No video

Nak Beli BATERI Kereta Baru? Kena Tengok Ni Dulu

  Рет қаралды 196,101

Hasbullah Syarah

Hasbullah Syarah

Күн бұрын

Nak Beli Bateri Kereta Baru? Kena Tengok Ni Dulu
Bateri Basah vs Bateri Kering
Untuk bateri basah, sebenarnya kalau kita jaga dia dengan baik, dia sebenarnya boleh tahan lebih lama berbanding bateri kering. Cuma itulah, kita ni ada masa ke nak jaga dia kan. Kalau bateri kering tu sekali pasang memang kita biar terus sampailah dia kong. Jadi bergantung, kalau untuk kenderaan persendirian, mungkin lebih mudah kalau guna bateri kering je sebab kita tak payah risau lagi nak jaga dia. Tapi untuk fleet management, contohnya company yang buat penghantaran, satu company ada seribu bijik lori, banyak jugak dapat jimat sebenarnya kalau guna bateri basah ni sebab harga dia murah. Kalau diorang upah syarikat lain untuk maintain bateri tu, mungkin lebih jimat dari menggunakan bateri kering.
Ada lagi banyak info automotif di
🧰 Website - www.hasbullahs...
📸 Instagram - / syarahmalaysia
📓 Facebook - / syarahmalaysia
25% Kursus Online SEGALANYA TENTANG TURBOCHARGER
courses.hasbul...
SIAPA SAYA:
Apa khabar semua? Saya Hasbullah, seorang pensyarah kanan di sebuah Universiti Awam. Bidang kepakaran saya adalah Kejuruteraan Mekanikal dan saya mendapat PhD dari Imperial College London dalam bidang Mesin Turbo. Video saya di channel ini adalah berkaitan dengan teknologi kejuruteraan serta pengajaran dari isu-isu semasa.
Jika anda ingin menghubungi saya, bolehlah email saya di hasbullahsyarah@gmail.com. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk membalas email anda. Walaupun ada masanya tak menang tangan, saya tetap akan cuba untuk tidak menghampakan anda. Terima kasih.
Kalau anda suka video ini, jangan lupa tinggalkan komen, like dan subscribe.
#kereta #hasbullahsyarah #enjin

Пікірлер: 646
@commanderdanielcommanderda5106
@commanderdanielcommanderda5106 2 жыл бұрын
Air bateri yg dlm botol tu adalah air suling. Air suling adalah pelarut bagi asid sulfurik di dlm bateri basah tu. Jika air dlm bateri basah tu jadi kurang, bukan asid yg kurang. Yang kurang ialah pelarutnya iaitu air suling. -guru sains tanjong karang
@nooradrian5975
@nooradrian5975 2 жыл бұрын
Saya lebih suka batt basah. Boleh tahan lebih lama kalau dijaga airnya. Lebih murah juga. Akan galakkan saya supaya membuka bonet enjin lebih kerap dan secara tidak langsung memeriksa benda lain seperti brake fluid, minyak hitam, air dalam radiator, power steering fluid(utk keta dulu) dan juga kalau ada ape2 kebocoran kecil dalam enjin.
@userproton08
@userproton08 Жыл бұрын
menyusah lah pakai bateri basah ni...kalau kecemasan..and kene lgi air bateri kurang haah cmne tu...baik batteri kering je
@anaqi3869
@anaqi3869 Жыл бұрын
@@userproton08 itu lantak dia lah dia yang suka pakai battery basah. Dia tau lah apa yang dia nak buat time kecemasan. Lagi pun dia pakai battery basah dia dapat manfaat sendiri. 😂😂
@renhermawan2390
@renhermawan2390 Жыл бұрын
@@userproton08 ssh utk yg pemalas nk cek n top up...n yg malas mmg akn ckp leceh ..
@duniamaya7190
@duniamaya7190 11 ай бұрын
Padahal bateri sel kering pun kne cek jugak..jgn ingat bateri kering xperlu cek ye..bateri sel kering bukan maksud dlm tu kering mcm bateri jam😂😂..dalam tu sama ja mcm sel basah..perlu tambah air bateri juga tambah acid sulfuric Klau dah low
@fizzyoo3762
@fizzyoo3762 2 жыл бұрын
pendapat sy prof ada baiknya juga guna sel basah ni.sebulan sekali kita amalkan check air bateri.sambil tu blh check engine oil,gear oil,brake oil,air radiator & lain2 & memastikan kenderaan berada tahap keselamatan yg terbaik.org dl2 klu nak topup air bateri lepas subuh cuaca tgh sejuk topup air.tak tau la apa kaitan dgn cuaca sejuk tp serius cakap hayat beteri blh cecah 3 - 4 tahun utk sel basah.klu nak tahan lebih lama makesure takda current leakage.kalau ada leakage,bateri level bangsawan pun tak tahan lama..
@shawan2298
@shawan2298 2 жыл бұрын
Terbaik proff.. Saya lagi selesa pakai bateri basah.. Bukan susah topup air bateri. Alhamdulillah nak masok 3 tahun dgn bateri yg sama
@khaizatulzaika3510
@khaizatulzaika3510 2 жыл бұрын
Tambah juga cket asid bateri...nanti cca akan naik...contoh cca150 bleh ke cca200/lebih ...tapi tambah asid seeloknya pakai picagari n sama setiap input...sy pernah beli beli ns80 cca220 (used battery)...bila tambah asid n charging trus cca370...
@buddinsaribbi2696
@buddinsaribbi2696 2 жыл бұрын
Bateri brand ap tu
@fazadind9549
@fazadind9549 2 жыл бұрын
Betul boss,saya dah berbelas tahun guna kereta tetap guna bateri basah,walaupun ada yg kata leceh bab penjagaan,purata bateri basah yg saya guna boleh cecah 4 tahun penggunaan,kena rajin check air,sambil2 tu boleh juga check bahagian2 engin
@nazzle
@nazzle 2 жыл бұрын
Bateri basah kereta sy pernah guna selama 4 tahun
@NurAmirulNurAzmi
@NurAmirulNurAzmi 2 жыл бұрын
@@khaizatulzaika3510 cca tu ape dia yea
@stephenchun6825
@stephenchun6825 2 жыл бұрын
Lebih baik biasakan diri jadi rajin2 cek bahagian engine salah satunya cek battery ni lah dan bila dh terbiasakan diri cek battery mesti auto tengok bab lain contohnya air, minyak engine/gearbox atau lain2 lg.. Sy dulu mmg pakai battery kering bang warranty 1tahun tp tk sampai pun 1tahun dh Kong, kena replaced yg baru claim dari kedai tu pastu pakai belum 6bulan dia kong lg so, sy try pula battery basah jenama yg sama(century) sampai 2tahun ni pn blm ada masalah lg so dari pendapatan dan Pengalaman yg sy ada ni sy sharekan je pada yg senasib dgn sy lah, tak ckp yg battery kering ni tak bagus cumanya mcm abg cakap tengok pemakaian sehariannya lah kan kalau sy ni keje grab tak tau lah berapa puluh kali dalam sehari nak on/off engine tak terkira mungkin tu penyebabnya ke tak tau lah tp semenjak pakai battery basah ni sy rasa mcm tak pernah takut2 lg pasal battery.
