Рет қаралды 20,287
Lagu Maju dan Sejahtera ialah lagu rasmi Wilayah Persekutuan, Malaysia bermula 12 Ogos 2006. Lagu versi baru dirasmikan pada 28 Januari 2011.
Wilayah Persekutuan ialah wilayah yang ditadbir secara langsung oleh kerajaan Persekutuan Malaysia dan ditadbir di bawah perundangan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tidak seperti negeri-negeri lain bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan tidak diperintah oleh kerajaan negeri, sebaliknya terletak di bawah pentadbiran Persekutuan dan diperintah oleh Yang di-Pertuan Agong. Terdapat tiga bahagian dalam Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Daripada ketiga-tiga bahagian ini, Kuala Lumpur merupakan ibu negara rasmi Malaysia, Labuan merupakan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (IBFC) manakala Putrajaya merupakan pusat pentadbiran Persekutuan dan ibu negara pentadbiran Malaysia.
ليريک جاوي :
اينله ولايه بومي يڠ برتواه
ماجو ممباڠون دجولڠ مڬه
امان سنتوسا د سڤنجڠ ماس
تڬوه دسماءي سنتياس
ممبارا سماڠت ستياڤ ورڬڽ
چرڬس مينداڽ سماڠت واج
ڤد ولايه دتومڤه ستيا
حرمت مڠحرمتي ڤنوه مسرا
برساتوله
بربقتيله
سموا ورڬ ولايه
سايڠيله
ليندوڠيله
سڤنوه جيوا راڬ
كيت جاڬ كهرمونيان سموا
ماجو سجهترا
ولايه ڤرسكوتوان
Lirik jawi :
Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah
Maju Membangun Dijulang Megah
Aman Sentosa Di Sepanjang Masa
Teguh Disemai Sentiasa
Membara Semangat Setiap Warganya
Cergas Mindanya Semangat Waja
Pada Wilayah Ditumpah Setia
Hormat Menghormati Penuh Mesra
Bersatulah
Berbaktilah
Semua Warga Wilayah
Sayangilah
Lindungilah
Sepenuh Jiwa Raga
Kita Jaga Keharmonian Semua
Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan