No video

Manifesto BN (PRU13)

  Рет қаралды 6,023

Azhar Hashim

Azhar Hashim

Күн бұрын

Manifesto BN - Dokumen 'Akujanji' Kepada Rakyat, Kata Najib
KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen 'akujanji' kepada rakyat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai.
"Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia," kata Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan janji 1Malaysia "Rakyat Didahulukan" sempena pelancaran manifesto BN bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Sabtu malam.
Najib berkata oleh kerana manifesto atau akujanji adalah dokumen yang penting, ia perlu dilancarkan dalam perhimpunan dan disiarkan secara langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto itu.
"Mereka boleh meneliti apakah komitmen BN kepada rakyat," katanya.
"Biarlah pembangkang kata manifesto bukan janji, kalau bukan janji, apa guna bentang manifesto yang baru, apa faedah bentang manifesto baru.
"Kepada BN, manifesto adalah satu perkara yang serius," katanya.
Sebaliknya Najib membidas pembangkang dan menyifatkan manifesto mereka sebagai sebuah "fantasi dan khayalan" dengan menabur janji sesuka hati.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya janji pembangkang dilaksanakan maka defisit negara akan melambung kepada 11.5 peratus manakala hutang negara juga akan melonjak.
"Kita tidak boleh beri mereka peluang untuk mentadbir negara sebab tidak ada apa yang telah mereka lakukan dalam tempoh lima tahun lepas," katanya.
Dalam pada itu, Najib menyifatkan perhimpunan malam ini adalah begitu luar biasa dan paling hebat sepanjang 37 tahun beliau terlibat dalam politik.
Katanya, perhimpunan malam ini bukan sahaja untuk memperlihatkan BN adalah parti yang terkuat di negara ini, tetapi adalah malam yang serius untuk memberitahu kepada rakyat keupayaan BN untuk terus diberi mandat menerajui negara pada PRU13.
Lebih 50,000 penyokong BN membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil bagi menyaksikan pelancaran manifesto BN dan mereka kelihatan bersemangat, menandakan sokongan padu kepada BN.
Pelancaran manifesto pada malam ini turut disiarkan secara langsung menerusi RTM1, TV3 dan Astro Awani.
-- BERNAMA

Пікірлер: 18
@syukrinali
@syukrinali 3 жыл бұрын
yes
@umnoism
@umnoism 11 жыл бұрын
kalau x boleh bersaing hidup dalam malaya jgn salahkan kerajaan BN.salahkan diri sendiri yg malas ke sekolah sampai nak kerja pon asyik tukar2 majikan.bila pendapatan ciput.....kata kerajaan makan duit rakyat!!!! wei akal kau kat mana???asyiklah di depan komputer main internet....pergilah kerja tingkatkan produktiviti negara
@umnoism
@umnoism 11 жыл бұрын
dan apa yg lu rasa nak tanya dgn nek moyang lu.....adalah siapa yg berusaha dapatkan merdeka di pejabat tanah jajahan??n kalau bukan UMNO dan BN.ini lah erti kemajuan 50 tahun Bn memerintah.kau orang melayu pon dah celik akal pandai guna komputer!!! maka yg dilaungkan sekarang untuk meningkatkan prestasi adalah perkara biasa setiap kerajaaan nyg memerintah,apa lagi yg x cukup malaya nie?
@hausgais1190
@hausgais1190 Жыл бұрын
Dulu berlagak cara najib bercakap ni..buat pening kepala🤣🤣🤣
@thepocong
@thepocong 11 жыл бұрын
Mohd hafis.. Nak tau pasal apa penuh? Sebab semua kakitangan kena paksa datang.. X dtang kena buat surat tunjuk sebab.. Ko bangga ke dpt join? Tahniah la ko org paling tabah penah aku kenal haha
@taziarun
@taziarun 11 жыл бұрын
"cuba bayangkn kalau BN diberi mandat yg kuat, apa akan kita lakukan 5 tahun akan dtg" (0:49 - 1:03)?? bkn BN mmg da dpt mandat yg kuat selama lebih 50 tahun ke??
@mohdhafizsulaiman3157
@mohdhafizsulaiman3157 11 жыл бұрын
Cakap la apan pun yg penting kat bukit jalil mlm gu mmg dah xada temoat duduk...huhu jenuh aku dok brdiri tp gelombang biru dan merah amat mengerunkan ramai beb.....
@krungthaep
@krungthaep 11 жыл бұрын
harapan mu dan bini mu jib....hari ni dah terbukti dah segala "janji" "janji" mu jib.....
@abahabu3900
@abahabu3900 11 жыл бұрын
Bangga hatok ko, aku kena paksa pergi sedangkan aku ader program, bos aku diarahkan kena hantar 20 orang setiap jabatan. orang lain taknak pergi, aku yang kena pergi.
@center5919
@center5919 10 жыл бұрын
tengok gaya becakap ,nampak mcm najib ni seorang yg bangga dgn pangkat ,takbur ..
@kholisjaimon3864
@kholisjaimon3864 11 жыл бұрын
knapa dah 50++ tahun pegang malaysia, skang baru nak tingkatkan lagi prestasi???
@qikays
@qikays 11 жыл бұрын
offer diri jadi pemimpin??..NO
@hierophant0209
@hierophant0209 11 жыл бұрын
haha
Orang Melayu perlu undi PN, PH pejuang pendatang asing
25:04
Agenda Daily
Рет қаралды 292 М.
王子原来是假正经#艾莎
00:39
在逃的公主
Рет қаралды 9 МЛН
How I Did The SELF BENDING Spoon 😱🥄 #shorts
00:19
Wian
Рет қаралды 36 МЛН
Cute kitty gadgets 💛
00:24
TheSoul Music Family
Рет қаралды 12 МЛН
ISSEI & yellow girl 💛
00:33
ISSEI / いっせい
Рет қаралды 24 МЛН
Penubuhan Malaysia, MA63
1:42:06
Keluar Sekejap
Рет қаралды 587 М.
PMX tiada kuasa sumbat ke penjara, cuba takutkan suara rakyat
30:55
Agenda Daily
Рет қаралды 255 М.
Kompilasi Pertembungan Politik Anwar Ibrahim Dan Mahathir
44:02
APHD Channel
Рет қаралды 217 М.
Dengar dan hadam penjelasan kami - Kid & Din
54:29
Media Mulia TV
Рет қаралды 32 М.
'Flushing' method to be used in search for sinkhole victim
9:41
王子原来是假正经#艾莎
00:39
在逃的公主
Рет қаралды 9 МЛН