@mohdizman4131
@mohdizman4131 2 жыл бұрын
Bagi orang lelaki takpa pakai beteri basah,,tapi perempuan biar pakai beteri kering lebih baik sebab selalu perempuan ni naik kereta selagi boleh hidup mereka takkan buka bonet depan kan...
@badanorangbesarbob5440
@badanorangbesarbob5440 2 жыл бұрын
Betul2.. hehe
@thoserandomguy
@thoserandomguy 2 жыл бұрын
Dia buka pun dia buat apa
@badanorangbesarbob5440
@badanorangbesarbob5440 2 жыл бұрын
@@thoserandomguy ada je jenis perempuan yang check dulu segala minyak yang ada dekat bonet sebelum jalan jauh.. dan suka bersihkan habuk bawah bonet tu.. hehe
@thoserandomguy
@thoserandomguy 2 жыл бұрын
@@badanorangbesarbob5440 hahaha
@badanorangbesarbob5440
@badanorangbesarbob5440 2 жыл бұрын
@@thoserandomguy hehe..
@ayienfazreen9954
@ayienfazreen9954 2 жыл бұрын
Terbaik prof..saya sendiri lebih prefer wet battery sebab saya ni jenis rajin check kereta.kalau baru lepas balik dari jalan jauh mesti buka bonet kereta bila dah sampai rumah..bateri basah kereta saya sejak tahun 2017 sampai sekarang masih cemerlang..rahsianya sebulan sekali check level air bateri dan guna grounding cable.😃👌👌
@radenizwanshahbinradenmoha9695
@radenizwanshahbinradenmoha9695 2 жыл бұрын
Saya pakai bateri basah sejak 2018 hingga sekarang alhamdulilah condition masih ok.Harga pun mesra poket rm90 time beli.Cuma kena rajin sikit refill air bateri. 2 minggu sekali kena check. Prinsipnya mudah je, rajin maintenance kereta tak akan meragam.
@muhammadzakifiqri9752
@muhammadzakifiqri9752 2 жыл бұрын
Murah tu.brand ape ye?
@nazsakim8705
@nazsakim8705 2 жыл бұрын
@@muhammadzakifiqri9752 bateri motor kot
@muhammadzakifiqri9752
@muhammadzakifiqri9752 2 жыл бұрын
@@nazsakim8705 ye kot.hahahaha.leceh kot cek air bateri moto ni.kne buka cover set.
@damiishak3429
@damiishak3429 2 жыл бұрын
@@muhammadzakifiqri9752 bateri 2nd bole dapat harga tu. Beza cuma waranti tak lama.
@muhammadzakifiqri9752
@muhammadzakifiqri9752 2 жыл бұрын
@@damiishak3429 mungkin la
@mohdhaziqmohammad2665
@mohdhaziqmohammad2665 2 жыл бұрын
Saya rasa ramai yg keliru bateri kering (gel) dengan bateri maintenance free. Biasa kalo pergi kedai bateri, tauke akan tanya nak bateri basah atau kering. Tapi bateri kering tu bkn yang (gel version) mcm prof cakap tu pun. Bateri kering dia (free maintenance) still pakai air. Dan dorg seal dgn sticker atas tu and cakap void warranty kalo sticker dibuka. Sekarang tgh pakai bateri maintenance free sbb takde choice masa tu. Tiap2 3 bln sekali mmg topap air je.
@ladam2356
@ladam2356 2 жыл бұрын
Betul..ramai yg keliru..battry kereta ni semua basah setakat ni,cuma free maintainance tu ya seal pakai Sticker ..dlm tetap air juga...bttry kering ni mcm bttry lampu suluh bttry jam tu..bttry yg mmg dlm ada habuk tu kering tu..kereta basah ya
@MrTuanhakim
@MrTuanhakim 2 жыл бұрын
video ini akan menyebabkan lebih ramai org sesat dengan istilah 'bateri kering' yang di gunakan dengan secara meluas. betulkan yang biasa. biasakan dengan yang betul
@careymsh83
@careymsh83 2 жыл бұрын
Betul..setakat ni belum jumpa lagi bateri sel kering kat kedai bateri..yang ada cuma bateri free maintenance ja..setiap bateri yang kandungan dia asid sulfurik, semuanya bateri sel basah..
@hafiskamarudin5428
@hafiskamarudin5428 2 жыл бұрын
Betul..sy setuju
@adliidris4969
@adliidris4969 2 жыл бұрын
Yup.. sy pn pakai bat kering tp buka seal Dan tambah air bila dah perlu
@sharul8353
@sharul8353 2 жыл бұрын
Terbaik la prof untuk info,saya dah guna bateri amaron hampir 3 tahun,alhamdulillah sihat
@stloh3475
@stloh3475 2 жыл бұрын
Semua syarikat sudah guna bateri kering melainkan Perodua. Leceh guna bateri basah, jika terlebih isi air bateri. Tapak bateri boleh karat.
@shahruliskandar6894
@shahruliskandar6894 2 жыл бұрын
Betol... Perodua bekalkan bateri basah... Rasa mcm leceh nak jaga bateri basah nie
@Doraemon-wq2vs
@Doraemon-wq2vs 2 жыл бұрын
Hahahha...syarikat mna yang pkai bateri kering? Ada bateri kering ? Yang sya tau, maintenance, maintenance free
@muhammadhafizdzul1359
@muhammadhafizdzul1359 2 жыл бұрын
Nak jimat kos sbb tu lah
@mohdshahrilsalleh3657
@mohdshahrilsalleh3657 2 жыл бұрын
leceh apa nya. 2 minit je abik masa isi.cek 2 Bulan 3 Bulan pun Ada lagi iar bateri
@ayong35
@ayong35 2 жыл бұрын
Terima kasih prof sebab mengulaskan tentang bateri ni..dpt tambah ilmu sikit tentang bateri kerete..sedikit info dari saya..walau bateri kering nama nya tapi di dalam nya masih ada air..tapi tak silap saya air nya tak sama dengan bateri basah..dan jika dibaring kan akan ada air keluar dekat tepi bateri tu..dia ada lubang kecil..tapi lambat sikit lah die keluar..betul kata prof sewaktu installation boleh nak baring or senget kan sekejap..sbb ade kereta mmg ruang agak sempit or merepek skit..apa pun terima kasih byk2 prof...sya sgt hargai jasa prof..
