Ramai yang Kecundang | Apakah Nasib Youtuber Pancing Sekarang?

  Рет қаралды 26,381

Ariff Fishing

Ariff Fishing

4 ай бұрын

Dari ke sehari prestasi channel aku ni semakin merudum. Malah bukan aku sorang yang kena, hampir majoriti KZfaqr sekarang ni struggle nak cari view.
Sebagai content creator, kita kena cari jalan penyelesaian dan sentiasa upgrade diri untuk keluar dari yang biasa. Kena sentiasa berubah.
Siapa yang terkesan mohon bertabah geng! Jom kita semangat !

Пікірлер: 223
@asrychannel
@asrychannel 3 ай бұрын
Bukan kata youtuber pancing bang, youtuber motor vlog pn sama, apa yg aku nampak tren sekarang TikTok, yt short, fb reel, apa yg viewer nak tengok sekarang video yg pendek dan viral, berbeza dgn KZfaq durasi video yg lama dan banyak iklan, cara kita nk menten KZfaq ni no 1 editing, tu paling penting, abg tgk waknat tv, editing superb dan jln cerita yg real, walaupun video 6 bulan sekali tetap org tunggu, lg 1 jadikan TikTok fb reel platfom utk kita bawa penonton dari sana ke KZfaq kita, buat video pendek2 separuh jalan, dan letak caption full video di KZfaq, itu salah satu cara yg sy buat, dapat jgk la tarik sikit budak TikTok ke KZfaq kita, jadi nak x nk klu nk promosikan yt kita kita kena ikut peredaran masa, tu je kot pandangan sy
@danialm8122
@danialm8122 3 ай бұрын
Cadangan : 1) Kalau strike, letak caption info pasal ikan yg dapat tu. Contoh, diet ikan tu apa, boleh besar sampai saiz mana. Knowledge utk newbie. Kalau otai2 ni mmg diorang nak tahu spot kat mana je. Yg newbie nak muara ikan apa, sungai ikan apa, parit2, paya2. Utamakan yg newbie rasanya. Caption tu boleh copy and paste je kalau dapat ikan yg sama di setiap episod. 2) Tambah slot, slot equipment brand reel dan rod, gewang, tali, matakail. Slot promosi tekong2 mana brader arif pernah pergi. 3) Buat video react, rata2 buat video react boleh menambah knowledge penonton dan mengikut trend sekarang. 4) Podcast, rasanya kurang video podcast mengenai pancing ni. Ada ke? Tu jelah cadangan.
@mrmz3802
@mrmz3802 3 ай бұрын
Betul setujuhhhh. Podcast scara online pun ok ape. Sbb subscriber dah lebih 100k dah bleh upgrade dah.
@gila-gila9383
@gila-gila9383 3 ай бұрын
Yg ni sy stuju sngat👍👍
@tuanhaji9540
@tuanhaji9540 4 ай бұрын
Penonton sekarang nakkan content yang berisi(berilmu/berinformasi). Macam video tuan yang mula mula dulu. Kalau setakat tengok strike semua video pancing ada benda tu.. Jadi kalau tayang strike semata memang bosan lah. Saranan saya perbanyakkan informasi dalam video. Tak kesahlah tali sesuai ke air pasang surut ke , umpan atau lure ke , mencari spot ke. Kebanyakan video tuan yang baru dah tak bercerita pasal informasi teknikal . Tu pasal kurang menarik untuk ditonton dan dinantikan.
@farezsyafriz7058
@farezsyafriz7058 4 ай бұрын
Betul tuan, lebihkan ilmu dlm video sbb kebanyakkan pemancing yg tgk depa ni nk dptkn benda baru yg mereka x tahu..
@norhazimishak3758
@norhazimishak3758 4 ай бұрын
Ade beberapa channel yg aku click sub. Contohnya ariff fishing, syah syhan, jom randuk, jezzy coat, chai fishing, roob ganesan, dgn geng2 lipak 4 org tu. Tpi skrg aku layan syah syhan dgn pak rob je. Sebb aku rasa video korang dh mula hambar. Cerita sama je. Syah syhan dgn geng lipak tu mancing biasa2 je, tpi kawan2 diorg tu yg buat meriah. Tu pada pandangan aku la.
@Nami_Alus
@Nami_Alus 4 ай бұрын
Sekali-sekala buat content selain mancing pun ok jugak bang. •Tips penjagaan kenderaan •Family vlog, makan², jalan². •Camping, hiking, jogging, beskal. •Resepi masakan(bersama isteri) silent vlog.
@MrJasli
@MrJasli 4 ай бұрын
Assalamualaikum cikgu arif. Bagi aku sebagai penonton video2 mancing ni, apa yg aku cari adalah panduan dan pembelajaran. Mngkin jga ada ramai kawan2 penonton yg lain bertujuan seperti aku. Jadi suka saya sarankan disetiap video yg cikgu upload tu. Berikan view 360 darjah kearah spot yg dimana cikgu mancing dan dapat strike tu. Sebap kami bukan setakat nak lihat strike.. kmi jga mahu lihat ciri spot yg berpotensi yg mngkin serupa disungai kmi.
@kecapmanis4285
@kecapmanis4285 3 ай бұрын
skodeng spot nampak 😅
@danialm8122
@danialm8122 3 ай бұрын
@@kecapmanis4285 hahaha betul2..haha
@lonerangerfishingchannel7694
@lonerangerfishingchannel7694 3 ай бұрын
Terbaik2 info
@aswadrazali502
@aswadrazali502 4 ай бұрын
aku paling suka video pancing yang kat jeti tu cast ikan siakap tu , video tu mmang ngam terukk🤌🤌dengan video yang pancing kt sungai sabah rasa nya dgn brader chubby tu👍
@hermybaharuddin1285
@hermybaharuddin1285 4 ай бұрын
Salah satu sebab, masa tu pandemik Covïd.. PKP.. Org ramai dok rumah.. Jd takda apa nak buat.. Org tgk KZfaq jer..
@SOPELESTIKTiiBi
@SOPELESTIKTiiBi 3 ай бұрын
betul bang.. hobi utama aku ni pancing, tapi cenel aku bola.. 2017 mula buat vlog pancing, pastu jarang dpt g pancing, terus ubah buat vlog bola, nama pun masih kekal Sopelestik (softplastic). Alhamdulillah dapat sambutan baik... short cerita, now view makin drop .. kalau cover Harimau Malaya kat Bukit jalil, busuk 50k , 100-200k selamba , tu duluuuuuuuuuuuuuu..skang, 2k je pun ada.. apa aku perasan, budak2 baru especially kat TT, lebih kreatif, energetik.. aku pun dah mula nak ubah konsep, lawan arus sikit bila liga Super start bulan 5 ni nanti, tapi tu lah umur pun dah 4+ nak energetic lebih, mau darah tinggi naik ahahah.. btw good luck bang, aku jarang missed video ko... hidup org ijok
@manok7040
@manok7040 3 ай бұрын
Jadikan video sebagai perjalanan dairi hoby memancing anda. Jgn fikir pasal byk mana nk dapat duit dari youtube, kan mmg dah ada fulltime kerja. Dgn mindset begini kita lebih bersantai dan zero stress bila menghasilkan video utk diri kita sendiri, bukan utk kepuasan org lain.
@labuhijau
@labuhijau 3 ай бұрын
dulu waktu pkp, tak dinafikan ramai youtuber meningkat naik, mungkin sebab ramai tak boleh keluar mancing, so duduk rumah layan youtube geng2 youtube gi mancing belanja strike je la kot. dan waktu tu juga lah ramai yang start mancing(termasuk saya) dan berjinak2, belajar, dari youtube geng2 youtuber. adn bila pkp tamat, maka mulalah makin slow orang memancing atas kekangan kerja, atau mungkin, dah jumpa hobi lain, jadi video pemncingan ni bukanlah tarikan lagi pada mereka. pendapat peribadi sayalah: kena tengok trend mancing di malaysia dan target audience. ambil contoh vluq, nadifishing dan geng lipak. nak diikutkan, tak semua angler di malaysia ni mampu nak beli kayak, dan kalau mampu pun, beli boleh betul2 nak commit pergi mancing dengan kayak diperairan yang berdekatan dengan mereka. tapi viewer diorg agak "kasar" la juga. mungkin sebab ramai angler yang lebih tertarik dengan content sebegitu. editing dan style video mungkin main peranan, tapi bukanlah priority, maaf cakap, kalau nak dikutkan style video yang menarik, wahoo dari geng lipak punya cara editing(angle video, thumbnail, etc) lagi agak cantik dibandingkan dari geng yang lain, tapi viewer dia agak kurang, mungkin(juga pendapat peribadi saya) kerana content yang disajikan. diluar negara pula ambil contoh enjoy fishing(angler saito), subcriber tak ramai mana pun(20k) tapi viewer dia "kasar2" belaka disebabkan "trend stream" yang dia bawa naik. tak dinafikan dia banyak pengaruh angler2 stream dekat malaysia ni dari. untuk ilmu pemancingan ni pula, rasanya ramai ja yang share, tapi tengok viewernya. even bro pun banyak share. sebab dekat malaysia ni lebih mengamalkan tiada betul atau salah dalam memancing, pakai la setup apa pun asalkan dapat ikan. bak kata puak2 ni. "nak mancing je pun, kecoh2 la setup bagai". jenis membudayakan payah didik. maaf kalau ada yang salah silap.😅😅
@mohdsheflee
@mohdsheflee 4 ай бұрын
assalamualaikum cikgu..cuma secebis idea...mungkin cikgu boleh buat satu rancangan podcast.. mungkin bermula dgn isu2 semasa dan pengalaman cikgu sendiri nak share dalam podcast tersebut...sambil tu boleh ajak tetamu jemputan untuk share pengalaman & cerita mereka... mungkin boleh tambah baik channel ni...podcast santai sebulan sekali dua... boleh juga share di spotify..harap komen saya cikgu dapat baca...
@pishangadventures5231
@pishangadventures5231 4 ай бұрын
Aku youtuber mancing kecik jadi sedikit segan nk bagi pandangan pada youtuber yg lebih otai dan berpengalaman. Aku rasa repetetiveness video memancing adalah satu benda yg melesukan bila orang dah tengok bnyak kali. Format lama tk berubah dari dulu. First aku rasa ikan tk penting. Ikan tu cuma goal tapi not the story. Untuk story yg lebih dalam kena tunjuk struggle dan emotions. Ramai youtuber yg edit out part kumpau dan struggle diorang. Tunjuk part gasak je. Reaching the goal has little meaning tanpa tunjuk struggle untuk capai klimaks tu. Even dalam river monster editor dia cakap bila diorang tangkap ikan terlalu awal diorang akan edit out sebab taknak bagi nmpak mudah sangat nk dapat ikan. Aku memang kumpul video kumpau dan cuba jalin dia jadi satu cerita sebab kumpau adalah beginning kepada kejayaan dapat ikan. Ke dua emotion. Satu kelemahan action-cam mancing (pov) adalah tak nmpak muka. Bila kau kecewa. Bila kau gembira. Semua dengar suara je tk nmpak riak muka which i think is 50% of our emotion. So impak emosi tak sampai. Bnyak lah lagi. Tapi aku pun video tak laku so mungkin syok sendiri je. Apa2 pun landskap content creation sekarang sangat berbeza dengan populariti short form videos. Abang ariff memang one of the good ones very self aware n articulate. Saya yakin boleh adapt. Klau takde pulangan wang sekalipun you should continue making videos as a passion project.
