RHB Raya 2024 | Lembaran Baharu

  Рет қаралды 9,817,282

RHB Group

RHB Group

4 ай бұрын

Kemaafan - terkadang perkataan ringkas ini mampu membuka lembaran baharu buat seorang insan kerana sesuatu yang kecil pada kita, mungkin adalah segalanya buat insan lain.
Aidilfitri ini, ayuh bersama melangkah ke arah kemajuan dengan menanamkan sikap lebih prihatin - biar hanya dengan memohon atau memberikan kemaafan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua, seikhlasnya dari kami di RHB.
#BersamasamaMenempaKemajuan

Пікірлер: 1 000
@effaadzfa3124
@effaadzfa3124 4 ай бұрын
Lawyer tu adalah suami sy … kisah ni terjadi 25 thn yg lps
@muhammadfadzelijohari1239
@muhammadfadzelijohari1239 4 ай бұрын
puan saya suka ayat dia tu
@RobiJamri-uu5zu
@RobiJamri-uu5zu 4 ай бұрын
Hebat suami puan,tahniah
@aizzatnasir8564
@aizzatnasir8564 4 ай бұрын
Betul.. kisah ni dia cerita dalam tiktok tahun lepas ​@xeroxtreme2978
@faraharisha7163
@faraharisha7163 4 ай бұрын
Dlu Sya baca cerita ni Pon Sya nngis. Now Di buat video cmni. Lagi laju air Mata ni klua. Sebakkk. Allahuakbar. Masih Ada org baik2. Tahniah Puan dpt suami yg cukup baik n bijak. Semoga Rezeki Puan n tuan sekeluarga Terus melimpah ruah seperti air zam2 yg sentiasa mengalir. Aamiinn2
@scrwd8301
@scrwd8301 4 ай бұрын
@komalaanaaiduparthban9091
@komalaanaaiduparthban9091 4 ай бұрын
Terima Kasih RHB untuk pilih saya sebagai pelakon watak ibu yang sangat bermakna. ❤❤❤
@jasniwandin871
@jasniwandin871 4 ай бұрын
Good job
@noorshuhadawatibintimohama7542
@noorshuhadawatibintimohama7542 4 ай бұрын
Lakonan Puan sangat berkesan. Saya menangis tengok..sebab saya pun seorang ibu, sangat paham perasaan untuk gembirakan hati anak. Tahniah Puan!
@5ruz1000
@5ruz1000 4 ай бұрын
Lakonan yang mantap. Saya menangis tengok lakonan miss. Terbaik
@faizsumairi
@faizsumairi 4 ай бұрын
Sekali tengok saja dah sangat terkesan dengan watak ibu.. 😭
@mohamadkifli6140
@mohamadkifli6140 4 ай бұрын
Watak awak memang buat saya terkesan , berjurai air mata saya 😭
@Gathemusico
@Gathemusico 4 ай бұрын
Lawyer bangsa Melayu, OKT bangsa India & Hakim bangsa Cina. Well, this is MALAYSIAN! Kita boleh je bertolak ansur, bertimbang rasa dan tolong menolong sesama bangsa. But now..politician / dunia politik telah memecah belah kan keharmonian sebenar ni.
@johankamarudin5155
@johankamarudin5155 3 ай бұрын
Betul. Masyarakat dah elok, kalau x takkan boleh hidup bersama selama berpuluh tahun. Cuma banyak anasir anasir yg suka mengganggu gugat buat masa sekarang.
@jeep-ub7ct
@jeep-ub7ct 3 ай бұрын
Mantap🤗🤗🇲🇾🇲🇾🇲🇾😀😀
@mohd6537
@mohd6537 3 ай бұрын
Siapa pula tokey ersebut... Lawyer nak bayar 30ringgit.. dia taknak. Harga asal cuma 18
@coachmizitv7661
@coachmizitv7661 3 ай бұрын
walaun hari ini yang cuba memecahbelahkan PERPADUAN RAKYAT MSIA..setiap hari mereka berusaha menabur fitnah dan menjaja cerita perkauman............be carefullllll
@Gathemusico
@Gathemusico 3 ай бұрын
@@coachmizitv7661 ko dah kenapa? Nak jd batu api sila comment tempat lain.
@Mumeeen
@Mumeeen 4 ай бұрын
Sebab tu ilmu tu penting. Kena belajar pandai pandai, bukan semata nak kejar sijil. Tapi sebab macamnilah. Bila kita berilmu, kita berbudi. Kita boleh selamatkan orang2 yang susah. Ramai je orang kaya terlepas bila mencuri. Mencuri aset negara semua masih hidup senang lenang. Tapi bila orang susah mencuri demi sesuap nasi, dihumban penjara 7tahun. Semoga Allah merahmati peguam peguam yang membantu orang susah begini. Salam Aidilftri 🤍
@agrebee8344
@agrebee8344 3 ай бұрын
Org bijak dan cemerlang perlu memiliki IQ EQ SQ.. Harap sistem pendidikan malaysia dpt menerapkan elemen tersebut..utk anak2 malaysia.. Tuan zaharil contoh insan yg bijak dan cemerlang.
@bryanlim6604
@bryanlim6604 3 ай бұрын
Tears filled my eyes. If only our politicians watch this.
@janque2547
@janque2547 3 ай бұрын
@@bryanlim6604Unfortunately even if our politicians watch this I doubt it would make a difference. Some of our politicians have a heart of stone. It would not move them to question their conscience. These type of politicians have not an iota of integrity, much less empathy nor mercy. I weep for Malaysia…
@fire9948
@fire9948 3 ай бұрын
Pedih.. menusuk.. 😭😭😭
@jeep-ub7ct
@jeep-ub7ct 3 ай бұрын
🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗🤗
@jaionly9457
@jaionly9457 4 ай бұрын
Ni iklan raya no 1 tahun ni..tak meleret panjang sgt duration tapi terkesan dihati..Tahniah RHB
@alexalexander1749
@alexalexander1749 4 ай бұрын
Mak aih cinematic betul, I'm not ready for this. Rhb just casually woke up and uploaded the best raya ad ever for 2024 💀
@mohdaizatjahaya6084
@mohdaizatjahaya6084 4 ай бұрын
Agreed. Director dia memang padu. Dalam 5 minit pun dah rasa feel dia
@mikanakashima1577
@mikanakashima1577 3 ай бұрын
agreed
@ikhwanabdulmalik3190
@ikhwanabdulmalik3190 4 ай бұрын
ayat memohon dengan rendah diri tu ulang byk kali mmg deep.
@ainifathiha5148
@ainifathiha5148 3 ай бұрын
5x dengar, 5x meleleh air mata 😭
@me-kd5rj
@me-kd5rj 4 ай бұрын
ni abah saya ni 😁 bangga sangat alhamdulillah
@BasyirahAlidrus
@BasyirahAlidrus 3 ай бұрын
peguam datuk zaharil tu ayah awk ke?
@miiimy
@miiimy 3 ай бұрын
effaadzfa tu mak ko ke
@yunhashim8180
@yunhashim8180 3 ай бұрын
Semoga awak pun jadi seseorang yang adil dan suka menolong orang macam ayah awak. Aamin.
@addinhowtobasic
@addinhowtobasic 3 ай бұрын
mcm muka yg berlakon baginda 1997
@santasingee9065
@santasingee9065 3 ай бұрын
U have a great dad
@shaamirah6361
@shaamirah6361 4 ай бұрын
Suka part lawyer tu cakap "saya memohon dengan rendah diri tinggi harapan..memohon dan terus memohon tu😭nampak keikhlasan tuan di situ.. 3:34
@afiqasyrafmusa1218
@afiqasyrafmusa1218 4 ай бұрын
I hope this video shows that we don't have to segregate ourselves by color. We are a country that has multiple cultures, and everyone wonders how we live together. I'm tired of seeing us Malaysians getting divided by political agendas. We are one Malaysia; let's love our neighbors and be nice to people. God will grant us the best happiness. InshaAllah.
@afiqasyrafmusa1218
@afiqasyrafmusa1218 4 ай бұрын
Pinjam RM 100 sikit RHB
@ellynaali9007
@ellynaali9007 4 ай бұрын
i second you
@samudrala1978
@samudrala1978 2 ай бұрын
Friends, students who go abroad to Malaysia and other countries, employees of RHB Bank, do not open any accounts in this bank, there is no security in this bank, not only the people of that country, but also the people from abroad, they are stealing money in many ways. , their ATM is not safe their bank is not safe many Indians have lost few lakh rupees due to this bank students employees there please share to all our group members as per the information sent to us by a student cheated in this bank her account number is RHB bank 11234900270612 also you have I am sharing, now there will be many difficulties, there will be difficulties without money to pay room rents to pay college fees, the bank has made you miss about 10000 RM, they are showing records as if they have used the debit card without using it, there are people who have complained to the police and they are replying that they cannot do anything, many people have been cheated by this bank. People there even police are saying that it did, please Indians who have gone abroad especially to Malaysia but also other countries don't trust this RHB bank it is very fraudulent bank An Indian student in Malaysia how she was cheated by RHB bank can be asked her mobile phone number 601119387874 for complete details.
@kangadiproduction
@kangadiproduction 4 ай бұрын
Wah kisah viral ni.. wlupun dh tau kisah ni, tp bila dihasilkan dlm bentuk filem pendek.. still touching sgt. Terbaik 👍👍
@ahmadhishamuddinabdullah173
@ahmadhishamuddinabdullah173 4 ай бұрын
Saya tidak dapat elak dari menitis air mata dan basah hidung semasa menonton ini, walaupun sudah membaca berita dan cerita tentang perjuangan Tuan Peguam ini! Alhamdulillah dan Tahniah Tuan Peguam. Barakallahufikum.
@nurulhidayah5161
@nurulhidayah5161 4 ай бұрын
kan. keluar air mt
@kairulboy8761
@kairulboy8761 3 ай бұрын
Dah berpuluh kali tgok tetap sedih😢😢😢😢😢
@holybabyneil93
@holybabyneil93 4 ай бұрын
Saya menyeru semua peguambela mengikut jejak peguam Dato’ Ahmad Zaharil Muhaiyar. Bantulah rakyat jelata yang susah secara pro bono lebih demi keadilan dan bukan semata-mata mengaut keuntungan dengan fi guaman yang mencekik darah.
@edwinkhoo896
@edwinkhoo896 3 ай бұрын
Wow Malaysian muslim yg cemerlang, gemilang dan terbilang. Selamat Hari Raya kepada semua yg beragama Muslim di tanahair.🎉
@yeop8998
@yeop8998 3 ай бұрын
Allah gerakkn hati Tuan Zaharil utk bertanya pada OKT dan membantu dia.
@santhimurugayah9688
@santhimurugayah9688 3 ай бұрын
Benda yang kecil dan tak penting untuk kita adalah segalanya untuk orang lain ……. What a statement , only the non privileged will understand ❤
@azzar616
@azzar616 4 ай бұрын
Kisah Benar yang diolah menjadi cerita pendek. Tahniah RHB. Tahniah pada pelakon. Sebenarnya ini adalah semangat yang sememangnya telah berada didalam masyarakat Malaysia.
@clas6nabila
@clas6nabila 4 ай бұрын
Nilai dkt sini kita boleh nampak, kita dalam bekerja, ikhlaskan hati dan jadilah orang baik. Kalau kita cikgu, jadi cikgu yg baik, kalau kita doktor, jadi doktor yg baik, kalau kita bekerja di kaunter, jadi pekerja di kaunter yg baik, kalau kita berniaga, jadi peniaga yg baik, kalau kita bekerja sebagai pemandu, jadi pemandu yg baik. Siapa pun kita, jadi org baik. Bila kata baik, ada byk cara, mesra murah senyuman pun baik, empati pun baik, bersabar tak marah2 pun baik, tolong mudahkan urusan org yg berurusan dgn kita pun baik, apa2 sahaja yg bersesuaian dgn situasi kita bekerja. Kepuasan bekerja mesti akan ada. Dalam kita tak sedar, mesti ada impak baik juga pada sesiapa yg berurusan dengan kita.
@cclin9988
@cclin9988 3 ай бұрын
Cadang RHB bagi pencil case untuk orang atau kanak kanak yang buka akaun baru di bank. Warna RHB. Tag line. Pekara yang kecil..... dalam 3 bahasa atas kotak pencil. Bahasa Melayu, tamil, madarin. Design make it simple. Cause as Adult want it. Maybe can use quality steel. Just be simple as milo pencil case before. Design no need too fancy. The steel pencil case can prevent mold and durable. Size can put pen & RM100 . Just a suggestion.
@juankilaninta1807
@juankilaninta1807 3 ай бұрын
love this idea❤
@taji9281
@taji9281 3 ай бұрын
Walao weh . very detailed
@semutmerah238
@semutmerah238 3 ай бұрын
Very good idea
@zuzanaabdullah5139
@zuzanaabdullah5139 3 ай бұрын
setuju terutama kanak kanak luar bandar yang jauh di pendalaman
@zaqwanedc2753
@zaqwanedc2753 Ай бұрын
RHB Group must see this
@wawahamdan1159
@wawahamdan1159 4 ай бұрын
Bila kita mati nanti kita cuma bawak doa anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan amal jariah yang berkekalan. Apa yang peguam ni dah ada adalah amal jariah yang terus mengalir tanpa dia sedar. Dalam masa 2-3 jam, beliau rupanya dah merubah keseluruhan hidup seorang anak kecil. Semoga kita semua yang lain mampu juga untuk menjadi orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain, tak kira agama, kaum dan warna kulit.
@user-ef1ch5ou1v
@user-ef1ch5ou1v 4 ай бұрын
SubhanAllah. Lakonan yang sangat mantap dan menusuk kalbu. X nak selindung² dah. Memang menitik air mata. Syabas semua kru
@marhabanramadhan29
@marhabanramadhan29 3 ай бұрын
Hal kecil yang tak berharga buat kita bisa jadi sangat berharga buat orang lain. Salam dari Indonesia. ❤🇮🇩🇲🇾
@faraharisha7163
@faraharisha7163 4 ай бұрын
Dlu baca cerita pon dh nngis. Bila di buat video cmni lagi lah laju air Mata mengalir. Sesunguhnya budi yg baik org akan cerita smpai akhir hayat.
@vijaya670
@vijaya670 3 ай бұрын
Saya pun
@abdulsani759
@abdulsani759 3 ай бұрын
Truly a remarkable story. The scene where the lawyer, the police and the court officers donated money to the poor mum is a real display of great humanity and empathy. Am so glad that these kind gestures of these wonderful people have inspired the young boy to continue to excel and break his family economic cycle for the better. Kudos and credit to all these people who made a big impact to this family’s life in whatever way they could. A great example for all Malaysians to embrace.
@my88-biz
@my88-biz 4 ай бұрын
Memberi kesan yang sangat mendalam. Kita tak perlu menjadi 'kaya' untuk membantu orang lain. Jadikanlah diri kita yang terbaik supaya dapat memberi manfaat kepada orang lain. Tahniah kepada semua pihak yang terlibat didalam pembikinan naskah yang terbaik ini.
@azwasaaidns3936
@azwasaaidns3936 3 ай бұрын
Indeed! Kita kena sama² jadi & buat baik
@zainiblack7207
@zainiblack7207 3 ай бұрын
Paling terbaik iklan ni...
@NEWGalaxydigital-sn6tv
@NEWGalaxydigital-sn6tv 4 ай бұрын
I cannot watch this ad without a tissue paper, keep on wiping my tears, very touching and emotional, soulful performance by all the actors, and salute to Lawyer Ahmad Zaharil Muhaiyar, May God Bless him and his Family, and thanks to RHB Bank for making this video.!!!!
@joycetan4684
@joycetan4684 4 ай бұрын
Tqvm for appreciating Our 20+ hrs of hard work shooting!🎥🎬🎞️ It was well worth it & All the Production team were Fabulous taking care of us during fasting! 💪🏻🫱🏻‍🫲🏽🙏🏻
@KK-oe2zp
@KK-oe2zp 3 ай бұрын
If not tissue paper why not toilet paper , it’s thicker and absorbs better tears . Nahhh Just kidding man …. Well done team .
@NEWGalaxydigital-sn6tv
@NEWGalaxydigital-sn6tv 3 ай бұрын
@@joycetan4684 ur most welcome.... U guys deserve more😘❤️
@bambangsiswondo6057
@bambangsiswondo6057 4 ай бұрын
terima kasih RHB..kenapa ya iklan idul fitri malaysia begitu mengena dibanding di indonesia..tiap tahun saya selalu mencari di youtube iklan raya malaysia dan ini salah satu yg terbaik
@terra-xoxo
@terra-xoxo 4 ай бұрын
Sebab berdasarkan kisah benar. Sebab tu lebih sedih dan mengena. Boleh tengok lagi satu iklan raya pkns. Itu pun based on true story. Sedih.
@muhdhaiqal5202
@muhdhaiqal5202 4 ай бұрын
Iklan di Malaysia suka mengambil atau menceritakan kisah sebenar berbanding rekaan. Tidak dinafikan ada yg direka semata-mata tapi byk lagi iklan2 yg underrated mengisahkan cerita sebenar. Untuk kita yg masih bernyawa mengambil iktibar dari org2 hebat.
@zacknasir6505
@zacknasir6505 4 ай бұрын
Mungkin kalau buat apa yg malaysia buat iaitu mengetengahkan cerita sebenar ianya akan memberi hasil yg terbaik
@nurcahaya9388
@nurcahaya9388 4 ай бұрын
iklan raya pkns pun best
@ciknie1135
@ciknie1135 4 ай бұрын
Iklan raya di malaysia banyak memberi pengajaran agar kita semua menjadi manusia yang lebih baik.
@mlmanivannan
@mlmanivannan 3 ай бұрын
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada RHB dan Semua Perwatakan Berlakon Dalam Iklan Hari Raya.. Maaf Saya Telah Sebak Dan Menangis Kerana Naluri Jiwa Seorang Peguam. Cukuplah Jangan Pisahkan Kami Dengan Perbezaan Kaum & Agama. We are Malaysian.
@shirleylee82
@shirleylee82 3 ай бұрын
So heartwarming. Truly inspiration and couldn’t stop the tears from flowing down freely. The saying “To the world, you may be one person, but to the one person you are the world” comes to mind. Thank you RHB for this! ❤
@bravobug77
@bravobug77 3 ай бұрын
The actor did an excellent job portraying tn zaharil...really well❤ Great man Tuan Zaharil...god bless you always
@shafiqzul5729
@shafiqzul5729 4 ай бұрын
Aritu dgr citer dri mulut tuan badan dh nangis, tgk filem pendek nangis lagi aiyoooo sangat menyentuh hati lah😭
@user-ht5mc7rm6s
@user-ht5mc7rm6s 3 ай бұрын
setiap tahun banyak iklan berlumba lumba memperkenalkan BRAND & good awareness..tahun ni iklan raya dimenangi oleh RHB!!!
@matdin3785
@matdin3785 4 ай бұрын
I am here crowning this the best raya commercial 2024 . Very deep and strong message to all of us. Well done RHB . Its worth your time to watch again and again . Standing ovation and Big applause for you guys . 👏
@shahrinsulaiman3471
@shahrinsulaiman3471 3 ай бұрын
setuju. the best raya commercial 2024
@mohdfirdausfooabdullah1531
@mohdfirdausfooabdullah1531 3 ай бұрын
This is the truest Malaysian humanity. Inilah kita yang sebenar! Persetankan segala politik perkauman. Tahniah! RHB dan semua krew yg terlibat. Salute to Dato' Ahmad Zaharil. Selamat Hari Raya Aidil Fitri!
@MrLexthelord
@MrLexthelord 3 ай бұрын
Brings tears to my eyes like old PETRONAS raya ads. Def RHB Raya 2024 Ads deserves an award!
@shahrinsulaiman3471
@shahrinsulaiman3471 3 ай бұрын
agreed. An award for this commercial.
@bacasurahal-kahfisokmodeh
@bacasurahal-kahfisokmodeh 3 ай бұрын
Petronas raya ads during Almarhum Yasmin Ahmad as a director and after she passed away so much big difference😢
@luqmanharis6138
@luqmanharis6138 4 ай бұрын
Dato' Zaharil, such a kindhearted person you are
@suhailitahir1679
@suhailitahir1679 4 ай бұрын
Iklan raya terbaik. Mengingatkan Saya tentang arwah Yasmin Ahmad. Dulu arwah suka buat iklan raya yg xda kaitan sgt dgn raya...tp lebih pd pengajaran... Tahniah kpd semua Pelakon hebat.
@shahrinsulaiman3471
@shahrinsulaiman3471 3 ай бұрын
setuju.
@mohdsyahirmohdnor5215
@mohdsyahirmohdnor5215 4 ай бұрын
Ayat yg diulang2 “memohon dengan rendah diri” tu pun dah start berjujuran air mata dah 😢
@kamikaqu
@kamikaqu 4 ай бұрын
iya 😢
@zhafriepijeff8113
@zhafriepijeff8113 3 ай бұрын
Setujuuuu
@bonifacebanta4590
@bonifacebanta4590 3 ай бұрын
Siapa potong bawang? 🤧😭😭 I remember masa PMR dulu dpt 6A1B, my dad promised me to by a handphone. But dia hanya mampu h/p nokia second hand je. Fast forward, I got a scholarship and study abroad. This always reminds me to stand on the ground, even I wear better shoes. Thank you and love you, apak. ❤
@aliasgohan
@aliasgohan 4 ай бұрын
dulu ada terbaca kisah peguam tersebut, dan dalam hati memang kalau ada yang lakonkan semula mesti boleh bagi banyak manfaat daripada kisah-kisah baik macam ni, kalini rhb buat dan realisasikan sempena iklan raya! memang mantap dan sampai ke hati penonton!!!
@nazeriajit9289
@nazeriajit9289 4 ай бұрын
Pernah dengar cerita ni, menitis air mata.. ni tgk lagi, nangis lagi sekali aku.. Tahniah..
@82rayzel
@82rayzel 4 ай бұрын
Moga perkara ini menjadi asbab tuan Zaharil masuk ke Jannah, nanti.
@siva17s
@siva17s 4 ай бұрын
The young malay lawyer, bloody good acting. Especially when he hugs the grown boy. The reaction, realistic. Nothing over but heartfelt. Nicely done. Cleaver story line touching slightly on the current issue while being fair. Kudos!
@user-tl4ch3vf1g
@user-tl4ch3vf1g 4 ай бұрын
Itulah best Malaysia..Dalam Bab ni Kita meletak Kan diri Kita pada situasi pesalah Dan keluarga pesalah...
@rakyat.youtube
@rakyat.youtube 3 ай бұрын
1:09 part ni tuan lawyer ni offer untuk settle luar, harga kotak pensil RM18 tapi tuan Zaharil offer RM30. Pihak kedai tu tolak and tetap nak teruskan pendakwaan. Based on cerita tuan lawyer kat tv3 dulu
@askarsepoi
@askarsepoi 3 ай бұрын
ki4su itu benar dan banyak dalam masyarakat kita. kita perlu sentiasa berhati hati
@marlinaayuyasin6670
@marlinaayuyasin6670 3 ай бұрын
Any reason why tauke tu tak nk gugurkan kes tu?
@rakyat.youtube
@rakyat.youtube 3 ай бұрын
@@marlinaayuyasin6670 tak dinyatakan. Kena ada POV daripada pihak kedai pulak maybe
@harish4726
@harish4726 3 ай бұрын
First ,my salute to RHB team for this video, I don't think anyone can do better than this , RHB deserve public wishes. A best example video for children, the result was in ending 🔥🔥🔥, You are the winner Malaysia public hearts for Raya 2024
@corbin966
@corbin966 4 ай бұрын
Nak bukak akaun RHB lah lepas ni. Balik raya ni pun InsyaAllah akan solat raya di masjid Sri Sendayan yang dibina, diselenggara oleh RHB.
@xanseviera
@xanseviera 4 ай бұрын
Tak ada cerita yg lebih baik dari kisah org baik2 yg tidak didendang, syabas RHB for highlighting our real Malaysians. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin semua ^_^
@yeda_1108
@yeda_1108 3 ай бұрын
iklan paling best tahun 2024. No 1, Auto nangis tanpa dipaksa2
@azaminamin5550
@azaminamin5550 4 ай бұрын
Demikianlah kisah orang baik baik di kalangan Kita.... terbaik
@azrijfk224
@azrijfk224 3 ай бұрын
Mmg terkesan sangat iklan macam ni.kalaulah ada jg kisah pencuri roti di pasaraya di pulau Pinang yg anak kelaparan hanya makan keropok super ring dan di tangkap.lepas tu di tolong oleh ASP polis dengan membayar 10x ganda nilaian yg dicuri itu kalau dibuat filem pendek mmg gempak r..itu dari kisah benar jg..
@user-uq7es5eo7v
@user-uq7es5eo7v 3 ай бұрын
Such a moving story. Strongly admire and respect this kind lawyer who worked so hard for a stranger, while expecting nothing in return. God bless you sir.
@shangeethasellappan7395
@shangeethasellappan7395 3 ай бұрын
Please give credits to the actors and directors, roducers of this ad. Amazing work.
@myrakellie3644
@myrakellie3644 3 ай бұрын
“The thing that is small and insignificant to us, mean the world to someone else”
@thanga555
@thanga555 3 ай бұрын
Short film terbaik yang melambangkan konsep 1 Malaysia. Let’s focus to bring the nation together forward not pecah dan perintah! ❤ Selamat Hari Raya Aidilfitri ❤️ 🇲🇾
@simonshng
@simonshng 3 ай бұрын
so touching! the spirit of Malaysia! we should put aside all differences and unite in spirit!
@asian.filmss
@asian.filmss 4 ай бұрын
Terima kasih , Nilai yang perlu ada dalam semua lapisan masyarakat. semoga panjang umur dan murah rezeki peguam zaharil
@marinaibrahim5800
@marinaibrahim5800 3 ай бұрын
Laju air mata mengalir bila tgk video ni. Ayat yg sgt bermakna. Kecil bagi kita tapi significant bg yg xpunya.
