ONE PATH FT NAZREY JOHANI - LAILA MAJNUN (OFFICIAL MUSIC VIDEO)

  Рет қаралды 821,176

Tarbiah Sentap

Tarbiah Sentap

Жыл бұрын

"Tuhanku, tenggelamkan diriku ke dalam lautan keikhlasan mencintaiMu.
Hingga tidak ada sesuatu yang menyibukkanku selain berzikir padaMu.."
(Rabiatul Adawiyah)
Strim LAILA MAJNUN di platform digital - bfan.link/laila-majnun
FOLLOW ONE PATH
Instagram - / onepath.official
TikTok - / onepath.official
Facebook - / onepathtsr
Twitter - / onepathofficial
FOLLOW NAZREY JOHANI
Instagram - / nazrey_johani1971
Tiktok - / nazreyjohaniofficial
Facebook - / nazreyjohaniraihan
Social Media Tarbiah Sentap Records
Instagram - / tarbiahsentaprecords
TikTok - / tarbiahsentaprecords
Lagu & Lirik: Akmal Mustafa
Muzik & Keyboard: Iris Tan & Ida Liew
Gitar: Haw Vee & Alexander Ching
Mixing & Mastering: Amin Nordin
Suara Latar: One Path, Akmal Mustafa
Studio Rakaman: Tarbiah Sentap Records
Pengarah Video Muzik: Afiq Jamil
Videographer: Aiman Haziq & Luqman Hazif
Drone Pilot: Luqman Hazif
Video Editor: Aiman Haziq
Online Editor: Afiq Jamil
English Lyrics : Razmansyah
Penerbit Eksekutif: Adnin Roslan
Penghargaan: STG Tasik Cermin, Ipoh, Perak & Luqman Azli (STG Tasik Cermin)
Lokasi penggambaran: Tasik Cermin Ipoh, Perak
Kru (Muzik Video): Mahdi, Usamah, Syukri
Kru (Nazrey Johani): Osman, Tendy, Anis, Fateh
(ONE PATH)
Bila berputik rindu
Ibarat api di kalbu
Yang membakar seluruh
Taman cinta jadi abu
(ONE PATH)
Biar derita dirasai
terseksa kerana kasih
Peritnya Majnun nikmati
Menjadi indah di sanubari
(NAZREY JOHANI)
Dunia bersaksi akan kisahnya
Bukti dahsyatnya cinta si gila
Segalanya pada Laila indah
Lebih dari dunia seisinya
(ONE PATH)
Kasih selain Laila
Hanyalah metafora cinta
(ONE PATH)
Andaikan cintanya sang hamba
Umpama Majnun bercinta
Bagaimana rasa digambar
Kerna rindu tak berbahasa
(NAZREY JOHANI)
Tuhan, kurniakan aku zouq rindu
Hingga aku buta selain dzat-Mu
Pinta ku basah lidahku selalu
Zikir di bawah minda sedarku
(NAZREY JOHANI)
Dunia bersaksi akan kisahnya
Si Laila Majnun hangat bercinta
Betapa cinta sesama manusia
Terasa sekelumit cinta luar biasa
(ONE PATH)
Kasih selain Pencipta
Hanyalah metafora cinta
#LailaMajnun #LegendNasyidKembali

Пікірлер: 1 400
@tarbiahsentap
@tarbiahsentap Жыл бұрын
Tonton video sampai habis. Ada kejutan untuk semua 😊 Dengarkan LAILA MAJNUN by One Path feat. Nazrey Johani di semua platform digital - records.tarbiahsentap.com/one-path/
@shuraihmasyharyzahari1161
@shuraihmasyharyzahari1161 Жыл бұрын
Insyaallah berpeluang untuk dapat buku ustaz Amin ii
@shuraihmasyharyzahari1161
@shuraihmasyharyzahari1161 Жыл бұрын
Insyaallah rezeki ade dah lame minat buku ustaz INSYAALLAH ADE REZEKI #LAYLA MAJNUN
@Hayyatx
@Hayyatx Жыл бұрын
BAIK !
@ernismulyady9309
@ernismulyady9309 Жыл бұрын
baikk
@faeeqgaming4490
@faeeqgaming4490 Жыл бұрын
Jom komen
@iyna2452
@iyna2452 Жыл бұрын
Laila Majnun - bila kita telah buta akan cinta segala yg pahit tetap terasa manis, begitu lah org beriman bila diberi ujian dariNya, tetap memanjat syukur kerana itu juga satu nikmat. Kerna ujianMu tanda Engkau mengingatiku, kerna ujianMu menjadi tempat ladang pahala bagiku, terima kasih Ya Allah
@cutie.editzz4745
@cutie.editzz4745 Жыл бұрын
❤️❤️❤️
@farhanah7006
@farhanah7006 Жыл бұрын
@radziahharon7538
@radziahharon7538 Жыл бұрын
♥️♥️♥️
@reyla57
@reyla57 Жыл бұрын
🙂🌠🤲
@hmizah4751
@hmizah4751 Жыл бұрын
🌹🌹🌹
@ustazadnin1932
@ustazadnin1932 Жыл бұрын
Salam semua. Jom sama-sama kita komen, share dan like lagu LAILA MAJNUN ni. Kita buat sama-sama sampai lagu dakwah TRENDING di youtube insyaAllah❤ Moga ramai org dapat manfaat dan mesej besar yg kami ingin sampaikan melalui lagu LAILA MAJNUN ni🤲
@ikmalhakim6375
@ikmalhakim6375 Жыл бұрын
ustaz, boleh bagi chord lagu ni tak 🥹
@chefmamaze546
@chefmamaze546 Жыл бұрын
Aamiin
@muhammadhakimbinahmadrusdi6566
@muhammadhakimbinahmadrusdi6566 Жыл бұрын
cube ustaz terangkan intipati lagu ni
@Sitiaisyah-fj7fw
@Sitiaisyah-fj7fw Жыл бұрын
Alhamdulillah tenang hati dengar
@BazliChannel
@BazliChannel Жыл бұрын
Allahuakhbar Terbaik , semoga industri muzik nasyid gah Dan mampu membawa impak yg besar dalam melahirkan generasi pecinta Al-Quran . ✨
@tarbiahsentap
@tarbiahsentap Жыл бұрын
Syukran abang Bazli. Doakan kami thabat dalam jalan dakwah ini.
