Рет қаралды 469
Sinalau Bakas telah menjadi salah satu tarikan di Sabah terutamanya di sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Ranau. Apakah Sinalau Bakas?
Sinalau bermaksud Salai/Panggang/Smoked manakala Bakas bermaksud Babi Hutan /Wild Boar.
Walaubagaimanapun, Sinalau Bakas ini tidak lah untuk semua lapisan masyarakat kerana ianya Tidak Halal. Jadi disini saya ingin menjelaskan dengan lebih lanjut berkaitan dengan Sinalau Bakas.
Di sepanjang perjalanan anda ke Ranau dari Kota Kinabalu, anda akan dapat melihat ada banyak pondok kecil yang ada asap panggang memanggang dan ada ditulis SInalau Bakas di pondok tersebut. Maka dengan itu, singgah lah untuk mencuba keunikan dan kelazatan salai babi hutan mereka.
Di sana nanti anda dapat menikmati daging babi hutan yang segar dan tengah dipanggang dan dihidangkan dengan keadaan masihi berasap yer...
Di samping itu juga mereka juga ada menyediakan pelbagai jenis makanan lain seperti lokan bakar, sup babi hutan, nasi bungkus daun dan lain-lain bergantung dengan pondok yang anda singgah. Lain pondok lain juga menu mereka ada. Namun Sinalau Bakas itu memang harus ada. Jangan kalian risau.
Selanjutnya anda boleh lihat di dalam video ini yer gais.. Kami sudah jejak kaki ke sini. Bah ..Kamurang bila lagi..