@mbj78
@mbj78 4 ай бұрын
dulu saya baca cerita ni kat FB yg ditulis sendiri oleh Tuan Zaharil .. tgk video ni pun buat saya menitis air mata
@GenesisOrigo
@GenesisOrigo 4 ай бұрын
So inspiring… the world is not all dark and hopeless. In the darkest of time, we can see light. Selamat Hari Raya 2024
@rhbgroup
@rhbgroup 3 ай бұрын
Often times, that light could be your small but generous act of kindness in the world. Thank you Genesis Origo and Selamat Hari Raya to you too!
@azrynezray7577
@azrynezray7577 4 ай бұрын
Drama pendek aidilfitri terbaik tahun ini. Pendidikan tak pernah menghampakan insan untuk keluar dari kepompong hidup yg jelek dan perit namun budi dan ehsan menjadikan seorang manusia itu menjadi insan dan mengenang jasa. Tabik tim RHB dan pelakon-pelakon!
@74achik
@74achik 4 ай бұрын
That transition is so clean and smooth... Well done RHB for such a moving raya ads.
@honeyot425
@honeyot425 3 ай бұрын
"Benda yang kecil dan tak penting utk kita, adalah segalanya utk org lain.." Hanya sbb KOTAK PENSEL Mungkin itu yg bermain difikiran Dato' ketika itu. Good acting, even the facial expression give thousands meaning. Good job rhb...menaikkan semangat rakyat Malaysia. Jutaan tahniah!
@perkasagamuda6385
@perkasagamuda6385 4 ай бұрын
Saya jangka video ni mengisahkan isu sosial seperti yang biasa saya tontoni selama ini. Tetiba air mata mengalir melibatkan pengorbanan sorang ibu untuk anaknya. Watak merupakan WANITA BERBANGSA India. Tetapi bagi saya, India atau cina atau Iban sekali pun, tetap ahli keluarga kita SEBAGAI rakyat Malaysia. Satu bangsa sedih, bangsa lain juga terasa sama... TERBAIK video ini
@ismailifeofficial3357
@ismailifeofficial3357 4 ай бұрын
Kebanyakkan drama iklan pendek lebih berkualiti dr drama atau filem yg ditayangkan dalam tv..terbaik RHB
@walipatsss3986
@walipatsss3986 4 ай бұрын
Nak nangis 😢😢 Daripada Jabir bin Abdullah RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: خَيْرُ الناسِ أَنفَعُهُم لِلنَّاسِ “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”
@sementaralah
@sementaralah 4 ай бұрын
Mula saya agak skeptikal nak tengok. Tapi, masyaAllah cinematography lawa, beat cerita diatur cantik, meluncur laju membawa emosi. Masuk dialog, "saya dengan merendah diri, tinggi harapan" berulang kali, ouch terus terteguk air liur. Bila shot Sathi pegang alatan menulis, yang diikat dengan getah. MENANGIS! Sebab, saya pernah nampak ada kawan-kawan saya pergi sekolah bawak pensel ikat getah, ada yang bubuh dalam plastik. Sekejam mana kita, sampai sanggup tak nak gugurkan pendakwaan? Bila dah nampak hakikat kehidupan tu.
@honeyot425
@honeyot425 3 ай бұрын
Kalau saya jadi tauke pasaraya tu saya sedekahkan je. Ni tak, sanggup lihat hidup org lain musnah hanya sebab KOTAK PENSEL Mungkin ini jugak yg bermain difikiran Dato ketika itu... saya rasa.
@venuvi9303
@venuvi9303 3 ай бұрын
sangat deep dan emotional!thank you RHB untuk iklan yg sangat bermakna bagi bangsa Malaysia!
@RXS777
@RXS777 4 ай бұрын
Membawa watak sebagai seorang figura yg hebat bknla satu perkara mudah. Saya punya masa yg amat singkat,dan belum pernah bertemu dgn Tuan Zaharil. It was uneasy task. To act as if he is me and to make believe are two matters yg saya applied. Inilah cth keikhlasan yg dibuat,yg diangkat Allah Taala. Ia masih dikenang diperkatakan.. even after 25years. Thank u Dato Zaharil, TQ to all production team,agencies,and TQ RHB 🤝 : @tuahnozeofficial
@FauziGulam1989
@FauziGulam1989 4 ай бұрын
Keihlasan kata2 pelakon dapat dirasai mendalam kena pelakon pun mengahayati sebuah perjuangan ikhlas Tuan Zaharil. Tahniah Tuan.
@marleyboh2368
@marleyboh2368 3 ай бұрын
Cerita ini membuat air mata jantan aku mengalir laju😢😢😢
@zainalabidinhassan1022
@zainalabidinhassan1022 3 ай бұрын
Tahniah
@NS-di5bx
@NS-di5bx 3 ай бұрын
Tahniah lakonan yg natural
@marlinaayuyasin6670
@marlinaayuyasin6670 3 ай бұрын
You did really really well….like a true lawyer. Well done. 👏🏻👏🏻👏🏻
@Hieverythingqila
@Hieverythingqila 4 ай бұрын
SAYA NANGIS YE TENGOK ENDING. SERIOUS BEST GILA IKLAN NI! THANK YOU SEBAB BUAT IKLAN RAYA YANG BERMANFAAT. STORYLINE PADU! ISI PUN SAMPAI. SCRIPT POWERRR.
@haziqazman2673
@haziqazman2673 4 ай бұрын
Yang paling best iklan ni is satu Malaysia🥺, susah dan nak jumpa iklan, cerita, romcom yang masukkan bangsa² di Malaysia. Harap boleh perbanyakkan lagi.
@myeongwol
@myeongwol 3 ай бұрын
Mengalir air mata.... Babak terakhir tu bila peguam sebenar muncul, lagi bagus kalau budak sebenar muncul juga kan 😊 Teringat suatu kes dulu di mana pencuri di pasaraya diberi peluang pekerjaan oleh pengurusan pasaraya tu. Selamat Hari Raya kepada muslim sekalian 😊
@aniz9689
@aniz9689 4 ай бұрын
Bila start dialog, kesalahan apa ni? mencuri. Mencuri apa? Kotak pensil.. Terus teringat yg pernah dikongsi kisahnya di FB.. thniah pd RHB utk iklan ni.. well done 👍
@JuwitaJalil
@JuwitaJalil 4 ай бұрын
Well done RHB. Humanity at its best. The smallest things can mean the most to others.
@serijuliaelectricalenginee3437
@serijuliaelectricalenginee3437 4 ай бұрын
iklan raya RHB tahun ini memang lain dari yg lain, saya tertarik utk memberi ulasan yg mana tidak ramai org seperti en.zaharin di biro bantuan guman, tahniah saya ucapkan kepada RHB & kepada sisiapa yg masih ada naluri utk menolong sesama insan.... Keadilan pada hari ini hanya akan tertegak kepada yg berduit, ini sesuatu yg perlu di ubah... Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.
@rhbgroup
@rhbgroup 4 ай бұрын
Kata-kata baik dari anda amatlah bermakna bagi kami 🥹 Terima kasih atas sokongan anda dan selamat meraikan perayaan tahun ini bersama orang-orang tersayang.
@Merryyulianty
@Merryyulianty 3 ай бұрын
Laju air mata menangis… indahnya berbuat baik, menolong sesama manusia… Masya Alloh…
@DicksonKiu
@DicksonKiu 3 ай бұрын
This should put in our hearts and build a better future for all of us… thank you for sharing this real story with us the Malaysian .
@aimanibrahim2516
@aimanibrahim2516 4 ай бұрын
betul sangat, apa yang kita anggap tak penting tu kadangkala besar di mata orang lain, sedih sangat 😔❤️
@ArenaMalaysiaAsiaYouTube
@ArenaMalaysiaAsiaYouTube 4 ай бұрын
Kudos to the production team for crafting such a powerful Raya video. Respect to RHB for selecting a video that showcases diverse perspectives.
@prishanathan3106
@prishanathan3106 4 ай бұрын
I cried too bermakna sangat true Malaysia
@lebahdichannel2626
@lebahdichannel2626 4 ай бұрын
Kisah yang menyentuh hati saya,ada benda yang nampak kecil pada sesetengah orang tetapi besar ertinya kepada orang lain. Sifat kasih sayang seorang ibu yang teruja kerana anaknya mendapat kedudukan yang terbaik di dalam kelas sekolah walaupun mengambil langkah yang salah. Terima Kasih kepada Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang prihatin dan sanggup membantu membela seorang yang beliau sendiri tidak kenali demi sifat keinsanan atas nama "manusiawi" Satu kisah nyata dari seorang yang berjiwa besar . Salam hormat dari saya.😊
@muhammadsharill8565
@muhammadsharill8565 4 ай бұрын
Baru sampai “ Nak saya tolong tak ? “ aku dah rasa sebak dan terus komen sini😢
@MozaSpace
@MozaSpace 4 ай бұрын
Ada feeling2 iklan Thailand.. dia punya tibai bagi kita sedih terus kaw² tahniah RHB, pelakon dan Team production.. aku suka! Selamat hari raya semua!
@jayzee62
@jayzee62 3 ай бұрын
Iklan thailand aku selalu kena scam. Awal2 sedih hujung2 prank. Contohnya iklan budak sekolah pregnant rupanya2 tak, akibat terlampau banyak minum air satu brand sampai kembung perut😅
@prettydahlia4640
@prettydahlia4640 3 ай бұрын
Mmg betul2 sedih,mencuit hati dan perasaan terus air mata mengalir tanpa henti2 dah ni.Allahuakbar..😅
@kylek2623
@kylek2623 3 ай бұрын
Ingat citer biasa2 jer.. betul2 impactful.. 😢inspirational.. sesuai dgn nilai kemaafan di Hari Raya..
@adzreelredza2173
@adzreelredza2173 4 ай бұрын
Pernah dengar kisah ini dan juga terfikir pasti terbaik sekiranya dijadikan drama, dan tahun ini berjaya dikeluarkan melalui iklan yang pendek namun sarat dengan suri tauladan.Terima Kasih RHB membuat garapan dari kisah Tuan Zaharil ini yang sangat memberi inspirasi.Selamat Hari Raya Aidilfitri.
@SNAA_199
@SNAA_199 3 ай бұрын
bergenang air mata nih. hebat cinematography. emosi dr pelakon real. tahniah RHB.
@Sashfirin
@Sashfirin 4 ай бұрын
Terima kasih RHB Bank yang mengambil kisah Tuan Zaharil ni untuk jadikan inspirasi ❤️ Semoga Tuan Zaharil dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan
@wongnyitjun7855
@wongnyitjun7855 3 ай бұрын
gila, air mata tiba tiba keluar dari mata saya secara automatik. Well done RHB
@Muha369
@Muha369 4 ай бұрын
1 JUTA ++ tontonan dalam tempoh 48jam..fuhhhh..rekod baru untuk iklan raya kali ni.
@aurorarose1311
@aurorarose1311 3 ай бұрын
" benda yg kecil & tak penting bagi kita adalah segalanya untuk org lain" stuck terus dalam kepala ayat ni..
@muhammadhanifrosli6264
@muhammadhanifrosli6264 4 ай бұрын
terpaling power dan padu, random pick je talent tapi ada seribu makna di sebalik kisahnya.
@IzwanCeria92
@IzwanCeria92 4 ай бұрын
Iklan raya terbaik setakat ini pada 2024. Tahun ni banyak iklan menyentuh perasaan.
@armidakim
@armidakim 4 ай бұрын
saw this on tiktok and had to come here straight. this is the most heartwarming ad 😭
@Nevz00
@Nevz00 4 ай бұрын
What an absolute masterpiece in terms of cinematics, music and acting! RHB Group, my goodness, you deserve a big round of applause and a massive respect for pulling off this masterpiece. This true story is well known but portraying it well is another. (CLAPS) It's such moments which depicts Malaysia as truly beautiful despite all of the differences :)
@Ucop8739
@Ucop8739 4 ай бұрын
Mantap iklan ni…penuh pengajaran…👍🏻
@haziqhilmi6781
@haziqhilmi6781 4 ай бұрын
"Kadang-kadang kita tidak faham, perkara yang kecil dan tak penting bagi kita, sebenarnya adalah segala-galanya buat orang lain." Aku tertanya berapa harga pencil box tu, dalam tu dia tunjuk RM18.90 Weh harga tu ada yang kecil bagi kita tapi bagi mak dia, besar.
@fizaabdullah1626
@fizaabdullah1626 4 ай бұрын
25 tahun lepas kan rm 18.90 ibarat rm80 skrg..
@honeyot425
@honeyot425 3 ай бұрын
25 thn lps harga tu mahal utk sekotak pensel. Ada org masih bergaji rm400 sebulan...belum gaji minimum macam skrg
@shimahrahmanchannel
@shimahrahmanchannel 4 ай бұрын
Saya rasa iklan ini yang terbaik untuk tahun ini. Kisah yang rare dan melibatkan pelbagai kaum dalam Msia.
@eushimayo
@eushimayo 3 ай бұрын
Bila peguam tu tunjuk result budak tu dapat no 1 aku terus dah bergenang air mata. 🥲
@MikeIswara
@MikeIswara 3 ай бұрын
Bertaraf antarabangsa🫰 Amat menyentuh hati😢 Terbaik👍
@kupukupukertas3111
@kupukupukertas3111 4 ай бұрын
semoga Tuan Zahairil sentiasa sihat dlm lindungan dan rahmatNya. aaminn❤
@suhaimisanusi3816
@suhaimisanusi3816 3 ай бұрын
Saya rasa, iklan raya ni paling banyak views.. Tahniah RHB.. Salah satu iklan raya paling bermakna, mengikat tali persaudaraan antara semua kaum. Buat semua negara Luar sana, Inilah kami, Inilah Malaysia 🎉.
@fatimah9599
@fatimah9599 3 ай бұрын
The story, the shots, the casts, everything is fire ! ❤ The best Iklan Raya 2024 for me and most of 5M viewrs 🎉
Sadaqah | Hari Raya 2022
8:33
Taylor's University
Рет қаралды 1,4 МЛН
Cerita Kotak Pensil | MHI (8 Ogos 2023)
15:21
TV3MALAYSIA Official
Рет қаралды 44 М.
Я обещал подарить ему самокат!
01:00
Vlad Samokatchik
Рет қаралды 7 МЛН
New model rc bird unboxing and testing
00:10
Ruhul Shorts
Рет қаралды 28 МЛН
Playing hide and seek with my dog 🐶
00:25
Zach King
Рет қаралды 34 МЛН
IKLAN RAYA 2024 MARA | BIDUK LALU KIAMBANG BERTAUT
12:22
MUPDATES
Рет қаралды 147 М.
MB Sanusi...Pelangai
9:51
walyatalattof
Рет қаралды 1,8 М.
Farm Fresh Raya 2024 | Ikhlas
3:20
Farm Fresh, Dairy Produce
Рет қаралды 1,9 МЛН
IKLAN RAYA PKNS 2024 "CONTENG"
14:20
PKNS OFFICIAL
Рет қаралды 1,2 МЛН
HRD Corp Raya 2024 - MASA
5:36
HRD Corp
Рет қаралды 711 М.
Filem Raya 2024 | PNB & ASNB | Balang Kuih Abah
5:59
PNBmy
Рет қаралды 178 М.
BerZUSah-ZUSah Dahulu, Beraya-Raya Kemudian
3:48
ZUS Coffee®
Рет қаралды 754 М.
Drama Raya 2022, Atok Dah Tak Ada
12:12
Vits Official
Рет қаралды 409 М.
Iklan Raya BHPetrol 2024 | Duit Raya Fazli
5:25
BHPetrol
Рет қаралды 1,6 МЛН
Я обещал подарить ему самокат!
01:00
Vlad Samokatchik
Рет қаралды 7 МЛН