Resepi Ayam Masak Merah Simple

  Рет қаралды 14,439

Nasser's Kitchen

Nasser's Kitchen

3 жыл бұрын

Resepi ayam masak merah simple dan mudah ini sangat sesuai dipandakan dengan Nasi Briyani. RESEPI Lengkap dan senarai bahan-bahan di www.nasserskitchen.com/resepi...
Selamat datang ke Nasser's Kitchen di Getaran. Dalam episode ini saya akan kongsikan resepi untuk Ayam Masak Merah. Satu resepi ayam yang sangat popular terutamanya diwaktu kenduri. Tanpa berlengah lagi, Jom kita ke dapur!
Bahan utama yang kita perlukan 1 ekor ayam. Berat lebih kurang 1.5kg
Cengkih-5 biji, Pelaga-5 biji, Kayu manis-1 inci, Bunga lawang-2 kelopak
8 sudu besar cili kisar, 2 sudu besar Tomato puri, 3 sudu besar Tomato sos
Sedikit daun ketumbar, Sedikit daun pudina, Sedikit daun sup
1/4 tin susu cair, dan 1 biji limau nipis yang diperah jusnya.
Jus limau nipis akan dicampurkan ke dalam susu cair dan dikacau untuk membuat dadih atau tairu. Bila sudah pekat, ketepikan dahulu.
Untuk bahan kisar kita perlukan 4 biji bawang merah besar, 5 ulas bawang putih, dan 3cm halia.
Kisar kesemua bahan-bahan ini sehingga halus dengan sedikit air.
Sebelum kita goreng ayam, tambahkan 1 1/2 sudu kecil garam, dan 1 sudu kecil serbuk kunyit. Gaulkan supaya rata.
Bila sudah rata, perapkan untuk 10 minit.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Bila minyak sudah panas goreng ketulan ayam.
Ayam akan cuma dimasak 70% sahaja kerana akan dimasak lagi di dalam kuah masak merah. Kesilapan yang sering dilakukan ialah menggoreng ayam terlalu lama. Jika ayam sudah masak sepenuhnya sebelum dimasukkan ke dalam kuah, ayam akan keras dan liat.
Angkat keluar ayam apabila sudah kelihatan garing diluar seperti ini. Ulang segingga kesemua ayam digoreng.
Tumiskan bawang yang dihiris dalam minyak gorengan ayam tadi. Ini akan menambahkan perisa kuah masak merah.
Bila bawang sudah mula kelihatan garing masukkan bunga lawang, kayu manis , buah pelaga dan cengkih.
Bila bawang garing dan berwarna kuning keemasan, masukkan bahan kisar. Bawang merah, bawang putih dan halia.
Tumis sehingga bahan kisar mula mengering dan berbau wangi, kemudian tambah cili kisar. Pastikan tidak ada yang tertinggal.
Kacau! Jangan tak kacau!
Cili kisar perlu digoreng cukup garing untuk mendapatkan kuah masak merah yang baik.
Bila bahan tumisan sudah mula berwarna gelap dan menjadi pekat, masukkan 2 sudu besar tomato puree dan 3 sudu besar sos tomato. Tumis untuk 5 minit lagi.
Tambah daun pudina, daun ketumbar dan daun sup. Kacau supaya rata.
Masukkan 1 1/2 sudu kecil garam.
Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.
Masukkan 5-6 sudu besar gula. Kalau tidak suka kuah yang manis, boleh kurangkan ikut cita rasa masing-masing.
Sekarang kita masukkan ketulan ayam ke dalam kuah.
Tutup dan renihkan untuk 15-20 minit supaya ayam masak sepenuhnya. Ayam masak merah sudah siap untuk dihidangkan.
Hiaskan dengan daun pudina, daun sup segar dan bawang goreng. Sehingga kita bertemu lagi di episode akan datang. Selamat mencuba!

Пікірлер: 21
@kaknor6617
@kaknor6617 2 жыл бұрын
Menu raya puasa/ haji wajib ada hidangan ini kerana anak cucu suka makan ngan ketupat . Tq chef
@noorshikhahkinot3896
@noorshikhahkinot3896 2 жыл бұрын
sy dah cuba semlm utk berbuka puasa ...memang sedap n senang..
@nasserskitchen
@nasserskitchen 2 жыл бұрын
Alhamdulillah 😀
@user-vf4wx5op2v
@user-vf4wx5op2v 3 ай бұрын
Pedas ke tidak?Maaf,sbb ank2 sy tak mkn pedas.😞😞
@kamariahabdulrahim5185
@kamariahabdulrahim5185 11 ай бұрын
الحمد الله T.kasih chef
@norlishariff1986
@norlishariff1986 3 жыл бұрын
Sye dah cuba resepi ni....mmng sedap....sye mkn dengan nasi minyak n pajeri nenas....t.ksih resepi yg hebat dan tips membuat tairu....sgt berbaloi....t.ksih skli lgi....
@nasserskitchen
@nasserskitchen 3 жыл бұрын
Sama-sama 😀
@hanepah712
@hanepah712 2 жыл бұрын
Ayam BIRYANI nSser kitchen
@kaknor6617
@kaknor6617 Жыл бұрын
Hmmm chef manisnya…matilahnak oi…
@wansarizwaniwani6197
@wansarizwaniwani6197 7 ай бұрын
Sedapppp
@Pabucha-lx5dn
@Pabucha-lx5dn Жыл бұрын
Sedap ni
@mrwanazizi
@mrwanazizi 3 жыл бұрын
Ok boleh try ni besok
@nasserskitchen
@nasserskitchen 3 жыл бұрын
Selamat mencuba 😀
@yusufftaiyyob1229
@yusufftaiyyob1229 3 жыл бұрын
Tgk pon sedap..klu rasa lg la😁
@nasserskitchen
@nasserskitchen 3 жыл бұрын
Terima kasih 😀
@lyzajunit9416
@lyzajunit9416 2 жыл бұрын
A must try. InsyaAllah 🌻
@nasserskitchen
@nasserskitchen 2 жыл бұрын
Selamat mencuba 😀
@lyzajunit9416
@lyzajunit9416 2 жыл бұрын
@@nasserskitchen thank you.🙏
@rodziahrodziah1793
@rodziahrodziah1793 Жыл бұрын
Salam chef...klau nak masukkn sos cili sikit,boleh ke?
@janakicaldera655
@janakicaldera655 Жыл бұрын
English subtitles please
Chicken Korma - An easy method
8:13
Nasser's Kitchen
Рет қаралды 67 М.
Resepi Nasi Arab Kambing - Paling Mudah 2023
12:52
Nasser's Kitchen
Рет қаралды 108 М.
Little girl's dream of a giant teddy bear is about to come true #shorts
00:32
Stay on your way 🛤️✨
00:34
A4
Рет қаралды 10 МЛН
Heartwarming Unity at School Event #shorts
00:19
Fabiosa Stories
Рет қаралды 21 МЛН
ПРОВЕРИЛ АРБУЗЫ #shorts
00:34
Паша Осадчий
Рет қаралды 6 МЛН
TURMERIC CALAMARI
6:06
Nasser's Kitchen
Рет қаралды 104 М.
WALIMATULURUS | Personaliti Tv, Khadijah Dan Otto Diijab Kabul
1:57
Nasi Minyak mudah dan sedap
4:15
Nasser's Kitchen
Рет қаралды 108 М.
Resepi Kari Kambing Mamak yang sedap dan mudah
6:13
Nasser's Kitchen
Рет қаралды 94 М.
Beef Stew (2020)
7:53
Nasser's Kitchen
Рет қаралды 171 М.
Ayam Masak Merah 2.0, Lebih Sedap Dan Mantap
8:54
Che Nom
Рет қаралды 641 М.
Опасность фирменной зарядки Apple
0:57
SuperCrastan
Рет қаралды 6 МЛН
Когда пытался заново изобрести велосипед
0:11
Короче, новости
Рет қаралды 3 МЛН