Рет қаралды 4,485
As salam, kembali lagi dalam episod ke-14 dalam siri Malaysiaku bersama-sama saya Masri Muhamad Channel. Dalam episod kali ini saya ingin kongsi maklumat berkaitan salah satu cabang dalam industri pelancongan di negara kita iaitu Pelancongan Kesihatan. Khususnya kita paparkan maklumat berkaitan ramainya warga Indonesia yang datang berubat ke Malaysia sambil mereka melancong. Lebih dari sejuta warga Indonesia berubat ke Malaysia setiap tahun. Soalnya kenapa? Faktor utama ialah kualiti perkhidmatan kesihatan yang tinggi dan bertaraf dunia yang mereka perolehi di Malaysia. Banyak hospital di Malaysia telah mendapat akreditasi di peringkat dunia dalam bidang kesihatan tertentu dimana ramai pakar-pakar berkhidmat di hospital berkenaan. Sementara itu, kos rawatan kesihatan di Malaysia secara relatifnya lebih rendah berbanding kebanyakan negara jiran. Sistem kesihatan di Indonesia sendiri kekurangan fasiliti serta bilangan doktor pakar yang tidak mencukupi. Disamping itu, kos ubat-ubatan di Indonesia adalah lebih mahal berbanding dengan Malaysia. Semoga sistem penjagaan kesihatan di Malaysia akan terus berkembang maju demi memberikan khidmat terbaik kepada kita rakyatnya dan sesiapa sahaja yang datang berubat ke sini.