@AriffFishing
@AriffFishing 4 ай бұрын
Saya suka baca ni..terima kasih atas pandangan 🙏🏻👍🏼
@everydayfishing2670
@everydayfishing2670 3 ай бұрын
Rasanya banyak viewers beralih ke tiktok..zaman skrg byk nk tgk video pendek,strike,fight sikit..landing ikan...😂lepastu plak dekat tiktok kdg byk buat part2..bg org geram nk tahu kesudahan😂
@Magixx1973
@Magixx1973 3 ай бұрын
Harapan saya Semoga KZfaq pancing kat Malaysia ni jangan sebut "Alhamdulilah" tapi ikan 2 jari pun tapaw bawa balik, bedosa tau cakap lain buat lain.
@ahutanld_channel3195
@ahutanld_channel3195 3 ай бұрын
Salam.. cadangan sy, kena ada sorang teman mancing yg masuk air sikit yg boleh bt lawak dlm apa stuasi pun.. n pastikan jln cerita ada harinye gembira, sedih, seram dan babak yg pnonton ttunggu².. 👍
@ujangtasek7291
@ujangtasek7291 3 ай бұрын
Bagi saya bang , sekarang memang ramai youtuber mancing , geng kayak je dah ramai , try lebihkan video tu selain dari mancing , contohnya bila dapat ikan masak kat situ , tunjukkan suasana & paling penting zaman sekarang kena ada banyak platform, tt , ig & sebagainya
@nikahmadshah5950
@nikahmadshah5950 3 ай бұрын
Masa skrg ni org lebih prefer tgk video2 pendek bnding sblm ni.nak2 lps ada tiktok reels dll.masa zaman covid dulu.video sejam lbh pun org layan.time tu byk youtuber baru berjaya.mybe org kita dah xbyk masa mcm sblm ni.tau jela ekonomi skrg dah makin mencabar.org lbh prefer video2 pendek utk layan sambil2.
@FishingFishang
@FishingFishang 3 ай бұрын
ada yg jadikan mata pencarian di utube mmg terasa skit.. kalu sekadar share hobi dan ilmu, just santai2
@mohdjohari370
@mohdjohari370 4 ай бұрын
Cadangan saya agar banyakkan cara memancing. Contoh, try mancing kolam pula. Atau cari spesis ikan rare. Tak kira kecil atau besar, asalkan rare... Ini just pendapat saya sahaja.
@malaysiaangler6471
@malaysiaangler6471 3 ай бұрын
Salam en.arif.. baik dari segi pandangan saya la.. apa yg di ketengahkan ada betulnya.. saya perasan lama dah, banyak youtuber ni.. x mampu nk melaksanakan video dari segi angle video, drone short.. jalan cerita.. penernagan, pengunaan sesauatu bahan atau umpan, zoom in out pada sesautu object.. contoh: kita pakai action camera kat dada...kita lempar umpan, tapi adakah penonton puas dari 1 video jika tiada video tambahan seperti, focus pada subject ( umpan jatuh + slow motion) cara ikan sambar dlm air.. semua peranan tu kene ambil kira.. tapi, saya faham.. kita x mampu sbb nk kene gajikan member yg ambil short dan angle berbeza.. sbb skill ni paling susah.. apa2 saya jngn berputus asa.. insyallah ada rezki jika kita usha
@ahmadaizuddinvlog6293
@ahmadaizuddinvlog6293 4 ай бұрын
Sebagai pemancing dan org yg minat sukan pancing..semestinya video yg menarik minat utk ditonton jika ada thumbnail strike mega2/gorgon size..sy personally suka tonton video concept documentary..mcm video2 roob ganesan..utk meneruskan subscriber trus setia menonton video kita..content dan storyline kena ada byk variasi..boating..landbase..kayak..jigging..casting..bottom Sy personally kalau video disajikan hampir sama saja setiap video..sy akan kurang minat nk tonton dah..Sekadar pandangan sy✌️
@PaliUno
@PaliUno 3 ай бұрын
Ariff Fishing adalah channel inspirasi saya dan chanel rujukan saya dalam mencari identiti channel saya. Banyak saya ambil ilmu utk YT pancingan dari sini. terima kasih byk Chip tak pernah lokek share, termasuk juga video ini. Sgt spot on.
@paanpacakofficialchannel6992
@paanpacakofficialchannel6992 4 ай бұрын
Btol tu sifu.. salah 1 punca view semakin jatuh adalah penonton mula beralih ke tiktok . Sbbnya video di tiktok lebih ringkas & padat.
@shahrulshah627
@shahrulshah627 3 ай бұрын
biasa aku bukak youtube. nak belajar cara cara, contoh contoh , apa yang perlu dibuat , apa yang perlu kita ada untuk sesuatu perkara. tentang persediaan awal. kadang aku nl tengok video jadi mcm ishh apa dia pakai jadi mcm tu. ishh mcm mne boleh dapat mcm tu. tapi sometime youtuber² jarang nk kongsi info info . jarang nak kongsi dengan penonton. kadang ada jugak youtuber yg berkongsi idea, pengalaman mereka cara mereka tapi penyampaian pada penonton tak brape jelas tak smpai pada penonton. contoh mula mula nk bukak pump brake kan tibe tibe ehhh tau tau je dh siap tapi cara bukak tak nmpak jadi penonton mcm aku contoh nk belajar sesuatu dari youtuber dkt luar sane jadi tergantung kene buat cara sendiri last skali tak jadi nk belajar melalui video youtube yg ada. jadi penyampaian dari segi pembelajaran perkongsi idea idea tu penting lah bagi penonton . jadi penonton rasa berguna utk buat rujukan
@brojepshare
@brojepshare 3 ай бұрын
Teruskan perjuangan. tidak dinafikan memang ramai youtuber sudah giveup apapun terus saja buat sebagai passion.
@damzstrikefishing9609
@damzstrikefishing9609 4 ай бұрын
Perkongsian yang padu bang 👍, memang betul, teruskan berkonten & semoga youtuber pancing semua terus suksess😀
@motorcyclesdream6921
@motorcyclesdream6921 3 ай бұрын
Sebenarnya algoritm KZfaq dah berubah.. saya bukan KZfaqr, tapi Blogger.. untuk makluman, bermula awal tahun ni, boleh dikatakan semua blog di seluruh dunia terkesan dengan update terkini Google.. sehinggakan ramai yang kecewa sebab jumlah trafik yang diterima sekarang ni sangat-sangat rendah.. tu tak kira lagi kejatuhan pendapatan dari Adsense sehingga 90 peratus.. dalam dunia blogger sekarang ni, ramai yang dah fedup dan ada yang bercadang untuk berhenti terus, kerana tidak lagi berbaloi.. tapi entahlah, mungkin situasi kejatuhan blogger sekarang ni sementara sahaja.. jadi begitu juga dengan KZfaq, aku percaya ramai yang menerima nasib yang sama dengan blogger.. namun apa yang pasti, TikTok boleh dikatakan menjadi penyebab utama kenapa ramai KZfaqr dan juga Blogger masa kini yang kecundang..sekian, sekadar pandangan.
@syafikmirza
@syafikmirza 4 ай бұрын
Terus kan sifu ..suka sangat content2x sifu .
@ijaiseketol8703
@ijaiseketol8703 3 ай бұрын
saya personally suka video pure fishing,contohnya gonglei,its about fishing,bukan pasal lagu background paling padu,view terpadu,editing terpadu..no..kami just nk tgok cast,action,boom,strike,fish on...layan
@longzamcaster285
@longzamcaster285 3 ай бұрын
Amat setuju......kita bukan nak tgk aktiviti berborak panjang sampai 20minit pastu strike x sampai 1minit pn...maaf sekadar pendapat
@bkfishingchannel4397
@bkfishingchannel4397 3 ай бұрын
@@longzamcaster285 jom bang support cuma Tu la pemula hehe
@umangplastik9288
@umangplastik9288 3 ай бұрын
Betul tu, bukan pasal nk showcase sudut personal creator dkt background
@bkfishingchannel4397
@bkfishingchannel4397 3 ай бұрын
Bh bang komenkan dlu video Ku apa perlu dtmbah baik tp awal2 ckp kamera xbrapa pakai equipment yg Ada dlu SBB xda modal bang🙏
@kennywee1190
@kennywee1190 4 ай бұрын
Coach, semoga dipermudahkan segala urusannya & dimewahkan lagi rezeki . #PlayTheGameBetter
@iamxiechannel
@iamxiechannel 4 ай бұрын
sokong 💯jangan stop nanti rindu nak tgok. Alhamduillah walaupun konten sy view pun 100 200 still brtahan😆
@Niksyahir86
@Niksyahir86 4 ай бұрын
Kipidap cikgu teruskan hasil kan karya2 yg bermanfaat
@muhammadmahadishaari8789
@muhammadmahadishaari8789 3 ай бұрын
Kitorang penonton ni ikut mood...mood sentiasa berubah2...
@mohamadsyakirinbinmohdhair7042
@mohamadsyakirinbinmohdhair7042 4 ай бұрын
teruskan bang. sy suke tgk care abg bercakap . dan menyampai kan ilmu. byk ilmu yg sy dpt dari abg . 💪🏻
@biarjajichannel
@biarjajichannel 3 ай бұрын
Pelbagaikan content...tapi ada berkaitan dengan Dunia hanyir jugak...klu dah Tak ada idea sangat...pergi ngonten di pasar basah😂 lps tu beli sekilo ikan..balik rumah ceritakan ttg ikan tersebut ..buat kajian sikit...😂😂habis konten..masak lah ikan tu..asam pedas kah..masak tempoyak kah...up to you lah😊😊
@armfpv9962
@armfpv9962 4 ай бұрын
Teruskan berkarya bro..jgn putus semangat💪🏽💪🏽💪🏽
@IrwanizamKasim786
@IrwanizamKasim786 4 ай бұрын
Teruskan bang👍 memang enjoy layan video2 abg❤
@moktarwalter566
@moktarwalter566 4 ай бұрын
Assalamualaikum.. Salam ramadan.. Jangan putus asa tuan.. terus kan..sy akan sentiasa sokong.. Akan sentiasa tunggu video tuan.. biarpun kumpaw..😅😅😅 Tuan dah byk memberi tunjuk ajar untuk beginner mcm sy.. "nikmati dulu kerjanya..nt baru nikmati hasil nya.."✌️✌️✌️ kalo ada buah fikiran nt akan dikongsikan..👌👌👌
@izuanlamin2687
@izuanlamin2687 3 ай бұрын
Alhamdulillah bang. Terima kasih perkongsian. Insyaallah menjadi panduan buat youtuber baru baru mcm sy ni.
