No video

Takutkan Jenin menjadi Gaza kedua, Zionis lancar serangan besar-besaran

  Рет қаралды 1,371

Aqsa Syarif

Aqsa Syarif

Жыл бұрын

PEMBANTAIAN DI JENIN #JeninMassacre #JeninUnderAttack
Awal pagi semalam, Isnin, 3 Julai 2023, tentera Zionis Israel melancarkan serangan besar-besaran ke atas Kem Pelarian Palestin di Jenin.
Selain serangan darat, tentera Zionis juga melancarkan serangan udara menggunakan helikopter; satu tindakan yang tidak pernah ia lakukan sejak Intifada Al-Aqsa (2000-2005). Kali terakhir tentera Zionis melancarkan serangan udara ke atas Jenin adalah ketika “Battle of Jenin” pada April 2002; lebih 20 tahun yang lalu.
Serangan semalam tertumpu ke arah beberapa buah bangunan dan sebuah masjid di kem tersebut yang dipercayai menjadi lokasi operasi dan persembunyian Jenin Brigade, kumpulan pejuang Palestin yang bergerak aktif di wilayah itu.
Selain serangan bersenjata, tentera Zionis juga telah menutup laluan keluar masuk ke kem serta memutuskan bekalan air, elektrik dan talian komunikasi. Beberapa buah rumah juga telah dirampas untuk dijadikan pusat operasi pasukan peninjau dan penembak tepat (sniper).
Serangan semalam juga menyaksikan beberapa buah jentolak besar digunakan untuk ‘membuka laluan’ kepada jentera dan trak tentera Zionis selain memastikan laluan selamat daripada IEDs (Improvised Explosive Devices). Tindakan ini diambil selepas 2 buah trak tentera Zionis musnah akibat IEDs dalam serbuan 2 minggu lalu.
Setakat 24 jam serangan, 10 orang rakyat Palestin dilaporkan telah terkorban dan lebih 100 lagi orang cedera. Menurut Datuk Bandar Jenin, Nidal Obeidi, 3,000 orang penduduk dilaporkan telah lari meninggalkan kem ekoran serangan luar biasa yang dilancarkan oleh rejim Zionis.
Ini bukan kali pertama Jenin menjadi sasaran serangan tentera Zionis. Serangan ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada “Operation Break the Wave” yang telah dilancarkan sejak Mac 2022. Sejak itu, Jenin telah diserbu oleh tentera Zionis hampir setiap minggu. Wartawan al-Jazeera, Shireen Abu Akleh antara yang terkorban dalam serbuan tentera Zionis ke atas Jenin pada tahun 2022.
Operation Break the Wave dilancarkan untuk mengekang gerakan penentangan bersenjata oleh pejuang-pejuang Palestin di Tebing Barat khususnya di Jenin, Nablus dan al-Khalil (Hebron). Israel bimbang sekiranya gerakan ini tidak dicantas dari awal, tidak mustahil wilayah-wilayah ini akan menjadi pusat penentangan yang kuat seperti Gaza.
Jenin menjadi sasaran utama ekoran kewujudan Jenin Brigade yang semakin aktif dan mendapat penyertaan ramai pemuda Palestin. Lebih membimbangkan, Jenin Brigade berjaya menggabungkan kekuatan pasukan-pasukan bersenjata dari rentas kumpulan termasuk HAMAS, Jihad Islami dan Fatah.
Serangan ini telah mendapat kecaman beberapa negara Islam seperti Turki, Qatar, Jordan dan Mesir. Namun, kenyataan rasmi Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah yang terus mengiktiraf hak Zionis Israel untuk melindungi keselamatan mereka memberi harapan tipis bahawa rakyat Palestin di Jenin akan mendapat perlindungan dan pembelaan yang sewajarnya.
Sumber: Palestine Centre of Excellence (PACE)
Untuk menyumbang ke Tabung Kecemasan Palestin, KLIK 👉 mycare.qrd.by/p...

Пікірлер: 3
@anepsaaid6619
@anepsaaid6619 Жыл бұрын
Admin. Klu boleh details kan lagi basic taktikal Israel dan pejuang akan tmbah lagi uhm. Contoh: Kali ni Israel masuk jenin dari 3 penjuru. Blok jalan-jalan utama keluar masuk daerah. Walaupun byk arah. Pasukan pejuang teratur utk menyekat kemaraan dan membalas. Maps grafik. Lg padu.
@auzaiesm
@auzaiesm Жыл бұрын
Teruskan memberi laporan.
@bukanhambadunia9530
@bukanhambadunia9530 Жыл бұрын
💚💝💓🇵🇸🇵🇸
Soal Jawab Iran Khianat
15:07
ZRA Strim
Рет қаралды 274 М.
Lehanga 🤣 #comedy #funny
00:31
Micky Makeover
Рет қаралды 26 МЛН
Вы чего бл….🤣🤣🙏🏽🙏🏽🙏🏽
00:18
How to win a argument
9:28
ajaxkmr
Рет қаралды 451 М.
Journey Through Israel - Travel Documentary
42:21
Stef Hoffer
Рет қаралды 5 МЛН
Небо. Захват ССО главаря террористов.
11:45
Режиссер монтажа - Виталий Виноградов
Рет қаралды 10 МЛН
Tujuan Sebenar Pembunuhan Ismail Haniyeh l Ustaz Manis
1:03:21
Kalam Ilmu Studio
Рет қаралды 187 М.
PART 2: Andrew Tate Talks Palestine and Israel With Piers Morgan | Latest Interview
35:16