Tanda-tanda Head Gasket (Starex) terbakar

  Рет қаралды 61,939

Fierose Channel

Fierose Channel

Жыл бұрын

#starex #diy #hyundai #headgasket #topoverhaul #radiators

Пікірлер: 167
@Lanun557
@Lanun557 4 ай бұрын
Saya bukan pomen. Saya sekadar berkongsi pengalaman sebagai pengguna Starex yang mengalami masalah Head Gasket Terbakar. Serta tips penjagaan dan penyelesaian sementara...
@iamraimey_official5363
@iamraimey_official5363 3 ай бұрын
Kalau waktu crank engine, air da memancut2, boleh hidup kan lagi ke?
@Lanun557
@Lanun557 3 ай бұрын
@@iamraimey_official5363 Kalau memancut tu mmg boleh hidup. Tapi air dlm radiator akan habis kurang 30 minit...
@iamraimey_official5363
@iamraimey_official5363 3 ай бұрын
@@Lanun557 risau nak crank lame2,org cakap takut head bengkok la, td try check thermostat, rupanya kosong😅, agak2 kalau sy pasang thermostat baru, setel x air melompat2 tu
@Lanun557
@Lanun557 3 ай бұрын
@@iamraimey_official5363 Biasa pomen buka thermostat utk check. Kalau ada blockage selain thermostat maknanya ada lah tu tak kena. Air memancut keluar sama ada gasket putus dia block lubang air ataupun pressure dari combustion chamber. Try servis radiator dulu. Kalau ada oil cooler, check oil cooler, hos & lain2. Check waterpam jugak. Kalau semua ni ok, maknanya kemungkinan head dah bengkok. Pernah overheat ke sebelum ni?
@iamraimey_official5363
@iamraimey_official5363 3 ай бұрын
@@Lanun557 belum pernah overheat,check minyak hitam belum campur air lagi.
@muhdizhar8746
@muhdizhar8746 5 ай бұрын
sya dh buat ujikaji selepas menonton video ini,sya bandingkan kereta 2nd dan kereta baru, sya mulakan kereta 2nd dulu start engine tunggu engine panas dan sya dapati buih2 halus kelihatan ketika engine dan sangat panas,dan buih2 kecil dan besar mula kelihatan apabila kipas dah hidup..,ok selesai,tutup cap radiator dan off engine..dan start engine kereta yg baru..kereta baru ni nak tunggu panas dn fan pusing agak lama berbanding kereta yg dh lama ia tu 2nd..kereta baru ni sy buka juga cap tunggu sehingga engine betul2 panas..ok apa yg saya dapati buih2 tu muncul ketika air dh terasa sangat panas,sama.berlaku pada kereta 2nd,dn bila kipas dah on buih2 kecil dn besar juga ada..sama situasinya pada kereta lama dan baru...rumusan sya dpt buih2 tu tak semestinya headgasket tu dh burn atau rosak..ianya sya rsa normal ketika air mula panas...
@Lanun557
@Lanun557 5 ай бұрын
Kena tgk jenis bubble (gelembung udara) 1) Bubble bila air panas (mendidih) 2) Bubble akibat compression leak 3) Bubble air trap 3 jenis bubble (buih / gelembung udara ni) ada sifat2 dia & ada simptom lain yg menyusul kalau head gasket terbakar. a- Air dalam radiator kurang sedang air dalam reserve tank penuh (air tendang) Utk starex dlm video mmg head gasket problem. Starex sy sendiri & dah buat skim 3 kali & akhir sekali tukar head. Starex normal takda buih2 tu. Sy ada bg contoh dlm video starex yg takda problem. Buih bila gasket terbakar (compression leak) kdg2 disebut 'buih ikan'.. Ada yg panggil 'buih ketam'...
@muhdizhar8746
@muhdizhar8746 5 ай бұрын
@@Lanun557 dalam radiator kebanyakan gunakn coolent+air..sifat air bila dipanaskan akan menghasilkan buih kn.. kemungkinan jika hanya buyih selepas engine panas mungkin normal,melainkan start engine buih2 dan gelembung udara timbul mungkin tu kita boleh suspect ianya berkaitan dengn head gasket
@Lanun557
@Lanun557 5 ай бұрын
@@muhdizhar8746 Buih air panas dia kecik2 & naik laju. Normal bg sifat air. Ada sesetengah kereta buih ni tak jelas kelihatan bergantung pd tengkuk radiator. Kalo tengkuk pendek boleh nampak. Kalau tengkuk panjang, buih2 ni akan melekat kat dinding tengkuk, baru naik ke permukaan. Kalau compression leak, buih dia besar & kdg2 membentuk belon2 udara di permukaan air. Air juga melimpah keluar bila buih2 ni naik. Lagi kuat kita tekan minyak, lg banyak buih keluar & kdg2 memancut. Tahap kritikal, start enjin jerr dah memancut air. Cuma kita check buih2 ni sbg indicator awal utk kita bersedia ke peringkat seterusnya. Air akan berkurang sikit2, lama2 jd banyak. Kena rajin check air jgn sampai kering utk elak kerosakan lebih besar.
@Lanun557
@Lanun557 5 ай бұрын
@@muhdizhar8746 Pakai premix coolant takda buih2 air panas. Kalau ada buih tu mmg dah mula bermasalah melainkan air trap. Air trap dia sementara jerr, selalu jd lepas kita flush radiator. Lama2 buih ni hilang bila semua udara dah keluar...
@muhdizhar8746
@muhdizhar8746 5 ай бұрын
Pakai coolent Toyota yg 50/50 mgkin tu kot sbnya ada buih2 bila engine panas...sb mustalih kereta baru headgasket dh rosak,kereta tk pernah kurang coolent atau overheating..
@mrmsa7033
@mrmsa7033 Жыл бұрын
Terima kasih dgn pencerahannya. Sungguh membantu bg pengguna starex
@Lanun557
@Lanun557 Жыл бұрын
Sama-sama. Alhamdulillah jika bermanfaat...
@zarulzamri7454
@zarulzamri7454 8 ай бұрын
Salam bang…nk tanya sikit…temperature naik walaupun x jalan dan ada bunyi mcm bocor…tu nk kena check apa ae?adakah thermostat?ataupun gasket head bocor?mohon penjelasan bang…kereta saya overheat…lepas dah sejukkan enjin saya tambah air dlm radiator…saya biar dlm 2-3 jam baru start blik…bila start lama2 temperature naik tinggi…mohon pencerahan bang
@Lanun557
@Lanun557 8 ай бұрын
Waalaikumussalam.. Air kurang banyak tak? Air ada tendang ke reserve tank? Gasket head bocor/terbakar bukan punca overheat, tapi kesan akibat overheat. Kalau pernah overheat sebelum ni, ada kemungkinan gasket boleh terbakar. Bunyi bocor tu nak kena dengar betul2 kat bahagian mana. Kalau tak jalan temp naik ni ada beberapa kemungkinan. 1) Thermostat jammed (biasanya pomen akan buka thermostat & test drive kereta utk tgk ada problem lain tak selain test thermostat dgn air panas. 2) Waterpam dah kong. Fin blade dah haus. Bunyi yg macam bocor tu kemungkinan serpihan fin blade waterpam. Air tak boleh circulate (air tak jalan) utk tukar air panas dgn air sejuk sbb tu temp naik. 3) Radiator sumbat. 4) Kipas radiator kong. Boleh check relay jugak. 5) Fan belt longgar. Dari pengalaman sy, selalunya waterpam. Tapi kena check juga yg lain2 sbb cooling system ni kena check semua. Takut nnt punca dia kecik jerr, tapi sampai kena buat top overhaul bila head gasket dah terbakar/ bengkok.
@danishdanial6451
@danishdanial6451 5 ай бұрын
Bang nk tnya..kalau enjin kdg ii temp naik kdg ii x..bila temp naik aircond x jalan..tdi saya buka radiator cap..ada buih ii halus je & agak sedikit kotor..boleh bagi pandangan x nk kena buat apa?kalau saya servis radiator tu okey x?tkut la kalau head gasket bocor😅🙂
@Lanun557
@Lanun557 5 ай бұрын
Bila temp naik aircond tak jalan ke aircond panas. Cuba check balik tgk compressor jalan tak masa temp naik? Kalau aircond tak jalan mcm ada masalah wiring tu. Mungkin kena check kipas, relay & lain-lain2. Kalau temp naik aircond jd panas tu normal sbb condenser tak dpt transfer heat. Ya, try servis radiator dulu. Buat pressure test...
@imiey_ridzuan
@imiey_ridzuan 5 ай бұрын
Salam bos..nak tanya..mcm mana kita nk tahu gasket head ni dh bocor atau terbakar? So far ptoton saga flx sy dh dua kali berlaku temprature naik dari 3 bar..kepada 4 5 bar...gara2 relay moto fan rosak...dan situasi sy stiap kali berlaku mcm tu...sy tak memandu jauh...terus paking tggu enjin sejuk...baru sy start pergi ke bgkel dan tukar relay fan tu...tp dlm keadaan kipas xpusing tu dan sy memandu smentara utk smpai ke bgkel tu....temperature bar maintain 3 (normal) ..adakah ok mcm tu ? So far relay dh tukar tapak semua..dh xberlaku lg hi temp smpai ke hari ni...dan coolant dalam spare tank pun xkurang. Dlm cap radiator tu coolant ada....apakah sy sudah terkena head gasket terbakar ? Disebabkan kejadian2 sbelum2 ni yg mcm sy cerita di atas ?...
@Lanun557
@Lanun557 5 ай бұрын
Waalaikumussalam... Kalau head ada masalah setiap kali perjalanan atau selang 2-3 hari mesti air akan kurang. Air akan tendang ke reserve tank. Dari pengalaman sy, enjin Campro agak tahan lasak juga. Persona sy beberapa kali juga overheat sbb masalah2 spt kipas, hos pecah, waterpam pipe bocor dsb. Tapi alhamdulillah sampai hari ni head & gasket masih ok, tak pernah skim. Asalkan jgn tuang air masa enjin tgh panas! Atau terus jalan dlm keadaan temp tinggi.. Apa2 pun boleh lah monitor keadaan air. Kalau ok tak perlu tambah air setiap kali perjalanan takda apa tu. Sistem masih dlm keadaan baik.
@imiey_ridzuan
@imiey_ridzuan 5 ай бұрын
@@Lanun557 Alhamdulillah..lega sy dgr...tuan ada no contact ?
@Lanun557
@Lanun557 5 ай бұрын
@@imiey_ridzuan Sy bukan pomen 😅. Tapi kalau nk share pengalaman boleh lah... +601165600265
@hondacivic123vtec2
@hondacivic123vtec2 6 ай бұрын
krte sy.. minyk hitam masuk kat spare tank coolant. sikit2.. tapi check buka cap radaitor pastu sy start enjin tgu 20 minit.. terus mancut.. apamaslah yee
@Lanun557
@Lanun557 6 ай бұрын
Pernah overheat ke sebelum ni? Minyak masuk dlm tank radiator ni biasanya dari beberapa tempat. Antaranya oil cooler, water jacket & gasket bocor atau head crack di antara laluan air & minyak. Dlm spare tank mmg kita nmpk sikit, takut yg kat dalam dah byk, dia sumbat kat lubang2 radiator. Air memancut tu biasanya takda sebab lain dah. Mmg head/gasket problem.. Tapi boleh lah cuba check dlu punca lain...
@SharulAzrin768
@SharulAzrin768 2 ай бұрын
nak tanya,kalau air dah naik kat tutup head tapi tak masuk kat check minyak hitam tu. kereta masih boleh di gunakan ke?
@Lanun557
@Lanun557 2 ай бұрын
Kat check minyak hitam tu oil sump. Bahagian paling bawah enjin. Yg kat penutup enjin tu head & valve... Air masuk mcm mana? Kalau dah masuk air kena tgk air masuk berapa byk. Dah jd teh susu tahap teruk dah tu. Kalau warna minyak masih hitam ada harapan utk selamatkan lagi. Buat flushing, masuk minyak baru, running 500km, salin minyak baru... Tapi kena cari punca air masuk enjin tu. Kena selesaikan yg tu dulu. Biasanya buat top overhaul... Sebaiknya kereta jgn guna lagi selagi belum dibaiki. Takut kerosakan makin teruk, makin banyak keluar duit utk repair...