@newuser9387
@newuser9387 2 жыл бұрын
Suka tengok gaya prof . "Apa khabar semua" . Gaya tangan
@cgsyah8719
@cgsyah8719 2 жыл бұрын
Alhamdulillah sblm ni pkai bateri basah utk kete kancil tahan shgg 6 thun. Terkejut pomen kedai tgok tarikh ats bateri tu :D
@khairiherry3915
@khairiherry3915 Жыл бұрын
Betul bro.. Same gak 6 tahun guna. Tapi aku da 2 kali charge huhu
@Fendy-eq9qh
@Fendy-eq9qh 6 ай бұрын
wet battery user sejak dari dulu lagi...sbb dia akan jadi kita punya job rutin tiap bulan utk tgk² pantau² engine & dan apa² yg berkenaan..minyak brake,minyak power stereng,air viper,air battery,condition air filter,connection semua socket dll...
@user-ck6vi9su3o
@user-ck6vi9su3o 2 жыл бұрын
TERBAIK PROF 👍👍 SENTIASA MEMBERI INFO TENTANG AUTOMOTIF YANG AMAT BERGUNA. 😎😎😎
@khairulanwar-kn6ph
@khairulanwar-kn6ph 2 жыл бұрын
Prof.. Boleh buat content perbezaan radiator ori dgn radiator after market (aluminum) kebaikan keburukan..dll
@kamarulakmal3822
@kamarulakmal3822 2 жыл бұрын
cuba tgk channel RBM radiator.. mmg channel tu cerita pasal radiator je..
@sapiqalwi1429
@sapiqalwi1429 2 жыл бұрын
Radiator tembaga lbih elok.. cpt sejuk
@leatherhouselegacy7032
@leatherhouselegacy7032 2 жыл бұрын
kpda yg rajin belek2 kereta tu.yg main speker bsar2 dgn monoblock bosa lori dlm kete.blh try pkai bteri basah. tahan lbih lama..klu kete sendet gaban pkai bteri kering pun ok..dri pengalaman sendiri.pepun tq ckgu.bg info terbaikkk utk semua.salam n peace
@khalifahshoppe5927
@khalifahshoppe5927 2 жыл бұрын
Sebenarnya walaupun nama je beteri kering tp dalam tu tetap ada air. Kalau kong, buka penutup, tambah air Dan caj. Blh guna balik. Tk caya, try tarik keluar stiker kat atas bateri Dan akan nampak skrew mcm bateri basah.
@ajmalafnan699
@ajmalafnan699 2 жыл бұрын
Lepas ni buat video 'modifikasi yg dibenarkan ' Sebagai contoh 1.enjin boleh tukar kepada 30% lebih besar
@theboyzfamily8480
@theboyzfamily8480 2 жыл бұрын
Up
@mrdauz2357
@mrdauz2357 2 жыл бұрын
Up
@paanaz
@paanaz Ай бұрын
terima kasih ilmunya cikgu.. sebelum ni sy pkai century basah dkt persona lama.. dpt la 4tahun.. pastu try pulak amaron kering.. alhamdulillah 2bulan lagi cukup 4tahun.. padu jgk btry kering ni cikgu
@Ravimaran2602
@Ravimaran2602 2 жыл бұрын
Ic, Saya kena tunjukan video dekat ayah Saya Prof, Sebab bateri kereta dia dah nak long. Anyway really thanks for the useful knowledge Prof. Love you prof
@maslantalib5314
@maslantalib5314 2 жыл бұрын
Hadir prof...
@asmile60
@asmile60 2 жыл бұрын
Alhamdulillah Bateri kereta saya jenis basah sudah melepasi 3 tahun dan masih ok (telah di test di Perodua servis center). Air bateri memang saya jaga rapi dan nak cuba jika boleh melepasi 4 tahun.
@syedmohamadadrostuanmuning4503
@syedmohamadadrostuanmuning4503 8 ай бұрын
bateri apa? brand
@asmile60
@asmile60 8 ай бұрын
​Ori dari beli perodua, sekarang dah tukar bateri lain kereta pun dah 5 tahun.​@@syedmohamadadrostuanmuning4503
@seenseen9962
@seenseen9962 2 жыл бұрын
Bateri air atau kering semua ada air cuma bateri kering kita takperlu tambah air baterinya saja, bateri kering bocor jga jika tebalik, dari segi berat sama saja, bateri kering juga akan bocor jika cas dari altenator berlebihan, kerana bateri kering juga ada lubang di bahagian sisi dia , #harnya share pengalaman kerja di kadai bateri😀
@honorzero3609
@honorzero3609 2 жыл бұрын
sokong.. sama la kerja kita yee.. hehehe... kalau perodua/proton pakai bateri AGM , berapa la pulak nak dijual ye.. 🤭🤭🤭
@Doraemon-wq2vs
@Doraemon-wq2vs 2 жыл бұрын
@@honorzero3609 dari kilang AGM, lpas kong, tukar bateri biasa, bypass start/stop...🤣
@honorzero3609
@honorzero3609 2 жыл бұрын
@@Doraemon-wq2vs hahaha.. nangis woo nak beli AGM.. habis modal make up keta kalau beli AGM...
@Doraemon-wq2vs
@Doraemon-wq2vs 2 жыл бұрын
@@honorzero3609 bateri PB rm130, AGM rm600🤣🤣🤣, tapi AGM mmg tahan la, sampai 6-7tahun kalau dapat qualiti punya
@mohammadhafizul7697
@mohammadhafizul7697 2 жыл бұрын
Tapi ada jual ke bateri kering kat kedai... Bateri kereta still kena refill air kan
@muhammadazizi2590
@muhammadazizi2590 2 жыл бұрын
sya guna century jenis basah dri 2018 lg untk myvi. alhamdulillah, masih elok
@hananifirzaaaahh6666
@hananifirzaaaahh6666 2 жыл бұрын
Kebanyakan syarikat pos guna bateri basah untuk van dan lori kerana harga lebih murah dari bateri kering
@nkjproject206
@nkjproject206 2 жыл бұрын
Sy pakai amaron hi life pro selama 4 thun 3 bulan.... Bateri volt masih ok lg... Cuma terpksa tukar sbb capacity dh drop 50%..so nk cranking bunyi mcm berat skit nak hidup.. Kalau prof tak keberatan nanti buat content pasal jenis bateri kereta type NS or DiN... Perbezaan serta kebaikan n keburukan...
@CrisCarter5759
@CrisCarter5759 6 ай бұрын
Baguslah kau bang.cakap semua senang nak faham.saya tengok pon rasa semangat nak tau
@adolfhitler9377
@adolfhitler9377 2 жыл бұрын
Sy lebih berminat bettery basah😁. 👍🏼. Paling kerap pun sbulan skali je check air,itu pun tak berkurang pun.. biasa topup air 2bulan skali je mcm tu,itu pun sikit je.
