Majlis Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/3/2022

  Рет қаралды 169,130

Air Times News Network

Air Times News Network

Жыл бұрын

Seramai 77 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya membuktikan kecekalan apabila lulus Kursus Asas Komando, pada siri kali ini.
Majlis Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/3/2022 telah disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK), Mejar Jeneral Nubli Hashim di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Sungai Udang.
Turut hadir Pengarah Gerak Khas, Pegawai-pegawai Kanan GGK, dan keluarga penuntut kursus.
Dianggarkan seramai lebih 300 pengunjung termasuk ahli keluarga penuntut hadir untuk menyaksikan upacara penuh bersejarah itu, hari ini.
Kesemua mereka telah dianugerahkan Beret Hijau, Dagger Komando dan sijil bagi melayakkan mereka memakai Beret Hijau Gerak Khas.
Beliau dalam ucapannya menjelaskan, kejayaan penuntut kursus hari ini bukan sahaja menjadi kebanggaan TDM, malah ianya juga menjadi kebangaan keluarga para peserta.
Jelasnya, pengambilan anggota untuk kursus ini hanya ditawarkan kepada mereka yang hadir secara sukarela serta mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi sepanjang kursus yang telah dilalui.
“Sepanjang kursus, peserta telah menunjukkan kemampuan serta semangat waja yang diperlukan oleh pasukan Gerak Khas. Diatas prestasi ini, kesemua penuntut dianugerahkan Beret Hijau yang menjadi lambang keangungan Gerak Khas,
“Ini bermakna kesemua penuntut telah diterima sebagai warga Gerak Khas,” katanya dalam ucapan ketika Majlis Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/3/2022, pada Jumaat.
Dalam masa yang sama, Nubli turut menegaskan bahawa beret hijau yang diperolehi ini harus sentiasa diperlihara kerana ianya merupakan maruah dan kebanggaan Gerak Khas.
“Justeru, penuntut-penuntut semua perlu buktikan bahawa benar-benar layak memakainya dengan erti kata sebenar,
“Amat malang sekali jika beret hijau yang dipakai itu terpaksa dilucutkan secara keji disebabkan salah laku seperti tidak mematuhi arahan atau melakukan perbuatan yang bertentangan dengan peraturan perkhimatan,
“Oleh itu, saudara-saudari telah bertungkus lumus untuk mendapatkan beret hijau, jadi janganlah dicemerkan hanya dengan perbuatan yang remeh dan tidak waras,” jelasnya lagi.
Terdahulu, acara dimulakan dengan demonstrasi serbuan pantai dan menyelamatkan tebusan diikuti Perbarisan Penganugerahan Beret Hijau Gerak Khas dan penyerahan bendera kursus.
Demonstrasi ini secara tidak langsung mempamerkan keupayaan 11 RGK dan 21 GGK sebagai tunjang kedaulatan negara dalam menghadapi ancaman semasa selain perisai pertahanan negara.
Difahamkan seramai 2 pegawai dan 208 anggota menyertai kursus komando ini di peringkat awal namun sehingga akhirnya, hanya 77 anggota sahaja yang berjaya lulus.
Penuntut Keseluruhan Terbaik Kursus Asas Komando Siri AK/3/2022 diberikan kepada Sarjan Mohd Nizam Mohd Zuki yang merupakan seorang bekas Jurulatih di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA).
Peserta kursus perlu menempuhi latihan-latihan yang menguji tahap kemahiran ilmu medan perang, kekuatan mental dan fizikal menerusi latihan seperti latihan peringkat kem, peringkat hutan, Long March 160 kilometer (km), peringkat paya dan peringkat laut. -airtimes.my
#airtimes #malaysia #komando #ggk #gerakkhas #specialforce #greenberet #asaskomando #tentera #tenteradaratmalaysia #angkatantenteramalaysia #sungaiudang #melaka

Пікірлер: 184
@mohdazri1164
@mohdazri1164 Жыл бұрын
Tahniah buddy Sarjan Nizam Sniper,seorg junior yg sgt baik waktu di Pasukan 20RAMD dulu.Seorg yg jaga solat dan pandai menghormati anggota yg lebih senior.Semoga berjaya sampai pencen di pasukan baru nanti
@nizamzam8106
@nizamzam8106 Жыл бұрын
Terima kasih abg Azri... Syukur alhamdulillah dengan kurniaan Allah SWT... Semoga ianya memberi seribu kebaikan dihari mendatang kelak... Aamennn🤝
@fahrilsahimikemi1879
@fahrilsahimikemi1879 Жыл бұрын
@@nizamzam8106 Tahniah Tuan Nizam ...usia bukan halanga ...satu soalan sy ...mcm Tuan dari Pulada maybe dah instructor disana berdasarkan pangkat sarjan...mcm mn GGK selaraskan pangkat Dan latihan utk Tuan sebab Tuan mungkin yang dah Ade kepakaran....
@muhammadrohaizam1589
@muhammadrohaizam1589 Жыл бұрын
@@fahrilsahimikemi1879 latihan sama jew ngn prebet2 yg ambik basic komando,,pangkat akan tetap,dapat elaun komando
@shahrinkancilkancil6271
@shahrinkancilkancil6271 Жыл бұрын
Terbaik panglima
@BrigedAlQassam
@BrigedAlQassam Жыл бұрын
​@@fahrilsahimikemi1879tgk masa interview tu , tutup muka terus , ni bukan calang2 punya kepakaran ni
@zamzam7370
@zamzam7370 Жыл бұрын
saya sampai mengalir air mata melihat mereka berjaya menjadi seorang komando 21 GGK,kerana kita semua tahu bukan senang dapat melepasi kursus komando GGK ini,ia adalah kursus khusus komando yang tidak semua tentera dapat lakukan dengan jayanya..tahniah pada mereka semua.💪💪👍👍
@tukangribut
@tukangribut Жыл бұрын
lembik la kau nak nangis lak
@pokjie46
@pokjie46 Жыл бұрын
manjanya
@user-lk2hs7ve6l
@user-lk2hs7ve6l 10 ай бұрын
Hebat
@johnconnor8920
@johnconnor8920 8 ай бұрын
Ini boss Komando yg benar kzfaq.info/get/bejne/j9WPiNF0udjLpoU.htmlsi=OXqH8al_U_KdXRap 😂😂
@yusriisayuskdo5987
@yusriisayuskdo5987 5 ай бұрын
​@@johnconnor8920apa yang tak benarnya komando ini
@rosliabdullah4135
@rosliabdullah4135 Жыл бұрын
Saya turut merasa bangga kerana ada wakil dari satu daerah dengan saya , batu Jong kuala Krai Kelantan , syabas anak muda semoga menjadi Anggota komando GGK yg taat setia berbakti pada agama bangsa dan negara tercinta , aamiin 🤲😊
@norashikhienthaharinenterp8587
@norashikhienthaharinenterp8587 Жыл бұрын
Alhamdulillah. Tahniah anakku 034 Muhammad Amir Alif bin Mohd Amerudin. Selama 3 bulan mama sentiasa doakn Acik agar tabah mengharungi segala cabaran dlm Kursus Asas Komando ni. Muga akan maju jaya masa akan dtg. Amin.
@norashikhienthaharinenterp8587
@norashikhienthaharinenterp8587 Жыл бұрын
Selama 3 bulan*
@matzamsaibun583
@matzamsaibun583 Жыл бұрын
Tahniah puan atas kelulusan anak basic kdo..
@AMprojectofficial
@AMprojectofficial Жыл бұрын
Tahniah kepada anak makcik
@norhayatulainiazlee4790
@norhayatulainiazlee4790 Жыл бұрын
tahniah
@norashira4823
@norashira4823 Жыл бұрын
@@norashikhienthaharinenterp8587 3 bulan ja khusus komando...fit khusus komando...mental baja
@prodigyborneo9558
@prodigyborneo9558 Жыл бұрын
Tahniah Komando sekalian, anda adalah aset berharga pertahanan negara 🇲🇾👋
@dindin6291
@dindin6291 Жыл бұрын
Komando malaysia adalh salah satu pasukan elet yg d hormati dn d guruni oleh dunia,jaga adat dn tatasusila kita walau pn siapa kita,maka kita akn d hormati oleh sesiapa saja.teruskn perjuangan demi negara kita,walau pn orang tk mengenali siapa kita.
@apitz6491
@apitz6491 Жыл бұрын
Tahniah adk, Teruskan perjuangan anda, sama2 lah kita mempertahankan negara kita yang tercinta ini, Kagum dgn kalian semua, kalian semua hebat ✊🏻🇲🇾♥️
@cicikwani
@cicikwani Жыл бұрын
bila panglima tanya pasal mak ayah datang tak, aku rasa sedih sangat sebab anak arwah abang aku pun komando dan dia tak sempat pun tengok anak dia jadi komando... mesti anak buah aku sebak kalau dapat soalan macam tu... mesti arwah abang aku bangga anak dia jadi komando...
@annasdaus4565
@annasdaus4565 Жыл бұрын
Ya Allah semoga doa yang membaca dan impian ku menyertai tentera dan ggk termakbul akan datang ..amin³
@Loi8188
@Loi8188 Жыл бұрын
Bila tgk geng komando ni rasa semangat sgt and teringin nak masok..harap2 ad rezeki la jdi komando 1 day😊
@muhammadradzimansur9175
@muhammadradzimansur9175 Жыл бұрын
Tahniah komando m.sia, semoge kesihatan bdn sht hndak nye d prmdah kn segala urusan dunia akhirat kelak 👌🇲🇾
@johnconnor8920
@johnconnor8920 8 ай бұрын
Contoh kamando yg sebenarnya kzfaq.info/get/bejne/j9WPiNF0udjLpoU.htmlsi=OXqH8al_U_KdXRap
@mfitrimshukri5678
@mfitrimshukri5678 9 ай бұрын
Tahniah tahniah ... saya suka part Panglima tanya status perkahwinan mereka... kalau yg bujang tu moga dapat jodoh yg memahami tugas mereka sbg komando
@user-yx5jf7nt9i
@user-yx5jf7nt9i Жыл бұрын
Syabas dan tahniah perwira2 negara 💪👍🇲🇾
@mohdzainiebinfaizal3254
@mohdzainiebinfaizal3254 11 ай бұрын
Dalam hati mesti nanggis kegembiraan. Kerana mendapat beret keramat. Papepun tahniah skot² semua. Sy doakan semoga maju jaya. All the best u all
@ysy812
@ysy812 Жыл бұрын
Respect komando!...komando yg aku kenal rata2 memiliki pekerti yg baik...teruskan perjuangan kalian, semoga dipermudahkan urusan kalian semua 🤲
@matpenodx2059
@matpenodx2059 Жыл бұрын
love you GGK pencinta ATM Komando GGK🥰♥️🇲🇾🙏semoga selalu siap dlm apa jua cabaran anasir asing 👍
@MayaZubir
@MayaZubir 10 ай бұрын
Bayangkan masa latihan mesti ada rasa give up.Tapi bila dah berjaya mcm nie mesti rasa bangga dan tak sangka boleh habiskan latihan.Tahniah wira negara.Moga Allah Swt pelihara kalian semua ♥️
@zawawiyahya1512
@zawawiyahya1512 Жыл бұрын
Alhamdulillah syukur padaNya 🤲🤲🤲❤️❤️❤️🇲🇾🇲🇾🇲🇾
@muhammadnajmi2460
@muhammadnajmi2460 Жыл бұрын
Ayah seorang PASKAU , anak seorang KOMANDO..... Alhamdulilah.....
@ccsccs6212
@ccsccs6212 Жыл бұрын
Bukan PASKAU sahabat tapi rejimen para.
@QudusMystiQ
@QudusMystiQ 11 ай бұрын
@@ccsccs6212wahhh briged para 🙌🏽
@ismailhassan6439
@ismailhassan6439 Жыл бұрын
Tahniah Komando semua.anda semua mmg yg terbaik.
@MARGINCAL767
@MARGINCAL767 Жыл бұрын
Askar Kita nampak ganas Dan samseng...paling Aku minat legan baju Di lipat.💪💪💪👍.jagalah tanah Malaysia yg bertuah ini.terbaik komando.
@kefliayobpictures365
@kefliayobpictures365 Жыл бұрын
Lipat baju tu dipanggil lipat samseng
@zawiyahsu4927
@zawiyahsu4927 10 ай бұрын
Alhamdulillah Tabarokallah Tahniah 249 Haziq Kahar atas kejayaan mengharungi kursus komando hingga mendpt beret hijau. Moga terus tabah mnghrungi liku sebg tentera komando 💪🤲
@linsdimas7779
@linsdimas7779 10 ай бұрын
Tahniah puan.Anakanda saya akan tauliah dan terima beret hijaunya mgu depan.Hanya Allah yg tahu hati ayah ibunya kan?Allahuakbar.
@cthunny
@cthunny Жыл бұрын
Tahniah semua..u all the best..👍👍
@danielsfahmie8485
@danielsfahmie8485 Жыл бұрын
Bravooo sabah sarawak ttp ada dri dulu hingga sekarang dlm unit komando
@linsdimas7779
@linsdimas7779 10 ай бұрын
Sabahan n sarawakian ni mmg hebat...kuat jati diri dan tahan lasak.Allahuakbar👍👍
@detektifmatconan6075
@detektifmatconan6075 Жыл бұрын
Tahniah buat komando semua.. kamu la wira2 kami untuk menjaga tanah air kita semua...
@mohdhafizhk
@mohdhafizhk Жыл бұрын
Tahniah kepada semua 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
@hasifzy6192
@hasifzy6192 Жыл бұрын
Terima kasih kepada komando malaysia... Anda memang layak mendapatkan beret hijau...sebak rase setiap jawapn di beri..
@abdulrajaf6
@abdulrajaf6 Жыл бұрын
Syabas..Teruskan Perjuangan...Mu utk Bangsa dan Negara....(DatangMu tidak d Dendang Jika Ragu sila Pulang itu yg sy ingat sampai hari nie..)...💪
@shabarudinnayan344
@shabarudinnayan344 Жыл бұрын
Ada juga wakil dari Sik Kedah, ayahnya pula mantan komando.. Tahniah legasi komando3x
@syafiqali8548
@syafiqali8548 10 ай бұрын
Saye ke sini lepas tgk perbarisan Hari Kebangsaan 2023 , semoga ada sorang anak saya satu hari nanti dapat masuk komando, anak saya 3 orang lelaki semuanya . Insyallah .
@izzatabdullah1255
@izzatabdullah1255 Жыл бұрын
Air mata mengalir kerana kita merasa kasih dan sayang yg sama
@faizhakimimazlan1593
@faizhakimimazlan1593 Жыл бұрын
All the best semua perwira negara🫡🫡
@dragon_19
@dragon_19 Жыл бұрын
tak best lah jungle head tak jadi UFO🙁.. apa² pun sy ucapkan tahniah pada semua yg telah berjaya menamatkan kursus asas komando 🤟🏼
@MagmaMag
@MagmaMag 10 ай бұрын
SEMOGA.... SEMUA NYA...ANGGOTA KOMANDO///TENTERA //POLIS//DAN PENJAWAT AWAM....LAIN NYA......BERJAYA SEMASA MASIH BERKHIDMAT SEBAGAI PENJAWAT AWAM.....JUGA BERJAYA DALAM APA JUGA KERJAYA...SELEPAS BERSARA... NANTI.....AMIN YA RABBAL ALAMIN 🤲🤲🤲
@ainulumairahsyafiqahridzua2642
@ainulumairahsyafiqahridzua2642 Жыл бұрын
tahniah kpd semua yg telah b'jaya melepasi krusus asas komando siri 3/2022...
@gumihokagawa3976
@gumihokagawa3976 Жыл бұрын
Tahniah !!! Anda memang hati kering !!!
@sabrichik3006
@sabrichik3006 Жыл бұрын
Terima kasih mnjaga keamanan Malaysia tercinta..Komando Komando Komando💪
@alansori.
@alansori. Жыл бұрын
Tahniah adinda2 semua Kdo 3x!
@epuloppoa3149
@epuloppoa3149 Жыл бұрын
Tahniah sjn Nizam sniper penuntut terbaik..
@KasimBaba745
@KasimBaba745 Жыл бұрын
Tahniah 🤲🏽💪🏽
@shahleez955
@shahleez955 Жыл бұрын
Tahniah my lil bro👏
@rafiqrusli2446
@rafiqrusli2446 Жыл бұрын
Terbaik lh panglima ni mmg prihatin dkt ank ii buah
@azzurri1979
@azzurri1979 10 ай бұрын
Alhamdulillah. Tahniah semua #PROUD
@MalaysiaIsProChannel
@MalaysiaIsProChannel Жыл бұрын
Impian sy 💪
@devil69774
@devil69774 Жыл бұрын
mntap org sarawak
@kamalariffin9514
@kamalariffin9514 Жыл бұрын
Tahniah 👍💪
@youtubebodo1612
@youtubebodo1612 Жыл бұрын
Komando yg paling Aku minat.ggk beb
@linsdimas7779
@linsdimas7779 10 ай бұрын
Semoga Allah jaga dan rahmati anakandaku dan kalian semua anggota GGK yg sedia berkorban menjaga negara ini utk kami.Memastikan keamanan tanah ini hga kmi tenang menghuninya.Aamiin.
