Рет қаралды 56,786
#LensaFINAS
#LayarPerak
FINAS mempersembahkan tayangan eksklusif program 'Layar Perak' yang mendokumentasikan pengalaman dan perjuangan seniman, seniwati dan karyawan industri di sebalik kegemilangan sinema tanahair yang merentasi era perfileman di Singapura dan Kuala Lumpur.
Jom tonton episod kedua 'Layar Perak' yang menampilkan Seniman Hamid Gurkha yang telah mencipta impak seni lakon melalui watak komedi menerusi filem-filem klasik seperti Panglima Badol, Aku Yang Berhormat, Talak, Jejaka Perasan, Guru Badul, Main-Main Hantu dan banyak lagi selain pernah diiktiraf di Festival Filem Malaysia ke 3 sebagai Pelawak Terbaik menerusi filem Sikit Punya Gila (1982).
Tonton bual bicara bersama beliau hanya di KZfaq FINAS Malaysia pada hari Rabu, 4 November 2020 jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe.