No video

Resort Tasik Chini - Keajaiban Alam yang Ditinggal dan kian dilupakan

  Рет қаралды 4,898

DDAD tv

DDAD tv

Күн бұрын

#ResortTasikChini #TasikChini #TasikCini
Tasik Chini: Keajaiban Alam yang Ditinggal dan kian dilupakan
Tasik Chini merupakan tasik air tawar kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Dengan kawasan seluas 12,565 ekar, Ia merupakan tapak rizab biosfera pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan dari UNESCO pada tahun 2009. Pengiktirafan ini menunjukkan kepentingan Tasik Chini sebagai kawasan alam semulajadi yang perlu dijaga dan dihargai. Dan hari ini, aku nak kongsikan bagaimana keadaannya sekarang
Perjalanan ke Tasik Chini dari kawasan perumahan felda chini hanya mangambil masa sekitar 5 minit ke 10 minit.
Antara tarikan utama Tasik cini adalah Pemandangan yang Memukau dengan airnya yang tenang, dikelilingi oleh pemandangan bukit-bukau yang menenangkan. Terdapat 138 spesies flora daratan dan lebih daripada 300 spesies vertebrata bukan akuatik. Tasik ini juga menjadi rumah kepada 144 spesies ikan air tawar. Selain itu, Legenda mengatakan bahawa Tasik Chini adalah versi Malaysia untuk Loch Ness. yang popular lengan kisah naga, dan bandar kuno Khmer yang kini tenggelam di dasar tasik dan dijaga oleh makhluk mistik.
Antara aktiviti2 yang boleh dijalankan ketika mengunjungi Tasik Chini dahulunya, antaranya ialah Memancing, Menyusuri tasik dengan bot, melihat burung-burung liar, Trekking Hutan dan lawatan ke perkampungan Orang Asli Jakun dan belajar tentang budaya mereka.
Dari berbualan ringkas dengan security guard yang bertugas, kata beliau pengawal hanya ditempatkan disini pada 4 bulan kebelakangan ini. Sebelum itu kawasan ini ditinggalkan sepenuhnya tanda sebarang penjagaan dan seliaan hampir 4 tahun semenjak awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat wabak covid. bukan sahaja ditinggalkan, malah menambah burukkan lagi keadaan bila ada orang-orang yang tidak bertanggungjawab mencuri dan mengambil peralatan serta perkakasan elektrik seperti aircond, compressor, cable elektrik dan lain-lain. Beliau pernah 2 kali terserempak dengan orang asli yang cuba mencabut cable-cable untuk dijual kepada pemborong barangan lusuh. malah ada juga yang menyamar sebagai pemancing tetapi ironinya tiada pancing yang dibawa sebaliknya membawa gergaji besi.
Aku yang membesar disini, melihat Tasik Cini pada 3 fasa. Fasa pertama pada ketika keindahannya berada pada tahap kemuncak dengan airnya yang gelap ditutupi dengan ribuan pohon teratai. Kemudian aku sempat menyaksikan Tasik Chini dalam fasa kerakusan manusia meneroka dan memunggah hasil bumi dengan pembalakan dan aktiviti perlombongan batu bijih di bukit bukau sekitaunya sehingga menyebabkan airnya bertukar kewarna kuning berlumpur dan teratai yang dahulunya memenuhi permukaan tasik khirnya tiada lagi. Dan kini aku sempat berada pada fasa ia dilupakan sehingga tiada lagi orang membicarakan tentangnya walau setelah 4 tahun ditinggalkan.
Tasik Chini adalah permata semulajadi yang perlu dijaga dan dihargai. Ada kedengaran ura-ura yang tempat ini bakal dihidupkan semula dengan pendanaan geran dari kerajaan, namun masih belum dapat dipastikan. Namun, selaku anak tempatan aku masih berharap agar kawasan ini dapat dibangunkan semula seperti dulu. Setidaknya generasi-generasi baru setempat dapat merasai keriangan yang kami pernah lalui dulu dengan aktiviti berkayak, main jetski, mandi-manda dengan pelampung batang buluh, memancing, pusing-pusing tasik dengan bot, memetik biji teratai, dan macam-macam aktiviti lagi.
Semoga babak ini dapat menggambarkan perubahan yang dialami oleh Resort Tasik Chini dan memberikan penghormatan kepada tempat yang pernah menjadi tempat kebahagiaan bagi ramai orang.

Пікірлер: 26
@fazilanakmelayu.363
@fazilanakmelayu.363 Ай бұрын
Saya pernah keja disini tahun 1993..masa tu banyak bot2 penumpang yang bawak pelancong asing yang menginap. saya jadi translater bagi mereka. Selain resort ni, ada satu lagi chalet di Kg Gumum kampung orang asli.
@kastollika
@kastollika 6 ай бұрын
😅huuuuhuuhuu sedeyvtengok tasik
@DDADtv
@DDADtv 6 ай бұрын
tu la.... 😪
@sampoi3438
@sampoi3438 6 ай бұрын
Baru tahu juga resort ni dh tidak beroperasi lagi...cantik tempatnya
@anidahhashim7473
@anidahhashim7473 18 күн бұрын
Ruginya tdk dimanfaatkan. Sekadar buat projek, kemudian tinggal.
@pokjaksr
@pokjaksr 2 ай бұрын
dulu membesar di lipis thn 90an.. cukup famous tasik chini serata negara smpai semua org simpan impian nk datang sini.. tapi tu dulu la.. skrg tak ada lagi dah orang bercerita psl tempat ni. senasib la dgn taman negara jerantut. orang dah lupakan slow2
@DDADtv
@DDADtv Ай бұрын
nanti jadilah macam nostalgia mimaland. hanya orang2 lama jer tahu kisahnya..
@chookanglim-br8tj
@chookanglim-br8tj 3 ай бұрын
Sedihlah😢sakithati😢mau nangis😢mcm tpt👻😢
@DDADtv
@DDADtv Ай бұрын
sedih kan...? especially kalau kita besar dengan kawasan ni. lagi terasa sedihnya
@MrFree123abc
@MrFree123abc 2 ай бұрын
rakyat semua dah ada kenderaan mudah pergi ke mana-mana tempat2 lain yang menarik..berbanding dulu banyak yang bergantung dengan pengangkutan awam seperti bas..
@DDADtv
@DDADtv Ай бұрын
saya lebih merasakan kegagalan kementerian perlancongan dalam mempromosikan destinasi menarik kepada pelancong luar 😂
@ts.hj.mohdesahj.baruji4615
@ts.hj.mohdesahj.baruji4615 Ай бұрын
yg ada pust penyelidikan ukm tu camne rupanya? ok x nk gie sini. cadang cuti sekolah sept nie nk gie sana.
@MontyBayliss
@MontyBayliss Ай бұрын
Inilah hasil2 pemerintahan 70 Penyamun Nasional. Kurung semua org tanpa sbrg perancangan utk pemulihan. Kalau puak2 Penyamun ni dibiarkan memerintah mmg bankrap Negara.
@salahuddinmajid2309
@salahuddinmajid2309 6 ай бұрын
Pahang negeri terbesar d semenanjung malaysia.sangt bnyk tempt smla jadi yg menarik dan boleh d ketegahkn utk kwsn pelancongan serta pendpatan sektor pelancongan utk negeri dan peluang pekerjaan utk ank temptan.bila tgk keadaan babgunan dan tmpt d tinggalkn dpt d bygkn kos kerugian berjuta d laburkn pda masa ianye d bangunkn.sbgai anak pahg aku harap sangat kerajaan negeri bertindklah or buat sesuatu perubhn..ian bemar kos utk baik pulih smula tmpt ni memg menelan belanja juta dinggit.kerajaan negeri boleh bekerjasama dgn mane² cmpny luar utk bangunkan kmbali tasik chini ini.atau serahkn kpda mane² cmpny yg layak utk itu.semoga suatu hari nanti tasik chini akan kembali menjadi kwsn pelancongan yg terkenal serta menambh ekonomi wrga tempatn.
@DDADtv
@DDADtv 5 ай бұрын
Setuju. Kadang kadang saya rasa sektor pelancongan dalam negeri ni sering di anak tirikan. Walhal kalau diurus dengan baik saya rasa boleh jadi punca pendapatan negara yang besar juga.
@easthawkdrag5566
@easthawkdrag5566 3 ай бұрын
pkp je punca dia. lps tu jahanam sbb punca suasana pentadbiran yg x stabil.
@shah6697
@shah6697 14 күн бұрын
Maaf ckp la Kerajaan pahang tk betol² agresif najukn pelancongan negeri oahang
@noorsuhaidanoorsuhaida7685
@noorsuhaidanoorsuhaida7685 6 ай бұрын
Sedih kan...
@DDADtv
@DDADtv 6 ай бұрын
anak bongsu koi sekali pun tak pernah merasa gi ke tasik chini. yg sulung aritu pun bawak time dia baru 2 tahun. rasanya takde ingatan jugak lagi time tu. 😪
@noorsuhaidanoorsuhaida7685
@noorsuhaidanoorsuhaida7685 6 ай бұрын
Samalah.. yg bongsu ni tak sempat bwk pi tasik..yg lain sempat la jgk..bawak main taman, bg ikan mkn..
@aweendwaana1770
@aweendwaana1770 Ай бұрын
Sayang.. tempat cantik.. kalau la ada jutawan yang usahakan..mesti ramai pelancong 1 dunia turun..dkat dgn nature..
@DDADtv
@DDADtv Ай бұрын
tu la.. kekadang kita sibuk nak promote klcc kat orang negara luar. padahal kat negara diorang lebih dari KL pun diorang ada. diorang datang malaysia nak tengok keindahan alam semulajadi...
@BrocklesnarBrock-mb5hs
@BrocklesnarBrock-mb5hs 6 күн бұрын
Membazir betul lah manusia ni dah di bina di tinggal kan macam tu ja jadi tempat sarang hantu ja
@abuabuadam6027
@abuabuadam6027 29 күн бұрын
Mana exco pelancongan pahang. Sharelah apa plan kerajaan negeri dg tasik ini. Very bad
@krafbersamaku5685
@krafbersamaku5685 3 ай бұрын
Dah jadi tempat paranormal cari hantu bertandang.
@DDADtv
@DDADtv Ай бұрын
ini pun dah ramai paranormal datang buat video ni. ekekkeke
PENEMUAN MISTERI 7 PIRAMID DI MALAYSIA | SEPARUH DIDARAT SEPARUH DIDASAR TASIK
10:15
Prank vs Prank #shorts
00:28
Mr DegrEE
Рет қаралды 9 МЛН
Алексей Щербаков разнес ВДВшников
00:47
OMG what happened??😳 filaretiki family✨ #social
01:00
Filaretiki
Рет қаралды 13 МЛН
Tasik di Lenggong - Port Healing Bertaraf Dunia
35:33
RARE TV
Рет қаралды 362 М.
KISAH LAGENDA DAN MISTERI TASIK CHINI
8:47
Neyna Story
Рет қаралды 54 М.
Terkuburnya Sebuah Resort Di Tasik Mistik | Seperti Kelihatan Wajah di Jendela Pantri
1:06:01
F͟͞A͟͞I͟͞Z͟͞A͟͞L͟͞ R͟͞O͟͞Z͟͞I͟͞ V͟͞L͟͞O͟͞G͟͞S͟͞
Рет қаралды 154 М.
DIA NI PENGUATKUASA ATAU SAMSENG
5:25
MDH VIRAL CHANNEL
Рет қаралды 98 М.
Ustaz Azhar Idrus AKHIRNYA respon kepada Pak Yus Drt!
13:45
Papa Berry Studios
Рет қаралды 71 М.
#51 Cement board tak tahan bila kena air?
10:59
DDAD tv
Рет қаралды 21 М.
Prank vs Prank #shorts
00:28
Mr DegrEE
Рет қаралды 9 МЛН