@jamaljames1045
@jamaljames1045 11 ай бұрын
Zaman era 1987 seramai 484 yg ambil basic course hanya 48org lulus tp SLPAS pakai beret 2anggota di lucutkan beret hijau DN hanya 46org saja yg di anugerahkan beret hijau sp skot 1068 mungkin tau sajaRah ini Jewa DN semangat komando Maseh kkl sampai k hari ini terlalu istimewa hidup sbgai SEORG anggota KOMANDO YG XDA DLM MNA2 UNIT DLM ATM
@fizanhafiz7603
@fizanhafiz7603 Жыл бұрын
Tahniah anak buah sy,yg telah lulus basic komando...delegasi seterusnyaa...komando!komando!komando!
@noelettetobin4114
@noelettetobin4114 Жыл бұрын
Tahniah semua
@zafirzarsx8071
@zafirzarsx8071 Жыл бұрын
Bangga aku, ada org Balik Pulau ...Terbaiklah KOMANDO !!!!!
@muhdirfan7035
@muhdirfan7035 Жыл бұрын
Insyaallah one day 🤗
@AKANE-ho1pj
@AKANE-ho1pj Жыл бұрын
Umur berapa bro
@mcv9119
@mcv9119 Жыл бұрын
@@muhdirfan7035 muda lagi, aq pun nak masuk tentera tapi ikut kemampuan lah kalau lulus alhamdulillah
@muhammadmustaqim4927
@muhammadmustaqim4927 Жыл бұрын
Aminnn... Doakan aku gak. Aku pun nk dptkan beret hijau. Semangat dia lain mcm bile tgk depa ni🔥
@econxgv3138
@econxgv3138 Жыл бұрын
Perkemaskan diri.. yakin kpd ALLAH SWT..insyaALLAH berjaya
@Greensillycat
@Greensillycat Жыл бұрын
Semangat! 🔥🔥
@shariffudinshariffudin4115
@shariffudinshariffudin4115 Жыл бұрын
terima kasih arwah abah kerana menjadikan kami sebahagian keluarga besar komando di sini aku dilahirkan sebagai anak komando
@matzamsaibun583
@matzamsaibun583 Жыл бұрын
Tahniah JL pulada penuntut terbaik basic kdo
@wakman6889
@wakman6889 Жыл бұрын
Berkhidmat lah hingga layak dapat pencen...
@mohdanuarothman7550
@mohdanuarothman7550 Жыл бұрын
Tahniah kpd Komando muda
@QwertQwert-uw1yw
@QwertQwert-uw1yw Жыл бұрын
Sebagai jl basic kdo ...sy turut berbangga
@mohdazli5485
@mohdazli5485 Жыл бұрын
Bangga seronok..Tahniah
@muhamadasrul3679
@muhamadasrul3679 Жыл бұрын
Paling x best berpisah dgn kawan2 sahabat...😥😥😥😥...sedih dia mcm hilang anggota badan...bila taw hilang sahabat disebabkan musuh yg menembak nya...semangat balas dendam dia...lain mcm...syg kawan2,syg ank bini,syg mak ayah..sngt2 berbeza...
@damnsan00
@damnsan00 Жыл бұрын
terbaik 👍
@ilphansyahsoftball1384
@ilphansyahsoftball1384 Жыл бұрын
Ada dengar asal dri Bintulu Sarawak💪 komando terbaik
@cucunyaii1198
@cucunyaii1198 Жыл бұрын
Taman Ibukota, KL. Brader ni mmg lejen. Org kampung aku tu. Hahaha
@pdfren5776
@pdfren5776 5 ай бұрын
Syabas panglima2 negara
@t700qwe8
@t700qwe8 7 ай бұрын
Mantap.. ♥🇲🇾
@dausszzdauszz
@dausszzdauszz Жыл бұрын
insyallah oneday
@nodinnorazira8452
@nodinnorazira8452 Жыл бұрын
Green baret....terbaik....ggk...cepat dan cergas.....