@mfmnazeri4361
@mfmnazeri4361 4 ай бұрын
Sy suka channel ni. informative, relax dan bahasa yg sopan. sy sokong utk kekalkan channel, adapt dan innovate dgn current trend/demand. insyaallah semoga dipermudahkan urusan
@Hishamaero
@Hishamaero 4 ай бұрын
Terbaekkk sipo.jom buat perubahan. Kena beli dron lepas nie.hadir support
@Avdfnetworkchannel
@Avdfnetworkchannel 3 ай бұрын
Masih teringat first tengok video tuan masa saya kuarintin covid . semoga maju jaya tuan😊
@BNAngler
@BNAngler 4 ай бұрын
Bertahan Ariff Fishing.. kerana akan ada lagi Generasi2 yang akan datang jadi pemancing. 😊
@NathanOfficial91
@NathanOfficial91 3 ай бұрын
Yaa..memang betul bang,saya pun ada uplaod vdeo² pancing,bersehaja jer😂 memang susah nak kumpul view😅
@irwinjack4726
@irwinjack4726 4 ай бұрын
Terbaik la sipoooo,, saya pun baru ja start buat youtube .. ni memang kata2 semangat dari sipoooo.. jangan pernah berhenti.. 💪💪💪, sukses selalu bang.. layan habis vdeo sipowww ni 10:30
@caeranimation
@caeranimation 3 ай бұрын
bos try banyakkan short video. orang sekarang ni suka tengok video pendek2. straight to the point. terus2 dapat ikan. content2 animasi pn sama, view tak macam dlu tapi alhamdulillah buat short boleh membantu orang untuk masuk tengok video panjang kita. semoga berjaya :)
@caeranimation
@caeranimation 3 ай бұрын
try post video selalu jugak. kalau dapat 1 hari 1 post. buat video short2, kalau video panjang sikit jugak. kadang youtube tgk jugak kita ni aktif or tak buat content
@muzaffarsuzuran
@muzaffarsuzuran 3 ай бұрын
Abg ariff byk equipment mancing,mancing pun dari sungai,kolam,hingga laut dlm dan suka bercakap dan boleh bercakap panjang....oleh itu,idea sy untuk terus relevance dlm KZfaq,apa kata abg ajar tentang equipment mancing yg abg ada,cara nk guna,cara nak ikat mata kail,semua la ilmu mancing yg abg ariff tahu dari mancing sungai hingga jingging...supaya melahir kan byk lagi kaki mancing...bila dah byk kaki mancing sy jamin penonton video mancing akan kembali ramai....ianya bkn bermanfaat untuk abg ariff saja,tapi kpd KZfaqr mancing yg lain juga....sekian dari sy abg ariff.
@fairizalzalfishing8707
@fairizalzalfishing8707 4 ай бұрын
Perkongsian dan perbincangan yg menarik.Ada ilmu dapat dari sini.Mmg agak susah menjadi youtuber skrg ni.Tetap bersemangat dan berkarya sahabat
@abgz1206
@abgz1206 3 ай бұрын
Penonton2 suka kelainan sepanjang masa .. klau asyik sama je tiap2 upload mungkin membosankn la unless peminat2/penonton2/subscribers tegar channel KZfaqrs tu. Ramai yg buat atas dasar hobi & perkongsian ilmu atau sj ingin merakam moment2 buat kenangan 😂😄🤣Janji jgn mgharapkn sgt nk buat full-time & ingat nk atau boleh $$ senang2 … 🫢 Semoga dipermudahkan segala urusan Bos❤
@muhammadsyazwar9616
@muhammadsyazwar9616 3 ай бұрын
Saya suka tngok channel nie sbb bnyk yg di ajar....maklum lah tenaga pengajar kn..🤭🤭...cuma saya suka bnda baru kalau setiam mnggu cast kat tmpt sama bosan gak...mcm aritu tngok p turun hulu sungai...video tu saya suka sbb tmpat baru susasana baru ikan baru... Buat lh camping ka ke sunyai ka.. video lain dri cast kat muara tu..hahaha
@bathiarahmad
@bathiarahmad 3 ай бұрын
Alhamdulilah sabatku terima kasih atas nasihatnya 👍👍🤲
@nazrinizam6324
@nazrinizam6324 3 ай бұрын
Saya suka vd cikgu yang macam ni sebab cara penyampaian cg best😊
@Adibkimi79
@Adibkimi79 3 ай бұрын
Assalamualaikum AF, bagi saya konsistensi menghasil kan content penting utk membuat kan penonton tdk lupa akan sesuatu channel. Durasi juga memain kan peranan, jgn terlalu pendek dan jgn pula panjang sgt. Paling ideal dlm 30 ke 40 mnt. Editing yg baik pun penting di sertakan maklumat2 ringkas ttg ikan, alatan memancing serta lain2 tip. AF ada kepakaran dlm memancing, jadi ini satu kelebihan.Apa2 pun bagi saya channel AF mmg menarik cuma kekerapan tu perlu di tambah. Sekian terima kasih.
@TVMANCING
@TVMANCING 3 ай бұрын
Info yg bermanfaat suhu😊
@bkfishingchannel4397
@bkfishingchannel4397 3 ай бұрын
Tetap semangat bang saya pun pemula tetap semangat niat yg betul dan ikhlas in Shaa Allah Ada jalan nya.❤❤❤
@user-kl6jz5vp5l
@user-kl6jz5vp5l 4 ай бұрын
tak apa bang walau mcm mna sklipun saya tetap akn tengok vdo² abng...salam dari Brunei...
