!
27:18
Чёрная ДЫРА 🕳️ | WICSUR #shorts
00:49
Бискас
Рет қаралды 5 МЛН