KONSERT SEARCH SYMPHONIC LIVE IN KUALA LUMPUR

  Рет қаралды 1,649

NIZUAN HANAFFI

NIZUAN HANAFFI

2 ай бұрын

Setelah mencetak sejarah dengan kejayaan siri Konsert Fantasia Bulan Salju yang pertama kali dianjurkan di Arena of Stars, Resorts World Genting pada Ogos 2023 dan Fantasia Bulan Salju Live In Singapore pada Januari lalu, kugiran rock legenda Search belum mahu berhenti mengekalkan keutuhan dan keunggulan mereka.
Kepercayaan terus diberikan oleh pihak penganjur terhadap Search yang disifatkan masih relevan serta ‘mahal’ apabila kugiran yang dianggotai Datuk Amy, Man Kidal, Hillary Ang dan Nasir Daud ini bakal melaksanakan sebuah lagi konsert berskala besar pada tahun ini.
Tidak tampil dengan persembahan klise, Search akan menemui peminat menerusi sebuah konsert berkonsepkan orkestra.
Diberi nama Search Symphonic Live In Kuala Lumpur, konsert tersebut dijadual berlangsung pada 21 September 2024 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Selaku penganjur, Persatuan Rekreasi Global Malaysia menyifatkan kolaborasi perdana dengan kugiran yang terkenal di Nusantara menerusi Search Symphony Live In Kuala Lumpur sebagai satu lagi kejayaan yang bakal dilakar oleh pihak mereka.
Bagi Search sendiri, mengadakan konsert dalam skala besar pada usia empat dekad adalah sebagai tanda aras bahawa karya yang berkualiti akan sentiasa didambakan dan abadi di hati peminat.
Search Symphonic Live In Kuala Lumpur bakal menjadi satu lagi persembahan yang pastinya tidak akan dilupakan peminat.
Biarpun Search akan tetap mendendangkan Pawana, Isabella, Fantasia Bulan Madu untuk ribuan kali, kami tidak dapat menolak hakikat bahawa karya-karya inilah yang mahu terus didengarkan untuk membangkit nostalgia buat peminat senior dan ‘salam perkenalan’ buat pendengar zaman kini terhadap keunggulan era rock dahulu,” ujar vokalis, Amy.
Kugiran tersebut juga mahu memastikan Search Symphony Live In Kuala Lumpur bakal menjadi satu lagi momen terbaik yang pernah dirasai oleh peminat.
Nantikan bagaimana harmoninya jalinan muzik Search dan balutan orkestra pada Search Symphonic Live In Kuala Lumpur, 21 September ini,” ujar Amy lagi.
Tiket-tiket Search Symphonic Live In Kuala Lumpur bermula dengan harga RM168 (PS3), RM268 (PS2), RM368 (PS1) dan RM468 (VIP) boleh dibeli bermula 17 Mei 2024, 2.30 petang menerusi www.myticket.asia atau hubungi talian ticket hotling di 03 8605 0195.
Setiap jualan tiket bagi konsert ini iaitu sepuluh ringgit akan disumbangkan kepada Persatuan Karyawan Malaysia bagi membantu artis-artis yang memerlukan.

Пікірлер: 18
@iskandarmdon1647
@iskandarmdon1647 2 ай бұрын
Biar lah klau syg search sokong dua2
@wingszicko5277
@wingszicko5277 2 ай бұрын
Saya dari jakarta indonesia Saya suka SEARCH KID DIN.. kerana permainan gitar KID sangat bernyawa and berhantu
@irwanfadzil6218
@irwanfadzil6218 2 ай бұрын
yg sebetul konsert EX-Search symphonic
@sazukatoraya4799
@sazukatoraya4799 2 ай бұрын
Kid Din boleh la tuntut royalti kepada Amy...
@user-ln8oi2gp8i
@user-ln8oi2gp8i 2 ай бұрын
Bergaduh sbb dunia yg melalai kan manusia patut usia ni ddk buat ibadat. Umur 60an dah patut ddk buat ibadat
@user-nm6ir2vs5f
@user-nm6ir2vs5f 2 ай бұрын
Ni ex😅klau ikot knyataan nasir pening la kita.putar aje mcm abg non😅
@santichardnavichit5907
@santichardnavichit5907 2 ай бұрын
Arrangement gitar tu dari KidDin kan? Kena dpt royalti dr konsert juga
@nothingelsematter-gj6hx
@nothingelsematter-gj6hx Ай бұрын
konsep orkestra? sbb dh tak mampu nyanyi..kan..tak berani la tu wat konsep hard rock en.. dah la amy.. tyh bernostalgia
@baharinazman5116
@baharinazman5116 2 ай бұрын
sayang..band ni dh pcah dua..album bru pn tk da...konsert untuk album khataris pn..tk da...brgabung lh semula..itu lebih baik utk konsert search...dh muak dgn konflik..pminat nk dgar lgu2 bru..album baru citarasa search terkini..
@paganini600
@paganini600 2 ай бұрын
Kalau perhatikan amy ni,,kalau kid dgn din umum buat konsert lps tu dia mesti umum buat konsert jugak
@iskandarmdon1647
@iskandarmdon1647 2 ай бұрын
Biarlah Ku syg mereka..Amy group kiddin..doakn mereka berdamai..walaupn tdak bersatu.biar mereka bawa nma search dgn cara mereka sendri
@razalrijaal5838
@razalrijaal5838 2 ай бұрын
Betul
@cherozicheomar874
@cherozicheomar874 2 ай бұрын
Maaf,X search.Semua yg ada sudah keluar search.
@samson9098
@samson9098 2 ай бұрын
Search??????????????
@taliblateh4481
@taliblateh4481 2 ай бұрын
Ex- Search ni
@ahmadkadir8583
@ahmadkadir8583 2 ай бұрын
Search babbi apalagi ni kamu kan sudah keluar dari search ..
Kid is NOT SEARCH! Here's Why
8:02
Don Laught
Рет қаралды 95 М.
Yazit enggan mohon maaf
7:06
Harian Metro
Рет қаралды 99 М.
لقد سرقت حلوى القطن بشكل خفي لأصنع مصاصة🤫😎
00:33
Cool Tool SHORTS Arabic
Рет қаралды 21 МЛН
Ouch.. 🤕
00:30
Celine & Michiel
Рет қаралды 19 МЛН
Playing hide and seek with my dog 🐶
00:25
Zach King
Рет қаралды 35 МЛН
Smart Sigma Kid #funny #sigma #comedy
00:40
CRAZY GREAPA
Рет қаралды 25 МЛН
Mentari Merah di Ufuk Timur SEARCH, Amy : Denden
9:26
Septria93
Рет қаралды 68 М.
Kid ajak bincang baik-baik, malu ahli Search berbalah di media sosial
5:43
mStar Online Malaysia
Рет қаралды 62 М.
MUS SATIRA | Solo Isabela | Idea Kid Atau M. Nasir?
7:28
Ad Samad
Рет қаралды 45 М.
SEARCH SYMPHONIC - Sidang Media (with Interview)
43:38
Daddy Rain
Рет қаралды 10 М.
Jujur : RADJA feat. Ella :  Live in Kuala Lumpur : 12.11.23
9:21
the end 😂🤣 #funny #funnyshorts #funnyfails #failsvideo
0:52
Purr Laughs
Рет қаралды 15 МЛН
Now we are both equal! 📱😹
0:22
Cat in Day
Рет қаралды 2,8 МЛН
БАТЯ И ЗОМБИ АПОКАЛИПСИС , МИРУ КОНЕЦ?
20:52
BATEK_OFFICIAL
Рет қаралды 4,3 МЛН