@fahrilsahimikemi1879
@fahrilsahimikemi1879 Жыл бұрын
Admin maintain video Ade interview panglima ngn wira baru kita ...nak tau background diorang dari mana...
@Maa0301
@Maa0301 Жыл бұрын
Sarawakian bosskurrrr💪💪💪
@muhammadzulsyafiq9424
@muhammadzulsyafiq9424 Жыл бұрын
Alhamdulillah..ada orang sekampung anggota 21 komando...
@abdulkhalilsalehin3486
@abdulkhalilsalehin3486 Жыл бұрын
Tahniah Wira Negara🇲🇾 Komando!!!
@mizieeagle2709
@mizieeagle2709 10 ай бұрын
Mantap💪💪💪👍👍👍
@kamariahyunos8495
@kamariahyunos8495 Жыл бұрын
Terbaik dan Mantap. Komando Komando Komando
@ahmaddafaads1542
@ahmaddafaads1542 5 ай бұрын
Kursus asas 2023 ada ke salam dari Indonesia
@hafizadyney469
@hafizadyney469 Жыл бұрын
Tahniah all....yg penaga pulau pinang tu balik orientasi beret dulu kat kola Bekah sblm lintas balik umah na...🤣👍💪
@kamaruddinjusoh3079
@kamaruddinjusoh3079 Жыл бұрын
TAHNIAHH KPDA SEMUA YG TAMAT KUSUS ......TAHNIAH...
@tunpahsuntonseelot3024
@tunpahsuntonseelot3024 Жыл бұрын
Tahnyah ingat jaga nama baik.GGK. 1, hindarilah atau jauhilah Dadah 2. Hindarilah THTC 3, jangan melawan Arus 4, khlwat 5, Pergaduhan di tempat Awam 6, hindarilah Arak.
@ayinpisah2723
@ayinpisah2723 Жыл бұрын
Tabik Lah.Mantap.
@venj_9337
@venj_9337 Жыл бұрын
49:00 .. urg Tambunan baitu 👍🏻👍🏻
@wansalwan9030
@wansalwan9030 Жыл бұрын
GGK ( KOMANDO ) mlysia terbaik 👍👍👍
@cikmukmin7518
@cikmukmin7518 11 ай бұрын
Tahniah. Komando
@eydawanabdullah7664
@eydawanabdullah7664 Жыл бұрын
Tahniah GGK siri ak3..tahniah semua sy ucapkan sy suka tengok GGK komando..sy pom ade ank saudara GGK komando siri 2..alhmdulilah ank saudara sy lpas mbhgiakan fmly sy..ank saudara ak siri 2..komandooo tetap d aty
@AzhaD_seiha
@AzhaD_seiha Жыл бұрын
Maaf, siri 2 takde ye tahun ni
@eydawanabdullah7664
@eydawanabdullah7664 Жыл бұрын
@@AzhaD_seiha yelah Dy hbis bulan 6 ary tu🤣🤣
@AzhaD_seiha
@AzhaD_seiha Жыл бұрын
@@eydawanabdullah7664 tu siri 1
@adylowkey4772
@adylowkey4772 Жыл бұрын
Boleh bagitahu x yg last tu pakcik pakai topi dark purple tu apa ....tq
@jibrail85
@jibrail85 Жыл бұрын
Yang warna merun tu 10 Briged Para, then ada warna purple tu PASKAL tu
@adylowkey4772
@adylowkey4772 Жыл бұрын
@@jibrail85 oh faham2...terima kasih bro.👍
@raphaelofficial9748
@raphaelofficial9748 Жыл бұрын
From Raphael official Teruskan perjuangan
@zuliman7376
@zuliman7376 11 ай бұрын
maaf bertanya soalan yang agak pelik. based on setiap anggota yang saya lihat dari atas sampai bawah, untuk gigi yang tak tersusun rapi, adakah itu layak untuk menjadi seorang askar/komando? mohon penjelasan tuan tuan.
@kuzaimieawie796
@kuzaimieawie796 Жыл бұрын
KOMANDO,CEPAT DAN CERGAS
@nazreenazree4627
@nazreenazree4627 11 ай бұрын
RGK 25990 komando Zainal Abidin berjaya mendapat bere hijau tetapi dia meninggal umur 25th saki buah pinggang mungkin banyak latihan terjun agaknya.