@mohdsyafie681
@mohdsyafie681 2 ай бұрын
baru" ni sy flushing system radiator kereta sy tpi bila dah siap semuanya gelembung tu trus ada , ingtkan head problem bila tnya kwan , bru sy tw proton persona lama bila flushing rdiator kena bleeding ye 😂
@Lanun557
@Lanun557 2 ай бұрын
Gelembung air trap tu. Biasa jadi lepas flushing... Kalau tak bleeding pun lama2 gelembung boleh hilang. Tapi kena check air lah sbb bila gelembung udara keluar, air akan berkurang... Sebaiknya bleeding.. Sbb gelembung udara pun tak bagus utk waterpump...
@irhamam4958
@irhamam4958 2 ай бұрын
Salam bang nak tanya pasal kete saye satria neo 1.6. Kete saye ni selalu kering coolant dekat radiator, hari hari kena tambah. Saya check takda liking, di spare tank air full parasnya. Kereta saya setiap kali berenti di trafic light ja atau parking mesti temperature naik mendadak. Kalau dalam perjalanan jarum temperature tu akan jadi normal balik, dia turun balik. Kereta saya tak pakai themostat dari dulu, puncanya baru jadi ja ni sebelum raya. Tumpang bertanya apa yang bermasalah ya pasal kereta saya ni, dah hantar bengkel 2 kali suda tapi tetap sama 😢
@Lanun557
@Lanun557 2 ай бұрын
Waalaikumussalam... Lama dah ke jd mcm tu? Ada beberapa sebab kalau berhenti temp naik, jalan temp turun dari pengalaman sy. 1) Kipas radiator. 2) Waterpam. Dua Ni yg selalu terjadi. Tapi ada juga sbb lain kalau tak pakai coolant boleh jd radiator karat teruk & sumbat. Relay kipas problem pun ada pernah berlaku... Cuba check dlu punca temp naik tu. Selalu kena topup air tu biasanya petanda tak bagus. Tapi cuba selesaikan masalah temp naik tu dulu. Check mana yg patut... Fan belt longgar pun temp boleh naik... Tapi kalau belum pernah tukar waterpam, boleh jd waterpam dah kong... Sebaiknya selesaikan cepat sebelum rosak melarat ke tempat lain & terpaks keluarkan modal lebih byk utk repair...
@irhamam4958
@irhamam4958 2 ай бұрын
@@Lanun557 air coolant saya check keluar didih putih mcm air panas, adakah itu berpunca dari headgasket jugak bang?
@Lanun557
@Lanun557 2 ай бұрын
@@irhamam4958 Tak semestinya. Air didih sbb temp terlalu panas/ overheat. Air yg mendidih tu akan tendang ke overflow tank. Tapi dia akan sedut balik bila temp normal/ sejuk melainkan head/gasket ada masalah, dia takkan sedut atau dia sedut sikit. Pressure dah tak cantik. Kena tengok punca air jd terlalu panas sama ada sumbat, waterpam tak pusing, atau kipas dah slow, kipas tak jalan. Check relay kipas jugak... Boleh test nak tgk head ok lagi ke tak, masa run enjin (idle) buka radiator cap. Tekan minyak kat RPM 2. Kalau air memancut, head ada masalah. Kalau air sedut ke dalam. Head/gasket masih okey... Kalau air meleleh keluar mcm buka paip, waterpam dah tak kuat atau ada sumbat...
@zan4637
@zan4637 6 ай бұрын
Bang klu radiator ada bubble sikit, dan temperature normal (sebab buka thermostat), boleh bawa jalan lagi kereta tu? Ada long term effect?
@Lanun557
@Lanun557 6 ай бұрын
Bukan semua bubble bermasalah. Kalau temp cantik, air tak kurang takda masalah... Kurang sikit2 lepas jalan jauh takpa. Cuma kena rajin check sbb mungkin dah mula bermasalah...
@zan4637
@zan4637 6 ай бұрын
@@Lanun557 sebab sebelum ni water pump leaking saya tak perasan, seminggu jalan tak ada air dlm radiator. Sy rasa head gasket bakar, cuma skrg air tak campur minyak lg la, dan air tak memancut, buih2 halus saja, dan klu pasang thermostat 5 minit je overheat. Thermostat baru dan baik.
@Lanun557
@Lanun557 6 ай бұрын
@@zan4637 Ada kemungkinan juga kalau takda air tu dlm tempoh waktu lama gasket boleh terbakar. Cuma gasket terbakar bukan punca temp naik. Temp akan naik kalau air dah kurang dlm radiator sbb pressure leak dari combustion chamber. Waterpam dah tukar baru ke? Buka thermostat bermaksud air jalan terus (laju). Temp rendah sbb air jd lambat panas. Kecuali dah jalan jauh. Sy tak pasti punca sebenar temp naik tu bila pakai thermostat, cuma sistem mmg dah ada masalah. Minyak hanya akan bercampur air kalau gasket putus antara combustion chamber & water jacket. Atau head ada crack. Setakat gasket terbakar jarang minyak masuk dlm ruang air. Apa2 pun buka thermostat mmg ada kesan sampingan. Jgn amal biar lama & selesaikan punca overheat. Enjin perlu suhu sesuai utk pembakaran & air tak boleh terlalu sejuk. Sbb tu ada thermostat utk kawal suhu air yg masuk dlm enjin.
@zan4637
@zan4637 6 ай бұрын
@@Lanun557 ya waterpam dah tukar baru, mmg kena cari punca knp still overheat bila pakai thermostat. Terima kasih banyak tuan atas info ni, mmg banyak membantu. Tq2
@Lanun557
@Lanun557 6 ай бұрын
@@zan4637 Sy ada tnya kawan sbb apa boleh jd mcm tu. Dia kata pressure masuk dlm air. Air dlm head/block cepat panas. Water temp sensor kat block baca air panas, tapi thermostat belum buka. Kalo pressure tak leak, air panas sekata, bila temp sensor baca 90 degree, air kat thermostat pun 90 degree. Thermostat buka. Cuba bau air radiator tu ada bau hangit tak? Kalo ada confirm gasket terbakar/putus. Kena buat top overhaul.
@shafiqariff1459
@shafiqariff1459 8 ай бұрын
Salam bang, saya nak tanya.. kereta saya bila tak gerak temperature tak naik, time gerak baru temperature tu naik tinggi.. tapi bila check coolant semua okay je masih banyak and tak berkarat, adakah fuse yang rosak agak2nya? saya pun jammed nak detect sama ada kereta overheat ke tak, berasap pun tidak 😂
@Lanun557
@Lanun557 8 ай бұрын
Waalaikumussalam... Berapa jauh gerak baru temperature naik?
@shafiqariff1459
@shafiqariff1459 8 ай бұрын
@@Lanun557 bila gerak tu, tak sampai 5 mins dah naik bang
@Lanun557
@Lanun557 8 ай бұрын
@@shafiqariff1459 Check waterpump
@shafiqariff1459
@shafiqariff1459 8 ай бұрын
@@Lanun557 okay bang, thankyou!!
@Lanun557
@Lanun557 8 ай бұрын
@@shafiqariff1459 Cooling system sebenarnya kena check semua. Mula dari yg kecik (murah) dulu mcm thermostat & relay kipas, check sumbat dsb. Kalau semua okey maknanya ada masalah lain. Kena check cepat tu puncanya. Takut nnt melarat ke head/gasket. Lagi byk modal keluar nk repair...
@luqmanaziz1922
@luqmanaziz1922 Жыл бұрын
klu wira tk pakai thermostat… akan kluar buih2 gitu jgk ke?? klu gasket head dh mula prblem?
@Lanun557
@Lanun557 Жыл бұрын
Thermostat utk buka laluan air bila air dlm enjin panas & tukar dgn air dari radiator & utk kawal kipas. Kalau buang, laluan tu sentiasa terbuka, kipas sentiasa berpusing walaupun enjin belum panas. Buih pun ada jenis2 buih. Kalau buih2 halus, kemungkinan ada bocor. Kalau buih2 mcm air sabun, radiator sumbat/ thermostat jemm. Air panas pun akan keluar buih2 halus jugak. Head/ gasket problem dia akan keluar buih2 besar mcm buih ikan. Kalau kita tekan minyak, buih tu membuak keluar (air tendang).
@DekmieMuhammad
@DekmieMuhammad 9 ай бұрын
Ok... memang kalau adr mslah macam tu kena overhall ke min?
@DekmieMuhammad
@DekmieMuhammad 9 ай бұрын
​@@Lanun557❤
@Lanun557
@Lanun557 9 ай бұрын
@@DekmieMuhammad Kalau confirm head bengkok/ gasket terbakar mmg takda cara lain dah nk repair. Kena buat top overhaul. Dlm masa yg sama kena check semula punca overheat mcm kipas, radiator, relay, waterpump, hos hos berkaitan dsb.
@DekmieMuhammad
@DekmieMuhammad 9 ай бұрын
@@Lanun557 kalau amik enjin kosong mane satu lebih manfaat pada sy pengguna keretA.
@user-nj1mr2pp1o
@user-nj1mr2pp1o 8 ай бұрын
سلام عليكم ورحمة الله وبركاته عندي هونداي استايريك 2014 فيها مشكله انجكترات قمنا بفكها ونظفتها وبعد م تم تركيب الانجكترات لاتعمل جيدا يبدو انها تحتاج الي برمجه كمبيوتر كيف يمكنني ابرمجها
@Lanun557
@Lanun557 8 ай бұрын
وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته عليك أن تستعمل انجكترات آلة الترميز أو أدوات الترميز يمكنك التحميل عبر تطبيق android أو IOS
@user-nj1mr2pp1o
@user-nj1mr2pp1o 5 ай бұрын
لقت أجريت بحث في متجر قوقل بلي
@sham5107
@sham5107 Жыл бұрын
Toyota Avanza saya bila pasang tromostat enjin panas..tapi bila cabut tromostat Keta boleh jalan macam biasa..kecuali mendaki Keta akan mula panas tanpa tromostat...ada ka ianya gasket bocor
@Lanun557
@Lanun557 Жыл бұрын
Kemungkinan motor kipas radiator dah lemah (kurang laju). Fungsi thermostat untuk tukar air panas dari dalam enjin ke radiator & air sejuk dari radiator masuk ke dalam enjin pd suhu tertentu. Air yg panas tadi akan disejukkan dengan menggunakan kipas radiator. Bila buang thermostat, circulation air dah berubah. Dah takda lagi penggantian air panas dan sejuk. Suhu air dlm radiator & enjin sama manakala kipas sentiasa berpusing. Dalam pemanduan biasa, compression tak berapa tinggi. Kelajuan kipas sedia ada masih mampu sejukkan air, tapi bila mendaki compression tinggi. Suhu minyak enjin & air akan jd lebih panas. Kemungkinan lain ialah waterpam. Turbin waterpam dah tak kuat utk circulate air. Kalau gasket bocor air radiator akan cepat kering. Kena kerap topup air. Waktu enjin hidup, boleh tgk pada mulut radiator ada tak buih2 keluar atau air memancut waktu tekan minyak?
@baimovic8876
@baimovic8876 Ай бұрын
Assalamualaikum bos..sya nak tanya kereta sya ni kadang2 bila pagi nak start enjin mcm semput nak mati2.. bila start kali ke kedua dia dah ok pulak? Lepas tu spare tank air kadang2 dia kurang sampai ke low kenapa ye?
@Lanun557
@Lanun557 Ай бұрын
Waalaikumussalam... Semput tu ada byk faktor. 3 benda kena check 1) Api (Distributor/Coil/Plug/Cable) 2) Minyak (Fuelpump/Fuel filter/nozzle/injector) 3) Angin (Air filter/air intake/map sensor) 4) Perkara2 yg berkaitan dgn 3 di atas. Air spare tank kurang. Berkemungkinan 1) Bocor 2) Radiator cap rosak Nak kena tgk kurang mcm mana. Berapa jauh jalan baru kurang dsb. Ada beberapa punca juga tu...
@baimovic8876
@baimovic8876 29 күн бұрын
@@Lanun557 Dia xde bocor dah cek semua mmg xde bocor.. Kite gi kerja campur gi dgn balik 1 ari tu dlm 22 km, Asal dah 3 atau 5 ari air spare tank pasti akan kurang di tgh2 level high dgn low
@Lanun557
@Lanun557 29 күн бұрын
@@baimovic8876 Cuba tukar radiator cap dulu tengok macam mana...
@baimovic8876
@baimovic8876 29 күн бұрын
@@Lanun557 Ok bos.. sya akan cuba
@muhammadhisyamudin
@muhammadhisyamudin 6 ай бұрын
Boss.. saya dh try td hidup kn engine tp air tak memancut.. saya tungu lama baru nmpk bubble tp tak banyak.. sekjap jer dan sikit.. adakah sbb hose.. sbb kwn saya ckp dia tengok hose mcm kembung dri yg asal.. air kurang tp tak lh kurang sangat kalau saya picit hose tu boleh nmpk air tu naik.. masalah hose atau head gasket?
@Lanun557
@Lanun557 6 ай бұрын
Hos kembung sebenarnya bukan petanda yg baik apalagi kalau hos tu bukan hos lama. Pernah overheat ke sebelum ni? Head gasket takkan terbakar kalau tak pernah overheat. Mungkin ada masalah lain. Bolehlah cuba tukar hos dulu. Buat yg kecil2 dlu mcm check radiator cap. Kdg2 masalah tu kecik jer, tapi impak dia besar. Bubble kena tgk juga jenis bubble. Kalau masalah head gasket bubble dia mcm bubble ikan. Kalau yg halus2 tu mungkin sbb air panas atau ada air trap. Dah boleh standby air dlm keta. Monitor tahap kurang air. Sbb awal nak jadi tu mmg air kurang sikit. Dari 50ml jd 100 mlm. Kemudian setengah botol kecik, satu botol & seterusnya. Kalau jumlah air nk kena topup semakin bertambah, bermaksud masalah semakin berat. Tukar hos dlu, & jalan mcm biasa tgk dia jd mcm mana...
@muhammadhisyamudin
@muhammadhisyamudin 6 ай бұрын
@@Lanun557 pernah overheat boss.. masa tu kereta masih hidup d parking smentara saya tungu sparepart lain d kedai.. msa tu saya nmpk lh kereta tu keluar air d bawah saya ingatkan air aircon sbb msa tu aircon hidup.. hmpir setengah jam dkedai saya masuk kereta saya tak tengok dashboard.. msa saya berundur kmudian nak kedapann selang bberapa saat sja nak pusing kluar dri kedai tu scara spotan saya tengok indicator overheat.. terus saya perhenti dkt parking tk jauh sna(sbb tmpat tu luas parking).. terus saya off engine buka hood dpn tengok air kluar kat casing tepi radiator
@muhammadhisyamudin
@muhammadhisyamudin 6 ай бұрын
@@Lanun557 tu sbb saya tukar radiator, thermostat dan cap baru( bab cap saya tak ingat pomen tukar atau tak sbb tak ingat tp cap baru saya dh bgi kat pomen lh).. selang berapa hari saya drive keta ne.. terdetik hati nak cek air radiator.. buka jer low hbis air boss.. picit hose tak naik² air.. tp isi air tak lh smpai suku dh penuh boss.. saya pun tak cek reservoir botol radiator.. sbb kawan kata takut pomen lupa letak air kat botol putih ne.. tu psl lebihan air pergi kat botol tu.. start dari sna dia kira maintain kat tingi sna sja air.. tp tinggi air tu tak mcm yg lama.. dlu radiator lama paras air hmpir dkt cap.. tp ne radiator baru adalah kurang dkt brpa mml & maintain kat situ jer start sya isi air kn botol putih tu
@Lanun557
@Lanun557 6 ай бұрын
@@muhammadhisyamudin Kalau pernah overheat, rasanya gasket dah terbakar tu. Punca dia radiator lama bocor pada top cover. Dia dah mula renggang sikit2. Pressure dari enjin masuk sikit2 dlm ruang air. Sbb tu ada bubble. Pressure ni jugak yg tendang air ke reserve tank & keluar ikut lubang overflow. Sbb tu air dlm reserve tank kering.. Pressure ni jugak yg buat hos jd kembung, selalunya hos atas, sbb dekat dgn thermostat. Pressure tinggi tapi thermostat belum buka, jd dia bg tekanan kat hos. Lama2 hos jd lembik, tu yg kembung. Pressure ni juga kurang baik pd waterpam & buat waterpam cepat rosak sbb ruang2 udara masuk dlm sistem air. Kereta mmg boleh jalan lagi malah boleh jalan jauh. Cuma kena sediakan air secukupnya & pastikan air dlm radiator tak kering. Ada yg kena topup sampai 2 botol besar mineral kalau radiator double layer.
@Lanun557
@Lanun557 6 ай бұрын
@@muhammadhisyamudin Cuba tukar pakai coolant yg pekat mcm TCL coolant. Senang nk tgk kalau air kurang tu dia keluar kut mana. Sebaiknya warna hijau. Sbb air radiator jerr yg warna hijau... Jd boleh tahu kalau tu air ekon, coolant atau lebihan air hujan...
@apengadidasafif5925
@apengadidasafif5925 7 ай бұрын
Salam Bang,Nak tanya utk starex ni klau air dkt dlm sparetank tu asyik kena topup ja apa masalh dia ya?,Dan air radiator kena isi full air radiator hijau/merah atau kena campur air biasa dgn air coolant?
@Lanun557
@Lanun557 7 ай бұрын
Waalaikumussalam.. Kdg2 ada air trap. Cuba lepas isi penuh air dlm radiator, start enjin jgn tutup cap. Tggu sampai kipas jalan (thermostat buka). Bg angin keluar habis. Kalau kerap sgt kena top up mungkin ada bocor. Coolant ni ada mcm2 jenis. Ada yg premix (dia campur air siap2). Yg ni kita tuang terus tak payah campur air lagi. Ada yg kita tuang sebotol lepas tu campur air. Kena tgk kat botol coolant. Sy cadangkan guna warna hijau. Sbb kalau bocor senang tahu tu air radiator & mudah nampak bocor tu kat mana. Kdg2 bocor kat radiator cap. Problem lain, mungkin radiator kotor. Air tak dpt masuk penuh dlm radiator sbb ada laluan terhalang. Try servis radiator.
@apengadidasafif5925
@apengadidasafif5925 7 ай бұрын
Ok Bang,Terima Kasih 🙏🏻.Moga d’perluaskn rezeki abg
@Lanun557
@Lanun557 7 ай бұрын
@@apengadidasafif5925 Sama2.. Amiiin
@lijahnayan7229
@lijahnayan7229 11 ай бұрын
klu kita star air tendg kuar mkna gasket trbakar kan
@Lanun557
@Lanun557 11 ай бұрын
Berdasarkan pengalaman sy, kalau memancut tinggi tu biasanya head gasket terbakar..
@lijahnayan7229
@lijahnayan7229 11 ай бұрын
@@Lanun557 hurm btl la sbb byk kaji dan tnya otai, mmng gasket head trbakar arrrh
@Lanun557
@Lanun557 11 ай бұрын
@@lijahnayan7229 Head gasket terbakar tu puncanya overheat. Takda penyelesaian lain utk head gasket selain top overhaul. Dalam masa yg sama, kena cari juga punca overheat.
@Syubhi-sy1dt
@Syubhi-sy1dt 3 ай бұрын
So apa jalan penyelesaian Starex ni ye...Penyakit Van rusa sy sama sj, Head dah skim, Radiator dah servise, water jacket dah tukau, waterpomp baru...masih temp naik...ohhh pening
@Lanun557
@Lanun557 3 ай бұрын
Abang try check water temp sensor. Kdg2 air ok jer tapi water temp sensor yg rosak...
@tamilkumaran1405
@tamilkumaran1405 10 ай бұрын
Abang yang ini kene chek selepas engine dah panas ke
@Lanun557
@Lanun557 10 ай бұрын
Kalau head/gasket dah teruk, belum sempat panas dah nampak simptom. Start enjin air dah memancut. Tunggu panas tu sebab nak tengok bubble tu ada lagi tak terutama lepas kita servis radiator. Kdg2 bubble tu sbb air trap. Bila enjin panas bubble semua keluar habis, kalau takda bubble selamat. Head gasket problem, bubble dia besar mcm buih ikan. Sbb pressure leak dari combustion chamber. Kalau yg kecik2 tu bila air panas normal utk 80-90°c.
@Lanun557
@Lanun557 10 ай бұрын
Start enjin jangan tutup radiator cap. Biar terbuka... Water circulation tu boleh nampak walau enjin belum panas...
@tamilkumaran1405
@tamilkumaran1405 10 ай бұрын
@@Lanun557 bagi kerete aku buih macam Air panas
@tamilkumaran1405
@tamilkumaran1405 10 ай бұрын
Nanti pagi saya cek balik bang
@Lanun557
@Lanun557 10 ай бұрын
@@tamilkumaran1405 Oraittt. Semoga dipermudahkan...
@user-xp5xg5iw1j
@user-xp5xg5iw1j 2 ай бұрын
Klu gasket head terbakar tukar head gasket saja ka bos
@Lanun557
@Lanun557 2 ай бұрын
Kena buka tengok apa yg rosak. Kalau yg lain semua okey. Punca overheat dah jumpa. Head takda problem, skim head, grind valve & tukar top set gasket. Insya Allah masalah selesai.
@user-xp5xg5iw1j
@user-xp5xg5iw1j 2 ай бұрын
Klu jalan temp ok tpi bila brek temp akan naik...berhenti turun klu jalan normal...itu ap masalah bos....sya buka cap pastu air penjut kluar bila panas melampau
@Lanun557
@Lanun557 2 ай бұрын
Jangan biasakan buka cap waktu temp tgh panas. Air memang memancut sebab suhu & tekanan tinggi. Jangan tambah air juga sewaktu temp tgh panas. Tunggu meter temp turun satu bar dulu baru tambah air. Kalau buat juga, bersedialah head akan bengkok atau crack! Berkenaan bila jalan temp turun, bila berhenti temp naik. Ada beberapa kemungkinan. 1) Kipas dah slow 2) Radiator sumbat 3) Waterpam dah tak kuat Ni yang biasa berlaku lah. Tapi mungkin juga ada sebab-sebab lain. Nak kena check tu. Kipas boleh check dgn mata kasar jerr sama ada angin masih kuat atau dah tak kuat. Boleh banding dengan kereta lain yg sama model. Sumbat tu ada beberapa tempat boleh sumbat sama ada dlm radiator sendiri atau tempat lain. Boleh pegi hantar servis radiator dulu & buat pressure test. Kipas & lain2 pun boleh check sekali...
@user-xp5xg5iw1j
@user-xp5xg5iw1j 2 ай бұрын
@@Lanun557 selapas Sya tukar timing belt dan gaket cover...turun gearbox tukar auto filter jadi MCM itu SDH....sebelum Sya tukar itu semua ok xde masalah
@Lanun557
@Lanun557 2 ай бұрын
@@user-xp5xg5iw1j Gearbox, auto filter & top cover gasket takda kena mengena tu. Masa tukar timing belt ada check waterpam? Cuba masa enjin sejuk, buka cap radiator start enjin. Tengok air memancut tak? Bila enjin dah hidup. Rem kuat sikit tengok air memancut atau air sedut ke dalam. Kalau air sedut ke dalam waterpam & head gasket masih elok. Kalau memancut ada masalah & kena check.
@user-xp5xg5iw1j
@user-xp5xg5iw1j 2 ай бұрын
@@Lanun557 dia orng water pum xde cek...klu sejuk ok xde pancut air kita rem pun ok...waktu panas temp naik je tendang pergi spar tank tpi klu sejuk sikit dia pandai sedot blk
@Lanun557
@Lanun557 2 ай бұрын
@@user-xp5xg5iw1j Vacuum function lg tu maknanya head okey lagi. Cuma kena monitor tgk dia sedut normal atau sedut sikit jerr. Ada kena tambah air tak? Air tendang ke reserve tank sbb air terlalu panas atau over pressure. Boleh jd ada sumbat sama ada radiator sumbat atau thermostat tak buka waktu enjin panas. Ada juga kes temperature sensor problem...
@hannanshah4971
@hannanshah4971 7 ай бұрын
Aslm bg, kereta saya Hyundai Matrix, selalu kena isi spare tank sbb asyik kering. Nampak air menitik di kawasan water pump bila enjin xhidup. Klu kereta hidup xda pula menitik. Air dlm radiator ok, klu kurg pon sedikit ja. Mohon pandangan.
@Lanun557
@Lanun557 7 ай бұрын
Waalaikumussalam... Ada pakai coolant tak? Cuba bersihkan kawasan yg basah tu, kalau tak pakai coolant letak coolant. Warna hijau senang nampak. Cari yg pekat sikit. Kemudian tengok balik dari mana air tu menitik. Kalau warna coolant tu betul lah air radiator. Boleh jadi dari atas waterpam, boleh jd betul2 kat area waterpam. Kalau area waterpam kemungkinan gasket waterpam dah bocor. Boleh jd juga water jacket bocor. Kereta hidup ada juga menitik tu tapi sbb kawasan tu panas, air dah jd wap sebelum jatuh ke bawah.. Air radiator kalau kurang dia akan tarik dari spare tank. Sbb tu dlm spare tank tu kosong. Bermaksud vacuum masih berfungsi & head masih dlm keadaan baik.
@hannanshah4971
@hannanshah4971 7 ай бұрын
@@Lanun557 ya ada pakai coolant warna hijau, mmg yang menitik tu warna hijau..waterpump baru tukar xsampai 1 tahun..boleh jadi gasket nya brgkali..jadi jika gasket..tukar gasket je lah ye..ada kemungkinan paip bocor x..ada hose kah smbung ke water pump? Maaf kurg arif bab kereta.
@Lanun557
@Lanun557 7 ай бұрын
@@hannanshah4971 Kenal barang tu kira pandai lah tu. Hehee... Sy tak arif pasal enjin Matrix, tp kalau x silap mmg ada paip besi sambung ke waterpam. Hos sambung direct ke waterpam takda rasanya. Tapi sambung ke paip tu ada.
@aind.i.y358
@aind.i.y358 8 ай бұрын
Salam tuan berapa ken top overhould
@Lanun557
@Lanun557 8 ай бұрын
Waalaikumussalam. Kos ke? Bergantung kepada barang yg diganti & upah yg diambil pomen. Utk Starex, anggaran sekitar RM2.5k - RM3.5k kalau tak tukar head. Kalau tukar head antara RM5k - RM10k.
@jakarlanun3937
@jakarlanun3937 5 ай бұрын
@@Lanun557 saya hadapi situasi yang sama seperti dlm video .... cuma keadaan mula terjadi selepas tukar gasket yang atas sekali... sebab bocor sebelum itu. Tanya ramai pomen juga, tapi ramai juga kata tak berani buat... ada yang cadang tukar enjin kosong.... bila tanya tanya kedai, enjin kosong ori mau 13k.... enjin saja baru tu tak masuk upah lain..... mungkin anggaran kalau tukar head saja mcm abang kata 5k - 10k munasabah kot.... Abang punya Starex tukar head saja ke abang ?.. So far hingga kini, masih ok macam dulu kala ke ?
@Lanun557
@Lanun557 5 ай бұрын
@@jakarlanun3937 Tukar top cover ke? Sbb leaking? Pernah jalan sampai minyak hitam kering ke? Sy tukar head China jer. Head kosong. Kos barang separuh dari beli yg ori. Total sekali upah kurang 5k. Yg selalu kena tukar enjin bila blok bengkok atau blok dah makan. Nak rebore kena cari bearing oversize. Utk Starex mungkin agak susah & mustahil nk dpt. Sbb tu beli enjin kosong, salin. Sy ambil yg China tu sbb fikir punya fikir, head ori pun kalau nk kena overheat dia kena jugak. Byk juga kes head ori crack. Lepas ni kalau kena juga tak lah ralat sgt 😄. Alhamdulillah setakat ni dalam keadaan tip top. Merata dah pergi, Krabi, Hatyai pun dah beberapa kali. Cuma tak laju lah. Habis laju pun 160. Tu pun tak berani tekan lama. Naik bukit pun sopan2 jerr... Hahahaaa...
@Lanun557
@Lanun557 5 ай бұрын
@@jakarlanun3937 Abg duk mana? Starex kena cari pomen yg betul & trusted
@jakarlanun3937
@jakarlanun3937 5 ай бұрын
@@Lanun557 Buka top cover je dan tukar gasket. Lama nak detect tempat sebenar bila ada kesan minyak bocor hinggalah jumpa tempat ni... Bila dah jumpa, time hari nak baiki.... starter kong la pulak. Rupanya minyak bocor dari atas turun bawah betul betul ke starter... macam di rendam. Ambik masa pulak cari starter dulu.... haha. Abang tukar head saja ye.... baik, akan saya fikirkan dan bincang semula. Susah hati kalau ada kije di KL..... naik bukit Genting Sempah,..... tak se cool cam dulu dah.... mata di temperature je.... debar ada.... haha
@elsiemrrs5597
@elsiemrrs5597 3 ай бұрын
Sya sblm ni pernah overtheat, hos pecah bila check termostat sumbat. Tpi sblm tu fuse relay selalu rosak dan bru2 ni wayar dekat fuse relay cair dan tputus. So balik dri pekan keningau , kereta bhenti kjap dan temperature naik satu bar.. Bila parking d rmh, naik lgi satu bar temperature dan aircond dh tk sejuk.. satu bar lagi nk penuh temperature. Masa hos pecah tu radiator kena isi balik coolant dan buka termostat. Pomen tu kata coolant premix yg sya guna kuat sgt tu ya bertagar radiator. Sya ni dhla prmpn then bru beli kereta saga blm tahun lalu, mcm2 dh tukar kecuaili radiator. If tukar compressor ada kaitan tk dgn masalah overheat ni saya takut dgn wiring sbb wayar hritu cair . Masa overheat baru2, air tendang prgi spare tank coolant tpi tk melimpah. Agak2 apa masalah, takut la kalau head gasket tu bengkok.. Upah nak buka pn sini rm700
@Lanun557
@Lanun557 3 ай бұрын
Kena selesaikan tu punca overheat. Fuse relay tu kalau selalu terbakar kena check wiring. Hantar terus ke kedai buat wiring kereta. Jangan hantar bengkel biasa. Temperature naik sebab relay problem & kipas tak jalan. Air tendang ke overflow tank sebab air tu mendidih... Hos pecah sbb over pressure. Ni kena check juga apa puncanya. Thermostat jemm kena check juga kalau kerap jem. Boleh juga cuba tukar radiator sbb takut ada karat lama dlm radiator. Buat flushing terus. Head/ gasket ni jalan terakhir kalau masalah overheat dah selesai tapi air selalu kurang walau tak bocor. Kakau dah tukar semua, masalah overheat dah selesai, air pun tak kurang takda apa perlu dirisaukan... Head campro tahan lasak. Tak mudah bengkok...
@elsiemrrs5597
@elsiemrrs5597 3 ай бұрын
​@@Lanun557terima kasih atas pendapar yg diberikan
@HambaAllah-ms6wz
@HambaAllah-ms6wz 6 ай бұрын
Setau saya mobil baru pun juga mngeluarkan buih kcil jika air sudah panas bukan berarti paking head bocor
@Lanun557
@Lanun557 6 ай бұрын
Yang ini memang head bocor. Kalau buih kecil dari air panas itu tidak bersama gelombang udara kesan dari pembakaran di combustion chamber. Saya ada sertakan visual kenderaan yang bagus sistem airnya, dan juga yang sudah terbakar headnya..
@fahntomfahmie3091
@fahntomfahmie3091 9 ай бұрын
Klu bukak aircond temp naik..tapi bila off aircond jadi normal..punca apa tu..
@Lanun557
@Lanun557 9 ай бұрын
Selalu kalau mcm ni motor kipas dah kurang laju. Terutama yg guna satu kipas utk radiator & ekon sekali.
@shab902
@shab902 Жыл бұрын
Salam klu camnie top overhould berapa kena
@Lanun557
@Lanun557 Жыл бұрын
Waalaikumussalam... Anggaran dlm RM3k - RM10k bergantung pd barang yang ditukar. Kalau skim head saja & tukar part yg rosak, sekitar RM3k - RM4k. Kalau tukar head kos tinggi lagi. Itupun bergantung pd nak ambil head original atau China..
@aind.i.y358
@aind.i.y358 8 ай бұрын
Salam tuan buat kat mana
@aind.i.y358
@aind.i.y358 8 ай бұрын
Boleh dapat no tuan bt kat mana
@FairmanZulkefli
@FairmanZulkefli Ай бұрын
salam bang..kereta sy 1.5 wira carb..sbelom ni oky je..malam tu sy cable yg sensor dkat meter tu putus lepas sy tukar distributor..ls siap tukar distributor tu..sy jalan la sbab nak test mati ke tak..dlam 10 minit sy jalan tu bnyi mcam lubang bocor..ada angin keluar..enjin panas gila..tpi meter tempeture tu tak naik la sbab wayar dia putus..lpas dh brhnti dlam 2 3 minit mcam tu..sy start balik..bawak dalam 3 minit enjin mati..tpi sy start hidup balik..pastu sy balik parking terus
@FairmanZulkefli
@FairmanZulkefli Ай бұрын
esok pagi tu sy sambung balik wayar tempeture yg putus tu..lepas tu sy bawak pergi kerja..bawak dalam 5 minit mcam tu..meter tempeture naik tinggi terus dan dia ada bunyi mcam ketuk ii mcam tu..kete bau hangit..lepas tu mati tiba ii tepi jalan..sy bukak penutup radiator tu tgk air kering..lepas tu sy isi air balik..sy jalan dlam 5minit smpai tempat kerja meter tempeture tu tinggi lagi..tgk ade air keluar dekat hose yg bentuk U tu..air radiator pok kering..lepastu sy tukar la U hose tu..isi balik air dlam radiator..lepas siap tukar..sy panaskan enjin dlam 30minit mcm tu..meter tempeture normal je..
@FairmanZulkefli
@FairmanZulkefli Ай бұрын
dan sy bawak lepas dh habis kerja tu..dalam 20 minit sy bawak nak balik rumah..tiba meter tempeture naik tinggi balik dan ade air tendang keluar dari bonet..air karat..dan bnyi mcam ketuk ii tu ade lagi
@FairmanZulkefli
@FairmanZulkefli Ай бұрын
agak ii ape yg rosak tu bang.
@FairmanZulkefli
@FairmanZulkefli Ай бұрын
harap balas bang..pening dh ni kete buat pergi keje
@FairmanZulkefli
@FairmanZulkefli Ай бұрын
air yg dlm spare tank tu dia menggelegak
@user-qc3sq5fk3y
@user-qc3sq5fk3y 9 ай бұрын
Salam bang.. nak tanya sikit.. engine dah pernah masuk air jadi susu.. n masalah gasket kan.. dah tukar semua tapi masi jhga masuk air apa puncanya
@Lanun557
@Lanun557 9 ай бұрын
Waalaikumussalam... Enjin masuk air tak semestinya gasket shj. Kalau sampai masuk air dari gasket biasanya sbb gasket putus. Kemungkinan lain, kena check 1) Water jacket 2) Head (bengkok/crack) 3) Block (Block aluminum boleh bengkok 4) Oil cap (percikan air boleh masuk melalui oil cap) 5) Oil cooler
@user-qc3sq5fk3y
@user-qc3sq5fk3y 9 ай бұрын
@@Lanun557 mantap bang.. tq infonya
@Lanun557
@Lanun557 9 ай бұрын
@@user-qc3sq5fk3y Sama2
@user-qc3sq5fk3y
@user-qc3sq5fk3y 9 ай бұрын
@@Lanun557 bang oil cooler sama oil cap cara nak check mcm mna ya
@Lanun557
@Lanun557 9 ай бұрын
@@user-qc3sq5fk3y Oil cap check getah dia. Tak kritikal pun oil cap. Kalau ada air lepas masuk pun sikit, kalau hujan lebat air merecik kena enjin, ataupun masa overheat air yg tendang ke overflow merecik. Kalau nampak uzur oil cap tu tukar jerr. Boleh check juga kalau ada buih2 putih mcm susu basi kat getah oil cap tu. Oil cooler tgk ada leaking tak. Selalunya kena buka utk check leaking, karat, sumbat. Banyak ke air masuk enjin? Kalau byk, kena check lubang2 laluan air yg lalu kat enjin. Takut ada crack halus...
5 TANDA ENJIN KERETA OVERHEAT!
8:57
RBM Radiator TV
Рет қаралды 277 М.
Cara mengenalpasti punca enjin overheat@tips cek sendiri
8:30
Dunia Automotif
Рет қаралды 51 М.
I CAN’T BELIEVE I LOST 😱
00:46
Topper Guild
Рет қаралды 108 МЛН
Begini cara senang kita tahu gasket head masih bagus atau tidak.
4:10
thermostat apalah fungsi sebenar kau?? info tips #CK_YUSOFF
21:02
DAH TUKAR SEMUA TAPI AIR MASIH TENDANG KE SPARE TANK
7:39
RBM Radiator TV
Рет қаралды 75 М.
Myvi head gasket bocor
1:45
suhaifi bongsu
Рет қаралды 53 М.
INI YANG AKAN TERJADI KALAU RADIATOR CAP TAK IKUT SPEKSIFIKASI
6:04
RBM Radiator TV
Рет қаралды 66 М.
Cara Buat TOP OVERHAUL  Rahsia Tong Ajaib Head Berkilat Macam Baru
11:27
Satu kali start air tendang keluar dari radiator.
11:29
Din gear
Рет қаралды 94 М.