@adiadlan11
@adiadlan11 3 ай бұрын
Terbaik Bang, bagi nasihat pada yang youtuber yang baru nak up, dengan bagi pandangan yang berilmu dan berpengalaman serta mudah difahami mantappp..Joss Sandossss
@andisamsirujang1005
@andisamsirujang1005 4 ай бұрын
Angler kayong kalau cikgu perasaan channelnya..teratur cara dia buat video..dari awal sampai abis,selit masak² lagi..mana tau cikgu boleh buat msk² d perahu..tapi nnti lepas raya la😀😀
@vespahitam2561
@vespahitam2561 3 ай бұрын
Teruskan berkarya sifu.. banyak lagi ilmu mancing nak belajar dari sifu..🙏🙏
@MuhammadFikri-bg4qt
@MuhammadFikri-bg4qt 4 ай бұрын
Informasi dlm konten, editing dan personaliti KZfaqr tu sendiri membuatkan org ketagih menunggu episode seterusnya,
@omifcreator3650
@omifcreator3650 3 ай бұрын
ASSALAMUALAIKUM SIFU. INI PERKONGSIAN PANDANGAN SY SEBAGAI PEMINAT VIDEO MEMANCING DAN JUGA SY SEORANG TIKTOKERS, BETTER ADA ELEMENT PERKONGSIAN ILMU SEMULA DIDALAM VIDEO TU MACAM AWAL DULU KAN, BUKAN SEKADAR MENGHIBUR, SEBAB ILMU TU EVERGREEN BENDA YANG AKAN BUATKAN ORANG AKAN SENTIASA CARI TAMBAH2 UNTUK NEW ANGLERS, JADI MUNGKIN SIFU BOLEH TERAPKAN ELEMENT2 NI DLM VIDEO LEPAS NI.
@shahbuddinabdulkarim
@shahbuddinabdulkarim 4 ай бұрын
Waalaikumsalam. Teruskan berkarya sebab dalam video Tuan banyak pengetahuan yang Tuan kongsikan setiap kali trip memancing. Mantap Tuan 👍👌
@johnpress7227
@johnpress7227 3 ай бұрын
Assalammualaikum.. sekadar cadangan.. cuba berkomplot dgn youtuber2 pancing.. ada variasi sikit.. semoga maju jaya tuan 😊
@terrybogard6703
@terrybogard6703 4 ай бұрын
video yg slalu d tunggu casting kawasan muara..slalu cari panduan N ilmu yg berguna dri channel ne untk meneruskn hobi casting ne..kumpaw itu pasti strike itu bonus..yg pnting repeat itu pasti rezeki itu mmg pasti kita sja perlu yg mncari ketentuan itu dri ilahi..teruskn sj bro..salam dri negara sebelah
@maiiekmal4009
@maiiekmal4009 4 ай бұрын
selalu support mastaa
@abangjixtv4869
@abangjixtv4869 3 ай бұрын
Kna adaptable tuan... Teknologi berubah jadi kita perlu berubah spy trus relevan...kipidap dongibap
@SiRRosChannel
@SiRRosChannel 4 ай бұрын
Teruskan saja bang kita buat KZfaq saja suka-suka bolehlah buat kenangan 😁😁
@KaitoAm
@KaitoAm 3 ай бұрын
Hai..sy kaito am...student lagi umur 21...Walaupun view Sy down...sy tetap berusaha untuk buat video..😊 Dari mancing tpt sendiri..sampai KE luar negeri..
@lek_curut
@lek_curut 4 ай бұрын
Cikgu arif buat bidio cmni pun syok layan.. Ni kan pulak video mancing... Hehehe.... Terus kan bang... Bagi saya video yg kita buat ni adalah untuk pengalaman dan kenangan kita di masa akan datang... Ada org tengok alhamdulillah...kalau xde xpela..janji ada video untuk moral kita sendri....tapi kalau yang mencari sumber pendapatan dari yt sy rasa ianya sngt terkesan.. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki selalu... Aminnnn❤❤
@mshahrulaziz91
@mshahrulaziz91 3 ай бұрын
awk tetap cikgu siakap sy arif fishing. jarang miss bedio cikgu.semoga akn ade lg vedio² menarik cikgu.
@paksusulung903
@paksusulung903 3 ай бұрын
Betul apa yg cikgu cakapkan tu, zaman sekarang org nak cepat dapatkan informasi, panduan & belajar teknik, walaupun benda tu cikgu dah ada video dia tapi bagi yg baru singgah YT cikgu xnak tgk video yg lama (itu hanya pengamatan saya sahaja)... ada setengah org nak kan humor... Tapi kalo nak layan kehendak kesemua citarasa penonton susah juga, sebab cikgu cakap kita sendiri ada limitasi. Kena yg penonton faham betapa struggle nya nak buat vlogging xde masalah, cuma jenis generasi baru ni lain sikit....😅 apa pun teruskan berusaha cikgu, saya tetap layan video cikgu...keep it up 👍
@ZulNZ81
@ZulNZ81 3 ай бұрын
Ariff fishing dah sohor.. kalau buat trip round² negeri bersama followers pun ok. Hadir support sifu.
@mdshafiee6392
@mdshafiee6392 3 ай бұрын
Dunia semakin cepat berubah, untuk kekal perlu mampu ikut perubahan.terimakasih atas perkongsian ilmu dari cikgu,teruskan berkongsi mudah2an jadi ilmu yg bermanfaat pahala mengalir hingga Allah tentukan😊
@Naza_Fishing
@Naza_Fishing 3 ай бұрын
Teruskan… best pulak dengar perkongsian macam ni
@fishon1273
@fishon1273 4 ай бұрын
Kebanyakan video mancing dr negara jiran msh consistent...mungkin sebab kuasa support penonton dr sana kuat...
@ahmadmokhtar2426
@ahmadmokhtar2426 3 ай бұрын
Assalammualaikum Sifu Ariff. Terima Kasih perkongsian dan pandangan Sifu.🎉🎉🎉
@faracechannel3020
@faracechannel3020 3 ай бұрын
come on cikgu arif .. teruskan jgn putus semangat , sy masih lagi menunggu dan menonton video2 arif fishing .. 🫵🏽
@shideyzone5287
@shideyzone5287 4 ай бұрын
Betoi tu sipoo. Kalau sapa buat kerjaya mmg susah sgt. Just layan sbg hobi pancing dan rekod video
@chakoopz1652
@chakoopz1652 3 ай бұрын
Thanks bro atas advice nya.. InsyaAllah.. Jalan terus bro..teruskan..ak follow..ko jgn stop bro..onz aje..