@kdnempire
@kdnempire Жыл бұрын
kzfaq.info/get/bejne/qMqRbNKisciwpp8.html Tumpang berkongsi abg bazli 🥰 Jomm dengar lagu ni .. Untuk kita semua yg pernah merasai kehilangan orang kita sayang 🥰 #SangRama
@lidiyakhai27
@lidiyakhai27 Жыл бұрын
“ Ketika cinta sudah berbicara, maka semua akan menjadi indah. Begitu juga ketika kalian menjadikan Allah segala-galanya, maka kalian akan mendapat kenikmatan dalam beribadah di jalan Allah. ” - Habib Ali Alkaff
@ustazadnindakwah1995
@ustazadnindakwah1995 Жыл бұрын
Terbaik lagu laila majnun! Tahniah One Path & Nazrey Johani😍 Byk mesej yg saya dapat dari kisah laila majnun ni, antaranya ialah kita perlu mencintai Allah lebih dari segala-galanya❤
@izzatysyaz6620
@izzatysyaz6620 Жыл бұрын
MasyaAllah❤️❤️
@cutie.editzz4745
@cutie.editzz4745 Жыл бұрын
🥰🥰🥰
@star_ash1003
@star_ash1003 Жыл бұрын
baru tgk tiktok ustaz
@arifhafizuddin2492
@arifhafizuddin2492 Жыл бұрын
Kisah laila majnun ini pernah ditulis oleh Ustaz Adnin dalam siri Pickupline Dakwah Koleksi Tarbiah Sentap❤✨ Sungguh banyak pickupline@ perumpamaan yang digunakan oleh ustaz utk mendapat cintaNya... Kisah ringkasnya begini, ada seorang lelaki bernama Qais Amiri yang terlalu taksub jatuh cinta kepada sorang gadis bernama laila sehingga digelar "Laila Majnun"( Tergila gilakan Laila) Si Laila ni pun nak tau jugak siapa gerangan yg crush kat dia (qais amiri)...sehinggakan laila bertitah supaya barangsiapa yg mencintai beliau ,maka orang tersebut perlu korbankan sebelah matanya sebagai bukti CINTA❤ ...nak dijadikan cerita Si Qais datang membawa sebelah matanya kepada laila. Allah Maha Pengasih Allah Maha Penyayang
@arifhafizuddin2492
@arifhafizuddin2492 Жыл бұрын
Sebagaimana cinta Qais kepada Laila, Begitu juga kita mesti cintakan Allah dan Rasulnya melebihi segala❤
@nawawinazura6983
@nawawinazura6983 Жыл бұрын
dari ustaz nazrey sy belajar 25rasul.. sifat 20.. hafal sural al kahfi sbb lagu ashabul kahfi.. dan skrg kisah laila majnum.. ustaz teruskan berdakwah melalui lagu.. byk manfaat.. skrg tanya anak2 skolah ramai x tahu sifat 20.. raihan pun x knal.. beruntung kami 90 an.. ada ustaz..
@farisyahutami6171
@farisyahutami6171 Жыл бұрын
That's true ... Lagi lagi raihan banyak membantu saat ujian agama dulu. Mempermudah untuk menghafal nama nama nabi, sifat Tuhan, doa doa pendek. 26 tahun lagu raihan tetap menjadi favorit
@zackzanders316
@zackzanders316 Жыл бұрын
Deep sebenarnya lagu ni..sumpah, blindfolded dibuka umpama telah tiba masa untuk fokus dalam beribadah dan zikir hanya kepada Allah, kerana Allah lah satu-satunya cinta. Kemudian blindfolded dipasang semula untuk meneruskan kehidupan didunia bagi mengelakkan daripada terjerumus dalam cinta selain Allah, kerana cinta selain Allah itu adalah 'metafora cinta'. Wallahu'alam.💚
@taklimnurani4122
@taklimnurani4122 Жыл бұрын
Ada beza kain hitam dan kain putih
@zackzanders316
@zackzanders316 Жыл бұрын
@@taklimnurani4122 betul², saya pun baru perasan ada beza warna kain tu😅 dalam sangat maksud MV ni.. tak dapat selam sampai paling bawah🤭🤣
@tarbiahsentap
@tarbiahsentap Жыл бұрын
👏👏👏
@maddest19
@maddest19 Жыл бұрын
​@@zackzanders316 kan ii
@umi8638
@umi8638 Жыл бұрын
baca komen ni baru faham.. tqq!!
@Hayyatx
@Hayyatx Жыл бұрын
“Apa itu cinta?” Di dalam sebuah majlis ilmu, soalan ini diajukan kepada seorang Syeikh. Lantas suatu jawapan yang indah dituturkan. Ringkas, namun menyentuh perasaan. “Tidakkah engkau pernah mendengar kisah Qais? Laila dan Majnun?” Suatu masa, Qais melalui sebuah kota. Tanpa disangka-sangka dia mengucup tembok kota tersebut. Orang lain yang melihat terkejut. Tindakannya dipersoal. Jawab Qais: أمر على الديار ديار ليلى أقبل ذا الجدار وذا الجدار وما حب الديار شغفن قلبي ولكن حب من سكن الديار ‘Bukanlah tembok kota yang aku kucup Tetapi cinta hatiku yang tinggal hidup.’ Suatu masa Laila berada di hadapan Qais. Akan tetapi Qais tidak pula memandang Laila. Malahan ralit menatap rembulan. Sekali lagi orang mempersoal. Jawab Qais: ‘Apa perlunya aku menatap Laila Cukuplah menatap bulan yang sama ditatap Laila.’ Tidak terhenti di sini. Syeikh tersebut kemudian mengaitkan bagaimana dengan kesungguhan cinta yang tulus suci, lahirlah akhlak yang murni. Seorang kekasih sentiasa merindukan yang dicintainya, mengingat dalam doa, diperjuangkan siang dan malam. Kalimat terakhir Syeikh tersebut menyentak kalbu. “Jikalau beginilah keadaan cinta sesama manusia, bagaimanakah pula cinta kalian terhadap Rasulullah s.a.w?” #lailamajnun#tarbiahsentap
@abigailrara1795
@abigailrara1795 Жыл бұрын
اللهم صلي على سيدنا محمد وآله وسلم
@bella12210
@bella12210 Жыл бұрын
Maaf saya xtau sgt kisah mereka. Qais tu Majnun tu ke atau mcm mana?
@dicky9986
@dicky9986 Жыл бұрын
aii selawat dak gi ? baca ni tau ୧⍤⃝📿 اللهم صل على محمد و على ال محمد smga dipermudahkn segala urusan , Aamin 🌼
@clear4789
@clear4789 Жыл бұрын
@@bella12210 Majnun maksudnya gila, Laila Majnun/Majnun Laila itu merujuk pada Qais, aka lelaki yang tergila-gilakan Laila.
@bella12210
@bella12210 Жыл бұрын
@@clear4789 ohh MasyaAllah terima kasih❤ Yang Laila tu dia minat ke pada Qais tu?
@kkwaizz2513
@kkwaizz2513 Жыл бұрын
Adakah kamu baru putus cinta, adakah kamu telah lupa Allah yang mencintai kamu, Adakah orang yang kamu cinta itu cantik,Sedangkan Allah Maha cantik, adakah orang yang kamu cinta selalu mendengar masalah kamu,sedangkan Allah Maha mendengar
@iqasweet5096
@iqasweet5096 Жыл бұрын
"Kalau suka tak semestinya bercinta, Kalau bercinta tak semestinya ada jodoh, Kalau ada jodoh pasti takkan ke mana, Begitulah hidup kita nie, jodoh adalah pilihan yang terbaik dari Allah. Kita usaha, doa dan tawakkal..In Shaa Allah pasti ada hikmahNya. Alhamdulillah.. teruja sangat hari Lahir saya lagu nie keluar! Ma Shaa Allah Tabarakallah..syukran³ Tarbiah Sentap🤲🥺
@liyanashuhada7046
@liyanashuhada7046 Жыл бұрын
*_Bukan kisah Laila dan Majnun yg menjadi pujaan, namun penghayatan 'cinta' itu yang menjadi titik tolak dalam menyempurnakan makna 'cinta' itu sendiri._* *_Begitu hebat cinta sang hamba terhadap kekasihnya, apatah lagi Maha hebatnya cinta Pencipta yang menciptakan cinta!_*
@tarbiahsentap
@tarbiahsentap Жыл бұрын
Tahniah 👏👏👏 Mohon screenshot komen dan hantar ke 01157719868 untuk claim hadiah
@dananykhairi2376
@dananykhairi2376 Жыл бұрын
nice...