@arincstingray611
@arincstingray611 2 жыл бұрын
Lps guna bateri MF sy x mahu beli lg MF , MF x leh 'godek' .... Sy pki Yuasa basah 4 tahun dh smpi harini bleh lg bg starter ex5 sy kuasa ... Baru² ni tuang air panas dlm bateri slps kluarkan air lama (letak tepi nk pki smula) , flush 3 4 kali dgn air panas buang keladak , pstu masuk semula air asid lama td pstu topup skit air bateri baru ... Nah berfungsi lagi dia ... 4 tahun lbih beb , kalu MF 2 tahun dh kna campak kt besi buruk ...
@fadly98
@fadly98 2 жыл бұрын
Yuasa MF 5 tahun masih beroperasi lagi.
@faizalmus5021
@faizalmus5021 2 жыл бұрын
Battery basah ni satu je leceh mcm prof cakap bila kereta terhentak ke langgar lobang mesti air tu leak keluar habis kene terminal battery jd oksida. Dh satu kerja nk kene bersihkan setiap bulan. Skrg ni pkai battery free maintenance je terminal pn bersih x kotor. Ketahanan pn not bad dh 3 tahun aku pkai cuma mahal sikit je rm250
@hafizulnaim5350
@hafizulnaim5350 2 жыл бұрын
Bateri sy guna amaron hilife tahan 5 tahun 8 bulan. Still 90%, charging 87% health, cca drop dari 340 ke 250. Tukar pun sbb rasa dah lama sgt.
@rezalshajjay5597
@rezalshajjay5597 Жыл бұрын
Amaron tahan lama giller😂
@emranemran9850
@emranemran9850 2 жыл бұрын
Betul prof. Sy pakai bateri basah pernah sampai 2 tahun lebih. Bila guna bateri kering tak pernah lebih 2 tahun. Cuma senang pakai jer bateri kering ni sbb tak perlu maintenance.
@mohdshahrilsalleh3657
@mohdshahrilsalleh3657 2 жыл бұрын
saya punya bateri basah harga 90rm lagi lama Tahan Dari bateri Kering yg harga 200rm
@emranemran9850
@emranemran9850 2 жыл бұрын
@@mohdshahrilsalleh3657 betul tu
@ZulAzizAbdullah
@ZulAzizAbdullah 2 жыл бұрын
Saya guna dry battery sejak December 2018 sampai sekarang, alhamdulillah masih ok.
@beyourself8631
@beyourself8631 2 жыл бұрын
Terima kasih Prof atas pencerahan yg diberikan...semoga Prof diberikan kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki...Aamiin...
@omarsyahrilnorazmi3302
@omarsyahrilnorazmi3302 2 жыл бұрын
Bateri kering kalau nk tahan lama boleh charge dia setiap 3 atau 6 bulan sekali. Elok sebelum jalan jauh pun buat mcm ni, tapi jgn lupa check voltage supaya voltage berada di tahap yg paling elok utk sebiji bateri yg sihat iaitu sekitar 12.6v sehingga 13.2v. Bateri kering pun biasanya guna air tapi sistem bateri yg menggunakan jenis VRLA (valve regulated lead acid) membuatkan air bateri tu terus kering bila masuk dlm bateri. contohnya mcm bateri moto kod YTX,YTZ. mmg x nampak air dlm bateri tu sbb ada bateri yg air dia dimasukkan dari kilang. ada jugak yg perlu dimasukkan air sebelum guna contohnya bateri brand yuasa yg menggunakan kod YTX.
@alifsafuanbinazami113
@alifsafuanbinazami113 Жыл бұрын
Klau lupa tutup lampu dia Kong tak?
@omarsyahrilnorazmi3302
@omarsyahrilnorazmi3302 Жыл бұрын
@@alifsafuanbinazami113 bergantung brp lama lupa tutup tu. Kalau seharian boleh kong. Bateri kereta x boleh deep discharge, jd kdg2 kalau dah voltage terlalu rendah contohnya bwh 8v, sesetengah charger x boleh nk charge. Tapi ada charger yg ada repair mode, dia boleh pulihkan bateri yg dah kong cuma mungkin mkn masa bbrp hari. Kalau rajin boleh tggu. Minggu lps baru charge bateri kete, bateri dah tggl 10v sbb kete x start lebih 2 atau 3 bulan. Cuba charge 1 mlm, terus boleh pakai bateri tu. Kete pun hidup dgn sekali cranking je.
@shoharasurahim4132
@shoharasurahim4132 2 жыл бұрын
prof... kalau saya bateri basah pun ok...sebab motor yg saya guna ada karburetor... hal top up air suling (air bateri)... tu saya akan check sekali semasa tukar minyak enjin & spark plug.... jadi bukan masalah.. tapi kedai jual motor kata fuel injection memang WAJIB guna bateri kering... sebab sistem FI merangkumi paling asas injector, oxygen sensor, pam bahan api dan ecu...(kalau sy terkurang sila tambah sendiri,bukan ingat semua)..kedai kata voltage bateri kering lebih stabil... sebab ada member nk cheapskate, guna bateri basah... bila tiga kali top up air... lambang FI menyala tak padam².motor tak boleh dihidupkan.. pomen kedai geleng kepala... terpaksa rewrite ECU dan tukar oxygen sensor... dan beri amaran kalau pakai lagi bateri basah, pam Fi boleh hangus... sebab dia suka lenjan motor sampai kering tangki...
@nasernas7751
@nasernas7751 2 жыл бұрын
Alhamdulillah saya guna bateri VARTA DIN 95 SELAMA 7 TAHUN.baru kong🙂
@mohamadrazman431
@mohamadrazman431 2 жыл бұрын
Dr Hasbullah, kalau boleh cite skali pasal kod bateri yg NS dgn DIN....betul ke itu NS dgn DIN tu industrial code utk bateri ye?
@monalizabintihassankm-pens109
@monalizabintihassankm-pens109 2 жыл бұрын
Saya guna bateri basah. Sbb saya suka: 1. Murah. Kedai sy beli kat port klg amik dr kilang, so kalo beli dr kedai tu, mmg at least 2 thn. Pernah sekali capai 3 thn. 2. Boleh perasan mcm mekanik bila top up air bateri 3. Boleh tukar bateri keter sendiri, so perasan lagi mcm mekanik..hahaha
@HasbullahSyarah
@HasbullahSyarah 2 жыл бұрын
😂😂
@mikehalimchanabdullah2204
@mikehalimchanabdullah2204 2 жыл бұрын
Terima kasih Prof diatas info yang mantap ini. Setakat ni kereta BMW semua guna battery kering sebab size design yang rendah untuk muat kedalam kabin battery kat belah kanan bawah bonet . Minimum size DIN66 ... max DIN100.
@ahmadshafiqjuliayyan988
@ahmadshafiqjuliayyan988 2 жыл бұрын
, ,,, ,,
@ahmadshafiqjuliayyan988
@ahmadshafiqjuliayyan988 2 жыл бұрын
, ,,, , ,, , ,,,
@syamGSR
@syamGSR 2 жыл бұрын
Petang tadi baru battery kereta saya kong selepas 3 tahun berkhidmat.saya lebih prefer yang basah sebab jangka hayat lebih sikit kalau jaga dengan betul,murah sikit dari yang kering.
