Lagu Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) v2020 | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Karisma Maju Mulia

  Рет қаралды 7,962

Karisma Studios

Karisma Studios

4 жыл бұрын

Lagu Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) versi 1/2020
Music Malacca Matriculation College (MMC) version 1
Alumni KMM - KARISMA (Kelab Alumni KMM) | JPP | NTP | SY
.
Kolej Matrikulasi Melaka
Berdiri megah di bumi bertuah
Menjunjung moto karisma maju mulia
Berganding bahu mencipta sejarah
Visi KMM institusi terbilang
Melahir pelajar akademik cemerlang
Berbudi tinggi berakhlak mulia
Berpegang teguh pada yang Esa
Kolej Matrikulasi Melaka
Namamu masyhur di Malaysia
Dihempas badai tetap teguh setia
Karisma maju mulia
Kolej Matrikulasi Melaka
Namamu harum di Malaysia
Dihempas badai tetap teguh setia
Karisma maju mulia
.
Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) ialah sebuah kolej matrikulasi yang terletak di Londang, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka, Malaysia.[1] Kolej ini merupakan kolej matrikulasi pertama dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
.
Kolej Matrikulasi Melaka (KMM) seluas lebih kurang 85 ekar terletak di Londang, Masjid Tanah, Alor Gajah, Melaka, Malaysia. Kolej ini telah siap dibina pada 1 Jun 1999. Sebanyak 61 orang staf kolej telah mula bertugas mulai tarikh tersebut dan pengambilan pelajar sulung sesi 1999/2000 bermula pada 19 Julai 1999. Kolej ini ditubuhkan dengan matlamat Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu untuk menyediakan pelajar-pelajar mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS). Kolej ini adalah di bawah pentadbiran Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Terdapat tiga jabatan akademik yang menguruskan hal ehwal akademik di Kolej Matrikulasi Melaka. Jabatan tersebut ialah Jabatan Matematik, Jabatan Sains dan Jabatan Sastera Ikhtisas. Bagi menguruskan hal ehwal pelajar, satu jabatan baru diwujudkan bermula tahun 2007 iaitu Jabatan Pengurusan Pelajar. Di bawah jabatan ini, terdapat Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Kokurikulum dan Unit Hal Ehwal Pelajar.
Program Matrikulasi yang dikendalikan oleh Kolej Matrikulasi Melaka adalah Program Matrikulasi Sains dan Program Matrikulasi Perakaunan. Jangkamasa program ini adalah selama satu tahun atau dua semester. Pengambilan program ini adalah pada bulan Mei setiap tahun. Kolej Matrikulasi Melaka juga mengendalikan Program Matrikulasi Sains Dua Tahun. Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar yang tidak dapat mengikuti program satu tahun
.
Moto : Karisma, Maju, Mulia
.
Visi : Kolej Matrikulasi Melaka sebagai pusat kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar program prauniversiti yang terbilang menjelang 2010
.
Misi : Memastikan program matrikulasi yang dilaksanakan mencapai tahap cemerlang pada setiap masa dari segi kurikulum, kokurikulum dan sahsiah melalui iklim pendidikan yang kondusif serta pengurusan kolej yang efisien dan mesra
.
Objektif :
1) Menghasilkan para lulusan matrikulasi untuk program ijazah pertama dalam bidang professional di institut pengajian tinggi dalam dan luar negara
2) Mewujudkan dan membina kesedaran pelajar ke arah penghayatan budaya ilmu yang terancang dan sistematik
3) Membentuk generasi pelajar yang berdisiplin, berakhlak mulia, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri yang unggul.
4) Menghasilkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif
.
Slogan : Kecemerlangan anda kejayaan kami
.
Ikrar Pelajar Matrikulasi
Bahawasanya saya mengaku sebagai pelajar matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia, akan patuh kepada syarat dan peraturan kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia
Bahawasanya saya akan berusaha sedaya upaya menimba dan mendalami ilmu pengetahuan dan menggunakannya untuk kesejahteraan ummah
.
Tafsiran Logo
- Bentuk Am
1) Gabungan dua asas reka bentuk iaitu biformik dan geometri menunjukkan gabungan pendidikan informal dan formal, keseluruhannya juga mewakili keseimbangan antara rohani dan jasmani
2) Lukisan secara blok heksagon KMM (huruf K dan M) menunjukkan kekukuhan dan kestabilan Kolej Matrikulasi Melaka sebagai pusat pengajian matrikulasi dan seterusnya merupakan moto kolej iaitu "Karisma, Maju, Mulia"
3) Gabungan dua simbol dinamik menunjukkan suatu pergerakan yang berterusan dan membentuk suatu yang global. Ia bersesuaian dengan visi untuk mencapai pengiktirafan dunia
4) Lukisan simbol yang bersentuhan menunjukkan komitmen dan kerjasama antara warga kolej untuk mencapai kejayaan
5) Tulisan KMM yang mengarah ke hadapan dan ke atas menunjukkan keazaman kolej mencapai matlamat. Manakala huruf berbentuk geometri, melambangkan sains dan teknologi yang berterusan
- Warna
1) BIRU - Kesepaduan ilmu yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
2) HIJAU - Melambangkan universal, kesejahteraan dan keislaman
3) KUNING - Menekankan budaya ilmu dan keutuhan pendidikan yang menjadi teras visi dan misi kolej
4) PUTIH - Melambangkan kemuliaan dan kemurnian
.
Jabatan Pendidikan Tinggi | Program Matrikulasi KPM (Negeri Malaysia)
.
Profesional Mara, Sains Hayat, Teknikal, Tvet, Perubatan, Kejuteraan, Fizikal, Akauntan, Bumiputera

Пікірлер: 12
@zanisnis4223
@zanisnis4223 4 ай бұрын
Moga anak2 kta semua berjaya masuk ke sini guys...aminnnn
@asyraflutfi8669
@asyraflutfi8669 2 жыл бұрын
Kepada adik² junior.. gudluck.. Matrik buruk xpe, kita dtng nk belajar bukan nk holiday haha - batch 20/21
@dayanamali7762
@dayanamali7762 4 жыл бұрын
Bakal ke sini tahun nie ✨
@MuhdAqmar
@MuhdAqmar 3 жыл бұрын
13/14 here! Allahu, rindunya.
@muhammadhafizzudin2841
@muhammadhafizzudin2841 4 жыл бұрын
NIce !!
@luckymia686
@luckymia686 3 жыл бұрын
Rindunya KMMk..last sini tahun 2002..lagunya pun lain..
@juraaid
@juraaid Жыл бұрын
Ye la. Ni lagu baru kan. Saya batch 2003/04.. haha.. Kolej matrikulasi melaka, megah unggul berbudaya
@RADIKAL_23
@RADIKAL_23 Жыл бұрын
Saya bercita-cita nak masuk Kolej Matrikulasi Melaka 3 Tahun Lagi(Selepas SPM) Sekarang saya baru Tingkatan 3.
@nurinjazlinarazali3219
@nurinjazlinarazali3219 5 ай бұрын
masuklah dik, best sini
@intanazila2867
@intanazila2867 3 ай бұрын
semoga dipermudhkn dik
@azhariasmawi
@azhariasmawi 3 жыл бұрын
Sir Hazmir edit ke video ni??? Salam dr batch 18/19
@fitriismail2025
@fitriismail2025 Жыл бұрын
Alumni KMM tahun 2011
Melaka Maju Negeriku Sayang | Lirik Lagu (Malaysia)
3:00
Karisma Studios
Рет қаралды 6 М.
Lagu Negeri Perak (Allah Lanjutkan Usia Sultan)
1:29
jiwa merah
Рет қаралды 1 МЛН
100❤️
00:20
Nonomen ノノメン
Рет қаралды 61 МЛН
Can you beat this impossible game?
00:13
LOL
Рет қаралды 58 МЛН
Sumayyah
5:03
HIJJAZ CHANNEL
Рет қаралды 4,6 МЛН
Selamat Hari Guru Medanians!
3:52
Azhar AJ
Рет қаралды 771
PANDUAN ASAS KAWAD KAKI KRS/ TKRS - KAWAD STATIK
4:50
KRS PERAK
Рет қаралды 97 М.
Hari Guru 2016 - MRSM Terendak
9:47
TerendakPict Studios
Рет қаралды 3,4 М.
matrikulasi melaka MPPB 2010/2011
10:21
Hakim Zin
Рет қаралды 2,8 М.
hari santri
1:01
Siti nurhasanah
Рет қаралды 13
LAGU RASMI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, VERSI KHAS 25 TAHUN UMS
2:05
PPIB UMS OFFICIAL
Рет қаралды 16 М.
Lagu Negeri PAHANG - Allah Selamatkan Sultan Kami + Lirik
0:48
Cikgu Rock
Рет қаралды 269 М.
RAIHAN NASYID (TOP 10 LAGU)
50:13
iwan adi permana
Рет қаралды 1,1 МЛН