@zahirazakaria3478
@zahirazakaria3478 Жыл бұрын
😭👍😭👍💯💯💯
@aisyahsarah1359
@aisyahsarah1359 Жыл бұрын
♥️
@Sophiemaureen
@Sophiemaureen Жыл бұрын
“Jatuh cinta pada pandangan pertama.” Seketika Majnun kehilangan kesadaran karena tumbuh benih-benih cinta yang tak ia sangka. Begitu pun Layla ketika untuk pertama kalinya menatap wajah Qays, langsung terpikat. Dua orang anak muda itu sama-sama jatuh cinta. Bahkan keduanya digambarkan sedang “Mabuk” (Cinta). …….., “Wahai Laila, Cinta telah membuatku lemah tak berdaya // Seperti anak hilang, jauh dari keluarga dan tidak memiliki apa-apa // Mereka mengatakan aku telah tersesat // Wahai, mana mungkin cinta menyesatkan // Jiwa mereka sebenarnya kering, laksana dedaunan // Diterpa panas mentari siang // Bagiku cinta adalah keindahan // yang membuat mata tak bisa terpejam // Pemuda mana yang bisa selamat dari api cinta? //” Majnun ketika gila sering dikerumuni orang karena ia kerap kali menggubah syair, begitu ditunggu-tunggu karena keindahannya. Setelah beberapa lama, ia seperti orang tidak terawat tidak pakai baju dan rambutnya gondrong. Begitu pun Laila yang dalam beberapa bagian ceritanya, kerap kali mengeluarkan puisi. Dan pada akhirnya puisi-puisi Laila dikirim melalui surat untuk Majnun.Dalam waktu yang tidak begitu lama, tersebarlah gosip tentang kedua anak muda yang tengah dimabuk cinta tersebut. Dari berita itu, ayah Layla merasa hal itu merupakan pencemaran nama baik yang dianggap meruntuhkan kehormatan suku. Maka supaya tidak menjadi bahan omongan terus menerus, kemudian Laila tidak lagi diperbolehkan sekolah kembali. (Dua anak muda yang sedang mabuk-mabuknya sekarang dipisah). Kemudian dimulailah babak pertama kegilaan Qais. Majnun berusaha dengan berbagai cara untuk bertemu Laila, akan tetapi tidak bisa. Lalu mulailah muncul syair-syair, tangisan-tangisan rindu Majnun. Kemana-mana hanya menyebut nama Laila…Laila…Laila..dan Laila. Bahkan ia rela menyamar sebagai kambing, dan berjalan diantara kambing-kambing tersebut ketika melintasi kediaman Laila. Dalam riwayat lain, Majnun rela menyamar sebagai pengemis yang hina ke desa Laila dan menyamar sebagai pembantu perempuan, yang tak lain supaya kembali bisa menatap kekasihnya. Singkat cerita, karena Laila juga sangat merindukan Majnun, ia pun kerap kali merenung dan mengharap kembali kedatangan Majnun. Ia kerap setiap saat menyeru nama Majnun di penjara kamarnya, begitupun di taman kediamannya. Hanya Majnun yang tertulis dalam lubuk hatinya, hanya Allah dan Laila yang tahu betapa cintanya ia terhadap Majnun. Namun, apalah daya sang ayah tidak tega melihatnya dan ia pun dinikahkan dengan Ibn Salam, yang merupakan seorang bangsawan. Lantas Laila pun menolaknya, akan tetapi ponolakannya tidak digubris oleh pihak keluarganya, dan pernikahanpun berlangsung.Kabar itu sampai kepada Majnun, dan ia semakin gila, menangis, meratap berhari-hari dan memilih menyendiri di dalam gubuk kecilnya di atas bukit. Setelah bertahun-tahun menyendiri dan hidup bersama binatang buas, akhirnya Majnun pun rela melepas Laila dan menemukan kedamaian. Sejak pernikahannya dengan Ibn Salam, Laila sama sekali belum pernah berhubungan suami istri dengannya, ia masih tetap mengharap kehadiran Majnun di sisinya. Selang beberapa lama, Ibn Salam pun dikabarkan meninggal di waktu musim panas. Laila pun terisak tangi tersedu-sedu, bukan karena menangisi kepergian Ibn Salam, akan tetapi ia menangis kerinduan akan bertemu Majnun dan sangat mencintainya. Tak lama kemudian ketika Laila kembali ke rumah ayahnya, Ia dikabarkan jatuh sakit batuk parah dan tidak memikirkan kesehatannya. Ia hanya memikirkan Majnun setiap saat, bahkan ketika maut menjemput pun ia tetap memikirkan Majnun. Pada akhirnya, ketika gelapnya malam, Laila seperti biasa menatap pinti dan ia pun menghembuskan nafas terakhirnya dan bergumam “Majnun….Majnun….Majnun….Majnun.” Kematian gadis si cantik jelita tersebut tersebar ke seluruh penjuru negeri, dan sampai pula kepada Majnun. Ia pun seketika pingsan di tengah padang gurun. Ketika kembali sadar, ia pun langsung bergegas menuju desa Laila dan berkunjung ke makam Laila. Ketika tidak sanggup jalan, ia pun menyeret tubuhnya untuk sampai ke makam Laila. Ia pun meletakkan tubuhnya di atas makam Laila dan diriwayatkan setelah beberapa hari Majnun pun turut meninggal. Jasad Majnun pun baru ditemukan satu tahun setelahnya.Di akhir kisahnya, seorang Sufi dalam mimpinya melihat Majnun tengah dibelai dengan penuh rasa cinta dan sayang oleh Allah SWT, kemudian ia pun mendudukkan Majnun disamping-Nya. Kemudian berkata lah Allah SWT kepada Majnun “apakah engkau tidak malu wahai Qais memanggil-manggil nama-Ku dengan sebutan Laila, setelah kau meminum minum anggur Cintaku?” Tak begitu lama sang sufi pun terbangun dan berangan-angan: “Jikalau Majnun begitu diperlakukan demikian (penuh kasih sayang) oleh Allah SWT, lantas bagaimana dengan Laila?”. Seketika Allah memberikan ilham kepadanya bahwa kedudukan Laila jauh lebih agung dan tinggi daripada Majnun, karena ia menyembunyikan segala rahasia cintanya dalam diri dan hidupnya sendiri. Pelajaran yang dapat kita petik yaitu, jika seseorang sudah jatuh/dimabuk cinta kepada Allah, maka akan keluar secara otomatis dari mulutnya nama Allah Allah Allah, baik sengaja atau tidak pasti itu akan keluar dan tidak aka nada bosannya. “Cinta adalah pondasi dalam beribadah”. Bahkan para wali Allah lupa terhadap dirinya dan rela melakukan apa saja untuk beribadah kepada Allah. Seperti kisah di atas, begitu ketika cinta kepada Allah SWT, maka dunia dan segala isinya tidak berarti. Dalam konteks hablun min Allah dan hablun min An-Naas, orang yang menyembunyikan amal perbuatannya dari orang lain maka akan mendapat sisi yang tinggi dihadapan-Nya. Karena hanya ia dan Tuhannya yang tahu.😍💕
@tinystudio443
@tinystudio443 Жыл бұрын
Panjang noh
@mohamadfirdausrazali3087
@mohamadfirdausrazali3087 Жыл бұрын
Oooo macam ni kisah Laila majnun
@paan8325
@paan8325 Жыл бұрын
2 kali aku baca , 2 kali jatuh airmata
@maizatulkamal4566
@maizatulkamal4566 Жыл бұрын
Suara ustaz Nazrey tiada galang ganti. Mesej lagu yang konsisten sejak dulu, membesarkan cinta Allah. Terima kasih dan tahniah kepada semua yang mengusahakan masterpiece ini!
@encikninja1355
@encikninja1355 Жыл бұрын
Setuju. Evergreen
@tarbiahsentap
@tarbiahsentap Жыл бұрын
Alhamdulillah. Syukran atas kata-kata yang baik ini. Doakan kami ya
@hamidah7727
@hamidah7727 Жыл бұрын
MasyaAllah sedap nya suara ustaz.... semoga di Rahmati...
@ahmaddanialnazmibinazman8190
@ahmaddanialnazmibinazman8190 Жыл бұрын
"Tuhanku, tenggelamkan diriku ke dalam lautan keikhlasan mencintaiMu. Hingga tidak ada sesuatu yang menyibukkanku selain berzikir padaMu.." (Rabiatul Adawiyah)
@akmalfaizsupreme8011
@akmalfaizsupreme8011 Жыл бұрын
Kisah Laila Majnun membuatkan kita berfikir sejenak. Kalaulah Qais al-Amiri rela menjadi gila (Majnun) disebabkan ingin mengejar cinta Laila, mengapa kita sebagai hamba Allah tidak berbuat sedemikian rupa untuk mengejar cinta-Nya? Cinta Allah merupakan cinta yang paling agung. Sekiranya seseorang itu setia akan Tuhannya, mana mungkin dia sanggup curang akan hamba ciptaan-Nya ✨✨ Moga-moga lagu Laila Majnun menjadi iktibar untuk kita yang masih lagi berusaha mengejar cinta & Mardhatillah (keredhaan Allah) ❤️❤️
@tarbiahsentap
@tarbiahsentap Жыл бұрын
Tahniah 👏👏👏 Mohon screenshot komen dan hantar ke 01157719868 untuk claim hadiah
@akmalfaizsupreme8011
@akmalfaizsupreme8011 Жыл бұрын
@@tarbiahsentap Alhamdulillah, terima kasih admin ❤️❤️
@uncleporroy7231
@uncleporroy7231 Жыл бұрын
Lepas saye dengar lagu Laila Majnun ni saye berharap sangat industri nasheed kat Malaysia ni comeback balik 💖💖💖💖💖 Alhamdullilah MasyaAllah Allahuakhbar
@tarbiahsentap
@tarbiahsentap Жыл бұрын
Doakan agar kami berjaya dalam misi ini
@najihahyazid5360
@najihahyazid5360 Жыл бұрын
setuju
@ekisyukri
@ekisyukri Жыл бұрын
Mesti gempak!
@badgamingchannel9125
@badgamingchannel9125 Жыл бұрын
Wowwww
@sofeaqistina3066
@sofeaqistina3066 Жыл бұрын
Wahai anak muda, marilah kita bersama mencari cinta yang hakiki iaitu Allah SWT, Maha Pencipta. Kenalilah tuhanmu sebelum kau mencari cinta manusia. Ya Allah, bimbinglah anak muda ke jalan yang benar, berikan mereka kekuatan dalam mencari cinta yang hakiki.
@galleryofphotographers7913
@galleryofphotographers7913 Жыл бұрын
Inilah nadi kumpulan Raihan sebenarnya. Suara ustaz Nazrey mengembalikan memori zaman kegemilangan nasyid dalam industri muzik.
@EncikSoFFi
@EncikSoFFi Жыл бұрын
true!
@NourSyafi
@NourSyafi Жыл бұрын
Betul sangat, ni lah suara trademark raihan
@plannermalaysia4795
@plannermalaysia4795 Жыл бұрын
Raihan buat konsert pun xnak jemput ustaz nazrey..
@ladyheart7601
@ladyheart7601 Жыл бұрын
@@plannermalaysia4795 😢
@ethyhaerunnisa9690
@ethyhaerunnisa9690 Жыл бұрын
Raihan is ustadz Nazrey ❤️
@lucyvolks
@lucyvolks Жыл бұрын
Terfikir benda lain..dulu2 zaman nabi nak cari cinta Allah punya payah, seksa..sampai kena bunuh masuk Islam.. sekarang kita memang alhamdulillah dilahirkan sebagai Islam, tapi adakah amalan hidup kita betul2 Islam?
@iftekharazman4381
@iftekharazman4381 Жыл бұрын
insyaallah saya doakan album ini berjalan lancar...dan semoga orang yang mendengar lagu ini dapat menjadikan pengajaran besar dalam hidup...kisah laila majnun ini kalau diambil dari sudut yang positive...insyaallah sangatlah menabjubkan...kita mahukan supaya ummat memupuk rasa cinta kepada Allah mengatasi makhluk...semoga semuanya berjalan lancar...barakallahhu fik 🥰
@HazWaniEy702
@HazWaniEy702 Жыл бұрын
Amin😊
@hamidah7727
@hamidah7727 Жыл бұрын
Aamiin
@najwashamsudin3510
@najwashamsudin3510 Жыл бұрын
Hikmah dari Kisah cinta Laila dan Majnun ni,, Bagaimana seseorang dapat mencintai jika tidak mengenal siapa yang dia cintai? Jika kita mencintai seseorang karena kebaikannya, bagaimana kita tidak mencintai Tuhan yang Maha Baik? Jika kita mencintai seseorang karena kecantikannya, bagaimana kita tidak mencintai Tuhan yang Maha Indah dan Pemilik segala keindahan? Maka, tidak ada alasan untuk tidak mulai belajar mengenal dan mencintai Tuhan yg maha esa..❤️🌷
@faizrjournal
@faizrjournal Жыл бұрын
Bak kata al-Habib Ali Zainal Abidin ... "disakiti oleh kekasih itu manis." Tamsilan sisi keindahan cinta dengan penuh hikmah.
@eSafarEEMe
@eSafarEEMe Жыл бұрын
Laila Majnun dah masuk Trending Now (46) dan Trending for Music (17). Tahniah One Path dan Nazrey Johani
@ammarsalahuddin_
@ammarsalahuddin_ Жыл бұрын
Assalamualaikum guys❤ jangan lupa share dekat kawan korang okayy😍 moga bermanfaat buat semua ❤️
@eSafarEEMe
@eSafarEEMe Жыл бұрын
Laila majnun adalah perumpamaan tentang bagaimana sepatutnya cinta seorang hamba kepada tuhan! Terbaik!
@ladyheart7601
@ladyheart7601 Жыл бұрын
Agak lewat sy sedar akan lagu ni..hari ni baru perasan, tonton & dengar. Sangat2 menusuk hati. Dengan muzik arrangement, lirik..gabungan vokal semua terbaik dan serasi. Rindu juga dgn suara Ustaz Nazrey. Tiada gantinya..lembut & gemersik. Sangat mendalam lirik dia. Laila majun adalah simbolik kepada cinta yg perlu kita tanam dalam diri kita untuk Allah SWT. Dan setialah kepada cinta yg satu itu. Seperti liriknya ‘Kasih selain Pencipta, hanyala metafora cinta’ lirik ni simple dan mudah difahami. Cinta kepada Allah, tuhan sekian alam adalah cinta yg paling agung...