@pijanmadinil
@pijanmadinil 3 ай бұрын
Betul tu bang. Wlpun dah 2 thn & msh lagi belajar berjinak2 dgn YT (subscriber pun blm sampai 200), tp saya tetap cuba mengabadikan momen2 indah utk ultimate hobi saya ini. Kekadang kita nak berkongsi cerita tu payah, moga dgn adanya chnl YT nie dptlah bagi diorang paham al-kisah seorang pemancing... gitew 🤭
@PENDEKARBANGAUCHANNEL
@PENDEKARBANGAUCHANNEL 3 ай бұрын
salam bro.. apa khabar.. lama tak contact2.. terciduk tu normal.. hehe.. youtuber mancing maybe 1 dari 1000 je yang berjaya mendaki tangga ke atas. saya setuju dengan sahabat, buat youtube utk halakan follower ke satu tempat lain rasanya lebih berbaloi. cipta nama cipta brand. tahun 2024 rasanya kalau nak harapkan gaji youtube, rasanya tak memadai. apa2 pun, semoga terus maju jaya sahabat.. seronok tengok sahabat berjaya. 1 dalam 1000.. tahniah sahabat.
@mrmundoogaming828
@mrmundoogaming828 4 ай бұрын
Cikgu buat tour 1 sabah ni cri lubuk2 yg power2,xkira la sungai ka laut ka ataupun sekadar survival,sebab sabah ni banyak hidden gems
@T_R3X_666
@T_R3X_666 3 ай бұрын
Salam ariiff fishing...dari memancing bawah jambtan,talk info siakap,test mcm lure beli di shopee..sampai ke ramai yg kenal.. BETUL..!!!..skarang zaman down para2 ytber..bukan memancing ja..hampir semua..terutama nya yg content outdoor..klu modal keras & kejab,channel bertahan...Dulu dri ytbe la kita kenal godfather of conten fishing...Chai fishing..Yeahh boyyy .. Just my 2sen la tuan ariff.. Ytber skrang banyak beralih ke Podcast,TAPI..boleh outdoor content,terutama nya memancing buat podcast...pandai2 la kita solve semua tu..sya masih lgi follow up semua ytber pancing nie.. upload video pun agak kurang dah semua skrang..sebab kurang sambutan...banyak pergi ke content kisah jenayah,fakta & seram ja.... Apa2 pun..do the best utk semua.. upgrade content & gear yg ada...memang kos..try & error is solution..risk tu memang ada..sebab jdi fully ytber adalah pilihan..
@ukoyyfishing3739
@ukoyyfishing3739 4 ай бұрын
Waalaikumussalam sifu arif...mmg btl apa yg sifu arif ckp ni..Saya adalah diantara salah seorang followers youtuber² channel memancing, sejak kebelakangan ni ramai youtuber² pancing yg dh lama tak upload video..Hrp sifu arif tetap kekal dlm industri ni..💪💪💪💪💪💪
@mohdazim-fo9fv
@mohdazim-fo9fv 4 ай бұрын
Saya support cikgu arif dari mula2 buat yt. Dulu tak dapat tittle cikgu pancing lg
@amirulaiyad4715
@amirulaiyad4715 3 ай бұрын
Teruskan cif percaya pada rezeki selagi ikhlas kalau nk berkongsi mesti jadi.
@AkmaHafiz
@AkmaHafiz 4 ай бұрын
Channel cikgu mohon lebihkan tip ,Cara-Cara,Untuk casting macam cikgu buat video casting siakap dulu tu .Cerita tentang lubuk2 ikan ke nak casting DiMana.Apa pun channel cikgu dah gempak semoga terus maju jaya Dan jangan putus asa .Teruskan perjuangan
@muhammadtaufiq6738
@muhammadtaufiq6738 4 ай бұрын
video abg sentiasa saya tggu untuk tiap2 mggu . abg perbanyakkan trip casting muara dan share lure2 yg abg selalu guna . sebab trip muara abg lebih menarik berbanding jigging laut dalam . itu pandangan saya😊
@spencerlawrence6693
@spencerlawrence6693 3 ай бұрын
So far, kualiti video Ariff sgt baik. Btul, skrg ni sgt byk utuber contain memancing..tpi masing2 ada cara tersendiri, kreativiti tersendiri dan penonton pun ada selera sendiri. Apa pun, trima ksih sebab byk kongsi ilmu, kongsi tips buat kami para angler beginner.
@pakjabit1649
@pakjabit1649 4 ай бұрын
Video ariff ok je..cuma klau banyak variasi mcm sebelum ni ok la..mancing haruan,jigging,casting muara.mungkin sebab kekangan masa sukar utk pelbagaikan gameplay mancing..Fans dari Kedah
@mohamadhelmiChannel
@mohamadhelmiChannel 3 ай бұрын
Sy sebagai peminat abg ariff teruskn usaha bang,sy pon baru berjinak buat2 video tapi matlamat sy buknla wang ringgit,matlamat sy hanyalah utk kenangan bersama rakan2,supaya boleh ditonton bersma di masa hadapan,setiap tahun ramai rakan2 yg pergi menghadap illahi,hanya video pengubat rindu..❤
@vbolGlobal
@vbolGlobal 3 ай бұрын
Tuan punya pengaruh, mohon buat komen kepada kerajaan khasnya jabatan perikanan untuk melakukan pembenihan utk pelepasan Akuatik laut dan darat (sungai, kuala, muara, parit, tasik, bekas lombong, paya, dsb. ) yang lebih agresif dan lebih besar besaran. Oleh kerana kehidupan akuatik di negara ini sangatlah kurang jika dibandingkan di negara2 jiran yang lebih mewah kehidupan akuatik contoh seperti di kalimantan. Dapat menyumbang hasil negara dan ekonomi penduduk dan mengurangkan import. Mohon buatkan video mengenai umpan2 yg sinonim dengan ikan, contoh dedak utk ikan ape, cacing, dll. Juga umpan2 "luar dari kebiasaan". Pendapat saya on video shooting, bukan saja nak tgok aksi memancing, klu blh nk view environment (persekitaran tempat) sekali.
