Mendidik Anak Remaja: Semasa Semua Strategi Tidak Menjadi

  Рет қаралды 2,704

hasrizal

hasrizal

2 жыл бұрын

Mendidik anak remaja di akhir zaman ini amat mencabar. Kita perlu bersaing dengan pelbagai faktor yang mempengaruhi anak-anak. Jika dahulu, perubahan siang malam secara semulajadi membantu. Tenggelam sahaja matahari, kebanyakan anak berada di rumah. Mereka ‘memutuskan hubungan’ daripada alam kawan-kawan seketika, bersama keluarga, berehat dan tidur. Sesuailah dengan aturan Allah:
“Dan Kami telah jadikan malam itu sebagai pakaian untukmu, dan siang untuk berkehidupan”
Hal-hal yang mempengaruhi anak juga terbatas kepada faktor di dalam rumah, kejiranan dan sekolah, serta serba sedikit dunia luar yang ditinjau melalui televisyen dan majalah yang terbatas.
Semua ini berubah dengan kehadiran internet.
Apa yang berlaku di Korea, Amerika Syarikat atau Syria, hampir secara ‘real time’ memberi bekas kepada anak kita. Mungkin secara biologinya, anak itu adalah anak kita. Tetapi mereka mungkin tidak lagi mewarisi budaya, kepercayaan, sistem nilai malah agama kita selaku ibu bapa.
Menyedari akan cabaran ini sejak anak-anak kecil, saya cuba mencari ilmu, baik ilmu agama mahu pun ilmu sains sebagai bekalan diri. Harapannya, dengan ilmu itu saya boleh melakukan sesuatu untuk keperluan anak-anak semasa mereka kecil, dan mencegah mereka daripada terjerumus ke lembah gelap di masa akan datang. Lembah gelap yang amat sukar untuk mereka dibantu semasa mereka menolak dan melawan bantuan kita.
Jaga hubungan kasih sayang, selalu berbual dan merangsang fikir, agar matang menjadi khalifah Allah di muka bumi.
Manakala penggunaan telefon pintar dan akses kepada internet, dilewatkan selewat mungkin.
Akan tetapi semasa di Finland, saya berdepan dengan cabaran baharu.
Anak-anak memerlukan telefon sendiri untuk keselamatan diri dan pembelajaran. Apatah lagi saya bersendirian dalam kebanyakan masa menguruskan keluarga. Teknologi membantu saya memantau mereka, mengkomunikasikan pujian dan nasihat serta kebimbangan berdasarkan data-data penggunaan yang bercerita. Sekolah di Finland pula aktif melatih murid agar bijak menggunakan telefon pintar dan komputer sebagai alat belajar, dan bukannya sumber hiburan keseronokan.
Ada anak yang ok.
Ada juga yang ujiannya lebih besar.
Apabila ada yang kecundang, terperangkap dalam lembah gelap yang dibimbangi sejak sekian lama, hadirlah masa-masa yang menguji saya, sebagaimana ia juga ujian kepada ramai ibu bapa seperti kalian.
Ujian sebegini mengingatkan kita, selepas puas berusaha, bahawa Tuhan saya bukan ilmu, kemahiran dan maklumat agama serta sains. Semua itu hanya bekalan untuk berusaha dan berusaha dengan sebaik mungkin. Andaikata ada yang masih tidak berjaya terbentuk baik, saya ambil ia sebagai peringatan daripada Allah untuk saya kuatkan pergantungan kepada-Nya.
Seperti luahan Nabi Ya’qub ‘alayhi al-salam:
قَالَ إِنَّمَاۤ أَشۡكُوا۟ بَثِّی وَحُزۡنِیۤ إِلَى ٱللَّهِ وَأَعۡلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ﴿ ٨٦ ﴾
“Ya’qub berkata, sesungguhnya aku adukan kehibaan dan kesedihan hatiku hanya kepada Allah, kerana sesungguhnya aku mengetahui daripada Allah apa yang kalian tidak tahu” (Yusuf : 86)
Kita malu untuk mengadu kepada Allah jika kita belum terlebih dahulu berusaha bersungguh-sungguh. Malah kesungguhan kita tidak sepadan usaha Nuh ‘alayhi al-salam yang menyeru sehingga 950 tahun. Tetapi kita bukan Nuh, bukan Ya’qub, dan usia kita tidak sepanjang itu. Semasa hati berasa sempit, aduan Nabi Ya’qub ini penting untuk kita hayati.
Bahawa tanggungjawab kita adalah berusaha.
Berusaha bersungguh-sungguh.
Tetapi jangan sehingga terlupa, bahawa kita hanya mampu berusaha.
Justeru,
Hargai usaha masing-masing, bahawa penolakan anak bukan bermakna usaha itu sia-sia.
Jangan putus asa daripada terus berusaha, dan terus memegang harapan untuk anak yang terpesong kembali lurus, yang pergi akan pulang, yang melawan akan menemui kesedaran dan keinsafan. Jadilah seorang yang terus memaafkan, agar dengan maaf kita, peluang mereka terus terbuka.
Hindarkan diri daripada meninjau kebahagiaan dan kejayaan orang lain, terutamanya melalui paparan media sosial. Apa yang kita lihat, hanya rakaman sedetik untuk menceritakan detik itu. Kita tidak tahu susah payah orang lain di luar detik yang terakam itu.
Jika akibat memikirkannya kita rasa rendah diri, ia tidak baik untuk kita.
Jika akibat memikirkannya kita rasa cemburu dan dengki, ia tidak baik untuk kita dan mereka. Perasaan yang bergelora hasil memandang, boleh membakar emosi yang menghantar syaitan untuk memudaratkan mereka. Penyakit ‘ain itu haq!
Jika akibat memikirkannya kita mengagumi mereka, kekaguman itu tidak membuahkan apa-apa manfaat kepada kita dan mereka. Hanya dengan memberi fokus kepada ilmu dan kemahiran yang berterusan, kita boleh terus kuat untuk meneruskan perjalanan.
Teruskan perjalanan.
Daripada Allah, kita dan zuriat kita datang.
Kepada Allah jua, kita dan zuriat kita kembali.
📌
Support my work
Patreon: / hasrizal
Paypal: paypal.hasrizal.com

Пікірлер: 13
@SenjiiLive
@SenjiiLive 2 жыл бұрын
terima kasih ustaz ats video ini, sy seorg ibu tunggal yg struggle mendidik ank2, slh seorgnya mempunyai ADHD , dikala sy sendiri jg mempunyai depression n anxiety..
@hapimari3202
@hapimari3202 2 жыл бұрын
Terima kasih Ustaz. Masya-Allah, sama apa yg kami lalui dan rasa. Ustaz byk memberi inspirasi, nasihat dan teguran. Moga Allah SWT senantiasa merahmati dan melindungi Ustaz sekeluarga.
@jalokambong
@jalokambong 2 жыл бұрын
benar sungguh.. Barakallahu fik ustaz
@wannurathirahwanazlan9085
@wannurathirahwanazlan9085 2 жыл бұрын
Terima kasih Ustaz :)
@2fade76
@2fade76 2 жыл бұрын
jazzakallah hu khairan khatira ustaz...perkongsian yang bermanfaat insyaAllah
@rahimbibirahim2336
@rahimbibirahim2336 2 жыл бұрын
Asalamualaikum ya kekasih Allah subhanallah, Allahumma Salli Ala Sayyidina Muhamad Wa Ala Alahi Sayyidina Muhamad saw. Penjelasan yang baik untuk menyatukan umat islam. Allah Subhanallah bersamamu ya kekasih Allah subhanallah. Aamin ya rabbal alamin ya kekasih Allah subhanallah.
@shadowkill644
@shadowkill644 Жыл бұрын
Hidayah itu amat indah...dikala saya dah giv up dgn kerenah anak hingga saya hampir depresi...Allah temukan saya dgn video ini...sgt2 membantu...terima kasih ustaz
@cikguwanioj7147
@cikguwanioj7147 7 ай бұрын
Smoga dipermudahkan urusan puan,moga ank menjadi ank beriman dan soleh
@bahiyahabdullah5864
@bahiyahabdullah5864 Жыл бұрын
Terima kasih banyak ustaz atas perkongsian..
@fahzaliza21
@fahzaliza21 2 жыл бұрын
Alhamdulillah ala Qulli hal, saya tidak dianugerahkan anak sendiri, tapi Allah berikan saya anak-anak remaja dimana saya mengajar pelajar peringkat diploma. lebih 10 tahun mengajar level umur 18-20an ini, sangat nampak perubahan kualiti , atitude, fokus pelajar dalam kelas. tatkala mengajar subjek kejuruteraan, kekadang rasa sangat menakutkan, namun kehidupan perlu diteruskan dan perjuangan untuk menyampaikan ilmu Quran @ yang berkaitan dengan Allah dan nabi tidak boleh dihentikan. dengan diri sendiri masih bertatih-tatih tambah dan amal ilmu agama, cuba juga share-share dengan anak-anak ini. pada pandangan ustaz, adakah cara ini betul merujuk kajian tuan? dimana sebelum start masuk content subjek, saya ambil 1 ayat Quran simple(contoh surah Al Fatihah) untuk tadarus dan tengok terjemahan walau selalu tidak mampu nak kaitkan dengan subjek.
@abwayman
@abwayman 2 жыл бұрын
😢😢😢
@rosdianasuyuti5781
@rosdianasuyuti5781 11 ай бұрын
Blh la tp tak relevan dgn aku. Tak jln semua...
@normazainon9257
@normazainon9257 22 күн бұрын
Berdoa pd Allah byk2
Cara Nak Jadi Ibubapa Yang Berjaya DIDIK ANAK - Ustazah Norhafizah Musa
11:59
Nasihat UstazUstazah
Рет қаралды 3,7 М.
Didik Anak Ikut Peringkat Umur 😇 | Ustaz Muhammad Fawwaz
9:00
Abu Khadijah
Рет қаралды 22 М.
He sees meat everywhere 😄🥩
00:11
AngLova
Рет қаралды 12 МЛН
THE POLICE TAKES ME! feat @PANDAGIRLOFFICIAL #shorts
00:31
PANDA BOI
Рет қаралды 24 МЛН
Does size matter? BEACH EDITION
00:32
Mini Katana
Рет қаралды 15 МЛН
Apa yang Sebenarnya Anak Remaja Butuhkan dari Orangtua?
19:24
Mommies Daily
Рет қаралды 35 М.
punca duit sebab mereka bergaduh - Azrul abu hassan
4:10
Dak merbah channel
Рет қаралды 7 М.
Tips Didik Anak Cara Rasulullah. Ternyata, Cukup Berhasil
1:08:49
Budiey Channel
Рет қаралды 30 М.
NGAJl? MENARl DULU
7:20
Donivia Channel
Рет қаралды 8 М.
Cara didik anak jadi cerdik | Ustaz Don Daniyal
4:23
RUANG MY
Рет қаралды 6 М.
Mandiri, Privasi Dan Pantang Larang Bersama Anak Remaja
1:16:17
He sees meat everywhere 😄🥩
00:11
AngLova
Рет қаралды 12 МЛН