@uncleporroy7231
@uncleporroy7231 Жыл бұрын
Haih saye banyak kali dengar lagu Laila Majnun ni still tak bosan 😍😍💖 dann saye ade satu lagi kisah tentang Laila Majnun , Qais ada sahabat diantaranya adalah Raja maka dia panggil Laila , dia panggil Laila dan dia cakap "Hai Laila , cantik sangat ke kamu ni yang menyebabkan seorang lelaki bernama Qais ini menjadi gila kepada kamu , aku tengok kamu ni biasa saje" Laila ni sebenarnya takla cantik sangat dia biasa je bukan la sampai cantik terlajak gitu takdela and raja itu berkata "Aku ingat kamu ni cantik menyebabkan Qais ini menjadi Majnun (gila) kerana kamu , aku tengok kamu ni tidak lebih daripada hamba yang paling hodohku , hamba-hambaku yang paling hodoh lebih cantik darimu wahai Laila , kenapa kamu menyebabkan Qais ini menjadi gila kerana kamu" dan Laila berkata kepada Raja "Kenapa dia jadi gila kerana saya wahai tuanku , kerana kamu bukan Qais , kenapa tuanku cakap saya tidak cantik , kerana kamu bukan Qais , kalau Qais melihat aku dia menjadi gila selalu tapi kalau tuanku lihat saya seperti biasa sahaja kalau tuanku adalah Qais tuanku tidak akan berkata seperti itu" sweetnye lah kisah Laila Majnun tambah lagi dengan lagu dia 😍😍😍 saye harap Ustaz Adnin , Ustaz Nazrey Johani dan Anggota - anggota OnePath sihat selalu , diluaskan rezeki dan tetap semangat untuk berdakwah 💖 MashaAllah Alhamdulillah Allahuakhbar
@lumanhazif5255
@lumanhazif5255 Жыл бұрын
Wahhhh😭🔥🔥.
@fatihah4617
@fatihah4617 Жыл бұрын
Qais kata Qais cintakan Laila, jadi seluruh waktu hidupnya penuh dengan mempersembahkan bukti cintanya pada Laila, sungguhpun dimata masyarakat Qais ini gila dan waktu hidupnya dihabiskan dengan sia sia, Namun bagi Qais, Laila lah kebahagiaannya walau apa saja derita yang dia perlu lalui. Seorang hamba mengatakan dia mencintai Tuhannya. Maka sepatutnya seluruh hidupnya adalah mempersembahkan bukti cintanya pada Dia, walau banyak mehnah , cacian dan dugaan yang perlu dilalui, dia harungi tanpa rungutan ,malah bahagia kerana dengan ujian yang datang mendekatkan lagi dirinya dengan Sang Pencipta yang dicintainya. Semoga kita adalah antara hamba yang membuktikan kata kata cinta kita itu :)
@starringdusun5574
@starringdusun5574 Жыл бұрын
first dengar terus zzzuuupppp di hati..rasa sangat jauh dari Allah..semakin kau cinta semakin kau sakit..syurga bukan untuk orang biasa..tapi orang yang luar biasa..
@Sophiemaureen
@Sophiemaureen Жыл бұрын
Our life is sometimes up, sometimes down, still trying even if we always fall, semangat tarbiah sentap!😍
@cutie.editzz4745
@cutie.editzz4745 Жыл бұрын
Pada waktu malam Allah akan memperkenankan doa-doa hambanya yang sanggup bangun malam untuk bermunajat. Sesuai sangat dengan maksud "Laila Majnun" kerana orang-orang sebegini menunggu pada waktu malam untuk mendekatkan diri kepadaNya.. Masya Allah🥰❤️
@ayuafnidah2120
@ayuafnidah2120 Жыл бұрын
Allahu, tengah tengok video ni di waktu pertengahan malam.. Terbaca komen ni. Rasa nak menangis. Terus rasa nak beribadah kepada-Nya
@cutie.editzz4745
@cutie.editzz4745 Жыл бұрын
@@ayuafnidah2120 ❤️❤️❤️
@Mxlut
@Mxlut Жыл бұрын
Minta tarbiah sentap release balik lagu2 lama raihan yg dicipta oleh ust nazri dgn wajah baharu seperti lagu nabi anak yatim versi harmoni onepath mesti padu…
@roslisaad7467
@roslisaad7467 Жыл бұрын
Suara Ust Nazrey masih sama spt dulu..sedap dan menusuk..Mengembalikan vibe2 lagu Raihan masa2 dulu..Alhamdulillah..semoga lebih byk lagu yg Ust Nazrey nyanyikan lepas ni..
@uoz-gr1vc
@uoz-gr1vc Жыл бұрын
dengan pendapatan lagu ni dapat lah membantu ustaz nazrey untuk membangungkan balik sekolah ustaz di ranau sabah.
@little_land
@little_land Жыл бұрын
Comeback Ustaz Nazrey kali ni sangat menjadi! meremang dengar nasyid 🇲🇾 Tahniah team Tarbiah Sentap dan terima kasih kerana memmbawa Ustaz join projek ni
@tktauuuuulah
@tktauuuuulah Жыл бұрын
Laila Majnun -mencintai Allah ,mengingatii Allah dengan sentiasa berzikir .Even orang ramai kata dia gila ,tapi tetapp teguh mencari cinta yang abadi iaitu Cinta Allah . Apa-apa yang menghalang untuk pergi mendapatkan cinta Allah ,abaikan dn tinggalkan utk dptkan reda-Nya ❤ .Orang yg kuat imannya akan mencintai pada waktu malam iaitu waktu mustajab berdoa ,utk bangun beribadat kepada Allah .Allahu rabbi ,orang-orang macamnilah menunggu waktu malam utk lebih mendekatkan diri dengan Allah . Apa² pon ,tak sabar nak dengar lagu Laila Majnun ni !!Semoga trending ,Aaamiin Ya Rabb
@tarbiahsentap
@tarbiahsentap Жыл бұрын
Tahniah. Mohon screenshot komen dan hantar ke 01157719868 untuk claim hadiah
@Hayyatx
@Hayyatx Жыл бұрын
Ya Allah, jadikanlah diriku cintakan engkau, cintakan malaikatmu, cintakan Rasul-rasulmu dan cintakan akan orang orang yang soleh. Aamiin❤️
@normr7630
@normr7630 Жыл бұрын
Amiin
@Sakura-kg8bv
@Sakura-kg8bv Жыл бұрын
First time dgr di melodi habis tadi.. Lagu mcm ost dari China/Korea zaman dahulu perang.. sama melodi bunyi nada muzik.. lagu ni sedap di dengar dan di hayati..
@tarbiahsentap
@tarbiahsentap Жыл бұрын
Terima kasih
@awatif-bb1df
@awatif-bb1df Ай бұрын
Btl sgtt!😂😂😂❤
@hanifshukri1380
@hanifshukri1380 Жыл бұрын
Tuhan kurniakan aku zouq rindu, Hingga aku buta selain dzat Mu. Amin ya rabb❤️ Jumaat 17/2/23
@_.david45
@_.david45 Жыл бұрын
The best Islamic song...banyak makna² tersirat untuk panduan hidup kita... Alhamdulillah...Allah adalah tujuanku Muhammad Nabiku
@tarbiahsentap
@tarbiahsentap Жыл бұрын
Terima kasih
@abdullahazzam5173
@abdullahazzam5173 Жыл бұрын
finally
@neilzickcircles7481
@neilzickcircles7481 Жыл бұрын
Gemersik suara Nazrey Johani menusuk kalbu. Teruskan berkarya
@khairulikhwan3495
@khairulikhwan3495 Жыл бұрын
Lagu Tarbiah sentap perlu banyak collaboration ngan ustaz Nazri. Baru lebih mantap.
