Perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu

  Рет қаралды 1,210

kangmin  hobby

kangmin hobby

22 күн бұрын

Пікірлер: 4
@husnymazlan8155
@husnymazlan8155 2 күн бұрын
Minit 0:42 saat : Pengenalan kiraan jarak perjalanan : ▪︎ Dari Kuantan (Pahang) ke Tok Bali (Kelantan) iaitu 311 kilometer. ▪︎ Dari Kuantan (Pahang) ke Kuala Terengganu iaitu 226 kilometer. Minit 1:01 saat : Cherating, Pahang. Minit 1:15 saat : Selepas memasuki sempadan negeri Terengganu di Daerah Kemaman dan Pahang di Daerah Kuantan. Selepas dari sempadan negeri Terengganu di Daerah Kemaman dan Pahang di Daerah Kuantan, ada simpang tiga lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Bandar Chukai (Kemaman), Kerteh, Paka, Dungun, Marang dan Kuala Terengganu melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara manakala belok ke kiri pula menuju ke Paya Berenjut dan Mak Lagam melalui Jalan Paya Berenjut. Di hadapan Masjid Geliga Kemaman, ada simpang tiga lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Bandar Chukai (Kemaman), Kerteh, Paka, Dungun, Marang dan Kuala Terengganu melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara manakala belok ke kanan pula menuju ke Kuala Kemaman dan Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay) melalui Laluan T124 iaitu Jalan Kuala Kemaman. Minit 2:10 saat : Jambatan Chukai (Kemaman). Di Bandar Chukai (Kemaman), ada simpang tiga lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Taman Chukai Utama manakala belok ke kanan pula menuju ke Dungun, Marang dan Kuala Terengganu melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara. Di bandar yang sama, ada simpang empat lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Pantai Kemasik, Pantai Marina (Telaga Simpul), Dungun, Marang dan Kuala Terengganu melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara. Diikuti belok ke kanan menuju ke Pusat Bandar Chukai (Kemaman) manakala belok ke kiri pula menuju ke Padang Air Putih, Chenih dan Jabor melalui Laluan Persekutuan 237 iaitu Jalan Chukai (Kemaman) - Air Putih dan juga ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 E8 kedua-dua arah. Selepas dari simpang empat lampu isyarat di Bandar Chukai (Kemaman), ada papan tanda penunjuk arah menuju ke Dungun dan Kuala Terengganu melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara. Di Jalan Ibuk, ada simpang empat lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Kerteh, Paka, Dungun, Marang dan Kuala Terengganu melalui Laluan Persekutuan 145 dan 146 iaitu Jalan Pintasan Kijal (Kijal Bypass) dengan Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara. Diikuti belok ke kiri menuju ke Kampung Ibuk melalui Laluan T6 iaitu Jalan Ibuk manakala belok ke kanan pula menuju ke Teluk Kalung, Kijal dan Kawasan Perindustrian Teluk Kalung melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Lama Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara. Di Bandar Baru Kijal, ada simpang tiga lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Kerteh, Paka, Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara manakala belok ke kanan pula menuju ke Bandar Baru Kijal. Minit 3:43 saat : Sebelah kanan iaitu Bandar Baru Kijal. Minit 3:48 saat : Kawasan Rantau Petronas, Kerteh. Minit 4:08 saat : Jarak menuju ke Bandar Kerteh iaitu 4 kilometer. Di Kerteh, ada simpang tiga lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Paka, Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara manakala belok ke kiri pula menuju ke Rebah Bangun dan Cabang melalui Laluan T129 iaitu Jalan Cabang dan juga ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 E8 kedua-dua arah. Minit 4:50 saat : Sebelah kiri iaitu Masjid Kerteh. Di Bandar Baru Kerteh, ada simpang empat lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Paka, Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara. Diikuti belok ke kanan menuju ke Pusat Bandar Baru Kerteh dan Pantai Rekreasi Kuala Kerteh manakala belok ke kiri pula menuju ke Lapangan Terbang Kerteh, Kerteh Jaya dan Bukit Putih melalui Laluan T127 iaitu Jalan Bukit Putih. Minit 5:38 saat : Kawasan Penapisan Minyak Petronas di Paka, Terengganu. Minit 6:10 saat : Sempadan Daerah Dungun dan Kemaman. Di Paka, ada simpang tiga lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Dungun, Rantau Abang, Marang, Kuala Terengganu dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Laluan Persekutuan 8 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara manakala belok ke kiri pula menuju ke Bandar Al-Muktafi Billah Shah dan Bandar Ketengah Jaya melalui Laluan Persekutuan 122 iaitu Lebuhraya Ketengah dan juga ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 E8 kedua-dua arah. Di hadapan Stesen Minyak