@khaizatulzaika3510
@khaizatulzaika3510 2 жыл бұрын
Cuba tambah asid batteri(sulfurik)... dari 120cca bleh naik 200cca...tu pun klu plate dlm ok !
@syamGSR
@syamGSR 2 жыл бұрын
@@khaizatulzaika3510 plate dah bercantum.dulu pernah buat jugak,tapi kali ni mmg dah out habis.
@ayie6236
@ayie6236 2 жыл бұрын
Info yg bermanfaat d musim hujan2 ni, stanby ringgit lebih skit utk tukar bateri yg bateri dah lama tu jimat2 la skit utk beteri esok lusa..
@ayie6236
@ayie6236 2 жыл бұрын
Setahu saya kenderaan diesel tu lagi baik guna bateri basah..
@umar90ification
@umar90ification 2 жыл бұрын
Batteri basah saya guna dari tahun julai 2017... Sampai sekarang Alhamdulillah tiada masalah dan still berfungsi dengan cemerlang.. dah 4 tahun lebih...
@azzadija
@azzadija 2 жыл бұрын
Thanks atas info prof.tpi masih ramai yg konpius antara bateri kering dengan free maintenance battery.ramai yg samakan padahal berbeza.free maintenance tu tetap bateri basah cuma x perlu tambah air asid dh
@shadowslayerfx
@shadowslayerfx 2 жыл бұрын
saya keeja kat fleet management nie. sbgai driver coordinator. xyah hire orng. ak check betrry. seruh je driver check hari. sbb setiap minggu drng ada check list masing2
@elvismaxsonwilliam9940
@elvismaxsonwilliam9940 2 жыл бұрын
Hadir prof, suka dengan topic, ikut nasib juga beli bateri ni, saya penah guna bateri basah smpai 6 tahun lebih tp kna maintenance dgn betul dan sentiasa check air bateri, skrg ni ssh nk dpt kualiti bateri btl2 bagus, cma dpt pkai 3 ke 4 tahun je.
@naimmohdamil3286
@naimmohdamil3286 2 жыл бұрын
Bateri kering 1.5 tahun akan kong. Bateri basah aku pakai sampai 4 tahun steady lagi. Tp disebabkan dah lama sgt 4 tahun tak rosak pun aku tukar jugak... Bab maintenance sebenarnye takde la rumit sgt bateri basah, time tukar minyak hitam check bateri skali topup... Kalo bateri tu berfungsi dgn baik 6 bulan skali baru susut air dia... I say from my experience and now sy pakai bateri basah lagi ni dah 3 tahun masih ok... Alhamdulilah...
@emorider6804
@emorider6804 2 жыл бұрын
Itu la🤣.. sejak moto sy dh equipped dgn usb charger (wyre smbung dri terminal battery.. baru battery tu mula lemah.. nak cas balik battery tu start guna kaki.. Coil magnet akan cas semula battery moto tu.. klau tk psg apa charging accessories 5tahun pun blm tentu kong battery tu🤣.. Nota kaki : Dah cas phone semalaman guna usb charger dri battery moto.. jangan guna electric starter.. mmg tk hidup ler.. guna kickstarter and gerakan moto tu tuk cas semula battery tu
@masterpiecetv811
@masterpiecetv811 2 жыл бұрын
Dari dulu tk pernah lagi beli bateri baru, sentiasa beli 2nd...... tapi still boleh tahan dlm 2 tahun. Kalau beli baru pon bateri motor je🤣🤣
@syahrulzahrin2545
@syahrulzahrin2545 2 жыл бұрын
Wow… sy beli battery baru pun selalu 2tahun lebih dah kong.. except battery masa beli kereta baru.. sy beli nissan navara baru battery dia sampai 6 tahun baru kong..
@saifulroysulaiman5113
@saifulroysulaiman5113 2 жыл бұрын
Terbaik la Prof. saya dah lama tggu content berkenaan bateri kenderaan.
@gorengpisang0780
@gorengpisang0780 2 жыл бұрын
Battery basah+gearbox manual=kereta jdm 90s
@nazhakimi4049
@nazhakimi4049 2 жыл бұрын
Saya pernah ada pngalaman (4 tahun lpas) air battery leaking dr battery kering..baru beli battery tu (dalam kotak).. lpastu ltk kt seat blakang dlm posisi tegak, then drive balik rumah.. smpi rumah, kotak battery dh tumbang (baring) dan kotak basah.. cepat2 hntr balik kdai..kdai ckp jgn bgi tbalik, senget.. air leaking.. 😅 dan dpt rplcmnt baru.. esoknya kne cuci seat kreta.. masam habis bau air chemical battery
@amranmat345
@amranmat345 8 ай бұрын
Kereta / motor saya mmg guna bateri basah. Alhamdulillah bateri motor / kereta saya melebihi 3tahun. Sebulan sekali check paras air, air kurang mesti tambah. Saya pula jenis guna sound sistem. Cuma bateri air ni owner kenalah rajin dan ringan tangan
@ahmadalhafizmazlan
@ahmadalhafizmazlan 2 жыл бұрын
tq prof sbb kongsi ilmu ni. bezza saya 2018 masih lg guna bateri basah ori kilang jenama panasonic. alhamdulillah, masih lg ok smpai skrg. cuma masa servis bln lps, SC dh suruh standby duit sbb cca dh rendah. tgh pilih2 lg nk pakai basah ke kering 😅
@zaidmohamad5489
@zaidmohamad5489 2 жыл бұрын
apa tu cca bos?
@nuraiminasreen4900
@nuraiminasreen4900 2 жыл бұрын
boleh share tuan tukar batery basah ke kering?
@derrberkk1441
@derrberkk1441 2 жыл бұрын
Kbykan kt pasaran kita ni proff nmpak ja btri kering pdhal btri basah...byk cmpony buat btri basah nmpk mcm btri kering..tpi btri kering pon blh topap air btri blh tahan dkt² 3tahun jgk..sya aritu guna btri kering lma² skli topap air btri
@abuhanifah3380
@abuhanifah3380 2 жыл бұрын
Sel kering biasa masih ada air kat dalam. Kalau terbalik mmg tumpah juga. Rongga tu dibuat utk lepaskan gas yg terhasil. Bahaya kalau tersumbat. Ada yg guna teknologi AGM / gel yg tak pakai air. Biasa motosikal pakai sbb selalu terciduk tang corner
@haspray5127
@haspray5127 2 жыл бұрын
wkm salam,bgi sy video cikgu sangat menafaat,mudah di fahami dgn penerangan cikgu tentang automotif..kalau sy nk ganti beteri kereta castama sy akan cek anternetar yg dia pakai sekiranye masih lagi setended sy akan bgi beteri yg sama tp klu dia dh guna anternetar yg lebih besar sy akan rekemen beteri yg sesuai..contoh kancil,byk sy jumpe diorg guna anternetar yg lebih besar agar bila on econ injen x berat..betul x betul sy x pasti..
