Рет қаралды 189,043
#kedah #malaysia #fish #fisherman #fishing #thailand #fishinglife #food #ramadan #boat #nelayan #kampung
Salam 26 ramadhan buat semua yang sentiasa menyokong chanel ini. Semoga kalian semua diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki selalu.
Pertama sekali saya ingin memohon maaf atas sedikit gangguan audio sehingga minit ke 6 dalam video kali ini. Saya akan memperbaikinya di video yang akan datang.
Kali ini saya ingin bawa kalian semua ke Pelantar nelayan Seberang Kota Kuala Kedah, di negeri Kedah Darul Aman. Satu tempat yang sangat meriah dengan hasil lautnya yang pelbagai beserta harga yang tidak masuk akal. Jika anda belum sampai disini, pastikan anda akan ke pelantar nelayan disini. Saya pasti harga disini akan mengejutkan anda. Hasil laut yang pelbagai serta segar malah ada yang masih hidup lagi dinaikkan disini.
Satu pesanan buat kalian semua, pastikan mai kat sini bermula pukul 10 pagi sahaja. Nelayan - nelayan hanya akan pulang selepas pukul 10 pagi. mai jangan xmai noh.
Selamat menonton.