Рет қаралды 2,181
Gentar, dan tiada keyakinan diri memang bukan masalah yang baru di kalangan pemain badminton negara dan ia begitu ketara sehingga tidak mampu disembunyikan ketika dalam sesuatu perlawanan. Riak muka serta bahasa tubuh khususnya ketika diasak bertalu-talu oleh lawan, jelas menunjukkan ada yang tak kena. Malah reaksi sebegini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada lawan yang nampak kegugupan dan tekanan yang ditanggung. Mengapa masalah ini berlaku dan bagaimana untuk mengatasinya?