@kamalgba4350
@kamalgba4350 2 жыл бұрын
Sy pakai bateri kering .. Dr bulan 12/2018 alhamdulillah sampai skrg masih ok .. perodua kelisa manual
@nasrulnaim115
@nasrulnaim115 2 жыл бұрын
Abg. Please buat vd penerangan tentang honda kereta dan honda moto.. Apa sejarah honda moto dan siapa mat boon tu. Srs x phm😩nk abg jgk yg buat vd tentang ni. Please
@kahartruck3920
@kahartruck3920 2 жыл бұрын
bateri lori volvo prime mover guna bateri kering harga mencecah 1k jenama volvo,kena guna 2 biji 2k, pada pendapat sy bateri basah lebih tahan jangka hayat dan murah berbanding bateri kering,kalau bab topup air bateri tu buat masa tukar minyak hitam tak susahpun.
@SallehuddinSallehuddin-mi9hn
@SallehuddinSallehuddin-mi9hn 2 жыл бұрын
Saya mmg dah lama bertukar ke betri MF..aka kering..betri air ni 1 Hal kena Ada penjagaan..1 lagi dia suka bocor.. lama2 terminal betri tu jadi berkapur..Mula la nk meruput..air betri tumpah kena body keta boleh berkarat..mmg lecey..hrga pun xmahal mna..klau saiz ns40 la..lagi pun betri lama boleh juai balik Kat kedai..😁
@ewannk
@ewannk 2 жыл бұрын
jumper powerbank tu good to have and mudah diguna..saya mmg simpan dlm kete tp pastikan jgn letak kete dkt kawasan panas berjam2..takut meletup powerbank tu...
@muhammadfaezwan3602
@muhammadfaezwan3602 2 жыл бұрын
Cakap tentang bateri ni kan bateri kering yang saya pakai sebelum ni untuk proton exora Alhamdulillah tahan dalam 54 bulan.. masa tu rase macam tak percaya bila tengok tarikh pada bateri sebab rata² orang cakap bateri paling lama pun dalam 3tahun.. untuk pengetahuan kereta saya hari² jalan sebab saya salah seorang pemandu uber/grab masa tu..
@nabilizam22
@nabilizam22 Жыл бұрын
Brand apa tu
@nanizul
@nanizul Жыл бұрын
Saya beli toyota avanza dah 3 tahun. Sejak beli, belum tukar bateri lagi. Owner dulu pun saya tak tahu guna berapa lama. Tapi 15hb 12 2022 baru2 ni dah kong..
@rashdanraz3734
@rashdanraz3734 Жыл бұрын
Brand apa
@muhdshafiq9163
@muhdshafiq9163 4 ай бұрын
Sy suka bateri basah. Pakai pun brand2 biasa ja. Tpi alhamdulillah,2 tahun masih steady. Slalu ja check air dia. Keta pun dh 9 tahun usia. Axia G hahah
@chualun928
@chualun928 2 жыл бұрын
sejak kebelakangan ini, kereta baru dah guna bateri saiz kecil seperti 40..tapak bateri masih besar 70.
@muhammadzakifiqri9752
@muhammadzakifiqri9752 2 жыл бұрын
Betul.
@metzmatu8409
@metzmatu8409 2 жыл бұрын
SN40
@chualun928
@chualun928 2 жыл бұрын
@@muhammadzakifiqri9752 beli bateri pula kena pastikan yg ada huruf L atau tidak sbb kedudukan positif. Pernah silap beli kabel positif x sampai.
@mohdryzal2990
@mohdryzal2990 Жыл бұрын
Pglman aku pakai beteri basah dn kering... Sbb kereta sehari hmpir 200km perjlnan... Kalau nak tahan lama pakai beteri kering... Cukup 2 tahun, bukak top plate beteri tuu topup air... Lgi bgus letak asid dan cas... Mcm aku buat sndiri je.. sbb ada pgcas dirumah... Pling lama bthn 4tahub stgh .. btri basah xtahan... Xsmpai 3 tahun Jahnam.. mungkin ada mslh plate dia...
@Syakir92
@Syakir92 2 жыл бұрын
Kalau battery kereta vs bettery saiz lori kemukinan yang tahan lama adalah bettery saiz lori...Klau taruk dlm kereta bahagian depan mmg tak muat dan kos nya mahal...terpulang pada pengguna nk guna yang jenis kering atau basah...sekian...semoga bermanfaat segala info
@SpiderMan-iy8yx
@SpiderMan-iy8yx 2 жыл бұрын
Mana pulak masa start kereta gunakan bateri biasa guna starter disitu simpan karen.batari kering sebenarnya ada air cuma liquid dia lain sikit dari bateri air.kalau bukak sticker nampak sebijik bateri air ada lubang isi air.kod number bateri tak perlu kena sama dia ada yang boleh masuk kedai biasa tahu.saya punya din55 masuk ns40 tak silap beza saiz kecik sikit.
@hafisvbgchannel6602
@hafisvbgchannel6602 10 ай бұрын
Saya suka pakai bateri basah, sebab tahan lama, paling lama tahan 5 tahun jenama century, paling pendek hayat 3.5 tahun. Pengalaman bateri kering paling lama 2 tahun dan tak bg signal terus kong. Kalau bateri basah jual balik dalam rm25 kalau bateri kering dalam rm12. Jadi sepanjang 26 tahun guna kereta saya prefer bateri basah walaupun asal beli kereta kering bila tukar akan guna bateri basah.
@theallseeingeye9388
@theallseeingeye9388 2 жыл бұрын
Fleet management mengambil berat alat ganti tahan dan tidak gagal sebelum scheduled maintenance. Dalam erti kata lain, mereka tidak pentingkan jangka hayat bateri yang diselengara dan dijaga rapi seperti pemilik kenderaan persendirian jika dibandingkan dengan peratusan bateri jenama tersebut yang dapat bertahan sehingga usia jangka hayat minima yang diakui pengilang bateri tersebut. Commercial fleet management tidak mengambil kira jumlah kos penyelengaraan berkala sebagai faktor utama dalam membuat keputusan apa yang akan ditukar atau dilaraskan semula ketika jentera mereka diservis. Pelan penyelengaraan berkala mereka berasaskan berapakah kos kerugian yang dialami jika produk mereka gagal tiba dilokasi pilihan pelanggan. Jadi fleet maanagement biasanya akan memilih minyak semi jika dibandingkan dengan fully syntetic tetapi menukar minyak dengan lebih kerap kerana kekerapan tukar minyak enjin terbukti lebih penting dari jenis atau jenama minyak pelincir contohnya.
@abdulhafiz2361
@abdulhafiz2361 2 жыл бұрын
lori company saya pakai bateri basah..sendri check air beteri..kalau beteri kong sbb air kering tokey bebel 3hri 3mlm..
