Рет қаралды 24,411
SOTONG GORENG
===============
Di dalam video kali ni, Cheq Na nak share macammana nak masak SOTONG GORENG. Menu mudah ini, Cheq Na sendiri segan nak share, tapi ada TWIST dalam cara Cheq Na menggoreng sotong ini.
Bahan-bahannya cukup mudah dan senang diperolehi. Menu ini sesuai sangat untuk orang bujang, orang yang baru berjinak-jinak nak masak dan suri rumah yang terlajak sibuk.
Rasa sotong goreng yang lazat, pedas, manis, masin, masam akan menyebabkan si pemakan akan menambah-nambah.
Di dalam menu ini, Cheq Na ada memasukkan daun kari yang banyak kerana daun kari ini ada banyak khasiatnya. Di antaranya, ia banyak kalsium, baik untuk jantung, anti-oksida dan lain-lain khasiat yang tak dapat Cheq Na tulis.
Jom kita tengok bahan-bahan dia untuk masak sotong goreng ini ...
a) Sotong basah 1/2 kilo
b) Bawang putih
c) Halia
d) 1 camca besar serbuk kunyit
e) 1 camca besar serbuk cili
f) 1 camca kecil garam
g) 1/2 biji limau nipis
h) Daun kari
i) 1 biji bawang Holland
j) Cili Melaka
k) Cili hijau besar
Jadi, untuk memasak SOTONG GORENG ni, Cheq Na mintak hangpa semua tengoklah video ini sampai habis. Penat Cheq Na buat video, lepas tu nak cerita dengan perkataan pulak. Susah nak gambarkan cara-cara buat sotong goreng ini dengan ayat. Better hangpa semua tengok video, lagi senang. Kalau hangpa suka video ni, please press LIKE dan kalau hangpa tak mau miss drama masak Cheq Na yang seterusnya, silalah SUBSCRIBE.
Ok, itu saja kali ni. Luangkanlah masa nak tengok video ni dan jumpa di video seterusnya
Segmen-Segmen Penting Dalam Video
0:00 - Intro
0:25 - Bahan-bahan untuk sotong goreng tepung
0:48 - Persediaan untuk masak sotong goreng tepung
2:19 - Proses perapan sotong
3:52 - Step-by-step masak sotong goreng tepung
8:14 - Hasil kejadian sotong goreng tepung
#cheqna
#cheqnastyle
#cheqnaresipi
#malaysia
#sotonggoreng