@AbdrazakAbd
@AbdrazakAbd 6 ай бұрын
@itzzchi_424
@itzzchi_424 Жыл бұрын
Panglima pun bagus
@abdullahbinramlinorhasliza4443
@abdullahbinramlinorhasliza4443 Жыл бұрын
Beret hijau bersama lambang harimau baru lah betul betul komando
@ALIA_NATASYA
@ALIA_NATASYA Жыл бұрын
TERBAIK GGK
@bonchaiakak-ti5hk
@bonchaiakak-ti5hk 2 ай бұрын
Cara lama ni
@MagmaMag
@MagmaMag 10 ай бұрын
SATU KENANGAN TERINDAH...YANG TAK.... DAPAT NAK DI LUPAKAN.....DALAM...TENTERA......TEAM WORK...AMAT MENJADI AMALAN...KERAMAT///YANG MANA DALAM PENJAWAT AWAM ...LAIN...(TAK SEMUANYA)..... ......ADA...KETIKA HADIR... SEMANGAT BEKERJASAMA....ADA KETIKA.....HILANG...DI SAAT...GAJET SEBAGAI ALAT...VIRAL..... KALAU DALAM TENTERA.......KETIKA TUGASAN ///PERANG///OPERASI....KALAU NAK SOLO...MANJANG...... ALAMAT.....NYA...TINGGAL LE...... 💪💪💪💪💪 TAHNIAH....KOMANDO.....DAN SEMUANYA PASUKAN... KESELAMATAN MALAYSIA///POLIS..DAN LAINNYA.....TAHNIAH
@Ruu_channel00
@Ruu_channel00 3 ай бұрын
1.51 minit .. Ayah Masuk ilmu dkt ank
@y_saputra761
@y_saputra761 Жыл бұрын
Ada 2 lagu Indonesia
@Joseph-hs2pz
@Joseph-hs2pz Жыл бұрын
Kat mana tempat ni sya nak daftar ggk SMP sijil semua xada boleh ke masuk komando?
@amirulhafez8
@amirulhafez8 Жыл бұрын
Rekrut perajurit muda tentera darat dulu cik. Dan lepas tamat latihan cik boleh mohon kursus asas GGK
@matrempit2885
@matrempit2885 Жыл бұрын
Nak tertawa takut dosa.... Xtertawa nak muntah.... Aduuuii cam mana plak ni... Pening weeii....
@amirulhafez8
@amirulhafez8 Жыл бұрын
Kenapa tu cik?
@izzuddinmansor4183
@izzuddinmansor4183 Жыл бұрын
komando...komando...komando...☝️☝️☝️
@sakaiegang666
@sakaiegang666 Жыл бұрын
Bila lg komando beret hijau ni jaga sempadan Kalimantan memandang kan warga asing masih bebas keluar masuk sempadan
@ccsccs6212
@ccsccs6212 Жыл бұрын
Senior mereka ini pernah berentap dengan spetsnaz di Bosnia.
@IjalSaprizal-fg1px
@IjalSaprizal-fg1px Жыл бұрын
Gabung bos
Upacara Penutup Kursus Asas Komando Siri AK/2/2020
1:45:07
Air Times News Network
Рет қаралды 404 М.
Increíble final 😱
00:37
Juan De Dios Pantoja 2
Рет қаралды 112 МЛН
The child was abused by the clown#Short #Officer Rabbit #angel
00:55
兔子警官
Рет қаралды 20 МЛН
Did you believe it was real? #tiktok
00:25
Анастасия Тарасова
Рет қаралды 15 МЛН
KOMANDO:  Edisi Enam HARIMAU KERAMAT
29:43
Syakirien Yusoff Official
Рет қаралды 42 М.
[FULL] Majalah 3 (2023) | 21 Aug - Hero Angkasa X Wira Samudera
43:51
TV3MALAYSIA Official
Рет қаралды 60 М.
Kursus Asas 69 KOMANDO MALAYSIA
3:21
alonk story
Рет қаралды 24 М.
Demonstrasi Dinamik 10 Briged Para
32:17
Air Times News Network
Рет қаралды 102 М.
Eksesais GEMPUR BARA 1/2022 GGK, PASKAL, PASKAU, VAT69
8:38
frog man
Рет қаралды 50 М.
Penutup Kursus Asas Komando Siri AK 2/2017
17:50
BTDM Online
Рет қаралды 468 М.
Increíble final 😱
00:37
Juan De Dios Pantoja 2
Рет қаралды 112 МЛН