@mightyjig
@mightyjig 3 ай бұрын
teruskan, memory yg sukar diperolehi, boleh anak cucu tgk nnt.. permasalahan trend video perlu juga dikaji dan yg mana mampu kita lakukan, teruskan. yg x mampu abaikan... yg penting ada strike 🤙
@AiC36
@AiC36 3 ай бұрын
hidup ini umpama roda...putaran itu sentiasa berlaku tanpa henti , ada masa di atas ada masa di bawah ... ada masa mendatar... begitu lah kehidupan..macam tu juga kita nak hadap channel2 kita yang ada naik turun ni.... selagi ada minat ...kita teruskan...
@abangkarci7900
@abangkarci7900 3 ай бұрын
teruskan saje buat video cikgu..kite x tau 5 tahun ke 10 tahun akan dtg you tube naik balik..lg 1 kita bole simpan video tu utk ank cucu generasi yg akan dtg...semangat & teruskan...kipidap
@secebizstrike4101
@secebizstrike4101 3 ай бұрын
Teruskan je. Anggap anda curahkan ilmu melalui video.
@asrulnizamaliamran3380
@asrulnizamaliamran3380 4 ай бұрын
Assalamualikum Sifu. Keseluruhan apa yang diperkatakan memang dan sedang berlaku pada masa kini. Memang tidak disangkal lagi perubahan dan peredaran zaman memain peranan besar dalam segala aktiviti kita apatah lagi perihal memancing. Hidup kita ibarat roda dan ada kala kita diatas dan ada kala kita di bawah. Oleh itu untuk kita kekal dalam industri ini memang tepat seperti apa Sifu katakan iaitu kita kena ada perubahan untuk menyampaikan maklumat dan masa yang sama dapat menghiburkan penonton. Saya selaku peminat Sifu amat menyokong sepadunya atas usaha Sifu selama ini walaupun kita berada dalam negeri yang sama tapi tidak sekali dapat berjumpa. Apa-apa pun saya doakan semoga segala usaha Sifu dalam bidang ini mendapat kejayaan cemerlang dan kekal aktif untuk menghiburkan kami.
@AzharJaa
@AzharJaa 3 ай бұрын
betul tu...sy punya you tube pun dah kena tarik monetise sbb lama x upload video... tengok ada kwn yg dah puluh ribu sub pun dah pindah ke rumah hitam... tadi sje up video pendek kat yt ni.. sje nak tengok view brp boleh pg😬😬😬😬😬
@ismailbinibrahimibrahim6048
@ismailbinibrahimibrahim6048 3 ай бұрын
Assalamualaiku..sya suka tngok dihujung2 vdeo sja tangkapan hasil ikan...sb kebanyakan jln crita sama saja..dn kemukinan faktor usia sya skrg ni malas nk tngok vdeo atau tv... Trima kasih smoga cnel2 mmancing terus mnberi vdeo terbaik dn sentiasa brsemangat...
Awal Tahun Ikan Galak Hentam Gewang! Trip Casting Pembukaan 2024
23:16
아이스크림으로 체감되는 요즘 물가
00:16
진영민yeongmin
Рет қаралды 59 МЛН
Smart Sigma Kid #funny #sigma #comedy
00:25
CRAZY GREAPA
Рет қаралды 38 МЛН
100❤️
00:19
MY💝No War🤝
Рет қаралды 23 МЛН
"Jadi Lelaki Yang Melindungi Bukan Menghancuri " - Yabang
47:06
Kena Cabar Takkan Nak Duduk Diam Kan 🔥 Pakcik India Bagi Nasihat
8:10
Terjah sungai yang tak pernah masuk untuk cari Sebarau
20:44
Ariff Fishing
Рет қаралды 54 М.
Bumblebee Semakin Mesra | Strike demi strike casting muara
28:58
Ariff Fishing
Рет қаралды 18 М.
Malaysia No.1 Custom Rod Builder - Custom Rod Studio | CRS
24:06
Nabilo Marcello
Рет қаралды 258 М.
Rod jigging Boleh Buat Main Casting Tak? Ini penjelasannya
8:50
Ariff Fishing
Рет қаралды 8 М.
Casting Waktu Sungai Keruh Strike Ikan Good Size
19:21
Ariff Fishing
Рет қаралды 24 М.
CARA NAK BAGI LONGCAST | HABIS SPOOL!? | VLOG #09
12:20
FO PROJECT STUDIOS
Рет қаралды 120 М.
Slow motion boy #shorts by Tsuriki Show
0:14
Tsuriki Show
Рет қаралды 6 МЛН
Нажимай выше ☝️☝️☝️ #а4 #глент #риви #viral
0:25
Как меняются люди
Рет қаралды 2,7 МЛН
He understood the assignment 💯 slide with caution x2
0:20
Carlwinz_Official
Рет қаралды 15 МЛН
Clown takes blame for missing candy 🍬🤣 #shorts
0:49
Yoeslan
Рет қаралды 34 МЛН
Playing hide and seek with my dog 🐶
0:25
Zach King
Рет қаралды 30 МЛН