Caltex, ada simpang tiga. Laluan terus menuju ke Bandar Dungun, Rantau Abang, Marang, Kuala Terengganu dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara manakala belok ke kiri pula menuju ke Durian Mentangu, Rasau Kerteh dan Bandar B1 Ketengah Jaya melalui Laluan T118 iaitu Jalan Durian Mentangu dan juga ke Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 2 E8 kedua-dua arah. Di Batu Enam, ada simpang tiga. laluan terus menuju ke Bandar Dungun, Rantau Abang, Marang, Kuala Terengganu dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara manakala belok ke kiri menuju ke Kampung Batu Enam. Di Batu Lima, ada simpang tiga. Laluan terus menuju ke Bandar Dungun, Rantau Abang, Marang, Kuala Terengganu dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara manakala belok ke kiri pula menuju ke Kampung Baru Batu Lima. Menghampiri di Bandar Dungun, ada simpang tiga lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Bandar Dungun, Rantau Abang, Marang, Kuala Terengganu dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara manakala belok ke kanan pula menuju ke Jalan Lapangan Terbang dan Kampus UiTM Dungun cawangan Terengganu. Minit 8:45 saat : Jarak menuju ke Kuala Terengganu iaitu 79 kilometer. Minit 8:55 saat : Bandar Dungun, Terengganu. Di Bandar Dungun, ada simpang tiga lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Rantau Abang, Marang, Kuala Terengganu, Permaisuri (Setiu) dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara manakala belok ke kanan pula menuju ke Jalan Melati. Minit 11:00 saat : Sebelah kiri iaitu Pasar Besar Dungun. Di Jambatan Dungun, ada susur keluar kiri. Laluan terus melalui Jambatan Dungun menuju ke Seberang Pintasan, Pantai Teluk Bidara, Tanjung Jara dan Kuala Terengganu manakala susur keluar ke kiri pula menuju ke Kampung Bijangga. Minit 11:51 saat : Jambatan Dungun. Minit 12:32 saat : Sayangi Bandar Dungun. Selepas melepasi Jambatan Dungun, ada simpang tiga. Laluan terus menuju ke Seberang Pintasan, Tanjung Jara dan Kuala Terengganu manakala belok ke kiri menuju ke Bandar Rajawali. Di penghujung simpang tiga, ada papan tanda penunjuk arah. Belok ke kanan menuju ke Seberang Pintasan dan Pantai Teluk Bidara manakala belok ke kiri pula menuju ke Tanjung Jara dan Kuala Terengganu. Di Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu, ada simpang tiga. Belok ke kiri menuju ke Bandar Dungun, Chukai (Kemaman) dan Kuantan (Pahang) arah selatan manakala belok ke kanan pula menuju ke Marang, Kuala Terengganu dan Kota Bharu (Kelantan) arah utara. Minit 13:32 saat : Pantai Kelulut, Marang. Minit 14:10 saat : Kampung Bukit Gasing, Marang. Minit 14:28 saat : Jambatan Marang Lama iaitu Laluan Persekutuan 3 antara Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu. Minit 14:52 saat : Pembinaan jambatan baru dan juga persimpangan bertingkat berhampiran di Bandar Marang. Minit 15:10 saat : Bandar Marang, Terengganu. Di Bandar Marang, ada simpang empat lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Bandaraya Kuala Terengganu, Permaisuri (Setiu) dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara. Diikuti belok ke kanan menuju ke Pusat Bandar Marang dan Pulau Kapas melalui Terminal Feri Marang manakala belok ke kiri pula menuju ke Wakaf Tapai, Ajil dan Kuala Berang. Minit 15:36 saat : Sempadan Daerah Marang dan Kuala Terengganu. Di pekan Chendering, ada simpang tiga lampu isyarat. Laluan terus menuju ke Pusat Bandaraya Kuala Terengganu, Permaisuri (Setiu) dan Kota Bharu (Kelantan) melalui Laluan Persekutuan 3 iaitu Jalan Kuantan (Pahang) - Kuala Terengganu arah utara. Diikuti belok ke kanan menuju ke Kawasan Rekreasi Chendering dan Pantai Pandak melalui Laluan Persekutuan 459 iaitu Jalan Pengkalan Ikan Chendering manakala belok ke kiri pula menuju ke Kedai Buloh, Ajil dan Kuala Berang melalui Laluan T100 iaitu Jalan Kedai Buloh. Inilah komen daripada saya. Sekian
@jokosuyanto8865
@jokosuyanto8865 20 күн бұрын
Rindu kat Malaysia aku bang
@marduenanuar2074
@marduenanuar2074 20 күн бұрын
Mantap geng...done subs
@aminhobby4972
@aminhobby4972 20 күн бұрын
Terima kasih...support
Sejarah Pembinaan LPT2 serta Kisah LPT3 yang Belum Wujud
16:30
Fami Versi Bahasa
Рет қаралды 35 М.
MISS CIRCLE STUDENTS BULLY ME!
00:12
Andreas Eskander
Рет қаралды 18 МЛН
КАК ДУМАЕТЕ КТО ВЫЙГРАЕТ😂
00:29
МЯТНАЯ ФАНТА
Рет қаралды 10 МЛН
Kuala Terengganu ada Resort cantik antara laut & sungai!
37:23
Trip Kuala Terengganu - Johor Bahru
13:02
JJ1M
Рет қаралды 2,8 М.
BERANGKAT PULANG KE ISTANA NEGERI
14:11
Farhan Zainal
Рет қаралды 536 М.
Pasar Siti Khadijah Kota Bharu -pusat membeli belah
12:32
kangmin hobby
Рет қаралды 6 М.
Seram bila malam di laluan Kenyir ke Aring untuk ke Gua Musang Kelantan
21:02