@zuandin1840
@zuandin1840 2 жыл бұрын
Saya bukan pomen Prof.Tapi tentang masalah kereta saya buat sendiri.Dari door handle sampai cable hand brake. Bagi saya topup air beteri sama tukar coolant aje.
@alexanderhartono5871
@alexanderhartono5871 2 жыл бұрын
Dari video yang saya lihat itu bukan battery kering akan tetapi lebih tepat nya type MF / maintenance free yang mana di dalam battery tetap ada air battery yang sudah di isi dari pabrik . Yang asli battery kering atau sama sekali tidak ada cairan aki adalah battery lithium yang sekarang ada di mobil listrik .
@michaelchia8677
@michaelchia8677 2 жыл бұрын
Saya dulu ada pakai bateri kering tapi sudah dua kali baru tigabelas bulan ia sudah rosak. Saya tukar balik kepada yang basah. Tiap kali, 2 setengah tahun tak ada masalah. Tapi, mesti rajin sikit isi air bateri. Lagipun, mesti ikut jadual bila servis kereta.
@NazRibut
@NazRibut 2 жыл бұрын
Sy ttp pilih kering sbb xleceh..mahal ckit xpa..pakai smpi kong
@zakkwylde551
@zakkwylde551 2 жыл бұрын
Saya beli Alza tahun 2017, dia bg standard bateri basah. Dr pengalaman sy bawak grab,bateri basah lebih hardcore n pjg sikit umur dia dr bateri kering
@ismaismail310
@ismaismail310 2 жыл бұрын
Tak jugak. Sy guna omron 25.3.2018 hingga laa nie 30.9.2021 x tukaq lagi. Ha nak masuk 2022 beberapa bulan lagi.mcm xpercaya pulak ketahanannya
@PemadamGergasi
@PemadamGergasi 2 жыл бұрын
Beli kereta baru, selalunya dpt bateri basah. Bateri basah lebih bagus
@ykitv_
@ykitv_ Жыл бұрын
Terima kasih banyak Prof, sangat2 membantu info ni,,teruskan bagi info2 yang bermanfaat .
@scwong755
@scwong755 2 жыл бұрын
Salam tuan has hasbullah, bateri kering jika lemah boleh kah dicas Seperti bateri basah , tq
@tansrimerong66
@tansrimerong66 2 жыл бұрын
Hadirrrrrrr!!! Hehehe bateri kreta baruu derrr… time2 covid ni mmg bateri bnyk jual sbb malas start kreta… last2 bateri kong… hahaha
@ammarhassan5133
@ammarhassan5133 2 жыл бұрын
Dr, boleh terangkan x ttg perbezaan antara spark plug biasa dgn spark plug iridium? Semua kereta boleh guna ke iridium ni?
@HotRod16
@HotRod16 2 жыл бұрын
Pak cik pak cik kat luar kata... Zaman kita bawa manual, tiap minggu cuci kereta, buka hood check engine minyak hitam, air tangki dan bateri. Sambil itu jenguk tengok belt dan mungkin lap enjin sekali. Mat kereta zaman skarang, isi petrol jalan sampai kong. Panggil tow truck settlekan.
@HasbullahSyarah
@HasbullahSyarah 2 жыл бұрын
😂
@honorzero3609
@honorzero3609 2 жыл бұрын
Maaf bang sekadar info tambahan, kalau yg mcm amaron, century untuk perodua dan proton pakai tu bukan bateri kering tak ada acid , cuma tak perlu jaga air je(free mantainence) tapi tetap ada acid .. cuma macam merc, BMW original bateri baru betul² kering(atau dikenali sebagai AGM battery) AGM nie mahal sgt.. utk proton perodua jarang nak ade jenis nie.. kebanyakannye yg dijual kt pasaran tu semua hanya free mantainence.. maaf kalau ada silap info..
@rajakbinpayman3452
@rajakbinpayman3452 2 жыл бұрын
Saya menggunakan battery basah , terima kasih peneranganya
@jibammudin858
@jibammudin858 2 жыл бұрын
Assalamu'alaikum Dr., boleh ke Dr. buat video penerangan tentang transmisi Koenigsegg Regera yang guna 1 speed je dan apa pros n cons nya. Terima kasih Dr.
@viknneshbob7459
@viknneshbob7459 2 жыл бұрын
Contoh kalau battery kering umur 3tahun habis. contoh selepas 2tahun charge battery kering itu boleh ke panjangkan umur battery itu.
@kamarulakmal3822
@kamarulakmal3822 2 жыл бұрын
3 tahun tu tukar baru je.. mmg dah lebih dari jangka hayat dia.. biasa bateri kering ni dpt 2 tahun.. kalau lebih tu nasib baik la tu
@viknneshbob7459
@viknneshbob7459 2 жыл бұрын
@@kamarulakmal3822 charge pun tak guna lah
@kamarulakmal3822
@kamarulakmal3822 2 жыл бұрын
@@viknneshbob7459 kalau caj pun x tahan lama.. sekejap je..
@hdschannel4526
@hdschannel4526 2 жыл бұрын
Manufacturer untuk van awal2 semua pasang basah. More like contoh kalau kereta vios size ns40 digunakan interm of jimat kos ..pada asal nya size tapak bateri vios dia ns60 L
@norshco8135
@norshco8135 2 жыл бұрын
adeh....topik ni kuar, cam tau je saya baru tukar bateri... mantap prof 👍👍👍
@HasbullahSyarah
@HasbullahSyarah 2 жыл бұрын
😀😀
@daliveed2982
@daliveed2982 Жыл бұрын
Saya guna battri kering da masuk 5tahun Alhamdulillah masi ok..
@AMin-ki3vu
@AMin-ki3vu 2 жыл бұрын
saya guna bateri basah, lebih baik daripada bateri kering..... jangka hayat bateri basah saya guna PALING lama 4 tahun 6 bulan....., untuk dapatkan jangka hayat yang lama, kena tahu cara penjagaan nya......
@mohdzaidi1631
@mohdzaidi1631 Жыл бұрын
Keduanya batt pakai asid sulfiric cuma yg satu lagi dkatakan kering... Bkn kering pun...maintainance free(MF). batt. Tu tutup semua cuma satu lubang kecil saja.
@muhammadhafizuddin2691
@muhammadhafizuddin2691 Жыл бұрын
Sel basah ni ada bagusnya, sambil2 check water level, blh check keadaan benda2 lain, coolant ke..air wiper ke...dah 3 tahun xpernah tukar sejak beli keta..thn ni Bru tukar ke bat3 kering..slh stu sbb air bat3 tu melimpah smpai meleleh , tkt karat at besi bwh bat3..
