Рет қаралды 5,634
Assalamualaikum wrt wbt.
Salam Malaysia MADANI
Salam Sejahtera
Salam K.A.S.I.H.
Salam IPGKTHO Kelas Pertama 2025
Malaysia MADANI telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Januari 2023 yang lalu. Konsep Malaysia MADANI ini seiring dengan tujuh teras utama pendidikan negara bagi membangunkan kualiti murid-murid khususnya dalam sistem sosial masyarakat dan ianya haruslah berakar-umbi melalui jalur pendidikan. Pendidikan telah terbukti merupakan kaedah paling efektif dalam merangka, menganalisa dan mempengaruhi pola pemikiran individu dan masyarakat untuk kesiapsiagaan masa depan. Oleh yang demikian, Malaysia MADANI dalam Pendidikan ini perlu diperhalusi dan diterapkan dalam setiap cara pengajaran dan kaedah pembelajaran melalui pendidikan masa kini yang bersifat universal dan didasari nilai-nilai luhur dan relevan untuk setiap peringkat pendidikan. Pada hakikatnya, kesinambungan antara pendidikan dan Malaysia MADANI bukanlah kebetulan semata-mata. Kedua-duanya adalah bersinergi antara satu sama lain dalam melahirkan insan yang kamil.
Tajuk: Malaysia MADANI dalam Pendidikan
Tarikh: 3.3.2023
Hari: Khamis
Masa: 2.30 petang
Moderator: Dr. Salbihana binti Samsudin
Panel 1: Dr. Hamzah bin Ihsan
Status: Terbuka
Kehadiran akan direkodkan dalam SPLKPM