@nurhidayatulfitrahbintiish6883
@nurhidayatulfitrahbintiish6883 Жыл бұрын
wei seriousla view dia 100 ribu lebih je.. lagu ni best sngtt. sya dgr dh berpuluh kali dh
@nazrey786
@nazrey786 Жыл бұрын
Kasih selain layla hanyalah metafora cinta ~ Pandangan qois Kasih selain Pencipta hanyalah metafora cinta ~ Robiatul 'Adawiyah
@layanstudio8545
@layanstudio8545 Жыл бұрын
setelah mazhab cinta, kini laila majnun pula..suka dengar gabungan suara, harmoni geng tarbiah sentap...
@mrhidayatmn
@mrhidayatmn Жыл бұрын
MasyaAllah. Dah lama tak rasa meremang mcm ni bila dengar nasyid. Suka dgn arrangement epic dlm lagu ni, tambah2 lagi diiringi dgn suara emas ustaz nazrey 😭🥰. Tahniah!
@mustaqimmahfar4201
@mustaqimmahfar4201 Жыл бұрын
Nice song, nice MV, macam korean historical drama punya scene dan effect dlm bentuk dakwah. Style dan terbaikk, bestt 👍 10/10 bintang buat Ustaz Nazrey, One Path dan team production semua.
@nikmatsobri3229
@nikmatsobri3229 Жыл бұрын
Suara Nazrey Johani best👍🏻
@imanfarisi743
@imanfarisi743 Жыл бұрын
Terbaiklah tarbiah sentap, dapat keluarkan lagu dakwah yang hebat macam ni .rasa nak nangis bila dgr 😭😭🤲🤲 saya doakan semoga lagu ni menjadi lagu yang diingati dan dihayati ramai orang .Laila Majnun.Jom sama2 share lagu ni.Harapnya saya dapat mencintai Allah seperti mana kuatnya percintaan Laila Majnun
@tarbiahsentap
@tarbiahsentap Жыл бұрын
Syukran Iman Farisi
@Hayyatx
@Hayyatx Жыл бұрын
Ada sebuah kisah legenda dari tanah Arab yang begitu mahsyur hingga dikisahkan secara turun-temurun dan telah dialihbahasakan ke dalam berbagai bahasa lainnya. Kisah ini bernama Laila dan Majnun, sepasang kekasih penjalin kisah cinta abadi yang berakhir tragis. Kisah ini sebetulnya sudah dikenal di Persia (nama lawas Iran) pada abad ke-9. Namun, kisah cinta ini baru populer setelah dirangkai indah oleh seorang pujangga yang sama-sama asal Persia di abad ke-12 bernama Nizami Ganjavi. Oleh karena itu, terdapat berbagai versi yang ditulis ulang oleh para penulis lainnya. Salah satu versi dari kisah mengharukan ini dapat kamu simak sebagai berikut. Awal mula pertemuan sepasang kekasih Ada seorang lelaki muda bernama Qays. Ia bukan siapa-siapa. Bukan lelaki kaya lagi berasal dari keluarga terhormat. Suatu hari, ketika sedang mengenyam pendidikan di suatu sekolah agama, ia bertemu seorang gadis bernama Laila. Dan pada detik itu juga, ia jatuh cinta pada gadis tersebut. Sebagai bentuk rasa cintanya, Qays tak dapat mepersembahkan apapun selain puisi-puisi indah. Gayung bersambut, Laila yang terkagum pada puisi Qays, menaruh perasaan yang sama terhadapnya. Qays yang tergila-gila pada Laila terus-menerus menulis puisi yang memuji dan mengagungkan sosok menawan gadis tersebut. Ia tak segan membacakan puisi tersebut di sudut-sudut jalan. Tak peduli pada orang lain yang mengacuhkannya. Namun, tidak seperti saat ini, pada zaman dahulu, cinta mengenal sekat. Jalinan cinta suci mereka tak direstui oleh orang tua Laila Laila adalah seorang gadis cantik yang terlahir dari keluarga terpandang. Sebagai putri dari seorang kaya raya, tentu Laila diharapkan dapat dipersunting oleh lelaki dengan kedudukan setara sehingga ia bisa hidup dalam gelimangan harta dan kekayaan. Namun, cinta yang dimiliki Laila adalah cinta suci yang hanya akan ia persembahkan kepada lelaki yang sungguh-sungguh ia cintai. Dan ia telah menemukan sosok tersebut dalam diri Qays. Begitu usia mereka sudah matang, Qays, yang dijuluki Majnun atau “gila” oleh orang-orang lantaran ketergila-gilaannya terhadap Laila memberanikan diri untuk meminta restu ayah Laila. Hasilnya sudah dapat ditebak, ayah Laila menolak mentah-mentah. Ayahnya beralasan bahwa jika pernikahan itu terjadi, kehormatan keluarganya akan tercoreng. Majnun yang terkejut mendengarnya, tak kuasa menahan kesedihan. Majnun yang tengah putus asa kemudian meninggalkan rumah dan keluarganya. Ia memutuskan untuk tinggal di padang belantara yang dipenuhi hewan-hewan buas. Di sanalah ia menjalani hidup pengasingan dan kesendirian. Dalam keterpurukannya, ia tak henti-hentinya menulis puisi yang berkisah tentang kekasih pujaannya tersebut. Sang pujaan terpaksa menyambung tali pernikahan dengan pria lain Di sisi lain, Laila dipaksa oleh orang tuanya untuk menikahi pria lain. Pria itu bernama Ibnu Salam yang datang langsung melamar Laila. Meski hatinya menolak, namun Laila terpaksa mengiyakan karena tak tega membawa aib bagi keluarganya. Sepanjang hidupnya, Ibnu Salam tak pernah sekalipun berhasil menyentuh Laila. Apalagi menjamah kesucian Laila. Meski tetap menjalani peran sebagai istri yang baik dan patuh terhadap suaminya, wanita tersebut tak pernah sekalipun merelakan tubuhnya kepada pria tersebut. Berita menyakitkan ini lambat laun sampai juga ke telingan Qays si Majnun. Sudah barang tentu hatinya semakin tersayat mendengar kebar ini. Sejak saat itu ia memutuskan untuk menjauh dari peradaban dan menghabiskan sisa waktunya sendirian di pedalaman hutan. Hari-harinya hanya ditemani oleh hewan-hewan liar yang secara ajaib kerap berkumpul di dekatnya, khususnya manakala cuaca sedang sangat tak bersahabat. Beberapa pelancong dari negeri sebrang pernah melihat dirinya ketika mereka tengah bepergian dari dan ke dalam kota. Ketika menulis puisi, Majnun hanya bersenjatakan dahan kayu dan menulisnya di atas pasir.
@muhammadzulhelmy844
@muhammadzulhelmy844 Жыл бұрын
oub bru thu jalan cerita laila majnun ni.. thanks share
@mohdsufian2883
@mohdsufian2883 Жыл бұрын
Siapa sokong selepas ini One Path banyakkan lagu2 ciptaan baru gandingan/kolaborasi bersama Nazrey Johani??? sila like tanda sokongan.. demi menaikkan kembali fenomena nasyid tanahair kita yang fokuskan tema ketuhanan & asas2 fardhu 'ain.. kami dahagakan unik & merdu suara Nazrey Johani yang mampu sentuh hati terdalam + berganding dengan One Path yang mempunyai suara harmoni yang terbaik... #semarakkandakwahmusik
@penyemburridsect4976
@penyemburridsect4976 Жыл бұрын
saya sokong
@BlackCat-pm7rr
@BlackCat-pm7rr Жыл бұрын
Terbaik. Nazrey Johani the best!
@najmiku7499
@najmiku7499 Жыл бұрын
Merdunya Masya Allah.. Melodi dia kadang terbayang filem2 epic perang china/korea..
@Sakura-kg8bv
@Sakura-kg8bv Жыл бұрын
Btul sangat
@afiqj
@afiqj Жыл бұрын
tahniah.. dh byk radio dh msuk
@zackzanders316
@zackzanders316 Жыл бұрын
lagu Laila Majnun membuktikan bahawa lagu keagamaan juga mampu masuk ke carta trending, tak perlu ada unsur-unsur maksiat.
@faiioinn8127
@faiioinn8127 Жыл бұрын
hadir and support dari tiktok !
@ekisyukri
@ekisyukri Жыл бұрын
100k!!! 1M PULAKKK LESGOOOO!!!
@HazWaniEy702
@HazWaniEy702 Жыл бұрын
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد 🥰Allahumma solli 'ala saiyidina Muhammad wa'ala ali saiyidina Muhammad 🥰 Tkyh like pun sokay tapi kena baca sbb Allah ok>
@IkhwnHmka
@IkhwnHmka Жыл бұрын
Level level international MV 🔥
@dhiyasabiha189
@dhiyasabiha189 Жыл бұрын
Alhamdulillah ana muncul 🏃🏻‍♀️❤️🥰
@edypapahero7863
@edypapahero7863 Жыл бұрын
Padu
@_shafiqshah
@_shafiqshah Жыл бұрын
Alhamdulillah officially released! semoga kita semua dapat beroleh 'ibrah dan manfaat daripada karya cinta epik ni ❤️
@thesamfookurung2776
@thesamfookurung2776 Жыл бұрын
Sy seronok tgok ustaz nazrey gerak solo atau dgn kumpulan selain raihan yg asal. Ustaz nazrey the best n deserve the best. He is very humble n pious 🌟
@kamilahmayu9540
@kamilahmayu9540 Жыл бұрын
Cinta adalah salah satu nikmat dari Allah. Dan cinta kepada Allah dan rasulnya adalah sebaik-baik nikmatnya
@uncleporroy7231
@uncleporroy7231 Жыл бұрын
MashaAllah dah berkali kali saye dengar lagu ni tak bosan langsung Ya Allah ❤❤❤ saye harap industri nasheed kembali seperti dulu dan saye doakan Ustaz Adnin , Ustaz Nazrey Johani dan Anggota-anggota One Path sihat selalu dan terus berdakwah di jalan Allah...Alhamdulillah MasyaAllah 💖💖💖💖💖💖
@tarbiahsentap
@tarbiahsentap Жыл бұрын
Doakan kami agar dapat kembalikan fenomena nasyid.
@merakhati4471
@merakhati4471 11 ай бұрын
Berulangkali putar² lagu ni...meremang dengarnya...Segar jiwa n minda❤❤❤suara ustaz nazery sgt sedap cam dulu²(raihan)❤❤❤😊
@aliaanisa3990
@aliaanisa3990 Жыл бұрын
Laila Majnun-mengisahkan tentang sepatutnya, bagaimana harus cinta seorang hamba kepada allah❤
@shuraihmasyharyzahari1161
@shuraihmasyharyzahari1161 Жыл бұрын
Insyaallah
@dalilafaris7966
@dalilafaris7966 Жыл бұрын
cinta itu membutakan sehingga kita lalai dengannya..betapa Indahnya hidup jika cinta kita berpaksikan Allah dan RasulNya
@tarbiahsentap
@tarbiahsentap Жыл бұрын
Tahniah 👏👏👏 Mohon screenshot komen dan hantar ke 01157719868 untuk claim hadiah
@dalilafaris7966
@dalilafaris7966 Жыл бұрын
@@tarbiahsentap Alhamdulillah terima kasih
@Muammar101
@Muammar101 Жыл бұрын
Berzikir adalah salah satu mesej daripada lagu Laila Majnun. Ini jelas seperti dalam surah Al-Baqarah, Allah berfirman: "Ingatlah kamu (berzikir) kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu." (Surah Al-Baqarah, ayat 152) Berzikir kepada Tuhan itu dengan penyebutan nama-Nya. Ini jelas apabila al-Quran menyatakan kepada manusia untuk menyebut nama Tuhan. Dalil ini jelas dalam al-Quran: "Dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dengan sepenuh hati." (Al-Muzzammil, ayat 8)
@MuhammadSyafiq-hr5jx
@MuhammadSyafiq-hr5jx Жыл бұрын
kata2 semangat utk org down... UP -yg berbahagia ke anak cucu ustaz adnin 2022 *POV-SAYA NK BUKU FREE USTAZ...PLISHH USTAZ YG COMEL
@jawahir1601
@jawahir1601 Жыл бұрын
Sudah smpai waktunya....Bangkitkan semula LAGU2 NASHID...Biar ramai Dari golongan Tua Dan Muda menghayatinya....TERBAIK..SEMOGA LAGU2 NASHID BERKEMBANG MAJU.
@sucinurani779
@sucinurani779 Жыл бұрын
Semakin didengar semakin paham betapa dalam makna dari lirik lagu ini. Tahniah tarbiah sentap, terus berkarya menasehati ummat dengan media musik
@arieffrosli7355
@arieffrosli7355 Жыл бұрын
Mesti lagu nie trending and viral nnti
@azzah_mahmudah6309
@azzah_mahmudah6309 8 ай бұрын
Maasyaa Allah, ini keren bgt si, lagu nya sangat menyentuh jiwaa, berasa dinasihati. Terkadang kita menaruh rasa cinta lebih besar pada manusia yang sering memberikan kekecewaan sedangkan Allah yang selalu menjamin bahagia, semoga kita termasuk golongan orang yang bertakwa pada Allah 😢
@afiqahwaznah5416
@afiqahwaznah5416 Жыл бұрын
Wah shoot kat tasik cermin ipoh
@izayudinhamza5754
@izayudinhamza5754 Жыл бұрын
Setiaa menunggu
@noorainroslan4675
@noorainroslan4675 Жыл бұрын
Music nasyid yang bagi saya lain daripada yang lain. Syabas tarbiah sentap. Dah lama tnggu release lagu ni. Music ada vibe Chinese soundtrack tapi sangat Indah.. cinematography pun terbaik. Terasa di jiwa . Dgr pakai earphone pulak. Lagi la terasa smpai goosebumps. Buat saya lagi dig tentang Laila majnun. Lagu mazhab cinta pun vibe lbih kurang mcm ni...sangat best. Lyrics pun tak pernah mengecewakan. Puitis and sekali lagi . ..sangat Indah. 😭😭
@nursyafiqahanuar1909
@nursyafiqahanuar1909 Жыл бұрын
Tahniah One Path, Ustaz Nazrey & Team Tarbiah Sentap. Tak perasan lagu habis, punyalah khusyuk hayati lirik. MasyaAllah.
@shuraihmasyharyzahari1161
@shuraihmasyharyzahari1161 Жыл бұрын
Insyaallah berpeluang dapat buku ustaz
@evie._room
@evie._room Жыл бұрын
bile bercinta mmg ada pahit manis dia... kadang2 pahit dia tu hiriskan luka besar kepada sesetengah individu. suatu hari allah akan takdirkan dia untuk pergi dari hidup kite dan masatu la kite kena belajar kuatkan diri... 3 tahun saya tahan rasa derita, rasa sedih.. cuma pendam.. dan nak dikatakan takdir, allah temukan saya dengan seorang insan sebagai pemujuk hati.. masa tu, saya betul2 nk bunuh diri.. tapi dengan kehadiran dia, saya kuatkan diri untuk positif kerana akhirnya saya jumpa someone yg sudi ada dengan saya dan terima keadaan saya.. tapi itulah.. dia lelaki dan saya perempuan... apa yg saya jaga sebelum ni runtuh tapi dia binakan dinding kebal untuk saya kuat.. cuma bila dia dengan saya, susah untuk saya jaga ikhtilat dengannya.. kekadang bingung boleh ka saya terus dengan dia.. tapi kami tak dela buat ikhtilat besar cuma macam susah nk jaga yg kecil bile ada dengan dia... lama2... saya start sayang dia sebagai seseorang yg bantu saya.. dan ianya perit bila allah akhirnya buatkan kami regang seperti stranger.. rasa peritnya buatkan saya buat pertama kalinya menangis sehingga sesak nafas... mestilah, dia kan satu2nya org yg sudi ada dengan saya untuk hadapi dunia... tapi ada baiknya, saya sedar yg saya dh jauh dengan Allah... lupa yg Allah sentiasa ada dengan kita. Inilah hakikat cinta tapi pelik kenapa dia hadir sebagai bantuan tapi dia juga hadir sebagai ujianku harap dapat buku "surat cinta untuk org putus cinta"🥺
@anwarrantisi9515
@anwarrantisi9515 Жыл бұрын
Jangan-lah disebabkan mengejar sekelumit cinta manusia kita menjadi gila dan terseksa. Adakah tidak kita sedar akan cinta luar biasa di bawah naungan-Nya. Tahniah team tarbiah sentap 😭😭👏🏻🔥. Teruskan tetap pada jalan perjuangan serta berterusan trending melawan arus muzik-muzik jahiliah.
@Bobomeetworld
@Bobomeetworld Жыл бұрын
Lessgo!!! Jom kasi trending #10 💥💥💥
@You-bl3lz
@You-bl3lz Жыл бұрын
Past last😱
@azp05
@azp05 Жыл бұрын
Support
@nasszzz1339
@nasszzz1339 Жыл бұрын
Masyaallah dgr sikit pun dh sedap 😍 insyaallah lagu 𝒍𝒂𝒍𝒊𝒍𝒂 𝑴𝒂𝒋𝒏𝒖𝒏 akan tranding 👍
@Sophiemaureen
@Sophiemaureen Жыл бұрын
Allhamduillah akhirnya lagu yg saya nnti ii kan😍! Happy working team Tarbiah sentap! Hasbunallah Wanikmal Wakil🌷 JOM SELAWAT 💕 ألله‍م صل على سيدنا محمد وعلى أل سيدنا محمد
@nursidakulapah8339
@nursidakulapah8339 Жыл бұрын
"Andaikan cinta nya si hamba umpama majnun bercinta" Deep nya part ni, adakah kita mencintai pencipta kita umpama qais mencintai laila ? ")
@nuraisyah9332
@nuraisyah9332 Жыл бұрын
Abang Haseef I love youuu ❤️
@syukrilatif6729
@syukrilatif6729 Жыл бұрын
🥺😭 tashabar
@dayanaariffin2530
@dayanaariffin2530 Жыл бұрын
Dengar dekat IKIM terus jatuh hati😍Terbaik👍🏻
@ameedaminah4063
@ameedaminah4063 Жыл бұрын
Bila legend kembali... tengelam semua nya.... hanya pada Allah SWT kita bersama untuk selamanya
@waniq13
@waniq13 Жыл бұрын
Hampir sebulan tunggu lagu ni release sebab nak tahu ape tu Laila Majnun ... Sebabkan lagu ni laa buat diri rase nak tahu lebih lagi pasal Laila Majnun ni 🥰 ... Kisah percintaan seorang lelaki yang tergila-gilakan seorang wanita 👍🏻🔥 ... P/s: saya start layan lagu dari tarbiyah sentap ni masa keluar lagu "Jalan Keluar" ost Kerna syurga bukan percuma.
@tarbiahsentap
@tarbiahsentap Жыл бұрын
Alhamdulillah. Terima kasih sudi setia mendengar lagu-lagu kami
@thairinkhudr4259
@thairinkhudr4259 Жыл бұрын
Blinded by love, we will do anything, anything for the One we love. May that One ultimately be Allah taala. We can never worship Him as much as He deserves to be worshipped, but hopefully our blind love for Him, despite anything that people say, will be that True Love that will bring us and our loved ones to Jannatul Firdaus. Aameen.
@cutie.editzz4745
@cutie.editzz4745 Жыл бұрын
Tidak perlu kata-kata indah yang panjang..hanya sekadar cukup jelas dan bermakna,yang mampu kita dengar oleh kepekaan supaya lebih semangat dan termotivasi...semoga kita semua Dipanjang Umur ..Dimurah Rezeki selalu..dan sentiasa dirahmati Allah SWT amin.amin ya rabbal alamin..🤲🏻
@alibbaba4966
@alibbaba4966 Жыл бұрын
Aminnn...terbaik!👍🏻
@tarbiahsentap
@tarbiahsentap Жыл бұрын
Tahniah 👏👏👏 Mohon screenshot komen dan hantar ke 01157719868 untuk claim hadiah
@mrcrafterplay6261
@mrcrafterplay6261 Жыл бұрын
Alhamdulillah 100k views
MAZHAB CINTA - Artis Tarbiah Sentap Records (Official Music Video)
5:32
Tarbiah Sentap
Рет қаралды 2,3 МЛН
MALAR HIJAU - SYED SALAHUDDIN FT. ONE PATH (OFFICIAL MUSIC VIDEO)
5:33
아이스크림으로 체감되는 요즘 물가
00:16
진영민yeongmin
Рет қаралды 57 МЛН
THEY WANTED TO TAKE ALL HIS GOODIES 🍫🥤🍟😂
00:17
OKUNJATA
Рет қаралды 24 МЛН
Perlambangan Di Sebalik Kisah Laila Majnun
4:25
ML Studios
Рет қаралды 75 М.
EKSKLUSIF | Kisah Sebenar Ustaz Nazrey Johani Keluar Raihan
10:27
KEINSAFAN DIRI 2023 |  FURSAN  (Official Music Video)
5:46
Fursan
Рет қаралды 32 М.
Darwish feat Fareast - Safiyyah (Official Music Video)
5:11
FMC Music
Рет қаралды 4,4 МЛН
LAYLA & MAJNUN - DILEMA CINTA DAN KELUARGA
27:39
Nadia Omara
Рет қаралды 869 М.
ARVIAN DWI - SATU SHAF DI BELAKANGKU (OFFICIAL LYRIC VIDEO)
6:01
Arvian Dwi
Рет қаралды 13 МЛН
Kisah Laila Majnun Habib Ali Al Kaff
38:12
Dindin Channel
Рет қаралды 29 М.
CINTA LUAR BIASA - RABITHAH (OFFICIAL MUSIC VIDEO)
5:20
Tarbiah Sentap
Рет қаралды 523 М.
Rabithah ft. Fitri Haris - DALIL CINTA (OFFICIAL MUSIC VIDEO)
5:37
Tarbiah Sentap
Рет қаралды 1,7 МЛН
Say Mo - LIL BIT & 1 shot 2 (Waysberg Music Remix)
2:43
Waysberg Music🇰🇿
Рет қаралды 645 М.
Sadraddin - Jauap bar ma? | Official Music Video
2:53
SADRADDIN
Рет қаралды 12 МЛН
V $ X V PRiNCE - Не интересно
2:48
V S X V PRiNCE
Рет қаралды 2,7 МЛН
IL’HAN - Pai-pai (lyric video) 2024
3:24
Ilhan Ihsanov
Рет қаралды 340 М.