@mamatbks
@mamatbks Ай бұрын
Bateri air lebih tahan lama cuma tu lah kena selalu tengok air bateri lagu bagus guna bateri air kita bukn sahaja jaga air bateri sambil tu kita juga cek baang lain yg rosak bila selalu buka enjin kita dpat lah tahu kenal kompenen kereta yg lain sambil cek air bateri boleh cek yag lain sekali kalau pakai yg tahu pakai ker enjin kereta pun tak pernah buka tahu2 bateri kon barang2 kuta dah tentu tak cek tahu2 rosakjer ..kalau bateri air ni dah tentu 2)3 bulan sekali buka enjin tambah air bateri sambil tu boleh cek air cooler dan lain-lain bkn tahu naik jer kereta kena lah cek juga kerosakan kereta .ia lebih perihatin yg pakaj bateri air.
@AmmarAlfaiz
@AmmarAlfaiz 2 жыл бұрын
Assalamualaikum prof.. maaf pembetulan.... namanya bukan bateri kering tapi maintenance free battery. Masih ada electrolyte liquid tapi tidak perlu diselenggara.
@mohammadhafizul7697
@mohammadhafizul7697 2 жыл бұрын
Terbaik diskripsi tuan memberi penjelasan yang bagus kepada saya 👍🏻
@parkdien5543
@parkdien5543 2 жыл бұрын
Sebenarnya bateri basah ni ada 2 jenis satu jenis free maintenance satu lagi kena maintenance..yg prof cakap tu bukan bateri kering yee..bateri kering guna gel dia memng x dk cecair tapi mahal bapak lahh..kereta² mewah jaa pakai..jarang sangat jumpaa..yg selalu kedai cakap bateri kering tu adalah bateri basah jenis free maintenance..dkat dlam dia masih ada acid jgan dok pandai² p tebalik pulak tajam acid diaa..klau slah tolong betulkan..
@CZERcrew
@CZERcrew 2 жыл бұрын
Mantap cikgu 💪🏽 dah lama juga request video bkaitan battery ni akhirnya cikgu buat juga. Terima Kasih
@HasbullahSyarah
@HasbullahSyarah 2 жыл бұрын
😀
@meshanthangamani3511
@meshanthangamani3511 2 жыл бұрын
Saya Pakai Bezza 1.3X... keluar kilang Bateri Panasonic Sel Basah.... Lps 3 tahun baru saya tukar Bateri Amaron... 18 Bulan Warranty utk Bateri Amaron
@damiishak3429
@damiishak3429 2 жыл бұрын
Prefer bateri basah. Selagi jage air bateri. Selagi tu boleh pakai. Bateri kering, gune air jugak. Tapi tak boleh refill. Dah la mahal.
@nazsakim8705
@nazsakim8705 2 жыл бұрын
cpt kong plak tu..
@mohdizman4131
@mohdizman4131 2 жыл бұрын
Beteri kering sememangnya guna air juga tapi airnya sedikit saja,,beteri basah kena guna air y banyak sebab tu ia kena selalu tambah,,
@damiishak3429
@damiishak3429 2 жыл бұрын
@@mohdizman4131 sebab tu jangka hayat nya lebih panjang dan murah. Penjagaa nya tak la susah sebenarnya. Jika penutup nya elok rapat. Air nya tak keluar atau lambat kurang. Saya periksa air bateri setiap kali servis minyak enjin. Jadi, tak jadi masalah untuk periksa air bateri. Cuma, bila bateri lemah(weak). Boleh pergi ke bengkel bateri kereta untuk buat pemeriksaan samada bateri yang bermasalah atau pun alternator yang bermasalah. Kalau bateri yang bermasalah, boleh beli bateri basah yang 2nd hand. Harga pun lebih kurang RM 100 je. Cuma waranti tak lama seperti beli bateri baru. Kalau guna bateri kering, memang orang akan anggap mudah. Tak perlu jaga air. Tu silap nya. Tak perlu jaga air tu yang buatkan jangka hayat bateri jadi pendek. Sedangkan, komponen dalam nya sama je. Beza nya bateri kering ditutup tempat buka penutup untuk isi air bateri tu. Kenapa bateri kering lagi mahal? Sedangkan komponen nya sama. Sebab perangai 'AMBIL MUDAH'. Nak senang, ambil bateri kering, tak perlu check air bateri, habis bateri je terus tukar. Disebabkan itu harga bateri kering lagi mahal. Permintaan daripada kilang2 automotif yang banyak menggunakan bateri kering. Tapi, setelah kereta tiba pada pembeli. Hak pembeli la nak guna bateri kering atau basah. Pilihan sendiri. Ini saya bagi tau berdasarkan pengalaman saya.
@erenjaeger4813
@erenjaeger4813 2 жыл бұрын
Bagi saya bateri basah lagi bagus dari bateri kering,tapi untuk orang2 bujang jee lar,orang yang selalu nak jimat duit jee,bateri basah lagi tahan lama dari bateri kering,cuma kena check dan topup selalu bateri,teringat masa muda dulu,naik Suzuki gamma pegi kerja,overall memang tahan lar senang cerita,dulu pernah tak tukar bateri lebih dari dua tahun..maklum lar memang nak jimat duit sangat2
@afralpinaful
@afralpinaful 2 жыл бұрын
maaf byk2 tuan,setahu saya battery kering(free maintenance) lagi berat dari battery biasa..
5 Tanda Bateri Kereta Anda Dah Lemah - Cepat Pergi Bengkel
8:05
Hasbullah Syarah
Рет қаралды 561 М.
5 Punca Bateri Kereta Anda Mati
8:42
Hasbullah Syarah
Рет қаралды 97 М.
PEDRO PEDRO INSIDEOUT
00:10
MOOMOO STUDIO [무무 스튜디오]
Рет қаралды 16 МЛН
SPONGEBOB POWER-UPS IN BRAWL STARS!!!
08:35
Brawl Stars
Рет қаралды 20 МЛН
女孩妒忌小丑女? #小丑#shorts
00:34
好人小丑
Рет қаралды 83 МЛН
PodcastMG: Di Sebalik Serangan Gaza, Ada Sesuatu Yang Kita Perlu Tahu
40:13
MalaysiaGazette TV
Рет қаралды 190 М.
INFINITE RANGE ELECTRIC CAR - DIY Build
24:28
Drew Builds Stuff
Рет қаралды 2,6 МЛН
KAPAL PENGANGKUT MINYAK
8:46
Hasbullah Syarah
Рет қаралды 50 М.
KAMI DRIVE S70 - TAK SEDAP!
23:26
mekanika malaysia
Рет қаралды 782 М.
Apa Maksudnya Kalau EKZOS Anda Keluar AIR
8:02
Hasbullah Syarah
Рет қаралды 278 М.
BUFORI GENEVA - LIMO RM2J BUATAN MALAYSIA!
17:51
Careta TV
Рет қаралды 56 М.
Kereta Lama Tak Boleh Guna Fully Sintetik - Mitos Atau Benar
8:41
Hasbullah Syarah
Рет қаралды 222 М.
PEDRO PEDRO INSIDEOUT
00:10
MOOMOO STUDIO [무무 스튜디오]
Рет қаралды 16 МЛН